Thursday, June 14, 2012

Kam Heong Chicken



Assalamualaikumm~~~~~

:D apa khabar semua? hari ni sakit kepala sbb tengahari keluar ke bandar.. ya Allah.. mmg panas sepanas2nya skrg ni.. xpernah tun buka econ kereta lebih dr half, hari ni buka dekat nk full blast.. punya laa panas. pergi pos opis sbb ada registered pos yg x sampai.. tarikh surat tu sampai pos opis bintulu 25 Mei, semalam baru sampai notis ada surat.. saboooo je laa.. nasib baik bukan urgent. tapi agak bengang laa sbb surat pasal penghantaran journal tun.. x pasal2 delay nearly 1 month.. salah pos office, tp skrg mesti editor tu dh ada bad impression kat tun sbb lambat reply surat tu :( 

nway, mende nk jadi.. nk ckp lain kali guna perkhidmatan kurier lain, kt dlm kawasan ni, pos malaysia je masuk. nak x nak, kembali jugak guna perkhidmatan pos malaysia. harap2 lepas ni xde la insiden macam nih..


Ok, kembali pada menu.. ni menu semalam.. arini, alang2 keluar lunch hour, gi dating laa dgn my laling kat Singapore Chicken Rice. kt sini xde Chicken Rice Shop, tp SCR ni sedap2 makanan dia, blh challenge CRS kt semenanjung. kalau sapa2 yg dtg sarawak, blh la pegi mkn kat SCR :) (agak2 dh promote ni, dpt diskaun x kalau pergi mkn len kali.. hihi...).

Kam Heong Chicken ni, kalau nk jadikan makanan rasmi 1Malaysia mmg sesuai. hehe.. tun baca2, org ckp makanan ni kombinasi makanan cina, melayu dan india.. biasa serve kat kedai cina muslim. sedap, tp len kali tun nk kurangkan sket rempah kari sbb dia over-power rasa2 lain.. resepi usha kt blog kak nurul. lama betul kak nurul x mengapdate, harap2 sihat semuanya.. resepi asal dr kak wardah, baru kenal kak wardah nih, br je td add fren FB.. hihi.. blm approve lagi fren, pat2 approve ye. hihi.. .

Kam Heong Chicken
Resepi : Kak Wardah
Sumber: Kak Nurul

Bahan-bahan:
500 gm ayam ( digoreng dengan sedikit tepung)
~ ayam diperap ngan tepung jagung dan sedikit garam (tun tambah sikit lada hitam), then goreng & toskan.
  • 4 tangkai cili padi (diketuk)
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • 2 labu bawang besar (dicincang)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 2 sudu makan cili sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 5 helai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam bersama tepung jagung n sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram..  Kacau rata dan biarkan hingga pekat.
4. Masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.
5. Masukkan garam, gula dan angkat.
6. Hidangkan bersama nasi putih.

17 comments:

Amie said... [Reply]

Nak makan kam heong chicken di sini pulak... sedap!

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said... [Reply]

Alamak sedap pulak tengok ayam tu Tun! Suka bahan2nya yang ringkas...masuk list!!! :)

Kat sini pun panas tak taha..tgh sakit2 kepala gak ni. :(

Qasey Honey said... [Reply]

hmm..mmg nmpk sedap la...agk simple jugak resepi ni...masuk listt jugakk..tq

FnF Simple Life said... [Reply]

salam Tun...mmg complete lah...ada serbuk kari, kicap, sos tiram. ayam perpaduan tak gitu.

Tun, ada gak publisher journal hantar surat by post ye. Selalu by e-mail je... harap2 tk terlepas due date ye Tun.

Nuwairani Ismail said... [Reply]

bila kak tun sebut pasal kak nurul, baru teringat, lama betul dia menyepi. tapi nani dulu terpikat dengan resepi ni sebab selalu tengok dia masak. pastu kak diana pun sama. suke masak ni. memang tak dinafikan kam heong chicken ni memang sedap. nani tak buat kuah lain dah, makan ayam ni dengan nasi panas2 je. perghhh!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... [Reply]

Tun..masakan cina yang kami semua suka.

Liza said... [Reply]

tun, last year ms g Kuching pun kitaorg mkn kat SCR tu, mmg betul tun cakap, sedaaappppp...org ramai betul ms lunch hour tu...

Chah said... [Reply]

Mungkin nama kena oter sket...Muniandy Kam Heong Abu Chicken...hikhik...
Ai suka kalo ayam masak2 cenggini...sebab open to boleh campak2 segala benda kan...

Bicara Kak Noor said... [Reply]

dah ramai yang buat ayam ni mesti sedap kan Tun,akak pun kena try lah tak mau ketinggalan jugak ni heee

sury_masury said... [Reply]

mmmm...menyerlah je ayam tu tun...bkilat2 je..sedap ni buat lauk mkn tghr..scr,lme x g situ yelahkan..kite kat kl ni..kena tunggu blik kuching lah baru dpt g scr lagi..:)

Zaliedana said... [Reply]

Tun kak ct pon byk kali dah wat kam heong ciken nih,tapi wat versi kak diana,da byk gak kak diana add..Mmg sedap..
pstt ritu g srwk da juga 2kli g mkn kat SCR,tuh pon mula xtau kata sdp,tapi kak sue duk promot..ank2 kak ct suka nasi dia tuh,lembut jer kan,guna beras siam kut..

Nina Mirza said... [Reply]

As'salam Tun ...

Suka nyer tengok ayam Tun nie..!!
sangat menyelerakan ~~~
Nina masuk list yea... nanti nak try!
TQvm
muah muahhhh ...!!

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply]

Amoi kasi itu ayam kam cheong 4 sudu besor! wa tak tahan leyyy heehhehee... sedapnya.. pekat kuah tu melekatttt aje mata ni memandang kat screeen.. buat banyak tak?? nak banyak tak nak sikit.. tahap kelaparan yang melampau masuk dapur Tun heehehe

quinnie said... [Reply]

tun..kalau nak tau makcik kita bekas pekerja pos..tapi dia sendiri pun byk tak puas hati dgn pos..hahahha

kam heong ni satu lagi masakan yg sempoi...nak buat pun senang...macam2 rasa ada..memang betul masakan 1 malaysia..hehehhe

Tina Othman said... [Reply]

salam tun

nampak sangat menarik,makan dgn nasi panas tu sedap tu

Yana Shaiful said... [Reply]

Salam Tun..rindu jgk pd Kak Nurul..ke mana lah akak menghilang menyepikan diri hihii..

dah lama k.yana mark resepi ni tp xterbuat lg..asyik lupa jer..byk sgt yg tgu Q..Tun dh tayang ni bleh lah jd menu utk wiken nii..tq Tun ^^

izahdaut said... [Reply]

smlm akk tengok dlm fb ayam ni.. menggoncang naluri tekak kuu.. hehehe.. sedap tengok pekat likat gituuu