Showing posts with label sotong. Show all posts
Showing posts with label sotong. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Sotong Goreng Kunyit


Assalamualaikumm!! ^^

arini penat sbb kelas smp petang. sbb xblk lunch, tiap2 isnin terasa sgt isteri mithali sbb pagi2 keletang keletung kat dapur masak lunch utk laling b4 ke uni. hihi.. :p (hari lain kelas half day je). tp kan, mesti masak cincai2 je, yg plg senang, cepat, dan blh lebur dlm periuk sekali gus. n menu yg plg biasa ulang2 are tomyam dan sup ayam. hihi..


udang ni wat 2-3hari lepas. lupa dh hari apa.. ada masak lauk lain jugak ni, sbb tun jenis yg makan berkuah, so lauk kering2 gini masuk kategori side-dish je. extra omey sket sotong, bkn potong sendiri ye, tun beli yg frozen mmg dh potong cantik. kui kui... :p  maleh nk gi pasar, beli lauk kt supermarket je. pernah sekali je beli yg x frozen, mmg rasa x fresh sotong tu, jd tun mmg akan beli sotong n udang frozen sbb rasa dia lg sedap dr yg konon2nya 'fresh' tu.


resepi  simple2 semua org pandai buat dh ni.. tp nk letak jugak sbb tiba2 gmbr jd cantik pulak. hihi... :D

Sotong Goreng Kunyit
resepi: tun telani

Bahan2
  • 400g sotong- potong ikut suka dan gaul dgn garam dan kunyit
  • 3 tangkai kacang panjang- potong
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 3 bj lada hijau- hiris
  • sedikit sos tiram

Cara2
  • Tumis bawang putih bersama lada hijau hingga wangi.
  • Masukkan sotong dan masak kejap. Kalau xsuka lauk berair, celur kejap sotong dan toskan hingga kering air dia. (tun guna sotong frozen, jd sotong tu dah dicelur)
  • Masukkan kacang panjang dan sos tiram, goreng sebentar.
  • Perasakan garam.



Friday, February 17, 2012

Lauk simple-simple je


Assalamualaikum~~

lauk simple2 masa kurang sihat. biasanya kalau kurang sihat yg xsedap tekak akan wat sup ayam je. tp ni ada sotong dlm peti, rasa mcm nk mcm sambal sotong la pulak. me baru2 je buleh mkn sotong, dulu2 alah sket. dh tua2 ni allergic tu tukar2 pulak. dulu mmg xleh mkn lgsg sotong n udang, skrg dh OK. tp ketam xleh mkn secubit pun, smp sesak2 napas you.. huhu.. nikmat Allah nk tarik kan. 

Sotong tun x suka mkn masakan lain. nk sambal jugak. kalau dlm kuah2 lain tun x suka. goreng celup tepung pun kureng. me x suka sotong yg berair (byk betol mende yg x suka). kalau xnk sotong tu berair2 bila dlm sambal, celur kejap sotong pastu toskan. nnti byk air dia keluar. pastu baru guna dlm masakan.


Sambal Sotong
resepi: tun telani

Bahan2:

1/2 kg sotong- bersihkan dh kerat2, celur kejap n toskan air
1 bj bawang besar *
3 ulas bwg putih*
1/2 cm halia* (bahan * dikisar)
5-6 sb cili giling
2 sb kicap
1 sb sos cili
1 bj bawang besar- potong bulat2
sedikit asam jawa
Garam
Gula

Cara2:
Tumis bahan kisar bersama cili giling sampai pecah minyak. Masukkan gula dan tumis lagi.
Masukkan kicap dan sos cili. Tumis sampai agak kering dan masukkan bawang besar yg dipotong bulat. masukkan asam jawa, tumis kejap.
Masukkan sotong, gaul2. perasakan garam.

Friday, March 25, 2011

Sambal Sotong



Assalamualaikum ^^

Kompom semua dh lunch, kn. arini masak sambal sotong. as usual, menerima arahan dr my MIL =)

xleh nk merepek lama2 nih, sbb pasni nk siap2 nk kuar shopping ngan my in-laws pulak. tgk resepi dulu.

Bahan2:

1/2 kg sotong- bersihkan dh kerat2
1 bj bawang besar *
3 ulas bwg putih*
1/2 cm halia* (bahan * dikisar)
5-6 sb cili giling
2 sb kicap
1 sb sos cili
1 bj bawang besar- potong bulat2
Garam
Gula

Cara2:
Tumis bahan kisar bersama cili giling sampai pecah minyak. Masukkan gula dan tumis lagi.
Masukkan kicap dan sos cili. Tumis sampai agak kering dan masukkan bawang besar yg dipotong bulat. Tumis kejap.
Masukkan sotong dan masak sampai kecut, kejap je (kalau over cook nnti liat).
Perasakan garam.