Thursday, March 28, 2013

Kari Kepala Ikan



Assalamualaikummmmmm~~~~~~~~~~~

cuti sekolah hampir2 sampai ke penghujungnya, kami kt uni baru nk start cuti sem. dan sbb dh siap tanda all the exam paper, so un-officially declare diri sendiri free from this semester ^^. owh.. for the mengajar part lah.. for the 'belajar' part, still terkial2. a bit lost sbb blm bersekempatan nk sit down with all the supervisors and decide which direction to go.. *sigh... hopefully all those Doctors can allocate some time for their poor student who became more and more concern about her progress (me la tu..)..
tun nyer sorang kepala ikan nih! hoho...

nway, arini nk tayang one of my favourite dishes. mmg sgt2 jarang dpt makan, bukan selalu dpt ikan merah yg besar dan fresh. bila tiba2 my laling beli ikan merah yg besar, mmg dh chop bahagian kepala dia nk wat kari. mmg gumbira makan sbb sorg2 dpt conquer kepala ikan. hoho... my laling x makan kepala ikan. kalu kt kg ni, sure berebut ngan my siblings. biasanya letak bendi, tp xde stok bendi pulak.

eat your vegi and LOTS of it! ^^
Kari Kepala Ikan Merah
resepi: tun telani
Bahan2
  • 1 kepala ikan merah saiz besar- belah 2
  • 2 keping isi ikan merah
  • 1 bj bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 inch halia- tumbuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sk halba
  • 1 sk serbuk kas-kas - optional
  • 2 sb cili giling
  • 2 sb rempah kari ikan - tun guna adabi - campur sedikit air utk jadikan pes
  • 1/2 cwn santan
  • sedikit air asam jawa
  • air secukupnya
  • bendi- jika suka
  • garam
Cara2
  • tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih, halia, daun kari, dan halba. tumis hingga wangi.
  • masukkan cili giling, rempah kari ikan dan serbuk kas-kas . tumis hingga pecah minyak.
  • masukkan santan dan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan air asam jawa, biar mendidih. perasakan garam dan tambah bendi jika suka.
ps: tun wajib ada sambal belacan bila makan kari kepala ikan nih ^^

14 comments:

Tina Othman said... [Reply]

morning tun

sedapnya kari kepala ikan, kalau makan kat mamak tu dah brp kan, pergh layan pulak kalau ada sambal belacan, mmg dua pinggan nasik lah haha

lina_pg said... [Reply]

peberet selamanya hihi...akak bawa roti gardenia ni Tun, nak cicah ngan kari kapla ikan ni...sedapnya

JaSSNaNi said... [Reply]

perghhhhh.... meleleh ni..
kena ngan nasi panas.. pecah cili api.. sudahh.. mak mertua lalu kat belakang pun tak heran.. hahahah

atie @ ejay said... [Reply]

waaah dah lama tak buat kari kepala ikan merah ni..mmm letak terung n bendi mesti lagi sedap ni :)

adda syuhada said... [Reply]

Assalam..
mesti sedap ni kan...
nyum nyum..

Mel said... [Reply]

Baguslah tu, sorang makan kepala, sorang makan badan.. InshaAllah tak membazir..

Dapat makan dengan nasi panas ni..sedappppnyaa..

Hafizah Mohamad said... [Reply]

sedapnyer Tun...kak fiza lama dah x makan kepala ikan ni...bukan sbb apa pun sbb x nak anak2 makan juga...pernah dengar ustaz cakap kalau makan kepala ikan ni susah nak belajaq...he he he...tp kalau kak fiza makan oklah sbb otak dah karat dah nak belajar pun....he he he

Zaliedana said... [Reply]

Wah kepala ikan merah nmpk sedap tun,walaupon kak ct xmkn,tapi serius nmpk pon leh terliur..Salu kat umh kalo ikan hubby n ank2 mmg suka la,kak ct tlg msk jerk,heheh..

zila norazila said... [Reply]

fav arwah ayah akk jgk..tp kami suka masak asam pedas...huby akk pun sama x makan kepala..klu kt umah nie akk sorang jew mkn bahgian kepala..kecurr tgk kari tue tun..yummy:)

Cheq Sue said... [Reply]

wallah...meletop dik menu ni. cheq sue pun peberet kepala ikan ni, dok kg sekarang xde la nak buat sebab deme tak makan...

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

oh sedapnya...! lama x mkn kari kepala ikan...mcm terasa rasa je kat tekak ni....

dZana said... [Reply]

huuu.. mcm akk juga.. suka ratah2, sedut2 tulang kat kepala ikan merah tu.. aduhai nikmatnya tun..

izahdaut said... [Reply]

Xpenah mkn kari kpala ikan.eh yeke..propa je kan.hehe

Tun akk nak buat cream puf seperti dibawah.hee

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

Tun... I love kepala ikan too...... lagi2 dimasak kari.. suka sgt2... tp selalunya memang kena berebut2 dengan suami & anak2.. tang mata biasanya en. hubby dah chop dulu.. hehehe...