Tuesday, February 28, 2012

Donat Labu


Assalamualaikum...

mari minum petang dgn donat labu niii.. panas2 lagi nih. semalam nmpk kak yatie wat donat kentang, terus terasa mcm nk mendonat. dh lama betul tun x wat donat, kdg2 teringin gak, tp skrg tgh kurangkn makan kuih2 yg bergoreng. tp sekali sekala dimaafkan la kan. hihi.. 

donat ni guna puri labu yg last yg duk frozen dlm peti tu. dh berbulan2 duk frozen dlm peti, labu pemberian kak sue yg 4kilo tu. hehe... alhamdulillah, mcm2 blh buat dgn sebiji labu :)

wat comel2 lg selera makan! ^^
Donat Labu
resepi asal: donat kentang, kak rosJM
sumber: kak yatie

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram kentang/ keledek yang telah direbus dan dilenyek - tun guna labu
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ Yatie uli doh guna tangan je, so masukkan air sikit2 ya dlm 1/2 cwn je
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil yis


Caranya.
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

9 comments:

Gee® said...

nak donutttt...!!!

Unknown said...

Tunnnnnn....bai mai 8-10 bijik....(tamak niii) mmg dok usya2 donut jer menjak2 nehh.... my peberetooooo...gebuss jer nampoakkk...

izahdaut said...

DONUTTT.. SUKAR DILEPASKAN

Yatie said...

nak rasa...nak rasa...ada lagi ke Tun..alahai wat akak teringin nak mendonut lagi lerrr...senang wat bf kuih mcm ni kan..comeyyy je donut Tun tu..

dZana said...

aslmkum tun.. terliur gak akk tgok donat di ptg hari ni..

Yat Maria said...

Waaaaa...labu..ku suka labu..Tun..500g tpg gandum kira2 dapat banyak mana donut tu?

Nuwairani said...

mesti labu ni lemak2 manis sebab warna donut dah jadi coklat2 gitu...bukan hangit kan?? heheh.... tak pernah buat lagi ni...tak tahulah bila nak buat...kene tunggu labu free 4 kilo dulu la kot...heheh

blogresipi.com said...

Salam Tun,
Amboi gebunya awak.. eh donat awak. hehehe... kak ijan ada gak sebekas frozen labu kat rumah. tak tahu apa jadi sekarang dah dekat 1/2 tahun kot. muahaha.... :)

Anna Qawina said...

donat kee ni? cunnya..macam org yg buat donat..hehe