Showing posts with label Menu Diet. Show all posts
Showing posts with label Menu Diet. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Ayam Masak Tempoyak



Assalamualaikum :)

 Arini dah 9 Muharram.. insyaAllah, mari sama2 puasa sunat dlm bulan Muharram nih.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu.” (HR. Muslim, no. 1982). sumber: ekhutbah


esok 10 Muharram, jadi insyAllah, mari sama2 puasa sunat hari 'Asyura :D

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda,
وَصِيَامُ يَوْمِ عَاشُورَاءَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ
Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim no. 1975)

Bilakah Hari ‘Asyura Itu?
Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.

tp sebab kaum Yahudi pun puasa 10 Muharram ni kan (...Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini.. ), jadi lebih elok jika digabungkan puasa dgn hari sebelum atau selepas.. (seelok2nya 9 dan 10 Muharram), tp blh juga puasa 10 Muharram saje.


ok.. selamat berpuasa! puasa2 pon, misi mengurangkan berat diteruskan dgn masak lauk2 yg lebur je.. haha... masalahnyer, masak lauk2 lebur rasa mcm sedap je, jd makan byk jugak.. saboo je la. xde disiplin lgsg.

resepi ayam masak tempoyak ni, tun jumpa kat mesra.net, tp tun olah sesuka hati ikut tekak sendiri ^^ aritu angkut tempoyak yg mama buat dgn byknyer. penuh peti ngan tempoyak. hihi

Ayam Masak Tempoyak
resepi asal: mesra.net
olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 ekor ayam
  • 5 bj cili padi- tumbuk
  • 1 batang serai - ketuk
  • 2 sudu besar tempoyak
  • 1 sk serbuk kunyit / blh juga guna kunyit hidup
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara2:
  • Masukkan semua bahan dalam periuk.
  • Didihkan hingga ayam masak.
  • Perasakan garam.

Monday, May 7, 2012

Fried Egg Tofu with Tuna


Assalamualaikummm~~~~

morning ^^ sejak 2 menjak ni masak macam2 tp punye laa malas nk amik gambar. pastu kalau ada yg amik gambar pun, amik cepat2 je. bila transfer baru la perasan buruk giler dan sgt tak selera nk makan kalau tgk. haha... semalam lunch buat sup ayam ala-ala utara skodeng kat umah kak Q, tp masa lunch tu mcm lapar sgt malas nk gi tunggeng2 amik gambar, pikir xpe laa, nnti dinner amik gambar. pastu dinner dh lupa nk amik gambar. huhu.. kene tunggu next time buat baru blh tayang2.

sejak2 konon2 diet ni, bekfes duk ulang2 pelbagai jenis omelette (ni pun malas amik gambr gak). mmg kene kreative, kalau x mmg akan terasa nk goreng nasik laa, goreng mee laa. hihi.. tp tun xde laa sampai ikut atkins diet sbb x mampu. kui kui.. kalau duk sorang2 blh la nk mencuba, tp bila dh masak mcm2 utk my laling nih, x tahan godaan lah :P . yg penting, perlu pikir kalori intake dan energy expenditure tu mana lg byk. yg ni mmg tali skipping membantu. busan2 duduk depan lappy, amik tali skipping dan lompat2 dgn tibi. haha.. moga2 next time balik kg, dah xde org yg cakap tun ni makin tembam. amiinn.. :)


ok laa.. simple breakfast. yg semalam kot.. eh, ke yg last 2 days? ntah, lupa dh.. huhu.. 1st time tun makan egg tofu nih. sedap rupanya.. nk letak nama bahasa melayu panjang dgt 'tauhu telur goreng bersama tuna', bunyi mcm xsedap je.. kita kasi dia nama mat salleh la ye. :P

Fried Egg Tofu with Tuna
for 3-4 servings
resepi: tun telani

bahan2
  • 2 tauhu telur - slice
  • 1 tin tuna chunks in oil/water
  • sedikit kobis- mayang halus
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 bj lada hijau- slice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • daun sup utk tabur
  • olive oil utk tumis

cara2
  • tumis bawang putih dan lada hijau sampai wangi, masukkan kobis dan goreng smp kobis lembut.
  • masukkan tauhu telur dan goreng smp perang2 sikit. hati2 masa balikkan2 takut hancur.
  • masukkan tuna dan gaul sebentar. campurkan serbuk lada hitam secukup rasa.
  • xperlu masukkan garam sbb dh ada masin2 skit kat tuna.
  • taburkan daun sup dan siap utk dihidang.



Thursday, April 12, 2012

Cencaru Bakar Noorsha dan Sambal Belacan


Assalamualaikumm~~

huhu.. buruk je nampak rupa cencaru tu. kesian pulak tgk. tun biasa suka makan cencaru goreng, pastu buat sambal.. tp skrg tgk berusaha utk mkn yg bakar je. kdg2 x lalu jugak, tp bila pekena dgn sambal belacan yg sedap, semua pun lajuu je makan. kdg2 makan sambal lg byk dr isi ikan. kui kui.. 

kali ni try cara kak sha pulak. xde beza sgt, cuma berkenan nengok kak sha letak serbuk lada putih kat ikan. tun xpernah bakar ikan letak pepper, tu yg terasa mcm nk cuba. rasa xde la beza sgt, cuma bau dia masa tgk bakar tu mmg sedap! ^^

RESEPI CENCARU BAKAR
Sumber Resepi : Noorsha

Bahan² untuk Cencaru Bakar
5 ekor ikan cencaru
sedikit garam
2 inci kunyit hidup - tumbuk
2 hiris halia - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
sedikit serbuk lada putih

Cara²
lumur smua bahan pada ikan dan perap sekurang2nya 15 minit. bakar dalam oven hingga masak sepenuhnya. (tun bakar atas non-stick pan je)

sambal tu nmpk sikit kan, sebenarnya ada 1 mangkuk lg kt tepi tu.. hehe..


SAMBAL BELACAN
sumber: hana@myr

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • satu mangkuk kecil chili padi
  • 3-4 biji bwg merah
  • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit- tun letak gula
  • 2 sudu minyak masak
  • limau kasturi - hana xde limau kasturi so lemon jek yg ada. tp dcadangkan lagi sedap ngan limau kasturi

Cara-cara

  1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..
  4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!
  5. SeLamaT MencuBe.

Friday, March 16, 2012

Crispy Baked 'Fried' Chicken


Assalamualaikumm ^^

bertemu lg dgn jumaat yg mulia.. arini kepala tun ting-tong sket /blur  still lagi bermasalah utk tido malam2, pagi td bgn subuh pun dh dekat pukul 630. nikmat Allah nk tarik kan.. biasa xde la masalah sgt nk tido, golek2 dlm setengah jam dh blh terlelap.. ni tun dh cuba utk tido awal, tp semalam dekat pukul 2 duk terkebil2 lagi dlm gelap :( nway.. bebel kt sini pun bkn blh tido jugak kan..

owh.. smlm my laling blk ckp tiba2 kene gi kursus kt johor starting this monday! mmg plan nk blk kg end of next week, n me plan nk blk uni jugak. so tiket dh burn dah. sabo je laa.. nasib baik, tiket bintulu-KL kiteorg open, so blk tukar tarikh with minimal charge. so we'll be heading home this sunday :D kelam kabut jugak nk kemas rumah, 2 minggu nk tinggal nih... ekceli kalau ikut tun, x kemas pun x pe, sbb nnti bila blk sini mesti nk kemas lagi kan.. hoho.. but my laling ni kan.. kalau nk tinggal rumah, rumah mesti spotless clean. haish.. dh lama wife dia ni pemaleh sket bab kemas mengemas..


ok laa.. enough said...  skrg ni tgh mode sedar diri dh makin bam bam.. so i minimize deep frying (except bila wat cekodok bilis feveret my laling tu), n i changed to olive oil bila nk tumis sket2.. but as i'm a BIG fan of ayam goreng, mmg struggle sket la. i came across this recipe by Cat Cora, kalau tgk foodnetwork mesti kenal kan.. the only female Iron Chef America. i think it's worth trying :)  tp of coz la resepi di tukar ikut sesedap rasa n bahan yg ada kan. this one really crispy on the outside, and when not overbake, still lembut inside.. 

so, jom sama2 kurangkan minyak ^^

Crispy Baked 'Fried' Chicken
adapted from: cat cora@Foodnetwork.com
sumber: tun telani

Bahan2
  • 8 ketul ayam
  • 1/2 cwn tepung ayam goreng kepci (mana2 jenama pun ok)
  • Garam dan serbuk lada hitam
  • 2 cwn breadcrumps
  • 2/3 c buttermilk - tun guna susu sejat + 1/2 sb cuka, biarkan 5minit
  • 1 1/2 sk paprika
Cara2:

  • Panaskan over 200 C. letak jaring2 atas loyang.
  • basuh ayam, toskan, dan gaul dgn tepung ayam goreng. pastikan seluruh ayam bersalut.
  • campurkan buttermilk dgn sedikit garam, lada hitam, dan paprika. 
  • Celup ayam dalam buttermilk, lepas tu golekkan2 dlm breadcrumps.
  • Susun ayam atas jaring2 dan bakar 15 hingga 20min, then rendahkan suhu ke 165 C, balikkan ayam dan bakar lagi dlm 25-30 min. 
  • cucuk ayam, kalau jus dia clear, maknanya dh masak.
  • serve dgn potato dan salad :)

Thursday, March 1, 2012

Siakap Kukus

isi yg sgt sedap!

Assalamualaikumm ^^

arini tunjuk menu sihat :D rasa2nya ni 1st time tun masak ikan siakap ni. biasa tau makan je. haha.. hasben tun beli ikan siakap sekor yg sgt besar! sekilo 20inggit, mahal rupa2nya ikan ni, patut la isi sedap. biasanya tun x bape nk boleh telan ikan kukus, tp siakap ni x hanyir langsung. tun kerat dua, separuh kukus, separuh lg bakar. yg bakar tu xyah letak resepi la, sbb bakar kosong ngan garam pastu kunyit sket.

sbb tun xpernah masak ikan ni, tun gugel laa.. (the wonderr of technology! mcm mana la dulu2 hidup xde intenet kan? ). ni resepi pertama yg ternmpak di mata tun.. <- nk direct translation caught my eyes, tp bunyi pelik je.. hihi

muka dia garang lah

resepi dr ifah dr myresepi. mmg simple dan sedap.. my laling makan sambil puji2 sedap :X tun buat separuh dr resepi asal ye.

Siakap Stim
resepi: ifah@myr

Bahan-bahan ( 5 org makan )
  • ikan siakap
  • 1 inci halia*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 btg serai*
  • 5 ulas bwg merah*
  • serbuk lada hitam
  • sos tiram 4-5 camca besar- utk separuh resepi, tun letak 1 sudu besar je
  • 2 biji limau nipis di perah air
  • 2 biji lada besar- tun letak cili padi
  • 1 biji buah tomato potong dadu
  • daun sup- tun letak daun saleri
  • garam secukup rasa 
  • sayur masin- tun tambah
  • * ditumbuk/ blend
Cara-cara
  • bahan yang di blend tadi di gaul pada ikan bersama garam serbuk lada hitam,& sos tiram..perap 15menit..
  • tabur atas ikan lada merah, tomato n daun sup.. tomato sy guna kan kos nk suh masam skit..jd akan balance dengan sos tiram..
  • stim la ikan siakap tu..kira2 20 menit.. kira 5 menit sebelum angkat..bubuh la air perahan limau nipis tu.. hmmm, pasti tak sabar nk mkn bila baunyer..huhu..sedappp..

Wednesday, October 5, 2011

Bihun Sup versi Diet





Assalamualaikumm....

seharian tengok roti labu ye.. hihi.. skrg kene laa kembali pada menu diet kan.. kan wiken aritu ke kuching 4 hari dan diet laut, jd arini pergi jogging dan mlm ni nk gi main badminton ^^ skrg BMI dah 23.. uhuk uhuk.. kalau ikut BMI asian mmg bukan kategori selamat dh nih.. perlu berusaha kembalikan BMI 22.  chaiyok2!! (cara kira BMI; berat (kg) bahagi tinggi (m) bahagi tinggi (m), kg/m2, BMI normal is 19-25, tp utk asian dinasihatkan hingga 23 je.. huhu)

Bihun Sup ni sedap wat breakfast.. kalau dinner tun biasa gantikan dgn suhun.. tp tu psychology je kot, mcm lebih kurang je kalori dia.. kui kui... tun suka letak sawi banyak2, tp sayur tu ikut kesukaan la ye

Bihun Sup versi Diet
resepi: tun_telani

Bahan2

  • Bihun- utk 2 org mkn - rendam sampai lembut
  • 1 keping dada ayam- isi sahaja, kerat ikut suka
  • 1/2 bj bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- ketuk
  • 1 inch halia- ketuk
  • 1 sk sos tiram
  • serbuk lada hitam- ikut kesukaan
  • 2 btg pokok sawi
  • sedikit kobis- kerat halus2
  • Carrot, saleri, tomato, ect - ikut sayur feveret masing2 ye
  • Garam secukup rasa


Cara2:

  • Panaskan air secukupnya dan rebus isi ayam bersama bawang, bawang putih, dan halia.
  • Masukkan sayur keras dulu, sos tiram, dan serbuk lada hitam. Masak hingga sayur agak lembut.
  • Masukkan sayur2 daun dan masak sekejap.
  • Perasakan garam dan masukkan bihun. 
  • Tutup api dan hidang.

Wednesday, September 28, 2011

not so wordless....

google image

Assalamualaikumm...

jus yg elok utk kesihatan.. bila google, byk benefit nih.. compared to juicer, better if you just blend the apple dan carrot, so that you get all the fiber. tp kalau tekak xleh terima tu, guna je laa juicer or lepas blend tapiskan.



Per serving:
  • 1 green apple (Granny Smith)
  • 1/2 carrot
  • 1 tsp susu pekat
  • ais
  • air secukupnya

blend everything. kalau guna juice, doublekan buah sbb nnti dia buang serat.

ps: tuan rumah tgh wat keje sekolah, thus this short n3.

tq for visiting ^^

Tuesday, September 27, 2011

Ikan Bakar Berempah Woku




Assalamualaikummmm~~~~

ni menu buka puasa semalam.. baru nk letak n3, tgk2 kak anim pun masak ikan berempah woku ni jugak rupa2nya =)  ni gara-gara terliur nengok kak mas wat nih laa.. walaupun tun xde ikan siakap dan talapia, nk masak jugak.. guna je ikan kerisi dlm peti tu.. hihi.. kalau ada siakap lg sedap niihhh..

xleh tulis lama tau.. pas solat nk gi main badminton ngan my laling. arini x exercise lagi..


Talapia Bakar Berempah Woku
Sumber : MasDuniaku

Bahan : (akak wat sukatan untuk seekor ikan) 
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Mas guna talapia merah
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap  <- tun xde ni
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)  <- tun nyer kunyit dh blend siap2, xleh bakar
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :   tun tabur daun bawang je, pastu letak limau nipis
  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek) 
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur




Cara Memasak :

 
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...
 


ni menu tun buka puasa...

 tun makan ikan bakar ni dgn sayur pucuk paku goreng ^^   cuma goreng bawang putih dgn minyak yg sedikit, masukkan udang kering, tumis jap pastu masukkan pucuk paku dan sos tiram. pastu garam sikit.  mmg sukaaa sgt pucuk paku.. byk byk2 pun xpe..

 

Thursday, September 22, 2011

Kerabu Bendi



Assalamualaikummm~~~

hari yg biziiiii~~~~~~~  so n3 cepat2 je. tayang menu diet lagi. tun buka puasa ngan kerabu bendi. tp kalau x exercise lambat jugak nk turun berat badan. seminggu ni tun cuma turun 2 kilo je. eh, timbang tu stat hari wiken aritu, so ada 2 hari lg utk genap seminggu. td dh gi jogging, so hopefully metabolic rate tinggi sket skrg ni. cepat sket bakar lemak. hihi.. pas jogging td xde laa pulak terasa sindrom2 yg berlaku dulu, tgk esok, kalau ok, blh teruskan jogging sikit2.

ok. sbb bz xde nk merepek lama2. cnp resepi dr blog sendiri nih.. hehe..  ikan bilis tu beli yg dh kopek, senang. jangan makan kepala ikan bilis tau, kolestrol tinggi.


Kerabu Bendi
Resepi: Tun Telani
Bahan2:
  • 15 bj bendi
  • 2-3 bj cili padi- ikut tahap kepedasan masing2 ye - hiris halus
  • 2 sudu besar ikan bilis- goreng dan tumbuk kasar
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 btg serai- hiris halus
  • 1 bj limau nipis/ 2 bj limau kasturi- amik jus dia
  • 1 sudu kecil gula

Cara2:
  • didihkan air dan celur bendi sebentar. jgn lama sgt, nnti x sedap. nk dia rasa rangup2. lepas celur baru di kerat2 menyerong. jgn kerat sblm celur, nnti dia jd terlalu berlendir.
  • Gaulkan dgn semua bahan.
  • Siap utk dihidang bersama nasi atau ratah saja bg yg ingin berdiet.. hihi..
  • sedap nih! selamat mencuba ^^

Wednesday, September 21, 2011

Tauhu Kukus


Assalamualaikumm~~

Alhamdulillah berjaya puasa 6 lg sehari. td tun berbuka dgn tauhu kukus nih. pastu goreng nasi utk my laling. berbuka ko 630, ko 6 baru laa sibuk nk mengukus tauhu dan menggoreng2.. hihi..  mmg senang buat nih, kejap je dh siap. tun kukus dalam bekas tauhu tu dulu, pastu baru tuang dalam pinggan. tun kurangkan minyak tu, ye laa, tgh diet kan.

Terima kasih kak ummi atas resepi yg senang dan sedap nih. hasben tun suka makan ^^

Tauhu Kukus
Resepi: Chef Harun, Majalah SAJI
Sumber: kak Ummi

Bahan:-
  • 2 keping tauhu lembut
  • 1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram (*akak letak 2 sudu besar) - tun letak 1 sudu besar je
  • 1 sudu teh minyak bijan  - tun xde nih
  • 1 sudu teh kicap cair - akak tambah lebih sikit
  • 5 sudu besar minyak masak- tun letak sikit je minyak
  • Bawang goreng secukupnya
  • cili merah dicincang halus
  • sedikit daun bawang yang dicincang halus - tun xde, ganti ngan daun sup
  • 1 sudu besar kicap manis- tun tambah
Cara Menyediakan:-
  1. Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
  2. Keluarkan tauhu dan buang airnya. (*akak just erengkan bekas dan tuang air perlahan-lahan). Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
  4. Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
  5. Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.

close-up ^^

Tom Yam Putih


Assalamualaikum~~

tun masih lg berusaha utk habiskan puasa 6. hihi.. mesti org lain dh lama raya 6, kan? tahun ni atas sebab2 yg x dpt dielakkan, me terlambat sikit. insyaAllah masih sempat lagi. sapa2 yg belum habis puasa 6 tu, mari laa puasa sama2 =) tapi kalau yg belum habis ganti puasa, baik lah di dahulukan yang wajib, kalau x sempat puasa 6 pun insyaAllah ada ganjaran yg Allah janjikan (ni yg me dengar ustaz ckp dlm TV aritu ^^ ). 

tom yam ni dh perap 2 hari dah sebenarnya. me wat sahur 2 hari lepas, pagi td sahur dgn 2 keping wholemeal bread je. tu pun mkn kosong, serba salah nk sapu butter sbb xnak saja2 tambah lemak. alang2 nk sapu butter, baik mkn kek je kan? haha.. boleh pulak camtu. esok kene makan berat sikit laa utk sahur, sbb baru ko 10 dh terasa lapar nih, sahur ko 430 td. diet2 pun, kesihatan perlu jaga, betul tak? 

kalau banding tom yam putih dgn tom yam yg tumis lada tu, tun lg suka tom yam yg tumis lada (tom yam yg kaler merah tu). yg tu mmg sedap! tom yam putih ni mmg x leh lawan laa, tp kalau cukup serai dan daun limau purut, sedap jugak. sihat pun sihat sbb main lebur tanpa tumis apa2.  

Tom Yam Putih
resepi: tun_telani

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 bj bawang besar- mayang kasar
  • 3 ulas bawang putih- ketuk
  • 3 batang serai- ketuk
  • 5 helai daun limau purut - nk lebihkan pun xpe
  • 1 sb asam jawa
  • 1 bj limau nipis
  • 1 btg carrot
  • 1 btg saderi
  • 2 bj tomato- belah 4
  • Garam

Cara2

  • Masukkan ayam, bawang putih dan serai ke dalam periuk. Rebus dgn air secukupnya.
  • Dah mendidih, masukkan air asam jawa.
  • Pastu masukkan tomato, carrot, saderi dan bawang besar. 
  • Agak2 ayam dh masak, masukkan daun limau purut. kalau x cukup bau, tambah lg daun limau purut.
  • Perasakan garam. dah tutup api baru perah jus limau nipis.
  • Siap.

ps: tun suka mkn tom yam ayam. tp boleh ganti dgn seafood pilihan =)
pps: utk sahur, tun celurkan sedikit mee kuning utk makan dgn tom yam. blh juga jadikan bihun tomyam. 


timbang arini dh kurang 1.5kg.. hihihi.... tp jauhhh lagi laa kalau nk banding dgn berat last year.. chaiyok2!!

Tuesday, September 20, 2011

Tauhu Sumbat (versi bakar)

Assalamualaikum...

hehe.... jgn komen apa2 ttg gambar yg comot tu ye.. ;p cacat betul, sebab tu laa yg tunjuk kecik je gambar tu, kalau x mmg dh wat size besar. hihi... buat ni utk buka puasa semalam,. tengah2 tumbuk kacang tu, my laling ckp dh maghrib. tu yg kelam-kabut snap je gambar (sempat lagi nk amik gamba tu.. hihi..).. snap 3 keping, yg ni je yg ok sket. lg 2 blur.

buka puasa ngan tauhu sumbat ni je. tu pun dh kenyang. tun guna 5 keping tauhu. masa nasi jugak la utk my laling. tp dia pun ngadap tauhu sumbat ni je. utk sos dia, instant punya.. bukan beli kat kedai, tp mama-in-law tun yg buat, balik raya aritu dia kasi wat balik 1 bekas. sedap ^^ kalau nk wat google je kuah rojak petis.. tp xleh mkn byk2 kuah dia tau, manis.. sia2 je diet nnti. huhu...

Tauhu Sumbat (Bakar)
resepi: tun_telani

Bahan2

  • 5 keping tauhu
  • Garam

  • Sengkuang
  • Carrot
  • Timun
  • Tauge

Cara2:

  • Tauhu di lumur dgn sedikit garam (ni supaya kulit tauhu x melekat di kuali), dan bakar atas non-stick pan sampai perang. nk guna oven pun boleh juga.
  • Sagat atau hiris halus sengkuang, carrot dan timun. Celur tauge. 
  • tauhu di potong bentuk segitiga dan belah tengah. sumbat inti. compared to goreng, tauhu yg bakar ni lembut sikit, jd berhati2 hati masa nk sumbat inti ke dalam tauhu.
  • boleh hidang dgn kuah rojak petis atau cili sos.


.

    Sunday, September 18, 2011

    Kerabu Epal Hijau


    Assalamualaikumm~~

    petang baru nk ngadap blog. usha dashboard jap td, wiken2 ni x ramai org ngadap blog ye. sunyi je me rasa.. sunyi2 ni teringat pulak kt kak ika nun di siam, lama betol menyepi. nasib baik td dpt tegur kt FB, kalau x terasa risau jugak lama betul senyapnya. cepat2 update tau, winduu =)

    k laa.. xnk lama2, pasni nk BW jap, pastu nk exercise ^^ sementara bersemangat ni kan, baik pulun habis2an. me share menu dinner me semalam. mkn kerabu epal hijau nih. sedap! tp me terlebih cili padi, pedas sket. hehe..  my laling x suka sgt makanan yg terasa cili padi (yg x dimasak), so me bahagian dia me jadikan lunch td. huhu.. wat sandwich, goreng telur tanpa minyak, pastu letak atas 1 piece wholemeal bread, then letak kerabu ni byk2.. hihi.. (determine x me diet? ;p )

    ok laa.. resepi ni me copy dr dapur kak nor, sumber dia dr kak hanieliza. tp bila me tgk kt fotopages kak lieza, dia kasi link resepi asal dr fotopages penyulawa. jd me letak semua link la. tq akak2 semua atas resepi nk sedap di ratah.

    KERABU EPAL HIJAU
    resipi : penyulawa
    sumber : k.Hanieliza, K.Nor@SecubitGaram

    Bahan:
    2 bj epal hijau
    1/2 btg lobak merah
    2 bj cili merah
    2 bj cili hijau
    1 kuntum bunga kantan
    1 pokok daun ketumbar - x suka nih. hehe..
    1 bj lemon (diambil jusnya) - tun guna limau nipis
    1 sudu kecil gula - x letak, sbb epal hijau tu dh ada manis2 sket
    garam secukup rasa
    1 bj cili padi - tun tambah


    Bahan:
    Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
    Semua bahan lain dihiris.
    Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
    Kacau rata dan rasakan masamnya
    Sedia dihidangkan.

    Friday, September 16, 2011

    Sup Suhun dan Bebola Ayam



    Assalamualaikumm~~

    sunyi je arini.. pagi2 td buka FB terkasima tgk sesesorg tu turun 4kg dlm masa seminggu!!  nk kene ada xbox ye.. me suka berjogging je.  biasanya kalau  me jogging round kawasan ni, insyaAllah akan turun berat badan, tp atas sebab2 tertentu me dh xleh jogging skrg ni. tu yg mcm di pam2 badan tu. lagi2 lepas raya ni kan. uhuk uhuk.. jd skrg ni beli mini-stepper, xyah nk pakai2 tudung n bersiap2 segala bagai utk exercise, exercise dlm umah je. cuma kesan dia x secepat kalau gi jogging.  nk peluh byk2 tu mmg x dapat la. xpe la, at least calorie burn jugak.

    sbb nk diet kan, so skrg kurangkan makan nasi. mlm mmg kalau blh xmkn nasi lgsg la. carbohydrate pun kene pilih betul2. tp tiap2 hari still perlu masak nasi sbb my laling ckp dia kene mkn nasi jugak at least sekali sehari. wiken ni my laling kursus, so me blh berdiet sbb xyah masak lunch utk dia.. hehe..

    semangat dh berkobar2 utk jd mcm kak N* (bukan nama sebenar.. tiru entry kak izah td.. kui kui..).. so kita share dulu menu diet me nih.. td dh google menu2 diet. hihi.. skrg goreng2 dan lemak2 perlu di stop ye =)  resepi lebur je, utk minimize minyak/lemak.



    Sup Suhun dan Bebola Ayam
    Resepi: tun_telani

    • Suhun utk 2 org makan - nk guna bihun pun boleh
    • 1/2 cm halia
    • 1/2 kiub ayam
    • 8 bj chicken ball- belah 2 jika suka
    • 2 bj cili padi- belah tgh
    • 1 pokok sawi
    • 1/2 btg carrot
    •  2 bj telur
    • Garam
    • air secukupnya

    Cara-cara

    • Panaskan air dan masukkan halia, kiub ayam dan cili padi. 
    • Masukkan bebola ayam dan biar sup mendidih selama beberapa minit.
    • Masukkan sawi dan carrot (atau mana2 sayuran pilihan yg di sukai, lg byk sayur lg bagus).
    • Masukkan suhun, dan pecahkan telur sebiji-sebiji. Jangan kacau, nnti telur pecah.
    • Agak2 telur dah masak, blh tutup api.
    • Perasakan garam, dan siap utk dihidang.