Showing posts with label pasta. Show all posts
Showing posts with label pasta. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Baked Pasta


Assalamualaikumm~~ :D

n3 cepat2 sbb ngantuk + penat. huhu.. esok kene gi ladang lagi.. nk tergelak pulak bila fikir xtau apa2 masa mengajar. kalau ajaran sesat agak2 student tau x? hoho.. ni laa bila bottom of food chain nih, orang campak2 course yg xde org nk ajar kat org2 mcm tun ni la.. nk kata xnak kan x berani. so struggle la study subjek yg xpenah tahu selama nih. haish.. nasib baik la subjek lg satu dpt yg kimia fizik, blh la bernapas sket2.

nway, bila ntah nk menayang durian crepe, dh 2 kali buat, tp gambo hudus, nk kene buat lg sekali amik gambar cantek sket. b4 that, sila terliur nengok baked pasta nih.. hoho.. /wahaha


dh lama x masak spagetti.. tun wat spagetti biasa je (with tomato sauce) utk bekfes. pastu tiba2 laling tun ni gi bekfes ngan member2 kat luar. so terpaksa la bawa ke lunch pasta yg dh masak. malas nk makan idea tiba2 dpt idea utk wat baked pasta nih.. gugel kuar resepi dr kak dayang. nmpk sgt sedap! bila mkn mmg sedap sgt! cuma xleh makan byk la, sbb terasa sgt berlemak. hihi..

tgk la potongan sememeh sbb panas2 dh scoop masuk pinggan. yg atas pinggan lagi laa sememeh.. bila sejuk sket dia akan set dan blh potong cantik.. cara masak pasta tu xde beza sgt dgn yg kak dj masak, so tun cnp je la :D



Baked Pasta
resepi: kak dayang jack
sumber: tun telani

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega


Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano

Cara-cara :

  • Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
  • Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  • Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  • Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  • Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  • Taburkan keju parut dan oregano.
  • Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.


* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt


**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni  + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan)
  • 150 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.
* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya. 


Read more: http://dayangjack.blogspot.com/2011/06/baked-pasta.html#ixzz2DVU2fXr4
Under Creative Commons License: Attribution

Monday, March 12, 2012

Simple Macaroni Sup


assalamualaikumm..

mlm ni nk tunjuk menu easy peesy.. menu dikala mood merundum n xde mood nk masuk dapur n xde selera nk makan. hehe.. sup2 gini mmg selalu jadi pilihan sbb hassle free. kejap je siap. macaroni sup ni versi xtra simple, kalau ada mak mertua kat rumah tu, mmg x sesuai la buat nih, nnti dia ckp pemaleh benor menantu. kui kui.. :P

Simple Macaroni Sup
resepi: tun telani

Bahan2
  • Macaroni- agak2 cukup utk utk 2 org
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 sb sos tiram
  • 1 inch halia- ketuk
  • 2 bj cili padi- tumbuk atau hiris halus
  • 1 pokok sawi
  • fish ball n fish cake
  • garam n lada hitam
  • air secukupnya
  • telur- optional

cara2
  • Masukkan air, macaroni, kiub ayam, sos tiram, halia dan cili padi dlm periuk dan rebus sampai macaroni empuk.
  • Masukkan fisb ball, fish cake, dan batang sawi dan masak sekejap, pastu masukkan daun sawi. 
  • Perasakan garam dan lada hitam.
  • jika suka, pecahkan telur sebelum tutup api.
  • siap! senangkan.. hihi
ps: tun tulis telur optional sbb tun xsuka ada telur dlm macaroni/mee sup tp my laling suka ada telur. ikut selera masing2. gambr atas tu tun nyer mangkuk, so xde telur :D

pps: bila mood ghajin (atau bila ada tetamu) buleh laa masukkan isi ayam ke, masuk sayur byk2 ke wat sambal kicap ke. lg sedap, kompom 2mangkuk x cukup. hoho

Tuesday, October 11, 2011

Spagetti Lemak Pedas dan Simple Roast Chicken



Assalamualaikumm~~~

hmmm... tuan umah mood ke laut.. uuu uuuuu~~~ nk kata pms x pms pon.. ni rasa2nya, salah satu penyebabnya ni, sebab dh lama x bangun qiam..sejak 2 menjak ni kesihatan terganggu sket, nk bangun awal pun susah.. kdg2 tu dekat2 pukul 6 baru la terkial2 nk bangun (subuh sini awal ye, ko 620 tu dh dekat nk imsak tuu).

k laa.. n3 cepat2 sbb xde mood.. ni kali ke 2 try spagetti lemak pedas ni. simple dan sedap! tun wat kosong je sbb nk gandingkan dgn ayam bakar tu. ayam tu pun campak2 je.. yg penting, licin! 

Spagetti Lemak Pedas
Sumber: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu - xde
1/4 bahagian green capsicum, dadu - xde jugak
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu - ni pun xde.. haha
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu - x letak
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air

tun tambah carrot dan kobis yg di sagat halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
  3. Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
  4. Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

ayam ni di alter dr resepi yg penah wat sebelum ni.. tambah situ sikit, sana sikit, jd laa resepi baru yg sedap! mmg xpuas makan ayam bakar ni.. cukup rasa, dalam pun moist dan lembut je.. jgn over bake ye..


Simple Roast Chicken
adapted from: Easy Garlic Broiled Chicken@allrecipe
Sumber: tun_telani

Bahan2:


  • 6 ketul ayam (lebih kurang 500 g)
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inch halia- tumbuk
  • 1 sk butter
  • 1 sb dried parsley
  • 1 sk garam
  • 2 sb kicap pekat manis
  • sedikit serbuk lada hitam(tun guna lada hitam AJIOSHO)

Cara2:

  • Cairkan butter dan gaulkan bersama bawang putih, parley, garam dan kicap manis - tun masukkan dalam microwave 1 minit.
  • Perapkan ayam dgn semua bahan at least 15 minit. Tinggalkan sikit bahan perap utk sapu atas ayam masa bakar.
  • Alas loyang dgn aluminium foil.
  • Bakar pada suhu 200 C, selama lebih kurang 45 min. balikkan setiap 15 minit. 

Wednesday, August 10, 2011

Angel Hair Goreng Pedas Berempah


Assalamualaikum...

uwaa.. gambar kite blur... tensi! tensi!! xtau laaa nape.. nk kate salah setting, mmg biasa guna auto je.. huhuhu... amik 4 keping, empat2 x sharp! huh! majuk ngan kamera tu kejap.. tp bila pk2 maybe sbb amik cepat2 kot. ye laa, dekat2 nk buka puasa tu hidang2, pastu baru amik gambar.. nk kejar2 duduk kt meja nunggu buka pose lagi kan..

..... update: eh, lepas post tgk xde laa blur sgt gambo tu.. kui kui..


nway, ni wat sekali ngan sagu santan gula melaka tu.. patutnye nk letak n3 semlm, tp dh xde tenet kan, marathon la semua sekali arini.. tgk resepi tu, ada cajun kan.. so dh blh agak sape tuan resepi dia kn. hihi... mmg femes resepi ni, ramai dh wat. tun je yg lambat. tunggu bulan puasa dulu baru laa teringin nk mkn mcm2 kan =)

k, cnp cepat2. nk wat keje sekolah nih.

Angel Hair Goreng Pedas Berempah
Resepi: kak nor

Bahan:
  • 200 gm angel hair
  • 150gm daging kisar - tun guna chicken ball, sosej, dan crab stick
  • 3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
  • 1 labu bawang besar *
  • 1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
  • 1/3 biji capsicum merah *
  • 1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong panjang)
  • 1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt - tun guna cili giling
  • 1/2 sudu besar cajun
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 1/2 cawan air rebusan makaroni
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • garam
  • sedikit gula
  • daun sup ~ dihiris
  • minyak


Cara:
  • Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
  • Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. tun tumis kan juga cili giling
  • Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
  • Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
  • Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
  • Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
  • Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
  • Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
  • Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
  • Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

Monday, May 16, 2011

Spaghetti dengan Daun Bay


Assalamualaikumm ^^

nampak nya hari ni dh rancak semula yer dapur2.. semalam slow lagi. hihi.. nengok semua org duk tayang menu yg sedap2, me pun jd bersemangat. x sabar nk gi nengok kak anna nyer choc cake ni.. taip2 cepat2 b4 gi BW.

owh, sebelum tu, nak ucap Selamat Hari Guru buat semua guru2 di Malaysia.. utk my lovely mum also, selamat hari guru.. semoga terus mencurahkan bakti mendidik anak bangsa ^^

ok, kembali pada spaghetti me nih. nk menu dinner masa blog demam.. arini iA puasa, ada lg beberapa hari ni ganti ni.. huhu... nasib baik my laling puasa gak, kalau nk bgn sahur sorg2 malas jugak. Spaghetti biasa2 je nih, semua pandai wat rasanyer. cuma me duk nengok chef dlm tv guna daun bay, jd curious pulak camner rasa daun bay nih. kebetulan time gi bakery arini me jumpa.. so mari bereksperimen ^^

Spaghetti dengan Daun Bay
by: tun_telani

  • 1/2 paket spaghetti
  • 1 bj bawang- potong dadu
  • 3 ulas bawang putih- tumbuk halus
  • 1 keping dada ayam/daging- kerat kecik2 atas kisar, ikut kegemaran masing2
  • 3 btg sosej
  • 1/2 tin cendawan butang- potong agak nipis
  • 3 sb tomato puree
  • 1 sb oregano
  • 3 keping daun bay kering- kalau fresh guna 1 je, tp xpenah jumpa yg fresh
  • 1 btg carrot- potong panjang
  • 1 bj capsicum- dadu besar2
  • Garam

Cara2
  • Jerang air yg mencukupi dan rebus spaghetti bersama sedikit garam.
  • Dlm kuali, tumis bawang merah dan bawang putih sampai layu. Masukkan ayam/daging dan tumis sampai masak. masukkan sedikit air jika perlu.
  • Masukkan sosej, cendawan, daun bay, dan tomato puree. masak sebentar.
  • Campurkan carrot dan capsicum.
  • Toskan spagetti yg telah masak, dan campurkan dlm kuali ketika masih panas2. Gaul segera.
  • Masukkan oregano dan garam. Gaul sebati.
  • Perasakan garam.
  • Siap ^^


ps: daun bay tu biasa org buang sblm serve dlm pinggan ye.. hihi..

Monday, May 2, 2011

Pasta with Garlic and Chili


Assalamualaikummmmmm~~~~~~~~~

haha.. maghrib2 ngadap tenet.. sugguh kurang sopan.. 2 hari duk sunyi sepi.. org len sunyi blk kg, ni x blk kg pun berpura2 blk jugak. kui kui.. sbb dengki org blk kg kn, so 3hari ni duk kuar berjalan2, walaupun xde sgt tmpt nk berjalan2 kt bintulu nih.. pastu hujan pulak, duk berjalan2 kt kedai je laa..

ptg sabtu gi public library. lama x masuk library, rindu la pulak.. ni kata2 budak nerd zaman sekolah nih..haha.. besar gak library bintulu nih. me wat kad, pinjam novel 2 bijik.. rindu nk baca novel, pindah sini bw 2 biji novel je. pastu, me ni bila dpt novel, selagi x khatam selagi tu x letak. hari ni dh hbs dua2 buah. haha.. my laling ckp blh gi library wiken je, kalau tak, me xwat keje sekolah. huhu..


nway, me nk tayang menu bekfes yg sgt simple. tgk ingredient pun pelik sbb simple sgt.. tp dlm buku resepi me nih, dia ckp 'one of the simplest of pasta dishes and one of the best'.. betul jugak. rasa dia mild, but blh mkn 2 pinggan. haha..

me translate kot melayu, ye..

Bahan2:

  • 400g spagetti- rebus dlm air + 1 sk garam
  • 7 sb olive oil
  • 2 bj cili padi kering - me guna yg fresh, kerat halus
  • 6 ulas bwg putih- me guna 3 ulas besar
  • 1 sb origano
  • 1 sb parsley
  • garam
  • lada hitam

Cara:
  • tumis bawang putih dan cili padi dgn api perlahan selama 2 minit.
  • masukkan origano, parsley, dan spagetti.
  • gaulkan sebati.
  • tambah garam dan lada hitam

haaa.. senang,kn? hihi..


ps: tgh duk bakar kek pisang sbb kecewa blended orange kek rasa pahit.. huhu