Friday, January 11, 2013

Nasi Ayam Penyet



Assalamualaikum....

bertemu lg di dapur yg suam2 kuku ni. huhu... tq pd yg masih sudi dtg bertandang :) tun berusaha utk membalas kunjungan semua tau, tp kan sejak minggu lepas, tun xleh nk komen kt blog yg setting komen dia embedded. taip2 bila tekan send dia hilang, mmg setiap blog tu 2-3 kali tun menaip komen tp dia hilang jugak. cuma blh komen yg blog yg guna pop-up komen je. sedih sungguh. so, kalau x menjadi keberatan, elok lah tukarkan setting komen je pop-up. senang je, kat DASHBOARD tu, pegi ke SETTINGs, then pilih POST AND COMMENTS, dekat COMMENT LOCATION, pilih POPUP WINDOW :D mudahkan? maybe xramai yg tak boleh nk komen macam tun yg kes nih, tp komen pop-up mmg memudahkan readers nk komen ye.


ok la.. back to the recipe.. one of our feveret food. nasi ayam penyet, dan nasi lalapan. kalau ikut yg tun tau, nasi lalapan ni lebih kurang je ngan ayam penyet, tp dia serve dgn lapan jenis ulam termasuk tauhu dan tempe goreng.

tun buat separuh je nih.

Nasi Ayam Penyet
Resepi: kak ijan@ myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 6 orang )

Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 

Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa

Untuk Nasi

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
yang paling penting adalah sambal..yg ni terlebih tomato.hihi
Cara2

Untuk ayam
  •  Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  •  Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  •  (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  • Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga garing.



Untuk Sambal

  • Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  • Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  • Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  • Masukkan gula merah dan gaul rata.
  • Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup

  •  Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  • Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

Untuk Nasi  - ni tun xbuat, mkn ngan nasi putih biasa je

  • Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit. 
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
    Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
 

16 comments:

Gee® said...

Tunnnn... k.gee dtg ni bawa pinggan sekali... nk bersila kat sini boleh?!

Sheila Shafeareen said...

Assalmualaikum sdp tu..resepi nasi ayam penyek ni akk x pernah try lg....mmg ada terigin juga nak buat..mkn dah pernah mmg sdp...terliuk pulak pepagi npk nasi tun ni heeee

Sidratul Muntaha said...

salam..
meleleh nengok ayam pagi2 ni weih..
mcmana la bru dok pikri dlm kepala otak nak cari respei ayam penyet
dah jumpa kat sini..
terima kasih byk2 ye..

Mel said...

Assalamualaikum tun. Pagi2 tun tayang nasi ayam penyet plak.Feveret tu..Teringat makan nasi lalapan kat miri, sedap betul!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahh... manyakkk syedappp!! siap ada pucuk ubi lagi... kelesss kau tun... hehe..

Qhaifa Nur said...

geram tengok ayamnya...sedap

Unknown said...

aduh terliur sudah kak noor tengok pucuk ubi dan sambal tu mesti nak kena try ni..

EmbunRosaliza said...

Assalam tun sedapnya nasi ayam penyet tu, akk pun lama dah teringin nak buat tapi tak terbuat pun lagi, sekali tgk tun buat terus terliur pulak

adda syuhada said...

sedapnya...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tak pernah akak buat sendiri nasi ayam penyet ni tun... pernah makan kat kedai jer... sedapkan :D

Ayu said...

nasi ayam penyet yang kasi difference dia sambalnya ..dah lama tak masak nasi ni..ada pucuk ubi lagi waduhh..terkecur sudah..

Mas said...

salam tun..
kak mas tak try2 lagi buat ayam penyek...
entah bila nak buat...
hmm..yg kecur tengok...
sambal tu..perhhh

sury@25february said...

salam kitak di bintulu..pa kabar tek..ngetest tun kelaka swak...hihi..pandei sik..kite selalu gak kalau rajin buat nasi ni tun,tapi x pernah terhupdate ke blog..huaaa..kadang2 kalau teringin g makan kat luar,ada satu kedei kat melawati tu sedap sambal n ayam penyet nya..pehh pekena sambal tu dengan ayam yg panas2 smpai menjilat jari....sedap kan...:-)

Unknown said...

Sibuk2 pun siap jg ayam penyet la...bnyk lg lauk lain tu.
Bln Mei akk nk ke Sarawak, taktau nk tuju mana. Dpt jumpa tun best juga.

Amie said...

Waduh Tun! Tak tahan tengok sambalnya tu... lagilah ada pucuk ubinya sekali... wallaaa... nak lama2 di sini menjamu mata!

Yana Shaiful said...

Huhuu..k.yana lmbt smpai sini.. konfem dh abis ^^ suka sambal ns ayam penyet nii..sedap menyengat hihiiii