Monday, August 22, 2011

Donut Ball (Resepi II)

Assalamualaikumm~~~

wahh.. buka dashboard penuh gambo org tayang kukis..  tun plan nk stat mengukis arini, tp lambat pulak balik dr kedai. kalau stat skrg takut nnti lambat pulak masak utk buka puasa. eh, lupa pulak nk ckp, pagi tadi hantar 2 chapter thesis.. weeee~~~~~~~ alhamdulillah. sebab tu baru blh wat projek biskut n kek raya. plan nk wat sikit2 je sbb nnti nk blk wat biskut raya ngan adik2 kat kampung ^^

donut ball ni wat utk buka puasa semalam. xtry pun resepi I, hihi.. ni untungnya cuba lambat2, terus try versi improvise.  hihi.. tun pemalas kan, tuang je semua, pastu adunan sgt2 lembik.. uu uuu.. len kali nk letak air sikit2. sbb lembik, tun tambah tepung lagi. tp xtambah byk sgt takut keras. sbb lembik tun bulat2 ngan sudu pastu letak tepung kat tangan baru wat bulat betul. apa2pun, sedap dan senang resepi nih. dh try donut ball ni malas dh nk wat donut biasa. haha.... 

resepi dr kak Dayang. ramai dh try nih.. ce try gugel, mmg byk kuar. hihi..

Donut Ball (Resepi II)
resepi: kak Dayang

bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)
Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.  - tun etak chocolate filling. nyummyy!!!





11 comments:

Nazrah said...

Salam Tun...baru nampak muka noooo...
tunggu cookies..mana....

tun_telani said...

kak nazrah.. busy.. hihihi.. arini baru gi beli barang2 nk wt kukis..

Anna Qawina said...

ambooiii Tun..sempat lg mendonat tu..
eh tak balik kg ke raya nih?

tun_telani said...

kak anna.. tahun ni raya kat johor.. tp balik kemaman dulu 2-3hari b4 raya, pastu raya kt JB, then balik kg raya ke 3 iA..

Unknown said...

tun, tesis dah sattle eik..
tabik ngan ko lah dik, sibuk macamana pun, syer gak resepi ngan kita..

nampak gebu.. lembik? biasalah....
asal nyami time merasa.. kan>

quinnie said...

tun..kita nak buat donut tuk bulan puasa ni masih tak terbuat buat jugak lagi...alamatnya....dalam ingatan jer la donut nih...hahahhaha...lepas ramadhan la jawabnya baru nak buat..kekekek

Nuwairani said...

tak penah lagi nani buat donut taruk ovelet ni. must try!

izahdaut said...

wahh..trasa lega banyaaakkk tu kalau dah ngantor tesis tu kan... mcm dulu2 la, zaman ngantor assignment.slagi tak ngantor, nak makan pun tak berselera.. fuhhh

lama dah akak tak mendonut. tunggu pas raya la. bebudak ni kalau demand ada je bunyi nyer tu. heee

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum tun...
wah buat donut yer tun.... comel jer tu akak tgk... sedaaap

Mas said...

kak mas suka donut ball ni..
memang lembut gebu jerk..

Anonymous said...

senang kan buat kecik2 mcm nih,,terus sumbat seketul dlm mulut...akak tak penah lagi buat donut ball nih...nanti leh cuba