Saturday, August 13, 2011

Basic Doh dan Chocolate Filling

Assalamualaikumm~~~

hihi.. ada ke orang len wat roti puasa2 nih.. me pon x berapa selera nk mkn roti, tp dh ada yg mintak suruh wat roti kan, layankan je.. ni roti yg separuh me wat roti john tu.. xkan nk wat roti john sampai 14 biji kan.. hehe..  wat camni, pas moreh blh bw gi surau bagi2 kt sapa2 yg ada kt surau tu.

ni 1st time me guna Basic Doh kak nor yg glemer nih. gebu je keadiannyer.  chocolate filling pun cilok kt umah kak nor jugak.

BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
  • 100ml air
  • 100gm water roux*
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30gm butter
  • 30gm shortening

  • Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  • Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  • Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  • Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  • Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  • Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  • Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  • Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  • 50gm tepung gandum
  • 250ml air

  • Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  • Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  • Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  • Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  • Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

CHOCOLATE FILLING (versi edit)
kredit pada tuan resipi asal : Puan Azlina Alias
sumber : K.Anna QawinaK.Nor
Bahan-bahan :
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 180gm gula castor
  • 60gram serbuk koko
  • 60gram tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum (yg ni k.nor tambah)
  • 60gram mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
  • Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
  • Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
  • Masukkan mentega dan vanila.
  • Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
  • Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

13 comments:

anymz said... [Reply]

rajinnya tun meroti.org sebelah nak makan lah tu ya..hehe

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said... [Reply]

sungguh rajin kak tun meroti =0).
saya suka mkn roti..tapi saya blm try lagi meroti..tak tau bila lagi nak rajin uli doh roti..

Nazrah said... [Reply]

ada roti wat sahur pun ok gak Tun.... rasanya BM kita pun dah lama rehat...

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

Assalamualaikum tun... rajin sungguh tun buat roti yer... meh bg akak ckit.. dah lama benar akak x buat roti.. huhu

Mas said... [Reply]

salam tun..
rajinnya tun meroti..
kak mas lama dah tak meroti..he..he..

nuwairani ismail said... [Reply]

aduh! rindu pulak nk menguli roti ni...tapi tula, kurang selera sikit nk makan mende2 beroti time pose ni sebab tekak cepat haus la..takpe, simpan dulu resepi untuk masa2 lain. heheh

ijayuji said... [Reply]

Salam tun!! akak be,um smpai seru lagi nak meroti lama betul tak buat roti, last buat roti manis hihihi pastu tersu tak de buat roti :D

quinnie said... [Reply]

tun memang rajin sungguh bila buat roti bulan2 pose nih...hehehhe..saya kalau nak makan beli je la jawabnya...siang dah letih buat kuih tuk berbuka...kekekke

tun_telani said... [Reply]

kak anym: tu laa.. org sebelah ni duk sebut2, x buat kan rasa bersalah pulak. hihi

vivi: pose2 ni nk menguli mmg malas. ni ada BM ni, kalau mmg payoh sket la nk wat. hihi

kak nazrah: roti john yg tun wat tu, mmg bw ke sahur. roti manis ni payoh sket nk mkn sahur. hehe

tun_telani said... [Reply]

kak diana: rasa2nya bulan pose ni, ni je kot sekali wat roti.. x lalu nk makan.

kak mas: ye laa.. ikut hati, tun pun malas nk meroti puasa2 ni. x habis.. ni pun mmg kasi kt kawan2 hasben tun jugak ni, baru la habis.

nani: ha'ah, letak ni pun utk jd kan queue org len after raya nnti. hihi

tun_telani said... [Reply]

kak ika: mai meroti canai pulak! hihihi... sesuai x wat buka puasa ye ;)

kak Q: wah, mesti tiap2 hari ada kuih best ye.. jauh kak, nk gi beli roti. nk beli roti tunggu wiken dulu time turun bandar beli groceries..

izahdaut said... [Reply]

Tun cok filing tu mmg saja bagi kuar kat muka roti ekk.. Kalau kat rumah ni bebudak tak kesah je dapat makan roti. Infact masa puasa ni lagi diorg sik pulun roti. * kes emaknya malas masuk dapo. Muahaha. Meh bagi 3 ketui kat akak

chikadakbiru said... [Reply]

tun..ade lagi ke roti tuh..amboi tun rajin sungguh melayan permintaan...heheh alhamdulillah..bila nak buat kuih raya...tahun ni raya mane?