Monday, June 4, 2012

Rainbow Chiffon Cake


Assalamualikummmm /XD

Morning!!!! Selamat bekerja bagi yg bekerja.. kat sarawak cuti arini, ganti cuti Gawai. so bermalas2an dipagi Isnin.. ni minggu last blh bergolek2 dgn lama sbb stat next week, hari isnin, tun pun kene terkejar2 gi kerja jugak.. huhu.. berdebar pulak rasanya, dh lama x kerja. hihi...

nway, kerja2, lepas update dan BW baru fikir, arini nk kongsi kegembiraan kerana berjaya mencipon (finally!!!). sikit punya lama beli acuan cipon nih, kalau ikan dh jadi perkasam dah nih. lama betul nk kumpul keberanian utk mencipon. nk ayu2 kaub balik ni bukan ke-expert-an tun. tp bila nengok Sonia nyer rainbow chiffon cake nih, terus jatuh cinta. tu pun, amik masa kat nk 3 bulan gak, tiap2 hari tengok, baru laa berjaya memukul putih telur tu. hihi..


gambar dgn byknya kerana gembira kan.. masa baru2 kuar oben tu..fuhh.. berbunga2 nengok dia kembung.. tp biasa la, dh tahu kalau chiffon tu, bila sejuk kek tu akan turun sikit.. bila keluarkan, sgt gembira sbb bila tekan2 dia sgt lembut :D 

nak campur coklat emulco tu, agak susah laa jugak. sbb nk perlu lembut2, tp nk kene sebati. tun gaul2 dgn ayunya sikit2 je, sbb tu jd mcm tuu.. nmpk tak tuuu... tuuu.. ada gelap coklat emulco yg x sebati tu.. hahaha..

Selembut Kapas! ^^
nway, tun buat separuh adunan je, sbb beli acuan cipon yg paling kecik sekali. muat2 je satu acuan, dlm 3/4 penuh gitu, pastu pas bakar dia penuh satu acuan.. potong dgn lemah lembut xnk kasi kemik.. sekali hadap 2 org, habis sebijik cipon. haha... there goes my diet :p

Rainbow chiffon cake
Resepi: Sonia@NasiLemakLover, inspired by Helena’s kitchen and My Kitchen Snippets
Sumber: tun telani
*makes a 8” or 20cm chiffon

Bahan2:
  • 60g telur kuning (2 bj telur)
  • 30g gula
  • 35g minyak jagung
  • 60g susu - tun guna susu sejat

  • 80g tepung kek- tun guna tepung gandum, ayak
  • 10g tepung jagung- ayak

  • 135g putih telur (4 bj telur)
  • 60g gula
  • 1/4tsp cream of Tartar - tun x letak

For the rainbow effect

  • Yellow
  • ½ orange zest - xletak
  • 1/2tbsp orange juices - xletak , guna esen vanilla je
  • Beberapa titik pewarna kuningg
  • Brown
  • 1 sb serbuk koko - tun letak 1 sk coklat emulco
  • Pink
  • Beberapa titik pewarna merah
  • 1 sk strawberry paste - tun tambah
    Green
    1sk pandan paste
  • Beberapa titik pewarna hijau


Cara2
  • Blend gula smpai halus mcm gula ising.
  • Pukul telur putih dgn high speed hingga kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit, masukkan cream tartar jika guna. Pukul hingga kembang mcm meringue.
  • Dalam mangkuk yg berlainan, pukul telur kuning dan gula, masukkan minyak dan susu, gaul sebati.
  • Ambil 1/3 dr campuran putih telur dan campurkan dgn telur kuing td. Gaul slow2.
  • Masukkan semua bahagian telur putih kedalam campuran telur kuning dan kaub balik hingga sebati. Jgn over mix.
  • Bahagikan kepada 4 bahagian dan campurkan dgn perasa dan pewarna (coklat dahulu kerana campuran cocoa powder/emulco lebih berat).
  • Tuang kedalam pan.
  • Bakar pada suhu 170 C (pasang fan) selama 30 minit.
  • dah masak, telangkupkan dan biar sejuk..

14 comments:

chikadakbiru said... [Reply]

salam tun...lama akak tak drop komen kat blog tun..selalu akak jenguk..tp segan nak drop komen..sbb akak risau kalau tun mai jenguk blog akak...takut tun tak jumpe jalan nak mai...dh semak berlalang...dh panggil org p tebas pun...org pun takut nak tebas lalang ..hihihihi

syabas tun...cantik sangattt kejadiann kek sifon nih...akak pun tak berani cuba lagi..walaupun loyang chiffon memang dh ade...

quinnie said... [Reply]

adehhh...memang tergoda tengoknya tun...kita tak tau la bila nak buat lagi..huhuhu

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

salam tun..
tahniah dah nak mula kerja... waa.. lepas ni dah mula bz la yekkk.. pasti tiada lagi ke'boring'an sensorang kat rumah... hehe..

& tahniah juga dah berjaya buat cipon... cun! akak suka cipon.. makan suap demi suapan tak pernah muak atau jemu.. hihi..

mala said... [Reply]

salam tun,
cantik ah kek chiffon ...

HALAMANKU said... [Reply]

Salam wah cantik n gebusnyer cipon tu... erma tak pernah wat lagi.. acuan ader dah aper taknyer sokmo tak pernah beli ovellte.. tgk cipon neh teringin pulak he he he

rostina76 said... [Reply]

tahniah tun. 1st attempt trus jadi. bestnya. kros sukee sgt2 cipon tapi xpernah buat lagi.

zila norazila said... [Reply]

salam tun cyg
aduss kita pun sama..asik belek2 kt dapur sonia tue..menghitung hari jew nk buat..tp mmg malas btul..tgok org buat..alahaiii tergudanya..cantik tun tahniah wlu pertama kali..wahhh menjadi tue..gebus gebasss:)

CT Delima said... [Reply]

As'salam Tun

Tadi dah tergoda tergolek kat FB sebab suka dia naik gebus bukan main. Ni tengok kat blog lak..sukaaa! lama dah tak meng'chiffon'kan diri. sesuai lah kalau makan 2 orang buat 1/2 adunan. kalau kek macam ni kat rumah lajuuuu jer semua. tapi kek yang berat2 tu slow lah sikit hehehe

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply]

Cedappppppp tuuuuu!!! percubaan yang menjadik!!! sedapnya.. akak kan Tun bukan tak pernah buat kek chiffon ni nak memutar telur dua kali tu yang akak malas hehehhee... tapi Tun buat memang menjadi ni.. tahniah muahhzz

Qasey Honey said... [Reply]

waduhhh Tun...sedapnye tgk kek chipon rainbow tu...nmpk sgt lmbut...QH n hb mmg suka chipon ni..nk try buat juga...tq resepi...

cikmanggis said... [Reply]

salam Tun..maaf lah Cm tak sempat nak ziarah Tun..bizi memanjang tak sempat nak blog walking.Minggu ni kena jaga cucu hehe.

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

Assalamualaikum tun...
wah akak dari hari tu berangan jer nak buat chiffon cake gini.. tp smpi skg pun x buat2 lg.. ehhehee.. nie nampak kek yg tun buat nie.. cantik n lembut... sukanyaa tgk... kalau dapat makan lg suka berganda2 tau... ;)

lina_pg said... [Reply]

assalam cantiknya kaler kek chiffon ni lembut jerr.kek pun lembut n gebusss

Tina Othman said... [Reply]

salam tun

vavava cantiknya, tergoda nak buat tapi tak berani lg, sebab tak penah buat, takut elok gebu tup2 dia turun balik