Thursday, August 18, 2011

Murtabak Sardin Cream Crackers


Assalamualaikumm~~~

ingat nk masukkan n3 pagi td, duk dpn lappy, tgk2 kamera xde.. my laling bw gi opis pulak, dh laa gmbr xtransfer lagi.. ni dia baru balik, cepat2 me transfer.. xleh tulis byk2 ni, my laling ada hal nk kene gi bandar, so nk mengikut laa..  alang2 tu blh me singgah bakery. kui kui.. ye laa, masing2 duk tunjuk biskut raya, tergugat gak nengok. biasa wat kuih kt kampung, kt umah sini mana laa ada acuan kuih tu kan. malas la pulak rasanyer nk beli baru. nk wat bulat2 semua buleh tak? hihi...

ok la... nk salah satu menu iftar semalam.. alhamdulillah, walaupun me kurang sket mkn sardin (selain wat sambal tumis), tp sedap pulak mkn murtabak sardin me. my laling mmg hantu sardin, mmg sedap betul tgk dia makan.. tq akak noorsha ku cayam atas resepi yg senang n sedap nih. len kali blh wat lagi =)

RESEPI MURTABAK SARDIN CREAM CRACKERS
Resepi Asal : kak noorsha

Bahan² Untuk Inti
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar -didadu
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sudu besar cili kisar
1sb serbuk kari + sedikit air (jadikan pes)
garam &; gula secukup rasa
2 biji telur
2 bj limau kasturi- amik jus  <- ni tun tambah

Bahan² Untuk Topping
Biskut Cream Crackers secukupnya
1 cawan susu UHT
1 biji telur (untuk lapisan terakhir)


Cara² Untuk Inti
1. tumis seketika bawang putih dan halia yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar & pes serbuk kari. Kacau hingga naik bau.
2. masukkan bawang besar yang didadu...kacau hingga wangi.
3. masukkan sardin, hancur2kan sardin dengan menggunakan sudip.
4. perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Ketepikan.  tun tambah jus limau kasturi.


Cara² Untuk Melapis Murtabak
1. alas loaf pan @ apa² loyang yang digemari (seelok²nya loyang segiempat) dengan aluminium foil.
2. sapu nipis permukaan dan sisi foil dengan butter @ minyak.
2. Celup sekeping biskut ke dalam susu (SUSU SAJA YA).Tak perlu sampai kembang.. Cukup terendam saja dan susun dalam loyang. Susun bersebelahan antara satu sama lain hingga memenuhi permukaan loyang.
3. Didalam satu mangkuk, satukan inti sardin tadi dengan dua biji telur. Kacau rata. Ambil sesenduk adunan inti tersebut dan ratakan atas biskut yang telah disusun tadi.
4. Celup sekeping demi sekeping biskut cream crackers dengan susu dan susun atas inti sardin yang diratakan tadi.. Buat macam mula2 tadi. susun berebelahan hingga menutupi permukaan inti. Jangan risau kalau biskut pecah² sket, cover dengan kepingan kecil biskut pada permukaan yang 'rompong' tu..
5. lapis sampai inti yang terakhir.
6. Pada lapisan biskut yang terakhir, satukan baki susu yang tinggal dengan sebiji telur, kacau sedikit. Susun kepingan biskut di permukaan inti (TAK PERLU CELUP UNTUK STEP TERAKHIR NI)...lepas tu tuang adunan susu + telur tadi atas permukaan biskut tadi.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 30 - 45 minit atau hingga perang... Selamat Mencuba :)   (tun bakar x sampai 30 minit dlm 25 minit je kot dh nampak perang2.. ikut atas oven laa ye )

10 comments:

Nuridah said... [Reply]

Assalamualaikum Tun

berkongsi harta sepencarian menambahkan kemesraan...hehe..

tun,nampak sedap lah..kak nur nk masuk list dulu,tengok bila angin rajin dtg boleh buat...cantik kejadian crackers tu...rangup2 eh tun...mesti menjilat jari nie..hehe.

quinnie said... [Reply]

sedap jugak biskut kalau dibuat gini tun...selalu tak habis makan pun...dari masuk angin baik buat cam gini...mesti ada yg nak makan..hehehe..bila2 boleh dicuba resepi nih...

nOOrsha said... [Reply]

waaa..sedap sedap sedap...tq tun coz mencuba :) cekedaot winner utk contest tu k :)

ijayuji said... [Reply]

Salam tun! sedapnyer lah pulak nmpk ni tun! buatkan akak tun :D hihihi... akak dah mula pose ni mcm malas jer dah nii :D

nuwairani ismail said... [Reply]

wah! mcm tau2 je nk menang contest kak sha tu...huhuh...

buat pakai cream crackers lagi senang. takdela nk menguli-uli tepung lagi dah..

tun_telani said... [Reply]

kak nur: betul2.. eh, x rangup kak.. jd lembut, sedap!

kak Q: betul kan, mmg biasa x abih makan pun biskut nih. mula2 je semangat makan cicah air..

kak sha: tq kak!!!!!! hepi! hepi!

tun_telani said... [Reply]

kak ika: tipu! tipu!! dh tgk kuih sedap kak ika wat.. malas apa mcm tu..

nani: hihi.. tu laa.. tangan kanan gatal2 je nk dpt hadiah. kui kui

Yana Shaiful said... [Reply]

Salam Tun..
K.yana br je bt murtabak maggi.. tgk Tun bt murtabak cream crackers plak..sgh tergoda jiwa ini.. pasti cuba lepas nii :=)

izahdaut said... [Reply]

ALA..SELALU NAK BUAT NI TAPI SLALU SAJAA TERLUPA NAK BELI SEKUT..MEH SINI SIKIT NAK WASEE

chikadakbiru said... [Reply]

ha'a akak cb pun mcm kak ijah juga..hari tuh tgk noorsha buat...teringin nak makan..so dh siap print resepi..past resepi kat ofis mate depan meja akak..at last ofis mate akak yang buat dulu..akak tak terbuat lagi..tengok la tunggu cuti2 ni nanti..