Sunday, July 28, 2013

18 Ramadhan 1434H: Agar-agar Lapis Oreo


Assalamualaikumm~~~ :)

Alhamdulillah, baru balik dr tarawikh malam ke 20 Ramadhan. dah masuk 10 malam terakhir, semoga kita semua diberikan hidayah utk berlumba2 menghidupkan malam2 terakhir ramadhan kali ini.

hari ni streamyx kt rumah sgt2 slow.. dr tengahari cuba update blog, tp gambar xloading. sblm ke surau td attach pic ni, alhamdulillah, blk2 tgk akhirnya, ter-attach juga gambarnya. Agar2 lapis oreo yg mmg tgh hot skrg gara2 datuk CT yg mencuba resepi ni. ni salah satu menu iftar jamaie tun semalam. ajak students yg baik2 yg selalu dtg bertadarus kt uni berbuka puasa kat rumah. lepas extra class smlm terus sinsing lengan masuk dapur masak apa2 yg sempat. Alhamdulillah dipermudahkan, walaupun dlm keadaan kelam kabut. huhu.. ko 530 dh keluar rumah nk angkut bdk2 tu dr hostel, nasib baik ada kawan tun yg baik hati tolong jd driver juga. ye la, mana muat kalau guna kereta tun sorang kan.



tak rugi cuba resepi ni. mmg mendapat sambutan. my laling suruh buat lg sbb dia cuma sempat merasa sepotong je (yg tun dh asing awal2 utk dia).  kt rumah ni x pakai milo (kami cuba utk memboikot company yg support israel mana2 yg termampu, insyAllah),  jd tun ganti dgn Oligo. sedap!

Agar-Agar Lapis Oreo
Resepi : Along - HomeKreation
Sumber : Kak Ayu . kak Mas,  tun telani

Bahan :

  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder -  tun guna serbuk agar-agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo - tun guna Oligo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara :
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  • Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  • Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

4 comments:

rinduan citarasa said... [Reply]

Sebenarnya kan tun. Kalau ganti koko lagi cantik dan nikmat rasanya..
Tahniah tau tun.. Mmg cun wlpun guna oligo

IeRA said... [Reply]

sedapnya..

Mel said... [Reply]

Assalam Tun..lama tak berkunjung di sini..Internet baru elok ni, itupun tak berapa stabil sangat.

Dah nak dekat balik kampung ni, tak berapa rajin nak buat kuih..Tapi inshaAllah boleh cuba ni, suka sangat dengan oreo, mesti sedapp ni.

zana fahmi said... [Reply]

Senang je resipinya tu, mcm menggoda kakpb. Kalau rajin kakpb nak buat separuh ok tak. Acuan agar2 ntah mana2 letaknya.