Monday, March 12, 2012

Cinnamon Chocolate Chip Swirl Bread


Assalamualaikummm~~

Alhamdulillah.. new week, hopefully minggu ni lebih baik dr minggu2 sblm ni, insyaAllah.. mulakan minggu ni dgn roti cinnamon yg bau harum satu rumah nih :) tp nape roti tun mcm penyek je. haha.. nmpk mcm swiss roll cake dh kan.ada laa tu silap kat mana2 kan.

bagi tun, tun lagi suka cinnamon pull apart bread. roti ni sedap jugak, tp xdpt menandingi kesedapan CPAB tu. tp apa2 pun, ikut selera masing2 la kan.. maybe sbb tun mmg hantu cinnamon bread, CBAP tu lebih terasa cinnamon dia.




ok laa, baru2 blk dr brcuti blog ni, byk nk BW. 

CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD
hasil olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Technicolor
sumber : Shidah

Bahan:
180ml susu segar/fresh suam
1 ¾ sudu kecil yis segera (mauripan)
455gm tepung high protein (tepung roti)
85gm tepung gandum
3 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil garam
85gm  butter sejuk
½ cawan + 2 sudu besar air
3/4 cawan coklat chip

Bahan taburan (filling):
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil cinnamon/serbuk kayu manis
1 bj telur A ~ dikocok

~ gula perang dan serbuk kayu manis digaul hingga rata.
~ ketepikan.

Cara (dgn menggunakan breadmaker):
Masukkan susu segar ke dalam bekas breadmaker (BM) kemudian diikuti dgn bahan2 lain kecuali butter dan coklat chip.
Tekan suis ON pd BM dan setkan pada DOUGH.
Tekan START dan biarkan ia menguli seketika hingga membentuk spt doh barulah dimasukkan butter.
Biarkan sehingga proses menguli selesai. (* tip: utk menghasilkan doh yg lembut dan cantik, bolehlah diulang proses menguli utk sekali lagi)
Biarkan ia naik 2x ganda atau sehingga BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Keluarkan doh tadi dan letakkan dlm sebuah mangkuk, kemudian masukkan coklat chip. Uli sehingga rata.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Ambil satu bahagian dan canai hingga membentuk segi empat tepat lebih kurang 14" x 6"
Sapukan permukaan doh dgn telur yg dah dikocok tadi (tinggalkan sedikit utk satu bahagian doh lagi)
Tabur pula separuh dari bancuhan gula perang dan serbuk kayu manis (tinggalkan sedikit ruang bahagian hujung atas dan bawah doh utk proses mengemaskan masa menggulung)
Gulung doh dgn kemas. (jgn lupa kemaskan bahagian hujungnya supaya nanti doh tidak akan terbuka.
Letakkan ke dalam loaf pan yg dah digriskan dan taburkan sedikit tepung.
Ulang sekali lagi proses utk sebahagian lagi doh.
Rehatkan doh dgn meletakkan tuala lembab ke atasnya.
Biarkan ia naik lagi utk kali ke dua.
Panaskan oven 180C dan bakarlah hingga masak (lebih kurang 30 - 40 min), kemudian keluarkan dr oven.
Biarkan seketika dan keluarkan roti dr loyang dan sejukkan atas redai.
Sedap dimakan suam2 panas.

12 comments:

K.Nor said... [Reply]

tun sbb adanya coklat dlm tu yg cover rasa cinnamon.. :)

Gee® said... [Reply]

Dah ramai yg buat roti cinnamon nih...bila ek k.gee nk buat roti ni... cer bagi sekeping k.gee nk rasa...

Tina Othman said... [Reply]

nampak sangat menarik, tapi yg cpab tu pun tak terbuat lg =)

ijayuji said... [Reply]

Salam tun :D ehehe... CPAB akak dah buat semalam, tp hari ni kena menguli roti lagi sbb ank akak nk mkn roti, tp stgh adunan akak tinggalkan nak buat CPAB lagi ahahaha... :D budak2 mana suke bau cinamon :D

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam tun, sedapnya roti tu, mmg bestlah mkn eh minum ngan teh o panas

mimie said... [Reply]

wahhh...virus ni plak da melekat kt sini yer Tun...biler ler virus tu nk jangkit kt akk nih....
nampak sodappp...bak nk rasoooo....

dZana said... [Reply]

aslmkum tun.. mgintai kt sini pulak.. terbau2 cinnamon ..

ummiaisyah said... [Reply]

selalu buat roti ni...dulu2 masa kecik x suka bau2 rempah ni...dh tua2 ni suka plak kalo bau spices..termasuklah minyak angin!

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said... [Reply]

Ting tong...hello Tun! Apa khabar?
Sedapnya swirl bread tu...ngapppp! :)

Ezadlieza said... [Reply]

kabare tun... how r you...manakammmm..hmmmm...wah lama tul tk dtg geledah2 ni tun... akak tgh lemau ni tun... en hubby dah dekat 3 minggu kat kl... masak pun jarang2 buat apa yg kenyang jer...tu yg jarang turun dapur ni... huahuahua..
ishhhh roti roti roti... ada lg ker?

quinnie said... [Reply]

aduss masing2 duk tayang roti nih...kita tak tau la bila nak cuba..dua2 pun tak cuba lagi..hehehe

Nieza said... [Reply]

Tun, akak pun dah buat roti ni tapi lum n3kan lagi...memang CPAB yg byk cinnamon terbaik kan..:)