Friday, June 1, 2012

Sup Ayam Berempah.. lagi


Assalamualaikumm :D

morning! walaupun dh nk dekat tengahari.. hari ni sarawak cuti hari gawai, cuti gawai 2hari, tp sbb esok cuti umum Bday Agong, so cuti sabtu dianjak ke hari isnin. Jadi, wiken ni seluruh sawarak cuti 4 hari ^^ kalau duk semenanjung, kompom ptg semalam dh bertolak balik kg, dah duk kat sini nih, duk diam2 je la kat rumah. xde tempat menarik nk pergi, nk ronda2 miri pun, baru je pegi miri 4 hari 2minggu lepas. hmmm.. cuti2 ni apa yg menarik utk dibuat ye? 

bila cuti tun pun tergolek dgn lamanya lepas subuh. sbb xperlu nk rush memasak b4 my laling pergi kerja. td bekfes ko 9lebih.. hihi.. tu pun wat roti telur tampal je utk enchik H, tun makan roti kosong sebiji. pemalas betul kan.. bila xde mood nk masak jd mcm tu la.. 


nway, sup ayam berempah ni buat last week. asyik2 masak sup ayam je kan. hihi.. ni salah satu menu yg tun masak utk meyakinkan diri sendiri bahawa saya tgh berdiet. haha.. sup ayam ni rasa lebih kurang sup ayam hadnyai tu, bahan2 pun hampir sama.. kali ni tun campur terus sayur kat dalam. sbb skrg musim tembikai, tun simpan bahagian dlm kulit tembikai utk dibuat sayur. siapa2 yg x pernah makan tu, kulit tembikai sedap buat sayur air, makan pulak dgn ikan goreng/ masin dan sambal belacan.  fuhh.. mmg terangkat! kali ni saje letak dlm sup, x kene pulak rasa dia.. hahaha.. len kali wat sayur air je lg sedap. sape2 yg xpenah tgk tu, refer SINI ye.


SUP AYAM BEREMPAH
resepi: CMG@DTS
sumber: tun telani

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, anggaran 1.2 kg
3 - 4 biji kentang
1 kiub ayam "maggi (optional) - tun x letak
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat 3
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
tun tambah sayur kulit timun

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar
1 1/2 camca teh lada hitam biji
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dipotong pada saiz sederhana, selalu untuk sup ayam dipotong kecil sedikit, cuci bersih, toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji (bergantung pada saiz kentang), cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan goreng hingga harum, tambah lengkuas dan bahan kisar halus. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2+ liter), masukkan daun sup yang dikerat 3 dan 1 camca besar bawang goreng. Tambah sedikit garam dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar masak perlahan. Tambah kiub ayam, jika guna. Kacau rata.
  4. Bila kentang empuk dan ayam masak, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi, ketupat, mee hoon, mee kuning dan roti..ikut suka hati koo orang yeaa....

9 comments:

Unknown said...

salam Tun,sup ni best lah ada sayur timun tulah yg buat lain sikit sbb biasa nya kalau sup biasa akak agak kureng lah mesti nak try sup ni ..heee

Qasey Honey said...

asslm Tun..mesti sedap sup ayam brempah ni...aromanye pon mesti semerbak jugak baunya...kecur dibuatnye...

zila norazila said...

salam tun cyg
akk pun suka makn sup..x kesahlah sup apa..sup hadyai tu akk x cuba lg..tp dh masuk list..tunggu masa jew nie..he hehe:)

Amie said...

ha ha hah ada gak kawan tak jalan2 ye Tun, kak Amie pun memerap je kat rumah cuti Kaamatan, jadi suri rumah sepenuh masa layan selera anak-anak!
Menu berkhasiat ye tun, masak sup begini memang kegemaran kak Amie, tapi hari ini kakak masak kari ayam pulak.

HALAMANKU said...

Salam ziarah n kenal.. wah seronoknyer cuti panjang.. kat semenanjung bdk sekolah jek yang tgh cuti panjang he he he erma keje jek cam biaser.. sukernyer tgk sup.. hiru2 sedap tu.. cuma tang kulit tembikai tu.. uniq erma tak pernah try.. blh masuk list.. he he he saya follow n link ye kak..

Unknown said...

Adik ku Tunnnn...akak dtg bw cerita. Akak dah terus terang kat blog tu, tun jgn kecil hati ye. Dah minta maaf....haa..kena maafkan, dosa nanti.

Tak pernah akak makan kulit tembikai Tun, buat sup pulak tu. Kena cuba ni...

Yana Shaiful said...

Sup ayam mmg kesukaan k.yana..xpnh puas mkn tp husben k.yana pulak kureng mkn sup..suka dgn kari..kami ber2 byk bnda xsehati sejiwa tp bahagia jgk hihii..

kulit tembikai msk sayur..igt plak menu kg nii..mmg sedap lah ^^

quinnie said...

tengok sup ayam ni teringin nak makan sup ikan ler..dah lama betul tak makan sup ikan..huhuhu

nOOrsha said...

Salam wendoooooooooo tun..haha..pjg sungguh kewenduwan itu..lAlalalaa..mmg bes aup ayam berempah ni.akak salu gak wat atyle camni..laju je menyudu. hihi... sorila akak lately mmg susahnk bw bkn sbb sombong tp alkak da xde strwamyx..brokben ni kadang laju kadang lmbab..klo cnnect ke pc mmg sgt lebab kadang x de cnnecrion lgsung..kt phone br ok..huhu..phone kecit susah nk type sbb jari gedabak kn..paham sajela..huhu..terrmeluah perasaan kt cn lak..hehe