Friday, July 27, 2012

Puding Belang Strawberi dan Coklat



Assalamualaikumm~~~~

sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa.. tinggal kurang dr 3 minggu utk marathon mengejar pahala berganda yg dtg bersama Ramadhan. insyaAllah, semoga terus diberi kesempatan utk beribadah :)

arini tun nk tayang puding je. buat 2-3 hari lepas dh ni.. huhu.. xsempat nk duduk ngadap blog dan taip n3. jarang2 mkn puding masa bulan puasa, sbb mesti nk cari kuih tradisional, tp bila kesuntukan masa, ni je laa yg dpt disediakan. blk umah lunch hour, sempat la godek2 puding, semayang, pastu b4 gi uni utk lab, masukkan dlm peti ^^ ptg balik dh xyah pk nk buat kuih ape. hihi..


resepi masih guna resepi kak Jun. cuma kali ni tun tambah strawberry paste utk kelainan. bagi peminat strawberry blh la mencuba. cuma bagi tun, tun prefer versi asal sbb lagi terasa coklat dia. tp, kalau x mencuba, sampai bila2 xtau kan. 

Puding Belang Strawberry dan Coklat
Resepi: kak Jun@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8inch )
  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning - tun masukkan 1sk strawberry paste
Cara-cara
  • Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  • Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  • Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  • Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko. tun campurkan satu bahagian dgn strawbery paste
  • Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  • Sejukkan dan hidangkan. 

Cute tazkirah from spreadsalam. semoga menjadi pengajaran :)

15 comments:

Tina Othman said... [Reply]

sedapnya tun, kalau saya pulak suka makan puding time bulan puasa, petang ni nak godek lah hehe

sebab kalau nak kuih2 ni mmg tak sempat lah nak masak, kalau beli tu tau2 lah kan tak sedap, rugi je duit

ijayuji said... [Reply]

Salam tun, akak tgh nk menghabiskn sisa2 cuti :D akak sejak puasa tak buat puding lagi, asyik mendung kat luar sana tu mood nk buat puding yg sejuk2 pun terbantut :D akak suka curah kuah tun :D

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam tun, dlm sibuk2 pun sempat lagi membuat puding, tak kisah la apa pun janji hasil air tangan sendiri lagi sedapkan

Yana Shaiful said... [Reply]

nnt nk cubalah puding ni..esk plan nk bt puding roti dulu nk bg jiran.. sejuk jer tekak nmpk puding ni ^^

Sofea said... [Reply]

sejuk tekak tgk pudiang Tun ni..:)

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said... [Reply]

I want...I want...I want...! :)))

FnF Simple Life said... [Reply]

Alahai bikin akak terliuq je... best nye lagi2 rasa stoberi ngn coklat tu.

sury_masury said... [Reply]

Memikat.....cantekkkkk:-)

Amie said... [Reply]

Selamat pagi Tun,
cantik kombinasi warnanya tu... sedap makan sejuk2 nikan Tun.

kakbesah said... [Reply]

salam Tun, sedar x sedar dh smiggu kita posa kn. akk pon ngh strugle giler menyiapkn baju2 raya seisi kuarga. dh tua2 ni cpt rase mngantuk bila brtekun mnjahit, tu yg bwk2 gi jln2 'rmh' org smbil cuci mata..hee... p/s; hm, nice tazkirah, sgt menginsafkn..

Mel said... [Reply]

Rajinnya buat puding..Boleh try ni nanti..Buka puasa makan kuih sejuk2 sedap nih!! ^^

Mel said... [Reply]
This comment has been removed by the author.
LinRosly said... [Reply]

Assalamualaikum Tun Cayang
Salam Ramadhan daripada Kak Lin..
Sedapnya puding ni...insya allah kalau rajin Kak Lin rasa mcm nak cuba...

quinnie said... [Reply]

rajinnya buat puding..makcik ada buat agar2 merah pun tak makan lagi..hahahah...betul tu bulan puasa lebih nak makan kuih..tapi kita hari ni kot start nak berkuih ni..baru dtg semangat lepas buat karipap semalam...hehehhe

tq ye tun atas tips plastik tu...:)cayanggg dia...hehehe

Nuridah said... [Reply]

Assalamualaikum Tun

tertinggal ketapi kak Nur ngan menu yg sedap2 dari Tun...puding2 ini penyejuk tekak pada bulan ramadan ini...sedap aja kalau masuk mulut kan??