Wednesday, August 24, 2011

Kek Lapis Bumi

Assalamualaikumm~~~

Malam ni mlm 25 ^^ mari tido awal supaya dapat bangun qiam, iA =) habis terawikh baru nk online, huhu.. hari ni duk ngadap baju raya. sebab baju plain, kene laa jahit manik2 kat lengan tu. me ni bukannyer jenis yg pakai tudung gaya2 kan, so nnti satu badan plain, dh la baju kelabu. nnti baju kelabu, tudung kelabu.. nasib baik kasut raya x kelabu jugak ye.. kui kui....

nway, ni 2nd kek lapis yg me wat! wee.. adakah nmpk sedikit improvement?? boleh laa kan. hihi.. nmpk lapisan hijau kt tengah tu mcm nipis sket kan.. tu sbb telah berlaku accident.. huhuhu.. me kukus 5 minit, pastu cuah je lapisan lagi satu.. rupa2nye lapisan bawah ada bahagian yg cair lagiii!!! uhuk uhuk... so lapisan hijau tu dia dh ada tercampur2 pastu turun ke bawah (xde dlm gambar ye, gambar tunjuk bahagian yg cantik je.. haha..).. jd, pesanan kt kawan2, SEBELUM TUANG LAPISAN SETERUSNYA, TEKAN2 DULU TGK DAH KERING KE TAK..  xtau laa apa masalah kukusan me nih, pas 5 minit x kering lagi, ada lapisan yg sampai 8 minit baruu laa kering. tp tgk kek tu, nmpk kering sgt ke? rasa dia Ok je.. cuma me x expect rasa nescafe dia agak kuat. bagi yg x minum caffeine mmg x sesuai kot. 

apa2 pun, tq kak sue dan kak dayang atas resepi yg senang ni.. xde laa lama sgt wat nih.. (sbb 6 lapisan je kot. hihi...) 


 hmmm.. nape tgk org lain buat lg moist ye?


Kek Lapis Bumi (Kukus)
rujukan sumber asal : HaSue@Myr
resepi olahan : DayangJack@DapurKu Sayang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air


  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/4 cawan serbuk holicks
  • 5 biji telur gred A 
  • 225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
  • 4 sudu besar serikaya
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2  sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.   ni ikut kukusan kot, tun 6 minit tu still ada bahagian yg basah, jd tekan2 sikit check samaada dah kering sebelum tuang lapisan seterusnya.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.

7 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Memang rajin. Tun tolong buat kat akak 1 boleh tak. Akak bab lapis melapis ni memang fail.

Nuwairani said...

assalamualaikum kak tun! seb baik telur kat rumah nani dah nak habes...kalau tak, dh terikut2 nak melapis agaknya...sedapnya!

Anonymous said...

salam tun..
besh tgk kaler kek nih ..tk banyak sangatkan..akak dh pernah buat kek nih..memang sedap dan terbaik...akak memang hantu nescafe..jd memang takde masalah kalau terasa nescafe tuh... :))

HaSue said...

Memang ada peningkatan tun..lapisan makin cantik.
Akak x pernah try lg yg versi edit ni..dulu pernah gak akak ubahsuai buh horlicks..tp akak ganti terus nescafe tu dgn horlicks..so masih basah2 gak la.hehe..
apa2pun trm kasih sudi cuba resepi nih wpun versi Dj..tahniah tun. :)

EJHarraz said...

salam Tun,
wahh Tun..dah mula projek kek ya Tun..cantikk..kak nak mintak Tun watkan utk kak sebiji lah..bleh..:)
btw dah akak kesini..akak nak ucapkan salam aidilfitri buat Tun sekeluarga..mohon maaf jika ada silap dan keterlanjuran kata selama kita kenal dan komen mengomen di alam maya ini...moga raya ini membawa keceriaan..

Nurul said...

Salam Tun...
dah melapis plak yer... k Nurul br bercadang hari ni nak buat kek lapis ni...
Selamat Menyambut Hari Raya buat Tun sekeluarga... Maaf zahir batin :)

Wattie said...

salam aidilfitri, maaf zahir dan batin buat Tun sekeluarga ya