Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dh masuk malam ke 24 Ramadhan. Alhamdulillah jugak masih lagi berpeluang menunaikan solat sunat terawikh. Kalau kat kampung ni, rasa2nya start seminggu b4 raya, saf2 kt surau tu makin berkurang. huhu... sibuk kt kuih raya agaknya. sepatutnya 10 mlm terakhir berusahalah utk mengejar lailatul qadar (peringatan utk diri sendiri juga nih.. insyaAllah..).
ok laa.. mlm2 ni nk tayang menu berbuka td. ptg khamis ni dh nk balik kg kan, so skrg operasi clearkan peti sejuk. tgk ada tauhu sepeket lagi, bila ntah belinya... haha.. survey2 resepi, ternampak menu ni kat umah CMG. kacang pun ada lg lebih wat rojak aritu. senang betul wat ni, xde masak2 pun. mula2 konpius jugak sbb xde masak2, so daku pun men-spam wall FB CMG tu. tq for the quick reply ye. dapat lah menghabiskan tauhu ni dgn jayanya ^^
Tauhu Singapura
resepi: CMG @ DTS
BAHAN KUAH KACANG :-)
150 gram kacang tanah
2 biji cili merah*
4 biji cili padi*
4 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*(*kisar halus, gunakan air masak)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 camca besar kicap pekat
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
4 keping tauhu, digoreng dan potong dadu
1/2 biji timun, diracik halus
1 biji sengkuang saiz kecik, diracik halus
2 genggam taugeh, celur sekejap dan toskan
Hirisan halus cili padi merah (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KUAH KACANG :- Kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga perang, sejukkan, buang lapisan nipis pada kacang tanah tadi dan kisar. Masukkan ke dalam bekas, tambah bahan kisar halus, jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya (selalu kuah kacang sedikit manis), jika pekat tambah sedikit air, kacau rata. Ketepikan sebentar.
- UNTUK TAUHU SINGAPURA :- Susun tauhu goreng yang telah didadu dalam pinggan. Letak hirisan sengkuang, taugeh dan timun atasnya, curah kuah kacang dan tabur hirisan cili padi. Hidangkan segera...
6 comments:
kita suka kentang lebih tau...
owh...kuahnya dah tak payah masak la ek??? hmmm...menarik!
kak nazrah: tun pun suka mkn kentang byk2..
nani: ha'ah.. xyah masak. mula2 akak tgk 2-3kali gak kot2 laa terlupa tulis masak kuah tu. hihi
tun.......
kamu balik kampung mana dik???
itulah kan, hujung2 ginilah cari amalan ibadat y baik2..
dik, kalaulah en zalie boleh makan kekacang, sure kak ayu tery gak resepi CMG..
wah!!!
kena makan belakang nie,
dik.. hantar rumah utk kak sorang aci tak??
hehehhe
dah berjangkit sini tauhu spore ni..
sedap la nengoknya...
sedapnyetun.. akak suke jenis2 rojak gini. .ae timun jer ngan kacang tuh.. klo teingin kang akak nak wat la..tun cek inbox k :)
Post a Comment