Friday, February 17, 2012

^o^ Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Assalamualaikum~~

uhuk uhuk~~~~ terbatuk2 masuk blog sbb byk ngat habuk. sian pulak kt dia xde org tolong sapu.. tuan rumah since last week bz sket, pastu minggu ni kurang sihat pulak. bila ujian Allah datang tu kan, samaada akan mendekatkan diri padaNya (dgn bersabar dan redha), atau makin menjauh kerana berkeluh-kesah. nauzubillah.. sendiri tulis, sendiri faham.. org x faham pun xpe sbb tulis utk menyedapkan hati sendiri yg sedikit dirundung gundah-gelana..

nway, kek yg sedap ni tun buat sempena birthday my laling 14 Feb aritu. xde masak special2 pun sbb lunch kt pizza hut. siap ada pizza bentuk lovey lovey tau, tp kiteorg xorder yg tu pun. order yg byk2 cheese tu, mkn sekeping dh xleh nk masuk dh sbb muak ;p 
 
pencahayaan x elok lgsg, nyampas..

k laa.. xleh bebel panjang2. kek skodeng dr dapur kak izah. kak izah skodeng dr dapur kak anym.. kak anym pulak amik dr dapur kak yatie. kak yatie pulak ubah resepi dr resepi brownies mrsdayat. fuh... panjang betol salasilah dia. terima kasih buat akak2 semua =)


Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Resepi: Kak Yatie
Sumber: Kak Anym, Kak Izah

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 25 ml air
  • 1 sb tpng gandum
Cara-cara
  1. Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar/cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya.
  2. Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  3. Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  4. Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Sejukkan dan boleh di hidangkan....

12 comments:

Qhaifa Nur said...

memang sedap kek ni..dah pernah makan
cantik bentuk love....

Liza said...

salam tun...wahhh besday hubby tun sama ngan besday abah akk la...hepi belated besday yer...
mst mkin sayang cik abng kat Tun kan, yer la berpeluh2 buat kek besday utk dia....hihihihi

Nuridah said...

Assalamualaikum Tun,

Bila Allah menguji kita bermakna kita disygi nya,ujian yg pahit bagi kita tapi indah dn baik bagi Allah.Pahala menanti kita andai kita redha....alahai kdg kak Nur pun mengeluh juga....huhuhu.

Tun, cantik aah kek love tu...bertuahnya org sebelah Tun tu....hehe.

mala said...

Salam tun. Belum pernah rasa lagi kek ni. Ntah bila nak mencuba, kurang sikit bab mengukus ni :-)

cik cek said...

WoW! kek lovey2 lagi uuuu...cantikkkk...mesti sedap ni....akak memang jarang buat kek kukus2 ni...kalau ada pun kek lapis ...tu pun lama bebeno dah tak melapis kek..:)

ijayuji said...

Salam tun! annyeong!!! eh? td mcm ada perasan kat umah sapa ada kek mcm ni eak? lebih kurang jerrr :D kita ni pelupa sikitlah dah lama bercuti byk blogger2nyer nama dah lupa :D sedapnyer ada cis tu tun :D suke ler lemak2 akak nii klu akak buat kikiki...

Unknown said...

huiiiii Tun....Kek Lapis Kukus Cheese ni da berjangkit kat sini lorr..... dr hari tu nk wat....cheese plak kong da xpired...x beli2 lagi nihh...nampakk sedapp laaa..... bak sini nk rasee....x sabo rasenyerr....

Anonymous said...

cantiknyer..

Cheq Sue said...

cheq sue pernah dah buat sekali masa awal2 berkecimpung dengan MyR dulu...

memang sedap rasanya... entah bila la nak buat lagi

Yat Maria said...

Salam Tun

memang sedapkan this cake..That time buat, kejap jer licin dia :)

Nuwairani said...

suke2! tapi belom salin lagi resepi ni..

quinnie said...

ooo ini la rupa kek utk hb nya.hehhehe...kek coklat gabung ngan cheese memang sedap..lama kita tak buat kek ni..:)