Sunday, September 4, 2011

Post Raya... Biskut Raya yg sempat dibuat




Assalamualaikum ^^

Kembali mengadap lappy selepas penat beraya. masa raya xsempat nk amik gambo juadah hari raya. segan pun ye gak. ye laa, tahun ni beraya kt umah mertua. balik kemaman 2 hari b4 raya, sempat la pulun wat biskut raya 2-3 jenis. x wat byk pun, sbb me dh wat balik 2 jenis biskut dr bintulu, pastu kakak me pun dh wat 2 jenis jugak b4 me balik. tambah ngan kerepek2 dan popia gulung segala jenis, mmg x muat 2 set balang biskut raya. hihi... walaupun dh habis period membaking biskut raya, me nk letak laa jugak n3 biskut raya ni. sbb mmg sgt2 sedap! tahun depan iA nk wat lagi nih.

comey kan ;)


Biskut Nestum (yg sangat2 rangup! siyes! )
Resepi: Maria
Sumber: Kak Mas

Bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis  - tun ganti dengan chocolate chips
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
  3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
  4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. Mas bakar 20 minit.

1st time wat tat nenas..... hihihi.. 


Tat Nenas
Resepi: Kak Anim

bahan2 pastri
  • 4 oz butter- 115 gram
  • 4oz minyak sapi- 115 gram
  • 1 biji telur gred B
  • 1 lb tepung gandum-450 gramsedikit garam
  • air sejuk
cara
  • Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
  • Masukkan butter dan minyak sapi
  • Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.   (tun letak sikit air ais sbb adunan tun jd sedikit crumbly, lepas uli tu, tun letak jugak dlm peti ais, kuarkan sedikit2 utk gulung)
  • Guna acuan seperti gambar di bawah.
  • Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
  • Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
  • Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
  •  
nota kak anim: Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa. samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.  
Inti 
resepi kak anim jugak  ( tun guna inti yg beli kt kedai. hihi)
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
cara
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan

yg ni kakak tun yg buat,.. tun letak coklat n manik je.. hihi


7 comments:

Unknown said...

sayangku tun..
aduh. rindunya sama kamu dik...

ke 3,3 biskut tu peberat kak tau...
masa anak dara mmg kak akan pastikan ada terhidang di meja..
bila kawin.. kak beli jer..hehehe

Anna Qawina said...

Tun..bak sekut tu sikit..
bila balik seberang sana semula?

tun_telani said...

kak ayu cayang~ tun pun windu nk buka blog. hihi.. tun setakat ni alhamdulillah masih sempat wat biskut. kalau ada rezeki n dh keje nnti xtau la mcm mana. hihi

kak anna, haip.. ni raya2 ni pantang x? hihi.. sabtu ni blk bintulu kak.. lama x raya? hihi

Yana Shaiful said...

Selamat Hari Raya Tun..singgah kejap nk cuci mata tgk sekut raya..umah K.yana dh finish..rsnya kna mula mengkukis plak lpas nii kot2 ada tetamu weekend nii hehee

Sheery Dream Cakes said...

Selamat hari raya aidilfitri tun... wah comel2 biskut raya tun yer... sedap2!! n kek kat bawah tu pun cantik n menarik warnanya... suka akak tgk...

tun_telani said...

kak yana: wah.. dh habis ye? kat umah ni selalu terlebih2 biskut raya nyer. sbb ramai budak2 dtg beraya nk duit raya je. hehe

kak diana: tu je yg mampu wat kak. mana mampu challenge akak nyer. hihi

quinnie said...

cantik rupa biskut bila letak manik2 tu tun...lain kali nak buat cam gini lah..hehhehe...tunggu raya thn depan...kekkeke