Thursday, April 18, 2013

Rendang Ayam Mama


Assalamualaikummmm :)


Alhamdulillah.. hari ni blh berblog. semalam kelam kabut study dan siapkan slides, sbb last2 minit supervisor email ada presentation petang smlm. baru nk start presentation smlm, satu uni black-out. haha... lucu ada, cuak pun ada gak.. tp, alhamdulillah, letrik ada aft half an hour, dan presentation berjalan lancar. komen few and there, and sedikit2 hentaman tu perkara biasa lah kan ;)

semlm xde masak special2 pon, jd tun just tayang menu review AROMA je la ye.. dh byk kali post pasal rendang ayam ni.. menu wajib yg mama tun akan masak utk hari raya pertama, rendang ayam makan ngan pulut kuning.. sgt sedap :) masakan emak pastilah yg terbaik kan :x


resepi ulang-tayang.. tq pada yg pernah mencuba sblm ini :D


Rendang Ayam Mama
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kilo ayam- potong kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 ml santan
  • 2 kpg asam keping
  • Garam


Cara2:
  • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk.
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap untuk dihidang.


14 comments:

LiNa_Pg said... [Reply]

assalam Tun, rendang ayam resepi mama mestilah yang terbaik punya..Tambah lak digandingkan ngan pulut kuning lagilah sedap...Akak menu camni..raya baru terajin nk wat hihi..

Liza said... [Reply]

fuhh tun tayang rendang pg2 ni buat akk terliur je...mkn dgn pulut kuning atau ketupat mmg sedap ni...

Ummi said... [Reply]

Tun....mantopsss gambar!! Suka akak tengok...rendang pun mengancam jer.. ^__^

JaSSNaNi said... [Reply]

wahhhh.. rajinnye merendang... :) sedap ni..

Naz / Nadz COSK said... [Reply]

Sedapnyaaaa.... menggoda kalbu..

Naz / Nadz COSK said... [Reply]

Sedapnyaaaa.... menggoda kalbu..

Anna Qawina said... [Reply]

Tun..selamat hari pilihanraya..kira menu raya la kn..kikiki...sedapnya lahai..

norzila said... [Reply]

aduh kak tun..cuba la hantar ckit..kot dapat ciciah roti pepagi ni sedap tu..

zana fahmi said... [Reply]

Teringat la pulak mak akak kat KL..huhu..takpe2 nanti balik mengundi paksa dia masak.

Kebetulan hari ni akak nak masak rendang juga tapi taknak guna daun kunyit..sebab takde..hehe

Rohah said... [Reply]

sedap ni Tun....tak musim raya pun rasa gian nak jamah tauuuu..dah beli AROMA..dpt tatap muka Tuan Blog ni..:D..hi2

zila norazila said... [Reply]

makan dgn ketupat nasi..perghhh jadi bertambah2 makan kan..sedapnya tun..:)

Mas said... [Reply]

akak klu rendanggg..
hmm..memang suuukkaaaaaa sangatt

Mel said... [Reply]

betul tu...masakan mak pasti terbaikkk.hihi

Tina Othman said... [Reply]

Sedapnya, feeling raya dah ni