Showing posts with label udang. Show all posts
Showing posts with label udang. Show all posts

Thursday, August 13, 2015

Kari Kuning Udang Indonesia


Assalamualaikummm..

Alhamdulillah berjaya update lagi sekali.. smlm dh taip2 resepi, pastu sibuk harith nak tekan2 jugak, duk berebut laptop dgn dia, last2 tun save draft n simpan laptop.. huhu..

Seminggu ni duk umah jaga Harith. Sayang mama x berapa sihat, kene jangkit HFMD. mula2 tu kesian sgt, meraung nk nenen, tp bila bg letak mulut, xnk nenen, duk meraung je.. pastu baru tun nmpk ulcer bawah lidah. Kesian sgt TT  Gi klinik Dopto bagi ubat spray. Tp bila spray siap muntah2, tun pon try spray dlm mulut sket. ya Allah... disaster sgt rasa dia. pastu rasa mcm kene bius nk cabut gigi.. last2 kakak tun suggest gi beli oral gel. encik laling gi farmasi, dan pharmacist tu suggest gel nih. utk teething but can use for ulcer. and it works wonder! ^^ sapu kat bawah lidah tu, dan lepas tu terus blh nenen :) alhamdulillah..

Muka kenyang lepas nenen :)

nway.. arini nak share resepi yg tun cuba dari buku yg encik laling belikan. dah lama beli buku nih, tp baru beberapa resepi yg bjaya dicuba. alhamdulillah, sedap2 resepi yg tun cuba setakat nih. buku klasik masakan indonesia :)



Bahan2 simple je.. tp sedap nih.. sila la cuba :)

Kari Kuning Udang Indonesia
(Indonesian Yellow Prawn Curry)
Resepi: Buku Resepi Classics Recipe of Indonesia
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 500 g udang
  • 2 bj bwg merah - tumbuk
  • 2 ulas bwg putih - tumbuk
  • 2 bj bili besar - hiris 
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 inch halia - tumbuk
  • 2 btg serai - ketuk
  • 2 sk serbuk ketumbar
  • 2 sk belacan
  • 1 bj lada benggala merah
  • 4 helai daun limau purut
  • 400 ml santan 
  • Garam

Cara2:
  • Tumis bawang, bawang putih, halia, serai dan lada sampai wangi. 
  • Masukkan daun limau purut, belacan, serbuk ketumbar, dan lada benggala. kacau sebentar.
  • Masukkan udang dan santan. Masak hingga mendidih.
  • Perasakan garam.

ps: doakan harith cepat sembuh ye kawan2 ^^

Tuesday, March 12, 2013

Udang Mayo



Assalamualaikumm :D

n3 cepat2 je.. baru balik dr uni, sakit kepala sbb sgt panas!/blur

my laling outstation sampai khamis, so chances is all the pots and pans in the kitchen akan bercuti. haha... :p i'm too lazy to cook if there's no one to be fed. diri sendiri blh makan merepek2 je. hoho.. tp td tengok kuih serimuka kak nik ja (ie: mokwo) mcm terliur la pulak..

nway, kate n3 pendek2 je kan..masak udang ni sbb terliur nengok udang dlm entry GA kak rohaisha.. kalau dh feveret food tu sah2 la sedap kan.. resepi ni sgt simple dan sedap.. aft 15 minit dh blh makan.. kalau balik umah masa lunch pon sempat masak, mkn, then gi keje semula nih. hihi..

owh.. sapa2 yg blom join GA 1st tun, blh singgah ke SINI kot2 la tergerak hati nk citer pasal feveret food kan :D


tq kak rohah kerana berkongsi resepi kegemaran akak.. pasti ada ulangan menu nih kat umah tun ^^

UDANG MAYO
Oleh: Kak Rohah

Bahan-bahan:
  • 600gm udang
  • 1 labu bawang besar holland/merah | hiris
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2 tangkai cili hijau | hiris
  • 2 inci halia | hiris halus memanjang
  • 2 sudu besar mayonis
  • Sedikitserbuk kunyit (sedikit je tau)
  • Sedikit air (Sedikit je ye)
  • Garam
  • Gula
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan:
1.Potong sedikit muncung dan bahagian ekor udang.Cuci dan toskan.
2.Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau hingga naik aroma.
3.Masukkan serbuk kunyit bersama udang.Kacau hingga udang berubah warna sedikit.
4.Tuang sedikit air (sikit je), masukkan mayonis dan gaul rata.
5.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.Matikan api dan hidangkan.

Nota:Udang tidak perlu dimasak terlalu lama.

ps: kuah tun terkering sket.. huhu..

Tuesday, February 21, 2012

Sambal Udang


Assalamualaikumm~~~

Masak sambal lagi! I just LOVEEE sambal dan masak merah /blush mkn tiap2 hari pun xpe. hihi..

tried other recipes for udang.. tp mmg xde masakan udang yg lain yg buleh menggugat kecintaaan tun pada sambal udang. hoho..  even udang yg letak dlm mee kari kesukaan tun pun, tun 'kureng' sket. tun jarang2 beli udang (tun biasa alah sket, gatal2 bila makan, dan udang kolestrol tinggi, jd mmg elak dr selalu beli), tapi, tiap2 kali beli udang mesti akan buat sambal. 


byk ni sekali hadap je tau.. hihi

Masak sambal biasa2 je. kadang2 tun tumis byk2 lada tu, lepas tu frozen kan.. hihi.. pastu kalau ada hari2 yg malas atau x sempat tu, goreng je ayam pastu gaul2 dlm sambal yg dh ada. mmg hantu sambal betul kan :)

Sambal Udang
resepi: tun telani

Bahan2:

  • 1/2 kg udang- buang kepala udang, bersihkan, dan tos
  • 1 bj bawang besar *
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1/2 cm halia* (bahan * dikisar)
  • 5-6 sb cili giling
  • 2 sb kicap
  • 2 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato
  • sedikit asam jawa
  • Garam
  • Gula

Cara2:
  • Tumis bahan kisar bersama cili giling sampai pecah minyak. Masukkan gula dan tumis lagi.
  • Masukkan kicap dan sos cili. Tumis sampai agak kering. masukkan asam jawa, tumis kejap.
  • Masukkan garam, gaul2 dan masak sampai udang bertukar warna. perasakan garam. 


    Wednesday, September 7, 2011

    Udang Masak Sos




     Assalamualaikummm~~~

    Back in Segamat selepas berbahagia di kampung halaman. huhu.. kt segamat ni boleh la wat keje sekolah sikit. ye la, kalau duk umah sendiri mmg susah sket nk wat keje sekolah kan, duk umah in-laws xde la duk keletung keletang kt dapur sokmo. balik jarang2, nk cari measuring cup pun jenuh selongkar laci. hehe.. (sempat jugak bakar kek sebijik td.. anak2 sedara dh xde nih, duk pk sape laa nk makan. me nk stat diet lepas terkejut tgk timbang tu jarum dh naik 2 senggat ;p )

    nway, ni lauk yg me msk kt kampung, match ngan nasi serai aritu. duk pk nk masak apa, sbb ada budak2, kesian pulak kalau nk masak pedas, sbb sotong me dh masak sambal. so masak je laa sos campak2 nih. me tgh nk wat keje sekolah ni, so n3 cepat2 je nih.

    Udang Masak Sos
    resepi: tun_telani

    Bahan2 (agak2 je ni ye)


    • 1kg udang - buang kepala dan bersihkan
    • 1 bj bawang besar- dadu
    • 2 ulas bawang putih- tumbuk
    • 1/2 cm halia- tumbuk
    • 2 bj cili merah
    • 1 btg serai- ketuk
    • 2 sb sos tiram
    • 1/2 cawan sos cili
    • 1/2 cawan sos tomato
    • garam


    optional

    • timun- buang bj tengah dan kerat dadu
    • capsicum
    • tomato


    Cara

    • tumis bawang, bawang putih, halia dan cili merah sampai naik bau
    • masukkan serai dan tumis sebentar.
    • masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan udang. Masak sampai udang berubah warna.
    • masukkan timun, capsicum dan tomato jika suka.
    • perasakan garam.
    • siap! senangkan =)




    Tuesday, March 22, 2011

    Sambal Udang dan Petai


    Assalamualaikum ^^

    Still mengayukan diri di rumah dgn kehadiran mertua ku.. hihi... (bayangkan me ala2 prpn melayu terakhir tgh memasak di dapur.. kui kui..).. menu lunch dan dinner adalah pilihan mama dan abah mertua. so jgn memandai nk wat ala2 iron chef wat menu pelik2, ye.. menantu yg baik ikut selera mertua.. huhu..


    arini my FIL nk makan sambal udang dan petai. kt umah x pernah wat nih, xde org makan. petai tu mkn jugak laa sikit2, tp x masak. kiteorg makan wat ulam.

    nway, me masak mcm masak sambal udang biasa je. cuma letak petai =)

    Bahan2:
    • 500 g udang
    • 1 mangkuk kecil petai (atau ikut suka letak byk mana)
    • 1 labu bawang besar (kalau saiz kecik guna 2 labu, ye)
    • 1/2 labu bawang besar- hiris tebal
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 cm halia
    • 5-6 sudu besar cili giling
    • 1 sudu besar kicap manis
    • Sedikit air asam jawa
    • Garam
    • Gula
    Cara2:
    • Blend bawang, bawang putih, dan halia, dan tumis bersama cili giling sehingga pecah minyak.
    • Masukkan kicap manis . Kacau sebentar.
    • Masukkan air asam jawa, udang, petai, dan bawang yg dihiris kasar. Masak hingga semua udang dh bertukar warna merah.
    • Perasakan garam dan gula.
    • Siap =)
    udang yg gemuk2.. geram tengok..

    Oleh kerana me allergic udang, me asingkan sambal dan buat sambal ikan bilis dan petai.. hihi..
    ada 3 biji je petai utk 1 mangkuk.. hehe... tu pun bau dia kuat dah (bg org yg mkn sebiji petai utk 1 pinggan nasi.. huhu)