Tuesday, February 7, 2012

Tilapia Bakar & Air Asam kak Ika


Assalamualaikum~~~~

Bertemu kembali selepas bercuti beberapa hari.. nasib baik laa ada kak lieza yg baik hati sapu habuk2 kat blog tun nih. kalau x sure terpaksa menghadapi debu seinchi.. tq kak lieza cayang..hihi

utk lunch arini tun wat ikan bakar.. ada beli ikan tilapia merah. tilapia ke talapia? selama ni tun panggil talapia, tiba2 tgk dlm tenet ejaan dia tilapia pulak.. nway, tun sgt2 suka mkn tilapia nih. biasa goreng pastu wat sweet sour, sedap sgt. /XD tp kali ni cuba bakar pulak. sihat sket :D


Tilapia Bakar
resepi: tun_telani

Bahan2:

  • 1 ekor ikan tilapia merah - tun nyer dlm 900g
  • 1 sb cili giling
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 icnh halia
  • 1 btg serai
  • 1 sk kunyit (tun guna kunyit hidup yg dh diblend)
  • garam
  • 1 bj limau kasturi/ limau nipis


Cara2:

  • tumbuk bawang putih, halia dan serai. campurkan dgn cili giling, kunyit dan garam.
  • lumur ikan yg tlh dibersihkan dgn jus limau kasturi. lepas tu lumurkan dgn bahan2 perap.
  • perap selama setengah jam.
  • bakar 20-30 minit, 200 C.
  • siap! buleh mkn dgn air asam atau sambal belacan.


utk air asam, kali ni tun guna resepi dr kak ika..air asam ni kak ika gandingkan dgn nasi daging. tp tun wat cicah ikan bakar pun sedap sgt!! /please <- cepat terharu bila mkn makanan sedap. hihi.. tq kak ika cayang for the recipe.. moga cepat2 dtg mood utk mengapdate blog ye.. ^^

Air Asam
Sumber: kak ika @ arah

Bahan A
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam
Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat
Cara2:
  • bahan2 A  di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. 
  • Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang  :-)
ps: tun blend sekali bawang merah tu.

6 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Tun Kak ros pun ingat talapia,ikan yang kak ros suka ni.Masak apa pun tak pe,tetap sedap.Apa2 pun kita nak panggil talapia jugak!!!!

Liza said...

salam ros...akk jugak la xpernah mkn ikan talapia ni...xtau la nape...hihihihhi
mmg sedap klau mkn ikan bakar cmni kan...rasa sihat jer...hihihihi

cik cek said...

Tun...sedapnya...memalam singgah sini...tgk menu best ni...lapo balik perut akak dibuatnya...

ummiaisyah said...

salam kenal..
cunnya ikan tu posing lam pinggan putih..ish..cam kt hotel plak..

Cekgu Maz said...

salam.....ikan talapia nie memang best...buat apapon sedap..goreng kosong ke...goreng cili ke...buat paprik pon sedap...adey teringat talapia paprik makcik...apapun resepi tu nampak menarik...t ley cuba...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualikum tun...
ikan tu nampak sedap ler tun... makan lg ngan cicah air asam tu.. mmg best!