Friday, June 15, 2012

Sagu Santan Gula Melaka?


Assalamualaikumm~~~

:D apa khabar semua? arini sgt kelam kabut, BW pun x sempat, sempat jenguk 1-2 dapur je. esok insyaAllah tun akan bertolak pulang ke kampung.. balik utk Viva, tp alang2 dh balik tu, stay seminggu la. tinggal laa my laling sorang2. kesian pulak.. huhu.. tp dh masak sikit lauk pastu frozen kan, roti pun ada frozen kan. hihi.. nnti senang bila2 enchik laling tun tu nk makan, blh microwave je :D

tun sejak pandai buat kuih sagu  ni, mmg selalu buat.. suka bila biji2 dia kenyal tp xde putih2 kat dalam ^^ kali ni buat sbb terliur nengok kak zana ngan kak sheila tayang cendol sagu.. tp tun panggil sagu santan gula melaka.. tp malas nk masak santan, tun cuah susu sesat je, pastu cuah gula melaka :D sedap makan sejuk2.. lagi2 skrg ni cuaca panas betul..


pagi td nengok Datin Chah, atau nama baru Cik G kita pun tayang sagu jugak.siap terharu lagi ye.. tun pun terharu jugak bila makan makanan yg sedap2 nih.. hihi..

Kuih Sagu/ Bronok
Resepi: mamakastam@myr
Sumber: Kak Ika, Kak Izah, tun telani

Bahan2:

  • 1 gelas sagu biji kecil>> Kita guna sukatan cawan metrik
  • 3 gelas air>>yg ni pun sama
  • 3/4 gelas gula pasir
  • Sedikit pewarna merah
  • 1/2 biji kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu teh esen rose - ni me xde

Cara2:
  • Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  • Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  • Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  • Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya - me kukus setengah jam
  • Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap.

untuk Sagu Santan Gula Melaka, didihkan santan, masukkan sikit garam. pastu cuah atas kuih sagu, dan curahkan juga gula melaka yg dh dicairkan. masukkan 2-3 ketul ais utk lebih sedap :D


16 comments:

HaSue said... [Reply]

Tuuunnn..!esok balik ke?cuti la ngajo ekk? Takpe2,laling duk sini tun duk sana leh gayut tepon..hikhik.. <-pesen lama,org dah skype skrg.

Suka sago rupanya minah sorg ni..dah pernah cuba sago besar tak tun?akak baru pestaim beli aritu,kat sing kwong ada jual..tp mcm lambat lak rasanya nak tggu betul2 jernih bila wpun dah rendam cam buat sago kecik.tp x penah kukus lg,wat pengat jek.hee

hati2 balik kampung tu yer..jatuh bangun sendiri tau..akak takde nak tolong tengok,eh nak tolong angkat.

quinnie said... [Reply]

ooo resepi mama kastam..kita pernah buat resepi ni tapi makan dgn kelapa je...boleh jugak ek makan dgn santan..pelbagai gitu..hehehhe...

FnF Simple Life said... [Reply]

Salam Tun...sgt gigih buat macam2 kuih...sedapnye...
gud luck for viva ye...

Bicara Kak Noor said... [Reply]

salam Tun..
rasanya hari ni ada dua rumah bersagu macam ni mesti di cuba jugak sbb menjadi kegemaran ramai ni kan..

anymz said... [Reply]

sedap makan masa musim panas ni tun..sejuk je masuk ke tekak..^^

Qasey Honey said... [Reply]

aduhhh terliur sudah...ramai pula yg duk mnayang kuih sagu ni..mcm2 versi ade...xthn tgk kne buat jugak ni..nmpk sedap la tu Tun..

hati2 yer balik ke kampung tu..sian en laling kne tinggal sorg2..hihi

Shahriah Abdullah Novelis said... [Reply]

As'kum Tun wah seronoknya nak balik kampung dapat jumpa keluarga tersayang.. jangan lupa hangkut segala perabah dari kampung tauuu... selamat pergi dan pulang.. jangan lelama nanti cian cik Laling Tun tu hheee.. tak ada masakan Tun yang dah frozen tak ler rindukan masakan Tun kan kan..

waduhhh itu dessert memang fav bulan puasa! pulak sekarang musim panas terbaik sangatlah ni dik Tun aiii

Rohah said... [Reply]

amboi cik Tun, siap frozen2 kat laling dia ye, mmg mithali betul cik puan ni...biar barakah hendaknya usaha baik zaujah solehah mcm Tun...selamat bercuti ye, macam nk sambar sagu tu, beberapa ari yg lalu akk seperti mengidam sagu ni, tp kebetulan time tu tak ada stock sagu..jd telan air liur je lah..

inahar ali said... [Reply]

woww..my feveret nih..bak akak semangkuk!

Nuwairani Ismail said... [Reply]

assalamualaikum kak tun...agaknya masa kak tun baca komen ni dah ada kat kampung la kot. bestnya balik kg. rasa x puas cuti 2 mggu hari tu. tapi kalo cuti sebulan kang, bosan la pulak.hihih...

ini memang nani boleh gelar ratu frozen la. semua benda dia boleh frozen. tapi memang kalau org berkerjaya ni kena buat mcm tu la rasanya. masak banyak2 pastu frozen. tulis tarikh/hari nak makan bile. takot nanti dah expired dulu. huhuh...

panjang beno komen kali ni. hihih... kite pun suke sagu + gula melaka + susu ni. kalau bulan2 pose memang kene buat la sagu mcm ni.sejuk aje masuk tekak.

Gee® said... [Reply]

Tun, musim2 panas gini memang sedap dapat makan sagu gula melaka ni... lembut dan sejuk jer perut kan...?

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

waa... slmt pulang ke kampong... seronoknya dia.... hehe..

mmg betul resepi bronok mama kastam ni mmg senang sgt.. kalau dulu jenuh kacau sagu dlm kuali nak tunggu sagu jernih sepenuhnya.. akak pun suka kuih sagu ni.. biasa kalau takde kelapa parut baru mkn ngan santan/susu cari cenggini.. dah jadi puding kan.. mkn sejuk2 bestnyer...

zila norazila said... [Reply]

slamat bercuti tun..boleh borong acuan cantik2 kt kg yer..he hehe sagu tue fav kak zila jgk tau.:)

kakbesah said... [Reply]

salam kenal Tun.. akk dh tua2 ni baru knal tenet..huhu. syok jg raon2 dri blog ke blog.. mcm2 masakan ade yer.. sronok tengok adik2 rajin masak n present ngn gaya menggiurkn.. buat akk ngences je.. posa dh dkt.. memang sesuai buat dessert sagu nih.. hehe..

Ayu said... [Reply]

Assalam Tun, maaf ya lamabt singgah kesini..banayk juga entry yang terlepas..sagu bronok ni dah ramai juga akak tengok teman2 blogger yang buat, akak juga masih ketinggalan kapal selam..heheh

Salmi Khairil said... [Reply]

sedapnya..makan plak sejuk, time2 panas cam nie memang sesuai..