Tuesday, April 16, 2013

Pumpkin Cream Puff



Assalamualaikummmm~~~ :D

Musim cream puff skrg.. hihi.. ni salah satu kuih kalau terasa nk makan, akan diperam dulu resepi sekian lama, tp bila dh buat sekali.. haaa.. amek kau, 4-5 kali buat cream puff.. :p  

cream puff ni senang je nk buat, tp jd leceh bila xde nozzle dan piping bag yg sesuai.. tun nyer nozzle tertinggal kat kg, pastu ada satu nozzle utk pipe icing yg kecik sket tp xtau laa tercampak kat mana, jd guna acuan kuih dahlia yg buat biskut raya tuu.. struggle la jugak. so ada excuse la rupa comot momot sket tu.. hihi..

guna acuan dahlia je.. nmpk mcm biskut raya x? hihi

Resepi ni tun olah sbb ada lagi labu pemberian puan mellin_blossom kita nun. sebiji labu, bila purikan dapat 4 bekas kecik jugak puri dia. tun ni makan 2 org je kan, jd byk la kuih muih yg boleh di olah utk gunakan pumpkin nih ^^ alhamdulillah menjadi resepi cream puff and pumpking custard tun nih.. seronok dpt bagi kat jiran tetanga. my laling ni pon suka betul makan, 2 bekas habis kat dia sorang.. tuan umah diet jd makan sikit2 je.


Pumpkin Cream Puff
Adaptasi dari: Zaliana@myr
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 200 ml air
  • 60 g puri labu (labu yg dikukus dan lecek)
  • 125 g tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 100 g butter
  • 3 bj telur

Cara2:
  • Masak air, puri labu, dan mentega hingga mendidih.
  • Perlahankan api dan masukkan tepung gandum dan baking powder, kacau adunan hingga tidak melekat di periuk.
  • Tunggu adunan sejuk sedikit, dan pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
    Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
    Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.

Pumpkin Custard
resepi: tun telani


Bahan2:

  • 3 sb tepung kastard
  • 2 sb gula kastor
  • 1/2 c puri labu (labu yg dikukus dan lecek)
  • 1 c susu segar @ 3/4 c susu sejat + 1/4 c air
  • 1 sk mentega

Cara2:
  • Satukan tepung kastad, gula, puri labu dan susu, kacau supaya tidak berketul.
  • Masak menggunakan api perlahan, kacau hingga pekat.
  • Masukkan mentega, dan sejukkan sebelum digunakan.

19 comments:

Tina Othman said... [Reply]

Musim, tadi nampak qh tayang, bestnya lah

Asyifa Mustaffa said... [Reply]

tdi QH tayang puff..skrng Tun plak...kacau sungguh jiwa lara nih...!

Mel said... [Reply]

Wahh..cream puff lagi..
Kalau tangan tun yang buat, inshaaAllah sedap dan licin tu..

Kalau tangan mel yang buat, mau jadi rupa apa ntah puff tu..Daku tak terer buat kuih muih ni..kuikuikui ^^

LiNa_Pg said... [Reply]

Keluar pumpkin cream puff pulak...nampak sangat lembut dan sedap tu Tun...
Time yg belm bako cam sekut raya samperit lak.Tp bila masak..elok kejadiannya cream puff...

MaDiHaA a.k.a Ratna said... [Reply]

sedapnyer tun... terliur bila dgr ada labu kat dlm...

JaSSNaNi said... [Reply]

sama kes,, nozel kecik sangat.. simpan main campak je.. entah hilang ke mana.. sayang lak... sbb nak beli pun mahal nozel ni.. :)
>> sedap nampak ni, boleh test gak.. :)

Liza said... [Reply]

comei je cream puff tu, sayang pulak nk mkn...mmg kreatif la tun ni, siap guna labu lagi...

Gee® said... [Reply]

Well done Tun...canteknya cream puff tu... comel cam Tun...

adda syuhada said... [Reply]

sedapnya...dah lama tak makan..

Nooriah Abdullah said... [Reply]

baru ni kak noor buat jugak creampuf tapi tkde labu boleh try lagi resepi ni best jugak ada kelaianan mesti sedap ni kan

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... [Reply]

Sodap tu Tun... akak suka cream-puff...

Mula2 akak tengok macam kuih dahlia jugak tu :D

Zaliedana said... [Reply]

Kak Ct aritu 2mggu berturut2 juga wat cream puff,lain2 rcp,erm yg biasa pon dah sdp,yg nih versi labu sure lagi sdap kan..

ady said... [Reply]

as-salam
1st time dgr labu cream puff..menarik resepi ni..

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam tun...seru lah akk teringin sangat nak buat cream puff ni,tapi takut tak menjadi je.

Rohah said... [Reply]

Mesti enak ni tun sbb guna labu..

Kakzakie said... [Reply]

Tak pernah kakak terfikir nak guna labu buat cream-puff. Warna kuningnya mesti bertambah berseri sebab original dari warna labu...

Nak cuba (dah simpan dlm kepala kakak ni resepinya)..

Amie said... [Reply]

Wow! Tun guna labu pulak ye... warna labu memang cantik, nampaklah kombinasi sedap dan berkhasiatnya pumpkin tu ye Tun...

rostina76 said... [Reply]

comel2 je creampuff tun ni. rasa geram je nak gigit2....

Ummi said... [Reply]

Assalam Tun cayang...waaahh cantik comeeyy cream puff dia..pumpkin eh...mesti best nih!