Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Tuesday, April 14, 2020

Homemade Chocolate and Vanilla Ice Crea


Assalamualaikummm



Ya Allahh.. lamanyaa tak tengok blog ni haa.. siap lupa password n terpaksa reset 😂


Musim PKP #RMO ni banyak masa terluang, kerja nyer masak dan masak dan masak.. pastu menggebu.. hahahha...

Alhamdulillah banyak juga masa terluang jadi boleh sapu debu kat blog kesayangan. Semua mende ada hikmah kan.. tapi tu laa.. sedih dah lama tak pergi rumah mama abah walaupon dekat. Semoga cepat semua virus ini berlalu. aminnnn

Aiskrim buat 2 hari lepas. Lama tak buat aiskrim sendiri. Saje merajinkan diri sebab budak-budak ni selalu minta aiskrim. Kebetulan nmpk kak Cda tayang aiskrim dia, so kali ni follow resepi kak Cda ðŸĨ° lebih kurang je kalau resepi homemade ni.

Tun buat vanilla n coklat je, tak cukup rajin nk buat pelangi..


#tuntelanikitchen

♥️♥️♥️♥️♥️

Aiskrim pelangi homemade
resepi: kak Norshalieda Rozali

Bahan²
======

1 tin susu cair
1/2 cawan krimer pekat manis (atau boleh kurangkan 1 sudu kalau xnak manis sgt)
1 sudu besar ovalet
2 sudu besar susu tepung / coffeemate
1 sudu teh vanila (akak letak 2 sudu teh sbb suka rasa vanila)

Campur semua bahan masuk dalam blender biasa je
Blend sampai adunan betul² gebu dan kembang. Sampai nampak pekat

Masukkan dalam bekas dan warnakan suka hati
Sudu atau tuang layer by layer..
Masa tuang tu jgn skit² sgt ye nti xnampak layer...

Simpan peti sejuk atas semalaman

* kalau xde susu tepung @ coffemate boleh abaikan. Cedok skit susu tepung anak tu ðŸĪŠ

Untuk video cara tuang boleh klik link bawah sbb video xboleh masuk sekali gambar kat sini

https://www.facebook.com/168873523202149/posts/2871836529572488/



Gambar sekeping je, tak berapa rajin nk kuarkan props dan setting cantik-cantik. huhu....

Thursday, October 27, 2016

Menu Makan-makan Breakfast



Assalamualaikum :)

n3 yg ditulis semata2 utk hidupkan blog ni.. huhu... last 2weeks punya cerita dah ni..  ada buat makan2 kat umah sempena riadah ikhwah. menu rasmi tun mmg mee kari. tiap2 kali ada makan2 kat umah, mmg ni menu wajib.. kih kih.. senang dan tun confident masak. alhamdulillah setakat ni licin sokmo kalau mee kari.

Gambo kelabu asap amik guna handphone. mana ntah kamera.


Letak n3 jugak kot2 la membantu sape2 yg cari idea nk hidang apa kat tetamu utk bekfes. menu tun kali ni (klik menu utk resepi ye):
- Mee Kari
- Puding Jagung
- Cheewy Gooey Brownies
- Puding Coklat dan Jagung (beli yg Happy Grass je)
- Teh O ice
- Siap Ice


Puding jagung ni laku kerass.. haha.. harith pon makan dgn banyaknya..

Puding Jagung
Resepi: F&N@myr
Sumber: tun_telani

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung kastad- tun tambah lg 1sb supaya senang potong
  • 1 cawan jagung manis(*kalau guna cream corn lagi sedap)
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 2-3 tbs pes minuman jagung - tun tambah

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll. 

Thursday, April 28, 2016

Jelly Kelapa


Assalamualaikum :)

Alhamdulillah alhamdulillah.. Allah bg kekuatan utk bayar hutang puasa tahun2 lepas walaupon dlm musim panas. huhu.. byk nk kne ganti sbb alahan tun sgt teruk masa pegnen.. gigil jugak bayar fidyah last year.. hahahha...pastu sblm ni nk puasa duk risau ebm makin kurang, ni harith dah campur minum formula jugak, jd dh x mengepam.. jd skrg tgh marathon ganti utk kurangkan hutang. hihi

Dah lama xbuat jelly kelapa nih. last time beli kelapa, sekali belah dah tua.. kuciwa rasa hati. kali ni beli 2 bijik, alhamdulillah byk jugak air dan isi masih lembut. harith suka sgt2 minum air kelapa. wiken lepas gi minum kelapa tepi pantai, berebut dgn dia je kelapa tu.. pastu meraung sbb dh habis.. haha.. sabo je la..
 

Byk tahun dah guna resepi kak nor nih.. lembut sedap je masuk tekak.. tun buat separuh adunan sbb dua biji kelapa tu tak sampai 1litre pon air, tambah air masak utk cukupkan 1.3litre.

Jelly Kelapa Muda
Resepi: kak nor@myr
Sumber: tun_telani

Bahan-bahan

  • 1 paket agar2 serbuk (10gm) 
  • 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda 
  • isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat 
  • 11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2 
  • 3 helai daun pandan
     
Cara-cara
  • Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  • Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Saturday, January 23, 2016

Menu Makan2 Breakfast


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah... akhirnya berjaya juga meng-update blog tahun ni. walaupon dh nk hbs bln january, better late than never kn ;)

Alhamdulillah, pagi td buat makan2 sket kat umah, utk budak2 yg join qiam smlm kat surau dpn ni. menu ringkas2 je, sbb nk mkn awal kn. kalau msk byk2 utk breakfast tun prefer menu mee berkuah mcm ni, jd kuah dia blh prepare mlm sblm. kat sini subuh pkl 5 lebih, bgn pagi cuma celur mee n potong apa2 yg patut. kuih2 pun pilih yg blh buat awal, pg just keluarkan dan susun2 je :) pkl 6 lebih dh siap semua dan blh mkn.

Menu tun pagi td:
- Mee Kari
- Cream Puff
- Puding Belang
- Air Teh O panas
- Air Kopi O panas

Gambar tak cantik sbb amik gambar pkl 6 pagi. hehe


takde gambar mee kari dlm mangkuk pulak. licin kuah seperiuk besar ^^

Resepi yg tun duk ulang2 dh bertahun dah.. gandakan utk jumlah yg byk.

Mee Kari
Resepi: kak Hanieliza
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 kg mee kuning
  • 1/2 kg ayam- potong kecil
  • 2 btg serai*
  • 1 inch halia*
  • 1/2 inch lengkuas*
  • 5 ulas bwg merah*
  • 2 ulas bwg putih* (bahan * dimesin)
  • 2 sb cili giling
  • 3 sb rempah kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air asam jawa - tun xletak asam jawa
  • 200g udang
  • 1 paket fish cake/ ball - potong nipis
  • 5 cwn santan (1 bj kelapa) <- 200ml="" air="" guna="" kotak="" li="" santan="" secukupnya="" tun="">
  • Tauhu goreng
  • 2 bj kentang- potong 8
  • garam
Bahan tabur:

  • Daun bawang & daun sup
  • Cili merah
  • Limau kasturi
  • Taugeh <- dlm="" kuah="" li="" masak="" suka="" tun="">
  • Sawi - tun tambah, letak dlm kuah jugak
  • Telur rebus- belah dua
Cara2:
  • Tumis bahan mesin bersama cili giling hingga garing dan wangi. Masukkan rempah dan goreng hingga pecah minyak
  • Masukkan ayam, fishcake, kentang dan santan dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan sawi dan tauhu goreng.
  • Perasakan garam.
  • Hidang bersama mee yg dicelur dan bahan tabur.
kalau nk buat mkn2 pagi. kuah siapkan mlm sebelum. telur pun rebus siap2. pagi bangun cuma panaskan kuah, celur mee kuning, dan potong2 telur, limau nipis, dan lada :)


ni kuih yg mmg confirm mendapat sambutan. dua kali re-fill tray. haha... dh byk kali buat resepi yg sama.

Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:


  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.

Custard Filling  (buat 2 adunan)
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla
Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

Puding paling senang, buat utk memeriahkan meja dan juga nk rasmi silicon mould yg baru. beli kat mr.DIY kat kl time blk kg aritu..

Puding Belang Strawberry dan Coklat
Resepi: kak Jun@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8inch )

  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning - tun letak kaler merah
  • tun tambah 1sk vanilla
Cara-cara
  • Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  • Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  • Masukkan butter. tun tambah juga vanilla. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  • Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko. 
  • Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  • Sejukkan dan hidangkan. 

Monday, September 14, 2015

Kuih-Muih Utk PotLuck Jamuan Perpisahan Jiran


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah, selepas sekian lama, berkesempatan utk update blog. kesian blog kesayangan tun ni dianak-tirikan sejak makin bz dgn harith + PhD tun.. huhu...

Arini letak resepi byk2 terus.. hahaha.. semalam buat jamuan dgn jiran2 yg rapat.. jiran tun selama 4tahun kat Bintulu ni akhirnya ada rezeki pindah semenanjung...(sob sob.. nk pindah jugak TT .. *nanges).  kami kaum2 ibu ni duk berbincang dlm WA. mula2 nk gi makan2 kat kedai, last2 bincang punya bincang decide utk wat potluck.. end up dgn jamuan yg sgt meriah dan ramai org.. hahaha...

Sebab tun sgt2 kesuntukan masa, encik laling pon outstation, jd tun volunteer utk kuih je. akak2 lain buat main dish.. best ooo.. ada nasi kerabu, satay, nasi himpit kuah kacang, laksa johor, soto.. mmg puas hati makan.. siap mkn bungkus utk bekalan 2 hari. kih kih.. bila encik laling outstation, tun mmg malas nk ke dapur. tiap2 hari dapur berasap masak bubur harith je.



skrg tgh glemer corak mcm ni kat fb.. tp sbb ni resepi apam feveret tun, jd tun mmg xguna resepi lain.. why use milk when u can use santan, rite? kih kih...

Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna acuan lompang


  • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
  • 200 ml santan- tun guna santan kotak
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2) 
Cara2:
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.(tun asing 3 warna, yg plain campur coklat rice)
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong. (tun guna acuan lompang, kukus dalm 10-15 minit)




Dah lama simpan resepi nih.. baru berkesempatan nk cuba.. sbb ada curah coklat kat atas tu, mmg cepat la laku kek nih :)

Kek Black Beauty Chef Zubaidah
Sumber: maklangazie
Sumber: tun telani

BHN A
  • 2 cwn tepung gandum/superfine - tun guna tepung gandum
  • ¾ cwn serbuk koko
  • 2st soda bikarbonat
  • 2st b/powder

BHN B
  • 2 cwn gula castor
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn myk masak @ butter dicairkan
  • 1 cwn air panas suam
  • 1sb emulco - tun letak coklat paste
  • 3 biji telur

Cara
  • Ayak Bhn A, ketepikan
  • Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
  • Masukkan Bhn B dan gaul rata
  • Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah
  • Guna loyang 8x8


Topping Jimat :
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula - tun xletak
  • 2 1/2 cwn air (mklang guna susu cair)  - tun guna susu pekat separuh cawan
  • 1/2 cwn tpg jagung - tun xletak
  • 2sb majerin - tun letak byk sket marjerin

Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.



ni resepi paling cepat.. hahaha...

Puding Roti Marble
Resepi: kak hana@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2- tun guna 10g
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.- tun letak 4cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Last minit buat puding jagung ni sbb susah hati bila dgr ramai pulak yg dijemput. kebetulan ada frozen corn kernel dlm peti. tun blend kasar jagung tu. resepi ni sedappp, tp xtau salah tang mane, lembek sket.

PUDING JAGUNG KASTARD
Resepi: Filla
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung (creamy)- tun blend kasar corn kernel.. haha
Cara2:
  • Bancuh tepung kastard dan air.. kacau hingga larut.. 
  • Kemudian masak secara api perlahan.. tuangkan susu cair, gula dan 1 tin jagung.. 
  • Kacau rata hingga menjadi likat dan pekat.
  • Tutup kan api dan tuangkan ke dalam bekas.. Biarkan sedikit sejuk kemudian letakkan dalam peti ais.. Pastu boleh dimakan sejuk-sejuk..

Alhamdulillah.. seronok sgt potluck.. cuma spoil sbb jerebu sket, so tun susah hati nk stay lama2, kesian kat harith. insyaAllah next time blh ber-potluck lagi ^^

Tuesday, April 7, 2015

Puding Roti Karamel


Assalamualaikumm :)

Alhamdulillah, sekali lg berjaya meluangkan masa utk mngapdate blog kesayangan. Skrg kehidupan agak kelam-kabut, lagi2 encik laling sepanjang bulan ni xde kat bintulu.. :( balik kejap je wiken nih, pastu sambung outstation kat semenanjung.. uhuk uhuk.. sedih.. 

tun bila encik laling xde, mmg dapur sgt laa susah nk berasap. berasap pon utk wat bekal harith je. huhu.. skrg ni alhamdulillah kebetulan pak sedara ada kerja kat bintulu, jd masa hntr husben tun ke epot, elok2 flight pak sedara sampai.. hihi.. tp xlama pon, 2-3 hari je. lepas ni duk 2 org je laa dgn ontel cayang mama.. akhir bulan ni baru adik tun dpt dtg teman. sementara tu, chaiyok2.. mama harith kuat!

xde gambar cantik.. amik gambar puding yg hidang utk anak usrah husben

Puding roti karamel ni antara dessert yg tun plg suka makan dan paling suka buat. sbb sangaaattt la senanggnyer.. bila dpt resepi yg blh masuk semua dlm blender, mmg duk ulang2 resepi ni la.. kih kih.. bulan puasa last year 3-4 kali jugak tun buat puding ni bg kat jiran tetangga. time buat makan2 kat umah pon, ni antara menu yg akan dibuat :) tp encik laling tun xberapa layan puding cam gini, so kalau buat mmg akan bagi kat jiran2 la. tp op kos separuh dh berjaya jd lemak tun.. muahahaha... 

ok la.. kalau ada roti lebih blh la cuba ye :)

PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana, 
K.Nor
sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)

Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  • Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  • Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je  ** tun masukkan semua dlm blender dan blend sekali harung.

Wednesday, January 28, 2015

Pavlova


Assalamualaikumm :)

n3 cepat2 je ni..hehe.. byk kerja tp tangan gatallll je nk mengapdate blog.. blom sempat BW lagi.. nnti insyaAllah esok lepas siap soalan final exam ni tun akan BW. 

Pavlova ni tun buat tgh bulan aritu.. huhu.. tak sempat nk mngapdate. tgk kak maz tayang pavlova, guna 2 biji telur je! terus teruja nk buat. selama ni tgk je org buat, xteras nak try pon.. sbb sblm ni penah makan pavlova, adoii.. sakit gigi dibuatnya sbb manis sgt.. kali ni tun buat nipis2 je, jd xde la manis sgt :) 


tak cantik sgt sbb xde kaler merah. strawbery mahal sgt.. huhu.. kat umah ada kiwi ngan oren je, so guna yg tu je lah.. sedap kejadian pavlova nih.. rangup kat luar, dlm rasa mashmallow :)


Guna 2bijik telur je, tp tun dapat 5 biji pavlova besar tapak tangan dan sebijik lagi yg kecik sikit.. :) mmg berbaloi buat sendiri.. hihi..


Pavlova
Resepi: Kak Maz Ilham Dapur
Sumber: tun telani

Bahan-bahan 
  • 2 biji putih telur gred A - suhu bilik 
  • 115g gula kastor 
  • 1/2 sudu kecil jus lemon 
  • buahan segar secukupnya - strawberi/blueberi/kiwi manis (gold)

Cara 
1. Panaskan oven suhu 130 C dan sediakan loyang yang telah dialas baking paper. 
2. Dalam mangkuk yang kering putar putih telur hingga berbuih, masukkan jus lemon dan putar hingga jadi berkrim, kemudian baru masukkan gula sikit-sikit sebanyak 4-5x masuk sambil diputar biar gula larut dulu selepas setiap kali masuk. Putar hingga jadi bertanduk, maksudnya bila kita angkat mata mixer tu telur tak jauh. Boleh berdiri macam tanduk gitu, harap boleh paham la deh ayat ni. 
3. Tuang atas loyang dan ratakan buat bentuk bulat biar tinggi sikit saiz lebih kurang sebesar piring, sebab nanti dia akan mengembang sikit. -tun masukkan dlm piping beg, jd lbh senang nk bentukkan
4. Bakar dalam oven selama 35-40 minit atau bergantung pada jenis oven juga. Bila dan masak buka sikit pintu oven dan biarkan sejuk dalam oven dulu selama 10 minit. Kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya. 

**Nota ilhamdapur : Pastikan telur yang digunakan suhu bilik, tidak ada sedikit pun termasuk kuning telur, telur baru, maksudnya bukan telur yang dah berminggu duk kat suhu bilik. Pastikan mangkuk serta mixer yang digunakan benar-benar kering dari kesan minyak dan air. Mixer juga mempengaruhi hasil pavlova, stand mixer lebih dicadangkan kerana masa yang diambil untuk putar telur dengan sempurna tidak lama berbanding hand mixer yang boleh menyebabkan banyak udara terkumpul, tapi ni maz guna handmixer je. Oven pun memberi kesan pada pavlova yang dihasilkan dari segi warna dan teksurnya dengan masa yang dicadangkan. Jadi kena tahu suaikan oven masing-masing, ni maz guna built in oven. 

Lapisan Krim 
  • 100ml whipping cream UHT 
  • 2 sudu besar gula kastor 
  • secubit garam 
  • 1/2 sudu kecil jus lemon 

Cara : 
  • Putar semua bahan hingga kental, kemudian ratakan atas pavlova yang telah sejuk dan tabur buahan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.


Friday, January 9, 2015

Crackers Bread Pudding


Assalamualaikummmmm :)

Dah wiken lagi sekalii.. sape yg rasa sgt2 cepat masa berlalu angkat key-board! huhuhu... rasa mcm baru je ari sabtu, dh sabtu lg sekali.. xtau apa yg dh achieve sepanjang minggu nih.. kdg2 stress smp gastrik. tun xtau pulak stress blh induce gastrik, tp bila selalu sgt gastrik tun gugel2, rupa2nya stress blh jd penyebab gastrik. nape stress?? sbb banyakkk sgt kerja, x terkejar, dan kebanyakan xpandai buat TT uuu uuuuu.... kerje apa? keje research PhD... uuuu uuuuu... sedihnyer.. bila pikir2, buat master mcm kacang je compare ngan PhD ni.. chaiyok2!! you can do it!! gambatte!!! 

ps: ckp ngan encik laling.. kalau la tun pegnen b4 stat PhD sure skrg dh berbahagia jadi housewife je.. tp sbb dh stat PhD, so terpaksa laa habiskan.. x mampu ooo nk bayar denda biasiswa.. huhu


nway... crackers bread pudding nih buat wiken lepas sbb ada kawan nak datang bintulu tgk harith :) thanks dear jauhh travel dari Igan sana dtg bintulu nak ziarah harith.. insyaAllah bila2 cuti panjang akak bawak harith gi Igan pulak ^^

berkenan dgn resepi yg org share kat FB sbb xpernah tgk lagi geng2 blogger buat resepi nih.. kalau tgk bahan2 dia lebih kurang bahan nak buat puding roti karamel. tun mmg suka resepi senang2 yg masuk blender nih.. kejap je dh siap. 


Resepi ni tun dh olah ye.. resepi asal pandai2 la cari sendiri kalau nak.. kih kih.. sbb tun skrg hantu coklat, jd tun wat 2 bahagian coklat tu. lepas tu kan, tun guna cream cracker Jacobs, so agak dense sket jadinyer. nx time kalau guna Jacobs tun nk kurangkan jd 6keping je cream crackers tu, kalau guna Hup Seng ok 8keping.

Crackers Bread Pudding
Resepi asal: FB Resepi Sheila Rosli
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 8 keping biskut cream crackers
  • 2 keping roti
  • 1 1/2 cawan susu segar/ susu cair
  • 2 bj telur
  • 1/2 cawan susu pekat manis + 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar serbuk koko - tun letak 3 sb
  • 1 sk esen vanilla - tun tambah
  • Pewarna pilihan- tun tambah

Cara2:
  • Rendam biskut, roti dan susu dalam blender
  • Masukkan telur, susu pekat, esev vanilla, dan blend hingga licin.
  • Asingkan 1/3 adunan dan tambah pewarna pilihan jika suka.
  • Tambahkan serbuk koko ke dalam blender (2/3 adunan) dan blend hingga sebati.
  • Masukkan sebahagian adunan coklat ke dalam acuan dan kukus hingga masak (6-7 minit)
  • Tuangkan adunan yg tanpa coklat dan kukus.
  • Akhir sekali tuangkan adunan coklat dan kukus hingga masak.
  • Sejukkan sebelum dihidang,



Monday, November 24, 2014

Puding Roti Marble


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. arini berjaya buat puding yg sedap.. hihi.. arini lecture pagi je, pastu plan nk wat lab work. lepas lecture pegi lab tgk2 sample belum kering, so belom boleh proceed extraction.. jd tun pon sesuka hati balik umah :p berkobar2 nk mendonat, alang2 budak montel kat umah mak angkat dia. tp blk umah tgk2 minyak tinggal secotet je :( so babai donat ku, nx time la mendonat.

alang2 balik awal tu, nk jugak wat kuih kan.. tgk ada roti 4 keping, esok expired roti tu.. so fikir2 nk wat puding roti karamel or puding roti biasa. sbb malas nk wat karamel tu, tun godek puding ni je la. cepat je dh siap :)


Resepi dari kak hana. dh ramai yg buat resepi nih.. tun saje terajin bahagi 3 puding tu kasi cantik sket :)

Puding Roti Marble

Resepi: kak hana@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( satu loyang )
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2- tun guna 10g
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.- tun letak 4cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! 

Sunday, November 23, 2014

Puding Fruit Cocktail


Assalamualaikumm :)

Happy holiday pada semua cikgu cikgi dan mereka yg masih bersekolah.. jeles sgt tgk kawan2 yg dh balik dan akan balik kg.. TT  kat sini pon akan makin sunyi sbb ramai juga staff yg akan balik kg sempena cuti sekolah.. geng2 kat sini pon ada yg balik kg dgn lamanya dgn anak2, tinggal husben kat sini.. untung jd housewife n cikgu, dpt balik kg lama. tp tun xde la sedih sgt kali ni, sbb minggu depan nnti mama n adik2 nk datang :) encik laling outstation 2weeks, jd mama dtg teman kat sini. Mujur ada harith kan, kalau tak mmg xde laa saje2 mama tun nk dtg sini teman tun masa encik laling xde. apa saje demi cucu, ye tak? hehe.....


nway.. puding ni wat semalam. ada buat majlis makan2 dgn kawan2 usrah. sempena juga sbb sorg adik usrah ni dh habis study dan akan balik for good minggu depan. biasa nya kalau ada makan2 tun akan prepare most of the food, tp kali ni xsempat la. sgt2 bizi dan mlm2 harith biasa xleh tinggal. so wat pot luck je. tun just rebus nasi himpit, pastu wat 2 puding. satu puding lapis oreo, the other one this one. mula2 nk lapis2 kasi cantik jugak, tp harith dh mengamuk, so campak je semua dan masak. huhu.. 

Puding simple2 je.. tp sedap. siap ada yg msg mintak resepi lagi. alhamdulillah.. :)

Puding Fruit Cocktail
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 10 g  serbuk agar-agar
  • 1 tin fruit cocktail
  • 700 ml air
  • 1 tin (400g) susu cair
  • 150g gula


Cara2:
  • Masak air, serbuk agar2, gan gula hingga gula cair.
  • Masukkan susu cair dan fruit cocktail termasuk dgn air gula dalam tin fruit cocktail tu.
  • Masak hingga mendidih.
  • Tuangkan puding ke dalam acuan yg sesuai.


Thursday, November 20, 2014

Agar-Agar Lapis Oreo



Assalamualaikummmm :)

Alhamdulillah masih berkesempatan utk berkongsi resepi di blog kesayangan tun nih.. walapun tenggelam-timbul, tp at least x karam terus kan.. hihi.. dari last week lagi duk teringin nk buat pudding.. dh lama betul rasanya x mkn pudding. nk beli pun xtau nk beli kat mana. kalau kuih2 tu bila terasa nk makan sgt tun singgah gerai tepi jalan lepas hntar harith umah mak angkat dia. huhu.. nk buat, tp mmg kekangan masa betul.


Agar2 lapis oreo ni antara puding kegemaran tun.. sgt glemer tahun lepas puding nih.. semua org pun duk tayang.. masa tu 2-3 kali tun duk ulang puding nih. kali ni tun guna cocoa powder, mmg lagi sedap rasa dia berbanding guna milo/oligo. Cuma kali ni versi nak cepat, tun wat 2 layer je.. kalau 3 layer lagi sedap rasa dia.


Cnp je resepi.. kalau ada yg belum cuba, cuba la buat.. kompom x menyesal, serius sedap nih.. hehe..

Agar-Agar Lapis Oreo
Resepi : Along - HomeKreation
Sumber : Kak Ayu . kak Mastun telani

Bahan :
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder -  tun guna serbuk agar-agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo - tun guna cocoa powder
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara :
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  • Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  • Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

*** tun wat versi pemalas, 2 lapis je.. huhu

Wednesday, July 31, 2013

20 Ramadhan 1434H: Jelly Kelapa Muda



Assalamualaikumm :)

ya Allah.. jadikan lah aku org yg sentiasa berbaik sangka pada-MU.. aminnn... doakan tun dimurahkan rezeki ye... 




xde nk ckp panjang sbb mood tgh merundum. huhu... sgt2 suka mkn jelly kelapa.. kat kg selalu beli kalau nmpk org jual. ni 1st time buat sendiri.. alhamdulillah.. sedap sgt..

tun buat separuh adunan sbb guna 2 bj kelapa dan x air x berapa byk.. tq kak nor atas resepi.

Jelly Kelapa Muda
Resepi: kak nor@myr
Sumber: tun_telani

Bahan-bahan
  • 1 paket agar2 serbuk (10gm) 
  • 2.6 liter air kelapa ~ k.nor guna air dr 3 bj kelapa muda 
  • isi kelapa muda ~ boleh kaup guna sudu atau sagat 
  • 11 sudu besar gula ~ terpulang pd citarasa masing2 
  • 3 helai daun pandan
     
Cara-cara
  • Masukkan air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masaklah hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda. Padamkan api.
  • Biarkan sejuk sedikit dan boleh lah dimasukkan kedalam bekas yg disukai. Sejukkan dlm peti ais dan bila dah sejuk bolehlah dimakan.
# sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi, bolehlah ditambah dgn air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

Sunday, July 28, 2013

18 Ramadhan 1434H: Agar-agar Lapis Oreo


Assalamualaikumm~~~ :)

Alhamdulillah, baru balik dr tarawikh malam ke 20 Ramadhan. dah masuk 10 malam terakhir, semoga kita semua diberikan hidayah utk berlumba2 menghidupkan malam2 terakhir ramadhan kali ini.

hari ni streamyx kt rumah sgt2 slow.. dr tengahari cuba update blog, tp gambar xloading. sblm ke surau td attach pic ni, alhamdulillah, blk2 tgk akhirnya, ter-attach juga gambarnya. Agar2 lapis oreo yg mmg tgh hot skrg gara2 datuk CT yg mencuba resepi ni. ni salah satu menu iftar jamaie tun semalam. ajak students yg baik2 yg selalu dtg bertadarus kt uni berbuka puasa kat rumah. lepas extra class smlm terus sinsing lengan masuk dapur masak apa2 yg sempat. Alhamdulillah dipermudahkan, walaupun dlm keadaan kelam kabut. huhu.. ko 530 dh keluar rumah nk angkut bdk2 tu dr hostel, nasib baik ada kawan tun yg baik hati tolong jd driver juga. ye la, mana muat kalau guna kereta tun sorang kan.



tak rugi cuba resepi ni. mmg mendapat sambutan. my laling suruh buat lg sbb dia cuma sempat merasa sepotong je (yg tun dh asing awal2 utk dia).  kt rumah ni x pakai milo (kami cuba utk memboikot company yg support israel mana2 yg termampu, insyAllah),  jd tun ganti dgn Oligo. sedap!

Agar-Agar Lapis Oreo
Resepi : Along - HomeKreation
Sumber : Kak Ayu . kak Mas,  tun telani

Bahan :

  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder -  tun guna serbuk agar-agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo - tun guna Oligo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara :
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  • Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  • Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.

Tuesday, July 23, 2013

13 Ramadhan 1434H: Bubur Som Som Pandan


Assalamualaikummm :)

Dah nearly separuh ramadhan berlalu kan.. setakat ni masih belum jejak lagi kaki ke bazar ramadhan.. kdg2 terasa malas jiga nk masak sbb penat blk uni, tp sbb malas nk berpusing ke bandar dan mengharungi traffic jam mereka yg beramai2 ke bazar tu kan, jd masuk jugak dapur walaupun masak cincai2 je.


bubur som som ni wat utk berbuka semalam.. seumur hidup x penah makan dan x penah jumpa pon kuih nih.. tp sbb a good friend of mine kat sini duk sebut2 ckp nk makan kan, so tun pun godek2 lah.. senang je rupa2nya kuih ni.. rasa dia mcm lapisan atas kuih tepung pelita tp versi pejal sket.. hihi... lemak dan sedap makan sejuk2 ngan air gula.. tp masa terawikh smlm kwn tun ckp biasa dia lembut sket.. hahhaha.. mana laa tun tau.. :p  tgk mcm org buat dlm acuan mcm2 kan, kalau lembik xkan blh set dlm acuan. tun masak agak lama, rasa2nya kalau nk yg lembik2 sket masak kejap je samp letup2 tu terus tutup api la kot.

Bubur Som Som Pandan
Resepi: kak fida@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan:
  • 100 g tepung beras
  • 100 g tepung jagung
  • 1,600 ml santan (500 ml KARA+ air)
  • 100 ml air pandan (atau 100 ml air + pandan pes)
  • 1 sk garam atau secukup rasa
  • sedikit pewarna hijau (opt)
SIRAP GULA MELAKA :-
  • 500 g gula melaka
  • 1000 ml air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara
  • Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
  • Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
  • Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan. 
  • Sajikan bersama sirap gula melaka. 

Wednesday, December 5, 2012

Finally! nk tayang jugak Durian Crepe ^o^


Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!  :D

1st n3 in December!! arini sgt struggle kat uni sbb byk paper work kene buat nk bawak student pergi melawat kilang.. surat semua student yg buat, masalahnyer sgt byk error, last2 cikgi dia jugak yg struggle ngadap n betulkan all the letters.. n dh siap print atas letter head ALL the letters, n kemas2 nk balik, kerani tegur December in malay is spelt as 'disember' instead of 'desember'... uwarghhh.. keluarkan semua pen-drive dan betulkn n re-print semua paper work n letters.. huhu.. (xde modal nk citer apa dah.. kui kui.. )

okay.. back to durian crepe.. my laling is addicted to this stuff.. SERIOUSLY! me? so-so je.. sbb rasa mcm mkn durian je. hoho.. made this 3 times already, n last sekali wat 2 adunan sekali gus.. ada budak tu sekali hadap 3 ketul crepe.. haish.. habis laa nk kene mjawab kalu my MIL bising kenapa anak dia makin bam bam.. huhu..

kaler lain sbb ni wat hari lain dr yg atas tu

tried few recipes.. n this one is the best one for me.. tun tukar susu kepada santan, sbb bila guna santan kulit dia x mudah koyak. pastu filling kalau just guna whipped cream, siyes kurang sedap.. letak custard filling, speed habiskan crepe meningkat 2 kali ganda! haha..  

DURIAN CREPE 
resepi:  Eyna hanyena (no link)
tried by: tun telani

20gm tpg gndum - tun tambah lg 1 sudu makan sbb agak cair
20gm tepung ubi
10gm tpg kastard
10gm tpg jagung
1 biji telur
1 sdb myk masak
1 sdb gula halus
40ml susu cair - tun guna santan
150ml air
secubit garam
pewarna kuning

Cara membuatnya:
1.masuk semua bahan ke dalam mngkukkacau hingga sebati kemudian tapis
kalau adunan terlalu pekat tambah sedikit air ..
2. Ambil satu senduk kecil, tuang adunan dalam pan kemudian lenggankannya seperti buat kuih ketayp....dengan api yang perlahan...
3. Buat sehingga adunan habis dan sejukkan....

Custard Filling
sumber: kak izah, tun telani

200 gm susu segar
2 kuning telur - tun guna 1 biji telur
30 gm gula halus
1sb tepung kastard - kak izah tambah, tun follow
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

***** nota tun: utk 1 adunan filling, tun buat 1 adunan kulit crepe.

Wednesday, October 24, 2012

Homemade Butterscotch Sauce.. sedap! ^^



Assalamualaikummm~~~

tuan rumah demammmmm.. sakit tekak + runny nose + sakit kepala /blur  (ni n3 menagih simpati.. :p ).. agak2 demam sbb x balik kg raya aji kot. huhu.. kompom dh xberaya tahun nih :((  nway, demam2 pun, asyik lapaa manjang. maybe sbb asyik hujan je kan.

apa2 pun, demam x demam, bila terasa mcm nk makan smtg tu, berdentang dentung gak kat dapur. tgk kak mas tayang butterscotch ni, terus drooling.. kebetulan pulak my laling duk sebut2 pasal butterscotch, apa lagii.. terus kerjakan bibik menguli roti. nk mkn butterscotch kene la ada roti panas2 kan ^^ mmg sgt yummyy!! tp beware.. xsesuai utk org diet. hihi.. (pejam mata, jgn naik penimbang :p)
Satu adunan dapat 2 botol nih ^^
Butterscotch Sauce
Resepi: cook.com
Sumber: Kak Izah , Kak Mas
Bahan :

  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 1 tsp. vanilla
  • 1/4 cawan tepung
  • 1/2 cawan butter
  • secubit garam (optional)

Cara :
  • Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil.
  • Gaul hingga sebati.
  • Masak atas api yang kecil hingga gula hancur.
  • Tambahkan vanilla dan butter.
  • Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat.
  • Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.

Nota:
  • Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk, ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air panas.
  • Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.
  • Simpan sos ni dalam freeze...dalam seminggu masih ok lagi... <- tun rasa 3-4minggu pun ok lagi sos nih ^^

Tuesday, October 23, 2012

Agar-agar Pandan Kristal Jelly


Assalamualaikumm~~~

n3 ala2 wordless sbb xde mende nk citer tp nk menghidupkan blog. huhu.. tq kpd semua pengunjung yg sudi dtg sapu2 habuk kt blog yg suam2 kuku nih. tuan dapur x bape sihat, asyik hujann je, hidung dan tekak pun dh rasa xsedap (skrg duk berbungkus dlm sleeping bag.. sroottt... srottt..). kunjungan amat dihargai, nnti slow2 tun wat kunjungan balas ye :x


teruja tgk agar2 kak izah, baru berjaya buat. eh, xde la baru sgt, buat last friday. tp nape nmpk kak izah nyer lagi berlemak ye.. tun mcm kene tambah susu, tp dh sukat half cup. huhu.. pastu jelly ni degil, dia nk turun ke bawah je. dh xjadi cantik mcm kak izah nyer.. tun guna agar2 serbuk.

AGAR AGAR PANDAN KRISTAL
resepi: kak Sue Joshua
sumber: kak izah, tun telani

Bahan-bahannya:


  • 1 bungkus agar-agar tali (2o gm) *izah guna agar-serbuk 10gm
  • 4 cawan air (1 cawan mengandungi 200 ml air) *izh guna cawan 250ml
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan perahan air daun pandan yang telah dicampur air
  • 1/2 cawan gula pasir *izah guna ukuran sudu dan cicip rasa manis ikut citarasa
  • 10 biji kecil jelly yang telah siap (segera) *izah guna sumi jelly lebih 10 biji
Cara-caranya:


  • Masakkan air bersama agar-agar dan gula hingga gula dan agar-agar larut, kemudian masukkan perahan air daun pandan dan susu cair, kacau hingga sebati.
  • Didalam loyang ataupun bekas, susunkan jelly mengikut citarasa, kemudian tuangkan agar-agar pandan yang telah dimasak tadi perlahan-lahan.
  • Biarkan sehingga agar-agar hampir sejuk dan masukkan kedalam peti sejuk.
  • Apabila agar-agar mengeras, bolehlah dipotong dan hidangkan.

Thursday, September 6, 2012

Doorgift: Trifle-in-a-Jar ^^




Assalamualaikummm~~

first sekali, sorry sgt2 sbb x sempat nk mengadap blog lama2. insyaAllah next week kurang sket busy dan akan buat kunjungan balas ye. minggu ni bertubi2 kerja dtg, biasa laa, bila cuti lama tu kan, masuk kerja marathon laa. huhu..  n3 masih cerita kenduri kawin my younger brother. kan aritu letak n3 cake-in-a-jar, plan asal nk jadikan tu doorgift, tp cancel sbb x larat nk bancuh tepung byk ngat. plan B nk wat puding comey, tp cari acuan comey2 xde pulak jual, ni plan C. hihi... 

buat kek pelangi (just any recipe will do :) ). boleh klik kat 'cake' kt tepi ni kalau nk idea ye.  tun steam bake 2 loyang kek, then kerat2 dan masukkan dlm jar sbg base. pastu utk kastad tu, main campak2 je, untuk 1 cawan kastad ( 1 bahagian kastad, 4 bahagian air, dan 1 bahagian susu <- ni ratio yg selalu tun guna, gula ikut kemanisan yg disukai ye.. ), tun guna 1 tin fruit cocktail utk 1 cawan kastad, dpt dlm 33 jar bergantung pada saiz jar yg digunakan.

jar after letak kek base dan kastad

lepas sejuk blh la buat agar/jelly layer.. nak sedap guna jelly, tp sgt mahal la kos doorgift nnti. so tun guna agar2 je, utk 33 jar guna setengah peket agar2 tali. tun fail sket bab agar2 tali ni, so agar2 mama yg masak. hihi... bila tuang agar merah terus jadi cantik kan :D suka sgt tengok trifle nih ^^

siap! tunggu sejuk utk hias

ikat reben utk cantik! reben as pemegang. akak tun nyer idea. so senang tetamu nk pegang. cantikkan kan ^^  tengah2 mlm sblm kenduri duk ikat reben, pastu dh ngantuk sgt, pagi kenduri smbung ngadap reben lagi. haha.. tp omey dan sedap ^^

ni jar kurus sket, yg atas jar bulat gemuk2

model trifle-in-a-jar.. ahaks! :p 4 of us, the pretty ladies (kui kui...) and 2 of our cousins (2 kat kanan) ^^ sgt seronok berkenduri.. nnti my younger sister kawin nk buat doorgift ngan hantaran lain pulak :)


Friday, July 27, 2012

Puding Belang Strawberi dan Coklat



Assalamualaikumm~~~~

sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa.. tinggal kurang dr 3 minggu utk marathon mengejar pahala berganda yg dtg bersama Ramadhan. insyaAllah, semoga terus diberi kesempatan utk beribadah :)

arini tun nk tayang puding je. buat 2-3 hari lepas dh ni.. huhu.. xsempat nk duduk ngadap blog dan taip n3. jarang2 mkn puding masa bulan puasa, sbb mesti nk cari kuih tradisional, tp bila kesuntukan masa, ni je laa yg dpt disediakan. blk umah lunch hour, sempat la godek2 puding, semayang, pastu b4 gi uni utk lab, masukkan dlm peti ^^ ptg balik dh xyah pk nk buat kuih ape. hihi..


resepi masih guna resepi kak Jun. cuma kali ni tun tambah strawberry paste utk kelainan. bagi peminat strawberry blh la mencuba. cuma bagi tun, tun prefer versi asal sbb lagi terasa coklat dia. tp, kalau x mencuba, sampai bila2 xtau kan. 

Puding Belang Strawberry dan Coklat
Resepi: kak Jun@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8inch )
  • 10gm serbuk agar2
  • 200gm gula
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 3 sudu besar butter
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas (jun guna coklat emulco)
  • sedikit pewarna kuning - tun masukkan 1sk strawberry paste
Cara-cara
  • Masak agar2 dengan air dan gula hingga hancur.
  • Telur dipukul, masukkan tepung jagung dan susu cair. pukul sebati. tuangkan kedalam agar2 tadi.
  • Masukkan butter. mendidih, tutup api. bahagi kepada dua.
  • Satu bghn dicampur pewarna kuning dan satu lagi dicampur koko. tun campurkan satu bahagian dgn strawbery paste
  • Tuang sesenduk warna kuning, sejukkan sekejap, tuang pula warna coklat dibahagian tengah sedikit..ulang hingga habis.
  • Sejukkan dan hidangkan. 

Cute tazkirah from spreadsalam. semoga menjadi pengajaran :)