Sunday, December 4, 2011

Roti Benggali


Assalamualaikum~

"Dari Ibnu Abbas ra, bahawa Rasululullah SAW setelah berhijrah ke Madinah melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram. Baginda SAW bertanya kepada mereka "Hari apakah ini yang kamu berpuasa padanya?". Mereka menjawa "Ini adalah hari yang agung. Hari ini Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Hari ini juga Allah menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Musa berpuasa pada hari ini sebagai syukur kepada Allah. Lalu kami turut juga berpuasa". Rasulullah SAW bersabda "Kami lebih layak mengikuti Musa dari kamu". Lalu Rasulullah SAW berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang islam yang lain juga berpuasa." [HR Bukari dan Muslim]
refer Ust Halim

Mari sama2 puasa sunat Hari Asyura, 9 dan 10 Muharram, esok dan lusa (Isnin Dec 5, Selasa Dec 6) ^^

~~~~~~

bertemu kembali di hujung minggu. pelik x? mmg tun jarang2 tgk blog hujung2 minggu camni. xtau nape arini rajin pulak nk mengapdate.. melayang mata yg ngantuk, cuaca mendung je, kalau dpt tido best nih.. tp mata xnk lelap pulak.  hujan2 ni, kalau dpt mkn roti panas2 cicah ngan kopi mmg best! rasa mcm duk kat kampung je. biasa panggil roti bantal jugak kan.. hiris tebal2 sapu marjerin pastu panaskan jap. sedap jugak.. owh, lupa pulak nk cerita, tiba2 terasa nk buat ni sbb tgk mokwo nyer roti benggali yg gebus.. cicah roti cap badak lagi ye mokwo.. hihi.. tun xpernah jumpa lagi kopi tu. kopi cap kapal api ada la ;)

tun dh pernah buat roti ni sblm ni (kat SINI), masa tu xde BM lagi.. uli ngan mixer mata cangkuk je.. jadi gebu jugak. kali ni buat kecik2 sket.. senang nk makan.. sumber resepi berbeza dr mokwo, tp resepi dia sama.. huhu.. xtau la sape yg mula2 share resepi nih. mokwo bg link kak yani, tp link ke blog lama dan xde terus ke resepi. resepi tun amik dr myresepi. terima kasih pada tuan resepi yg asal whoever you are.

tgk laa, lembut je
yang dlm cup ni ada coklat chip
Roti ni rasa2nya lg sesuai kalau cicah kari ke, sardin ke.. kalau mkn ngan jem tu kurang sket nikmat dia...

Roti Benggali
Sumber: Sofinar@myr

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

Bahan A
350g tepung roti
1 sudu besar shortening
secubit garam

Bahan B
120 - 160 ml air suam
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

Cara-cara
Bahan B digaul bersama
Semua Bahan A digaul sebentar
Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.


 nota tun: tun campurkan semua dalam BM. masukkan 120 ml air dulu, pastu masa BM tgh menguli masukkan baki air sikit2 sampai nmpk doh yg mula bergumpal.

8 comments:

Nazrah said... [Reply]

gebunya roti tu.... dah lama gak akak tak meroti...

dZana said... [Reply]

akk giller nk mengepaw jer tun.. sib baik inti kelapa dah abis..klau buat roti pun suke letak inti kelapa.. klau kosong makan dgn sambal sardin or kari mmg best kan..

Citarasa Rinduan said... [Reply]

tun.. kak ayu dah balik nie

dik, thanks syer ttg puasa esok dan selasa ya..
kalau idak.. sure k.ayu lupa..

PS: minta roti buat sahur... gebunya

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said... [Reply]

Tun,kalau kat kelantan roti benggali kita cicah gulai daging kan?? sedapnya.

Nieza said... [Reply]

sama la tun akak pun jarang online blog time weekend selalu xtvt merayau-rayau jer. kalau dok umah pun layan fb jer.bila malam baru free sikit nk intai blog.

bestnyer tgk roti tun ni comelx2 dan gebus..akak pun dah simpan resepi ni tapi lum try lagi..nanti nk try la. Selamat berpuasa yer tun:)

maz said... [Reply]

salam tun..memlm bru nk merayap ni..wken sepi dpurr..kmaz pun buat rti jgkk..tpi rti yg kena mnjala..hehee..dh lama snguh la kmaz xbuat rti ni..asik mkn rti lori jee..huhuu..sdpp tu cicah nga karii..

anymz said... [Reply]

semenjak dua menjak ni akak memang suka makan roti buatan sendiri.suatu kepuasan yang tidak terhingga.hehe

sedih ni tun..:((((((..
kena buka posa ..akak dah agak dah...huhu

kak ijan said... [Reply]

Teringat kat arwah ayah, dia suka sangat roti benggali. Lembut cicah dengan kopi o pun sedap.