Monday, April 22, 2013

Suhun Goreng Cili Padi



Assalamualaikummm~~~

Tuan rumah baru balik dr weekend gateway.. huhu.. gi usrah umum and attend program aman palestin kat ngan mukah (not exactly mukah, tp kat dalat, a very small town nearby mukah).. xsempat pulak nk contact kak HaSue. nx time kalau gi mukah jalan2 blh gi umah kak HaSue, kali ni jadual penuh.

Ptg semalam sampai umah, 1st time drive sorang2 utk long distance nyer journey kat Sarawak nih. Alhamdululillah, semua selamat. travel siang pun sbb x berani travel mlm. mmg jalan kat sini x macam jln semenanjung, masa smp area dalat jumaat aritu pun dh aft maghrib, mmg gelap gelita jalan xde lampu dan kdg2 je jumpa rumah orang. sgt scary!  Ptg semalam arrived to an empty home :( my laling dh bertolak balik semenanjung on saturday. ada kursus handle x-ray katanya. for the whole 2 weeks! habis on the day that we are supposed to went back home together. *sigh.. arini seharian in this empty home dh rasa mcm nk meroyan :(( 



nway, another announcement about my inability to comment on embbeded comment box.. to kak Jassnani my apology sbb xberjaya membalas komen akak. problem satu nih dgn blogspot mmg xdapat nak solve.. tq kerana sudi menjenguk dapur tun ye.

sbb duk sorang2 and probability utk memasak tu sgt kurang (spent the whole day eating roti gardenia yg kak jas -jiran dpn umah- bw bawak balik dr semenanjung. huhu), tun post resepi review AROMA lagi ye. sgt suka mkn suhun goreng sbb konon2 kalori lg rendah dr bihun, mee dan spagetti.. tp bila dh rasa sedap tu byk jugak makannyer.

Suhun Goreng Cili Padi
Resepi: tun_telani

Bahan2:
  • 1 peket suhun (200g)
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • ½ bj bawang besar – tumbuk
  • 3 bj cili padi- tumbuk
  • ½ cwn isi ayam- hiris
  • ½ cwn isi udang
  • 5 bj bebola ikan- hiris
  • Sedikit kobis – potong halus
  • 1 batang lobak - sagat
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • ½ sb minyak bijan
  • Garam secukup rasa.
  • Daun sup dan cili merah untuk tabur

Cara2
  • Rendam suhun hingga lembut dan toskan.
  • Tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan isi ayam, udang, and bebola ikan. Tumis hingga masak.
  • Masukkan sayuran pilihan, sos tiram, dan kicap. Gaul rata dan masak hingga lembut.
  • Masukkan suhun dan minyak bijan dan gaul sebati.
  • Perasakan garam dan tabur daun sup dan cili merah sebelum dihidang



11 comments:

Mel said... [Reply]

Daku pun mau hampir meroyan duk sorang2 last week tun..Duk dalam hutan ni, sorang2 pula bila hubby takdak, memg malas masak. Last week hb balik dari semenanjung bawa roti gardenia, ku pulun makan tiap2 hari..hehehe

atie @ ejay said... [Reply]

cam best je tun,nak try buat lah

Amie said... [Reply]

Alahai Tun... mesti rindu serindu ridunya ni he he heh simpan rindu tu dalam tupperware kedap udara sebab time ginilah kita memahami erti rindu (ayat jiwang jarat pulak dah ni)... sampai tahap meroyan hihihihii...
Tu suhun tu kan Tun... kena makan pelan2, telan pelan2 sebab nak nikmati kelembutannya...apalagi kalau ada cili padinya..lagilah kaw kawa!!!

Kak Nik Ja said... [Reply]

al-kisah nye kat sinun x dek roti gardenia ker....ish3x baru akak tau...boleh meroyan tuh...hahaha...org kata syg isteri tinggal2kan....sapalah yg cerdik kata tu ek! cukup akak x sokong!

Hafizah Mohamad said... [Reply]

Alahai Tun...ni peberet kak fiza ni...paling gemar suhun...selalunya buat sup saja...kalau buat sup sampai 4 paket atau 5 paket kak fiza letak suhun ni...sbb bukan kak fiza ja yg suka...satu famili suka...boleh masuk list ni...=)...dapnyerrr...

Sury Abil said... [Reply]

Selalu masak masuk dalam sup je suhun ni tun,x pernah try lagi..nampak sedap n mengudaaaa :-)

norzila said... [Reply]

sedap kak tun...harus di cuba ni..alohh cian nye tinggal sorang..kan kt sana ptg dahn sunyi..(mood nak sedapkan hati sbb nak kena pindah ke sana)

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said... [Reply]

Nak cubalah akak tak pernah msk soo hoon goreng ni, nmpk sedap jer ;-)

LiNa_Pg said... [Reply]

assalam Tun, tak pernah lagi suhun wat camni.Selalu masuk dalam sayur jer.

Rohah said... [Reply]

Tun, ni masakan ala2 jawa kg akak..suke...

zila norazila said... [Reply]

Sedap..tp akk jrg buat nie..tunggu rajin sikit bru nk buat tun..:)