Tuesday, March 26, 2013

Mee Kari II


Assalamualaikummm :)

Arini hujan dari pagi.. sgt terasa seperti ingin bergolek2 dan bermalas2an, tp sgt byk paper yg menanti utk ditanda T.T  better finished all the markings b4 being bombarded with text messages from my students tanya markah.. huhu.. 

nway.. iklan jap.. serba salah bila ada kawan2 blogger baru sudi komen kt dapur maya tun nih tp tun xdpt nk membalas komen. mmg tun akan membalas kunjungan di blog, tp kalau komen tu dlm bentuk embedded mmg tun xleh nk komen.. dh try guna server lain utk post komen tp xberjaya jugak :(  (ps: kak hafizah@suka duka kehidupan, sorry tun xleh komen kt blog akak ye).



wokeh.. arini nk share makanan kegemaran kak Mar. salah satu menu favaurite tun jugak ^^  dh few times tayang mee kari kt blog ni.. so tun letak II kat nama ni utk bezakan dgn mee kari yg buat sblm ni :)

Mee Kari II
Resepi : Kak Mar@My Mintroom
Sumber: tun telani


Bahan untuk Kuah :
  • 400 g rangka ayam - potong kecil, basuh dan toskan
  • 1 cawan santan pekat 1 kiub Ayam Knor
  • 2 keping fish cake – hiris ikut suka
  • 1 peket fishball – potong dua setiap satu
  • Sedikit tauhu pok @ tauhu sponge
  • 1.5 liter air (anggaran ) - tambah jika perlu
  • 2 sudu besar jus asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu kecil gula perang

Bahan tumis:
  • 1 kuntum bunga lawang *
  • 1 batang kulit kayu manis *
  • 3 biji buah pelaga *
  • 2 biji bunga cengkih *
  • 6 ulas bawang merah – kisar *
  • 4 ulas bawang putih - kisar *
  • 1 inci halia - kisar *
  • 3 sudu besar udang kering - basuh dan kisar *
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan cili - kisar
  • 3 sudu rempah kari daging
Bahan dimakan bersama:
  • Sedikit puchok goring / fish cake yang digoreng - dicelur
  • Sawi - dicelur
  • Taugeh - dicelur
  • Telur rebus – potong 2
  • Cili merah/hijau - hiris
  • 1 peket mee kuning – dicelur
Cara:
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumis yang bertanda * hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar, serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga rempah garing & pecah minyak.
  • Masukkan rangka ayam dan gaul sebati, biarkan seketika (anggaran 10-15 minit). Kacau selalu supaya rempah tak hangus atau melekat pada dasar periuk . Masukkan air. Bila dah didih, masukkan santan pekat, air asam jawa, kiub ayam dan air hingga mendapat kepekatan yang dikehendaki.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Setelah kuah mendidih, masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pok.
  • Biarkan kuah mereneh seketika sebelum dimatikan api dapur.
  • Masukkan mee kuning dan bahan-bahan yang dimakan bersama ke dalam mangkuk. Tuang kuah kari ke dalamnya. Sedia dinikmati semasa panas.






14 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam tun..
wah.. sama2 entry mee kari.. tapi lain versi.. jom kita tukar2 tun.. hehehe...

Mel said...

Salam Tun..sedapnya..
Semua bahan ada..boleh buat ni petang2 esok..lagi2 hujan lebat seharian ni...^^

JaSSNaNi said...

huaaaaa.. sib baik baru lepas makan mee kari 2 hari berturut2 minggu lepas.. hihihi

Hafizah Mohamad said...

Salam Tun...sedapnyer tgk mee kari ni...kena pulak time hujan2 gitu...he he he...perghh...terangkat...

terima kasih Tun sbb sudi gak jeling2 blog kak fiza...he he he...

Marsita Yahya said...

Salam Tun...TQ sudi mencuba.. amacam wokey ke? Akak pun lama tak buat mee kari ni..tapi nak traii yang kak Madihaa / Quinnie punya yg guna ikan bilis tamban.

Chah said...
This comment has been removed by the author.
cikmanggis said...

kat rumah Cm ni internet asyik putus putus je..geram ..jarang macam ni...Wah sedap ni pekena mee kari semangkuk ..pengsan hehe.

Yana Shaiful said...

~ salam Tun cayang ^__^

Mee kari feveret k.yana jgk..suka sgt klu bt sndri ltk tauhu pok byk2 kasi kembang hihii

zila norazila said...

salam syg tun,
nampak sedap..klu akk suka buh kuah tue lebih2..mee kurang..rajin btl tun nie..

dZana said...

asmkum tun.. dah lama sebnarnya akk tak main msk2.. hihihi..buzy n se buzy2nya .. mee kari mmg fav akk.. ntah bila la nak rajin2 mcm tun.. cake in jar tu akk buat hampir 150 btl.. mmg buat sejarah.. huuu.. ada trajedi tertumpah air panas atas paha lagi.. nnti akk kongsi kan resepi yg agak muai n berbaloi klau nak buat..

ummiaisyah said...

salam tun...dh 2-3 ari dok tringat nk mkn mi kari...tp malas nk layan...layan megi kari je la...tp bila tgk mi kari tun..terus berkobar2 nk masak..ok..esok pagi2 kita pacak depan kedai!

maz said...

lamanya kmaz xmkn mee kari..asik duk mkn mee rebus jee...hehee...

Rohah said...

salam Tun, nampak mee kari Tun ni teringat terus bahawasanya dah laaaaama akak tak buat & makan mee kari..rindu dendam ..

Unknown said...

mee kari mmg fav QH sgt2..sedapnya lahaiii tgk..ngecesss dh ni