Showing posts with label kek lapis. Show all posts
Showing posts with label kek lapis. Show all posts

Friday, April 12, 2013

Percubaan pertama membuat kek Lapis versi Bakar ^^


Assalamualaikum...

alhamdulillah... masih lg diizinkan utk bernafas dibumi Allah ini.. pagi ini dikejutkan dgn berita pemergian seorang sahabat ketika di university dulu, seorg junior. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.. dan semoga isteri arwah, yg juga junior tun dikurniakan ketabahan menghadapi ujian yang sgt2 berat ini.. tdk dapat tun bayangkan macam mana kalau situasi itu berlaku pada diri ini (semoga dijauhkan).. paling menyedihkan, arwah dan isteri baru dikurniakan cahaya mata sulung :(   ...

apa2 pun... kematian itu suatu yg pasti.. semoga yg masih hidup mengambil iktibar maut blh menyapa bila2 masa..  al-fatihah..

Gambar hp je.. sgt x artistik...
ok laa.. n3 kek lapis.. percubaan pertama utk buat kek lapis bakar. selama ni x berani.. rupa2 nya, bakar lagi senang dr kukus.. bagi tun lah.. angin membuat kek lapis melanda selepas membeli kek lapis di kuching.. laling tun ckp, kek lapis yg dijual dh x sesedap dulu..jd, tun pon gatal2 je tangan nk membuat kek lapis. mcm biasa lah.. cuma few lapisan je yg berjaya dibuat. kes kurang penyabor nk siap cepat.. sbb xnk guna byk pewarna, jd cerahh je kaler dia.. letak masam manis jugak sbb dia terbiasa bila fikir kek lapis, sure pk masam manis. huhu....

tq kak fida atas resepi yg jimat dan sgt sedap nih.. satu bekas ni bawa turun bg anak2 jiran mkn kt playground tadi, cepat je habis..

Kek Lapis Evergreen Ekonomi
Resepi: Kak Fida
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( loyang 9x6 / 7x7 inc. )
  • 250 g mentega
  • 1 cwn gula halus/kastor (210 g) (akak bubuh 3/4 cwn)
  • 6 biji telur - A (yg sejuk dr petiais)
  • 1 sk ovallete
  • 200 g susu pekat manis (1/2 tin)
  • 2 sb pandan pes
  • 1 sk pewarna hijau
  • 1 peket serbuk santan (50g)
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1/4 sk serbuk vanilli (opt)- tun skip
  • tun tambah masam manis

Cara-cara
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji2 terus pukul hingga habis lalu masukkan ovallete dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan pula susu manis,pandan pes dan pewarna hijau dan gaul dengan senduk/spatula..
  • Masukkan serbuk santan ke dalam adunan,gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan tepung dan vanilli (opt) dan kaup-balikkan adunan hingga sebati.
  • Tuang 1 1/2 senduk adunan (atau 1 senduk jika inginkan lapisan yg nipis) dan ratakan ke dalam loyang yg dialas dan digris dasarnya.
  • Bakar menggunakan api atas hingga permukaan lapisan kek kecoklatan.Bakar selapis2 hingga habis. tun cucuk2  dan tekan lapisan sebelum tuang lapisan baru.
  • Untuk lapisan terakhir,bakar dengan menggunakan api bawah pd suhu 160C selama 30 min atau hingga permukaan kek kecoklatan.
  • Sejukkan kek atas redai,potong kecil dan hidangkan.

 




Wednesday, August 24, 2011

Kek Lapis Bumi

Assalamualaikumm~~~

Malam ni mlm 25 ^^ mari tido awal supaya dapat bangun qiam, iA =) habis terawikh baru nk online, huhu.. hari ni duk ngadap baju raya. sebab baju plain, kene laa jahit manik2 kat lengan tu. me ni bukannyer jenis yg pakai tudung gaya2 kan, so nnti satu badan plain, dh la baju kelabu. nnti baju kelabu, tudung kelabu.. nasib baik kasut raya x kelabu jugak ye.. kui kui....

nway, ni 2nd kek lapis yg me wat! wee.. adakah nmpk sedikit improvement?? boleh laa kan. hihi.. nmpk lapisan hijau kt tengah tu mcm nipis sket kan.. tu sbb telah berlaku accident.. huhuhu.. me kukus 5 minit, pastu cuah je lapisan lagi satu.. rupa2nye lapisan bawah ada bahagian yg cair lagiii!!! uhuk uhuk... so lapisan hijau tu dia dh ada tercampur2 pastu turun ke bawah (xde dlm gambar ye, gambar tunjuk bahagian yg cantik je.. haha..).. jd, pesanan kt kawan2, SEBELUM TUANG LAPISAN SETERUSNYA, TEKAN2 DULU TGK DAH KERING KE TAK..  xtau laa apa masalah kukusan me nih, pas 5 minit x kering lagi, ada lapisan yg sampai 8 minit baruu laa kering. tp tgk kek tu, nmpk kering sgt ke? rasa dia Ok je.. cuma me x expect rasa nescafe dia agak kuat. bagi yg x minum caffeine mmg x sesuai kot. 

apa2 pun, tq kak sue dan kak dayang atas resepi yg senang ni.. xde laa lama sgt wat nih.. (sbb 6 lapisan je kot. hihi...) 


 hmmm.. nape tgk org lain buat lg moist ye?


Kek Lapis Bumi (Kukus)
rujukan sumber asal : HaSue@Myr
resepi olahan : DayangJack@DapurKu Sayang

bahan-bahan : loyang 6" x 6"
menggunakan cawan metrik = 250 ml air


  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/4 cawan serbuk holicks
  • 5 biji telur gred A 
  • 225 g mentega (DJ menggunakan butter SCS)
  • 4 sudu besar serikaya
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 1/2  sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
  • Pewarna hijau dan kuning
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)
  2. Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.
  3. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.
  4. Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis. 
  5. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  6. Masukkan serikaya dan putar sebati. Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.
  7. Masukkan tepung dan diadun sekata. 
  8. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati. Adunan kedua dan ketiga diwarnakan hijau dan kuning. Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.
  9. Tuangkan adunan hijau ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil. Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.   ni ikut kukusan kot, tun 6 minit tu still ada bahagian yg basah, jd tekan2 sikit check samaada dah kering sebelum tuang lapisan seterusnya.
  10. Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan kuning. Ratakan. Kukuslah lagi hingga dah tak cair. 
  11. Akhir sekali ialah adunan nescafe. Ulangi proses hingga habis.
  12. Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  13. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Tuesday, July 12, 2011

Kek Lapis Seri Kaya (Kukus)



Assalamualaikum..

me bersiaran dr Miri ^^ honeymoon 2nd time sempena birthday me yg bakal tiba.. hadiah dia, duk hotel seminggu.. haha... ye ye je.... my laling ada kursus la kt sini.. sbb me ngade2 nk ikut, so me berkampung la kat hotel ni.. siap bawa keje sekolah lg dtg hotel. nk tunjuk rajin kt enchik H ku itew.. kunun2 masa dia gi kursus me dgn rajinnyer menaip thesis.. padahal after BW ni dh plan ni gi shopping. haha.. ehh... wat keje sekolah dulu sejam, utk cover rasa bersalah.. hihi..

nway, ni adalah n3 tertunggak. kek ni ni dh dibuat 2 hari lepas. dh tayang2 kek kt FB dah.. hihi... kak ni ditujukan khas buat mek siam ika.. muge2 pas mkn kek manis ini lebih bertenaga utk wat keje rumah.. tenaga dia dh hbs kt lain.. kui kui... *aduh... kene sepuk dah ngan kak ika.. hihi...

ni 1st time me cuba melapis.. nama pun 1st time kan, so harap2 di maafkan laa ke-comotan yg berlaku. ramai yg kasi idea2 bernas masa nk wat ni. pasni nani pulak kene try ye, hehe.. me pilih resepi yg paling senang sekali nk wat, dn x byk bahan.. ni amik dr umah kak anna. kak anna dh siap bg tips2 penting lg kt FB.. setiap lapisan perlu dirata kn, n aft kukus/bakas, sila tekan2 ye. yg ni patutnyer xde hawflakes, tp lepas wat 2-3lapis tu, me gatal pulak gi letak hawflakes. ye laa, biasa mkn kek lapis yg masam-manis je kan.. bila xletak ni, rasa mcm bkn mkn kek lapis sarawak je. len kali me nk beli bekas kecik2 n asingkan setiap layer tu. baru laa sama tebal =)

ok la, me copy resepy dia ye.. me wat 1/2 adunan.. xsure size loyang, utk 1/2 adunan ni, lbh kurang 3.5"x7" rasanye.

KEK LAPIS SERI KAYA
Resepi : LinRosLy
Sumber: kak anna

Bahan-bahan:-

  • 300gm tepung gandum
  • 300 gm mentega..Ana guna buttercup
  • 200 gm gula pasir..Ana guna 250grm gula castor
  • 180 gm seri kaya
  • 6 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • - sedikit pewarna merah
  • -Ana tambah pewarna kuning - tun x letak
  • hawflakes- tun tambah

Cara:-

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
  • Masukkan seri kaya dan esen vanilla dan pukul lagi
  • Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis
  • Bahagikan adunan kpd 2 bahagian *warna asal dan warna merah
  • Kukus setiap lapis hingga habis..Setiap lapisan lbh kurang 5-8 minit.
  • Lapisan terakhir, kukus 20 minit @ sehingga masak, bila cucuk kek dgn lidi, keluarnya lidi bersih tandanya kek dah masak
  • Tutup penutup kukusan dengan tuala bersih supaya air tak menitik & mencacatkan rupa atas kek.
  • Pastikan setiap lapisan kek yg dikukus betul2 kering & masak baru diletak lapisan yang seterusnya (blh tekan dgn jari, kalau tak melekat kat tangan dah ok le tu)
  • Sejukkan kek sebelum dipotong.
nota tun: kalau nk tambah hawflakes, tun suggest, kurangkan gula ke 180g je..

ni gmbr kecik sket sbb malu ada kedut2 atas tu.. haha... kukus lama sgt, air pun dh stat menitik.. me xde kain spare yg sesuai uyk balut tutup kukusan tu....


Sunday, February 27, 2011

Kek Lapis Sultana


Assalamualaikum!!!!!!

^^ dah duduk kat kampung halaman terchenta nih, malas pulak nak mengadap laptop.. ckp kt kak CB nk wat dua hari lepas dh kek nih. semalam baru wat, n arini baru tunjukkn hasil. hihi...

sebab me ni kurang penyabar sikit kalau nk ngadap oven/kukusan lama2, so bila baca resepi kak CB nih, mmg laa excited nk cuba =) Nama kek nih "kek lapis biskut sultana", tp bila ada perkataan 'biskut' tu, mcm x best je.. so me suka2 ati buang perkataan tu.. rasa cm comey sket nama dia.. muahahha... sowy ek kak CB ^^

Resepi kak CB nyer refer sini, ye..

Bahan2:

  • 1 cawan butter ( lebih kurang 220gm mentega)
  • 3/4 gula pasir (just nice...tp kalau suke manis boleh buh 1 cawan) <- 3/4 cwn dh manis
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur size A
  • 1 sudu kecil essen vanilla
  • 1 kotak biskut sultana
  • asam hawflakes secukupnya
  • 2 jenis pewarna (hijau kuning ) <- me letak kaler merah kuning

Cara2:

  • Panaskan kukusan terlebih dahulu dan lenser tin dgn butter dan lapik baking paper loyang 8' x 8'
  • Pukul dengan kelajuan tinggi mentega dan gula sehingga kembang dan berkrim, gula dah hancur n then mentega bertukar warna lite cream.
  • Masukkan esen vanila, kemudian puku telor satu persatu..sambil terus memukul
  • Kemudian tuangkan tepung gandum sikit2..sambil terus pukul.
  • Bila sudah sebati, bahagi adunan kepada 2 bahagian. dan warnakan mengikut kaler kegemaran,
  • Ambil 5 sudu besar adunan kaler kuning dan ratakan di loyang. Kemudian susun hawflakes..lepas tuh lapiskan plak dengan kaler hijau,..kemudian susun biskut sultana tuh...lapis balik dgn kaler kuning dgn hawfleks..dan buat la susunan mcm mula2 td...sehingga selesai (sebaik2nya hawflakes dan biskut sultana tuh kena susun rapat-rapat)
  • Kukus selama 45-50 minit menggunakan api sederhana besar, dan tutup tudung pengukus dgn kain yang bersesuaian ataupun aluminium foil.
Mula2 nmpk cam senang je.. tp me sedikit struggle nak rata2kan every lapisan.. hahahaha... tu yg jadi x berapa nk byk lapisan dia.. hoho.. bahagian tgh2 me susun rapat2 hawflakes tuh, yg atas saje konon2 wat decoration laa tuh. huhu~

kek yg me wat ni, agak lembut nk kerat, so me biar semalaman dulu, baru potong nipis =)

walaupun comot, tp comey gak ^^