Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Saturday, July 21, 2018

Kek Marble Santan Mudah



Assalamualaikummm...

Lama berusaha untuk update, akhirnya berjaya juga. Sabo je laa..

Rasa-rasa perlu pergi kursus time management ni. Haha.. orang lain anak ramai, kerja lagi.. still terurus kehidupan.



Nway, ni kek yang paling cepat nak buat. Bila time emergency orang nak datang tiba-tiba, memang sesuai buat ni.

Kek ni Tun buat masa x-students Mama Tun datang beraya aritu. Tak sempat nak masak kuih banyak-banyak. Buat puding susu satu, kek ni satu. 




Tun olah resepi letak santan. Sebab pernah makan kek letak santan ganti susu, memang lagi sedap tau. Bila makan sejuk sejuk dah macam aiskrim, lembut gebu sangat.

Selamat mencuba!

Kek Marble Santan Mudah
Adaptasi dari Kek Span Asas: sweet4ever@myr
Resepi: tun telani

Bahan-bahan


  • 150 g tepung gandum
  • 150 g gula kastor
  • 5 biji telur A
  • 1 sb ovalette
  • 80 ml santan
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk esen vanilla 
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • sedikit pewarna pilihan

Cara-cara
  • Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada pengadun)
  • Perlahankan kelajuan dan masukkan santan dan esen vanilla. Pukul dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan. 
  • Masukkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati. 
  • Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian masukkan serbuk coklat, 2 lagi masukkan perwarna pilihan. 
  • Alas loyang 8" dengan kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  • Telangkupkan kek di atas redai kek hingga sejuk.

💗💗💗💗💗💗💗💗💗








#tuntelanikitchen
#resepi #sayamasak #bloggermasakan #foodie #foodblogger

Monday, November 27, 2017

Kek Marble Old Skulll



Assalamualaikum 😊

Akhirnya berjaya merajinkan diri mengedit gambar kek, letak nama. Hihi.. gambar bodo2 guna HP pun nk letak watermark 🙈

Dah terbiasa, sebab selalu sangat gambar orang curi.

Nway... Dah berzaman simpan resepi yang amik kat blog kak Norshalieda Rozali DNuanza nih.

Alhamdulillah lembut dan gebu. Maybe sebab ada susu kot. Yang penting, pukul marjerin dan gula tu sampai betul-betul putih gebus gebas. Pastu tepung kaup balik je.

Kek Marble Cda DeNuanza
Resepi: Kak Cda
Sumber: Tun Telani

Bahan-bahan
- 250g buttercup (atau apa-apa jenama)
- 2 sudu bumbu planta
- 150g gula
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 6 bj telur B / 5 bj telur A
- 250g tepung gandum
- 2 tsp baking powder
- 1 tsp vanilla.





Cara-cara:

- pukul mentega + gula sampai putih gebus
- masukkan telur satu demi satu. Pukul
- masukkan vanilla dan susu pekat manis. Pukul lagi.
- kaup balik tepung yg dah ayak dengan baking powder
- asing 2/3 bahagian dan letak warna kegemaran.
- masukkn dlm loyang 8"
- bakar 180C, sejam atau hingga masak.



Siappp... Lepas makan jgn lupa exercise,hahahha

Sunday, February 14, 2016

Chewy Gooey Brownies




Assalamualaikummmm :)

Haaa... 2 entries sekali arini ni.. hahahaha... sempena bday encik laling ku terchenta (walaupon daku sgt degil kadang2 suka cari gaduh tanpa sebab, merajuk pon xpasal2, terima kasih kerana selalu bersabar menghadapi nya.. hehe..) 

Sebab masa mencemburui.. cewah.... mcm bz beno.. ekceli tun terlupa yg encik laling outstation, n flight tghari td, so xde la sempat nk buat cheesecake kegemaran encik laling ku itu.. jd ganti dgn brownies (yg sebenornya tuan badan yg nk makan.. hahaha).. xpe la, asalkan ada kan. 

Ni resepi yg sangat2 sedap di tekak tun.. siyes tak tipuu... kalau tipu dose.. sesuai dgn nama dia.. chewyy gooeyy hevenly chocolatyyy.. sekali makan kene jogging 2km. hehe...


texture yg dense, padat dgn coklat.. kerat kecik2 je sekali makan ye.. jangan baham mcm makan kek, nnti kene diet seminggu..

Chewy Gooey Brownies
Resepi: Sister's Cakery, Ourkizuna
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8")

A:

  • 170g cooking chocolate
  • 90g butter
  • 35g coco powder
B:
  • 100g tepung
  • 1/4ts garam
  • 1/4ts baking powder
C:
  •  2 biji telur + 1 kuning telur
  • 180g gula castor
  • 1sk esen vanilla


Cara2:

  • Cairkan bahan A secara double boiler atau guna microwave. tun guna microwave, senang kije.
  • Ayakkan bahan B.


  • Pukul telur sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Masukkan bahan A (coklat) yang telah dicairkan dan gaul rata.
  • Masukkan bahan B (tepung yang telah di ayak).
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 minit.
tak cantik pulak gambar ni.. terang sgt.. utk corak tu, gunting bentuk love kat kertas, then ayak gula icing



Nyum nyum.. nampak tak berkerak kat atas, pastu dalam dia lembab dan padat.. sedap oooo... ni bungkus kasi kat anak2 usrah encik laling.

Monday, September 14, 2015

Kuih-Muih Utk PotLuck Jamuan Perpisahan Jiran


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah, selepas sekian lama, berkesempatan utk update blog. kesian blog kesayangan tun ni dianak-tirikan sejak makin bz dgn harith + PhD tun.. huhu...

Arini letak resepi byk2 terus.. hahaha.. semalam buat jamuan dgn jiran2 yg rapat.. jiran tun selama 4tahun kat Bintulu ni akhirnya ada rezeki pindah semenanjung...(sob sob.. nk pindah jugak TT .. *nanges).  kami kaum2 ibu ni duk berbincang dlm WA. mula2 nk gi makan2 kat kedai, last2 bincang punya bincang decide utk wat potluck.. end up dgn jamuan yg sgt meriah dan ramai org.. hahaha...

Sebab tun sgt2 kesuntukan masa, encik laling pon outstation, jd tun volunteer utk kuih je. akak2 lain buat main dish.. best ooo.. ada nasi kerabu, satay, nasi himpit kuah kacang, laksa johor, soto.. mmg puas hati makan.. siap mkn bungkus utk bekalan 2 hari. kih kih.. bila encik laling outstation, tun mmg malas nk ke dapur. tiap2 hari dapur berasap masak bubur harith je.



skrg tgh glemer corak mcm ni kat fb.. tp sbb ni resepi apam feveret tun, jd tun mmg xguna resepi lain.. why use milk when u can use santan, rite? kih kih...

Apam Marmar
Sumber: CMG@myr

Bahan2 (tin 10 inci - ni ada lubang kt tengah) - tun guna acuan lompang


  • 250 g tepung berserbuk penaik -tun guna tepung gandum biasa + 1 sk baking powder
  • 200 ml santan- tun guna santan kotak
  • 200 g gula halus
  • 2 biji telur Gred A
  • 1 camca teh vanila esen
  • 1 camca makan ovallate- guna yg ada tanda halal, ye
  • Secubit garam
  • Pewarna merah dan hijau (ikut kegemaran masing2) 
Cara2:
  1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali bahan pewarna.
  2. Pukul dgn speed perlahan sehingga semua bergaul mesra. Kemudian lajukan speed dan putar hingga adunan kembang dan pekat. - mix sampai adunan jd putih gebu tau
  3. Bahagi 3. Satu dibiarkan kosong, satu diwarnakan hijau dan satu lagi warna merah.
  4. Dalam tin yg telah dilenser dgn mentega, bubuh warna merah dan hijau secara berselang seli diikuti bahagian yg tanpa warna pada atasnya.(tun asing 3 warna, yg plain campur coklat rice)
  5. Gunakan spatula, buat pusingan satu arah sebyk 1 - 2 kali.. Kukus atas air mendidih selama 45 minit. Angkat dan keluarkan dari acuan. Biar sejuk baru dipotong. (tun guna acuan lompang, kukus dalm 10-15 minit)




Dah lama simpan resepi nih.. baru berkesempatan nk cuba.. sbb ada curah coklat kat atas tu, mmg cepat la laku kek nih :)

Kek Black Beauty Chef Zubaidah
Sumber: maklangazie
Sumber: tun telani

BHN A
  • 2 cwn tepung gandum/superfine - tun guna tepung gandum
  • ¾ cwn serbuk koko
  • 2st soda bikarbonat
  • 2st b/powder

BHN B
  • 2 cwn gula castor
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn myk masak @ butter dicairkan
  • 1 cwn air panas suam
  • 1sb emulco - tun letak coklat paste
  • 3 biji telur

Cara
  • Ayak Bhn A, ketepikan
  • Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
  • Masukkan Bhn B dan gaul rata
  • Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah
  • Guna loyang 8x8


Topping Jimat :
  • 1/2 cwn serbuk koko
  • 1 cwn gula - tun xletak
  • 2 1/2 cwn air (mklang guna susu cair)  - tun guna susu pekat separuh cawan
  • 1/2 cwn tpg jagung - tun xletak
  • 2sb majerin - tun letak byk sket marjerin

Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.



ni resepi paling cepat.. hahaha...

Puding Roti Marble
Resepi: kak hana@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2- tun guna 10g
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.- tun letak 4cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara
  • Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  • Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  • Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  • Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2 dan sebati hingga serbuk koko tidak berketul2!
  • Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  • Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Last minit buat puding jagung ni sbb susah hati bila dgr ramai pulak yg dijemput. kebetulan ada frozen corn kernel dlm peti. tun blend kasar jagung tu. resepi ni sedappp, tp xtau salah tang mane, lembek sket.

PUDING JAGUNG KASTARD
Resepi: Filla
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 1/2 cawan tepung kastard
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin jagung (creamy)- tun blend kasar corn kernel.. haha
Cara2:
  • Bancuh tepung kastard dan air.. kacau hingga larut.. 
  • Kemudian masak secara api perlahan.. tuangkan susu cair, gula dan 1 tin jagung.. 
  • Kacau rata hingga menjadi likat dan pekat.
  • Tutup kan api dan tuangkan ke dalam bekas.. Biarkan sedikit sejuk kemudian letakkan dalam peti ais.. Pastu boleh dimakan sejuk-sejuk..

Alhamdulillah.. seronok sgt potluck.. cuma spoil sbb jerebu sket, so tun susah hati nk stay lama2, kesian kat harith. insyaAllah next time blh ber-potluck lagi ^^

Tuesday, March 3, 2015

Super Easy Yummy Apple Cake ^^



Assalamualaikummm :)

n3 cepat2 je ni sbb byk kerja nk buat.. lab report duk tangguh2 berlambak belom tanda lagi.. nx week dh nak kasi carry mark kat student.. huhu... padan muka tak berdisiplin suka tangguh2 kerja :/ byk sgt kerja pon ye jugak.. duk tenung2 kerja, last2 satu apa pon x buat. ish ish.. ada satu tahap byk sgt kerja smp stress, last2 masuk dapur baking. kih kih kih... teruk sungguh perangai mcm ni.


nway.. ni salah satu kek faveret tun.. jarang2 buat sbb jarang2 beli epal. sangat laa senang, campak semua dalam food processor je. xsampai sepuloh minit dh siap masuk oben. tun suka makan sbb xmuak, lembut dan gebu je kek nih. lg satu, tun mmg peminat apple + cinnamon. mmg kalau buat nih, sekali hadap 3-4 slice, x sedor diri gula dalam badan mencanang tinggi. hehe...



Sebekas bawa gi usrah.. suku makan, suku lagi slice2 letak dalam plastik pastu frozen. senang bila nk makan, kuarkan dari plastik masuk microwave defrost kejap.. konon2 tahan lama la, masalaahnyer selagi x habis, selagi tu duk bukak peti amik kek. kih kih...


Apple Cake
Sumber: Buku Cupcakes, Cookies, & Coffee Cakes
Olahan: tun telani

Bahan2 (loyang 23cm)
  • 4 biji epal - tun guna epal merah
  • 1/2 sk cinnamon powder
  • 1 c butter
  • 1/2 c gula
  • 1/2 c gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 4 bj telur
  • 1 3/4 c tepung gandum
  • 1 sk baking powder
Cara2
  • Kupas epal dan hiris nipis. Gaulkan dgn serbuk kayu manis. Separuh susun di bahagian bawah loyang.
  • Masukkan semua bahan lain dlm food processor dan mesin sampai sebati.
  • Tuangkan separuh adunan kek atas epal yg disusun td. Susun baki epal dan tuangkan adunan kek yg selebihnya.
  • Bakar pada suhu 180 C selama satu jam atau hingga tdk melekat pd penyucuk.
  • Biarkan sejuk, dan terbalikkan kek utk dihidang. 
** tun paling suka makan masa still suam ^^

Saturday, January 31, 2015

Indulgence Chocolate Cheese Moist Cake (ICCMC) yg xcukup sifat..huhu



Assalamualaikummmm~~~~~

Alhamdulililllah.. alhamdulillahhh... tun dh selamat sampai kat kampung malam td.. lamaa betul perjalanan.. huhu... sbb KL cuti smp selasa (hari wilayah + taipussam kalau xsilap), jd traffic jam teruk sket masa nk kuar ke tol gombak.. tgh2 heavy traffic ni, 2tempat JPJ tiba2 rajin wat road block.. huhuhu... jadi semakin slow la traffic.. pkl 4 lebih dr klia, pkl 10 lbh baruu sampai umah. kesian harith kepenatan.. 

Nway.. kek ini terhasil dari misi mnyelamatkan whipping cream sblm balik kg.. dh lama duk usha resepi, tp nmpk sgt complicated, jd xcukup rajin nk buat. kali ni semangat lebih sket nk bg encik laling makan.. hihi.. tp opkos cari resepi yg guna cheese sbb encik laling peminat tegar cheese cake :)

Tun cuba resepi kek yg baru sbb ni yg paling senang, dn nmpk sedap.. mmg sgt2 senang dan alhamdulillah, hasil kek dia sgt cantik dan moist :) mmg a keeper recipe, alhamdulillah.



Eggless Moist Chocolate Cake
Recipe: Aliciak
Sumber: tun telani

Cake Ingredients
  • 1 1/4 cups flour
  • 1 cup sugar
  • 1/3 cup unsweetened cocoa powder
  • 1 tsp baking soda
  • 1/2 tsp salt
  • 1 cup warm water
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1/3 cup vegetable oil
  • 1 tsp distilled white or apple cider vinegar

Preheat the oven to 350 degrees F. In an 8X8 square pan/dish, mix together flour, sugar, cocoa, baking soda, and salt with a fork, making sure it is really blended together. Add the water, vanilla, oil, and vinegar, and again, mix together so that it's really blended together. Use a spatula to scrape down the sides if necessary.
Place in oven and bake for about 30 minutes, or until a knife comes out clean. Cool on a rack completely (2 hours).

*** utk wat 3 layer, perlu 1 setengah adunan kek coklat nih..

Resepi kek indulgence versi kak lina pg ni sgt senang sbb xde guna telur dalam mousse dia.. tp xtau mana silap nyer, adunan mousse tun tercair sket.. hehe.... pastu tgk la tuu, punya laa ayu kaup balik whipping cream, smp ada lagi ketul2 yg x sebati.. kih kih..

pastu sbb tun xde loyang yg sesuai, dan xde cake ring, jd xdpt buat kek yg tinggi. adunan cream cheese dan mousse xhabis layer lagi dh melimpah loyang tu.. kih kih... chocolate ganache pon xbuat.. tp alhamdulillah, sedappp sgt2.

tun copy resepi asal utk rujukan nk buat lagi nx time :)





RESEPI INDULGENCE CHOCOLATE CHEESE MOIST CAKE
By : LiNa Pg
Rujukan: Kak Zu (CCMC) , Evelyn Gemina
Dicuba oleh: tun telani


LAPISAN KEK
Boleh guna mana2 resepi kek kemegaran - tun guna resepi atas nih

LAPISAN CHEESE

Bahan-Bahan
  • 250 gm creamcheese
  • 120 gm gula castor
  • 150 gm uht whipping cream (LiNa Pg guna non diary-itu jer yg ada)
  • 1 tbsp gelatin
  • air panas secukupnye (~60ml )

Cara-Cara:

  • Biarkan cheese pade suhu bilik. Bile dah lembut putar cheese dan gula castor hingge kembang.
  • Pukul whipping cream hingga kental.Ketepikan
  • Taburkan gelatin ke dalam air panas.Biarkan kembang.Kacau hingga larut.Kalau tak larut, panaskan secara double boil.Sejukkan
  • Masukkan gelatine ke dalam adunan cheese dan kacau sebati.Kaup balik dengan whipping cream hingga sebati.Ketepikan

CHOCOLATE MOUSSE

Bahan2:
  • 300 gm whipping cream
  • 1 tbsp gelatine ( cairkan dengan 60 ml air panas )
  • 50 gm serbuk koko + 100 gm gula icing ( satukan dengan air suam 1/2 cawan, jadikan pes )LiNa pg guna 1/2 cawan serbuk koko+1/2 cawan susu-double boil- nota tun: nx time tun nk letak air sikit2 hingga jadi pes
  • 1 tbsp nescaffe + 1 1/2 tbsp air panas ( pilihan ) (LiNa Pg xletak)
Cara-Cara:

  • Putar whipping hingge softpeak.
  • Satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.Ketepikan

CHOCOLATE GANACHE/TOPPING

150ml whipping cream
350g dark chocolate
1 tbsp butter - cairkan

Cara2 membuat ganache:
1. Panaskan whipping cream secara double boiler hingga berbuih di tepi periuk.
2. Masukkan coklat & mentega, kacau hingga cair & tuang atas kek.



sbb xmuat loyang kan, jd adunan cheese dan mousse yg belen tun letak dlm cup kecik2 layer ngan oreo.. yg tu hbs dulu.. haha.. cara layer yg betul refer bawah ye :)


CARA MELAPIS KEK

Paling bawah => Lapisan pertama - KEK
Lapisan kedua - Coklat Mousse
Lapisan ketiga - KEK
Lapisan keempat - Cheese
Lapisan kelima - KEK
Lapisan keenam - Coklat Mousse
Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan coklat mousse
Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam (semalaman pun ok)
Tuang ganache ke seluruh kek.

Hias ikut creativity masing2



Sunday, January 25, 2015

Chilled Oreo CheeseCake


Assalamualaikummmm :)

Alhamdulillah.. masih diberi ruang dan peluang utk berblogging :) dh nak habis bulan januari. cepat betul masa berlalu.. harith pon minggu depan dah masuk 5bulan.. besar dah sayang mama.. xsabar nk tunggu harith 6 bulan, mama dah berkobar2 nk buat puree. since last month dah sibuk baca blog pasal baby's puree n finger food.. nnti blh wat n3 pasal baby's food pulak.. hihi...


nway.. cantik tak kek tun?? hihihihi... bg seorg yg keras kejung tangan, tun berbangga dgn hasil kek kali nih.. hehehe.. nmpk sgt comel.. tun gunting lubang2 bentuk love atas kertas A4 je, pastu dust dgn cocoa powder ^^ nak paip munger2 xpandai, ni je la yg boleh buat.. 

dh lama peram resepi chilled oreo cheesecake nih.. encik laling mmg hantu cheesecake. pastu last month masa adik tun dtg tun pesan belikan halal gelatin, sini susah nk cari. pastu encik laling balik dr outstation beli lagi halagel nyer gelatin. so dh xde excuse xnak buat nih..


Personally, tun prefer baked cheesecake.. tp ikut selera masing2 la kan.. ni buat semalam, dh licin dah pon arini. hahaha...whipping cream byk lagi, lepas ni nk cabar diri dgn chocolate indulgence pulak.. chaiyok2!! 

Chilled Oreo CheeseCake
Resepi: Kama
Sumber: kak liza, tun telani

Bahan2:

Dasar Kek
  • 200gm biskut oreo(buang krimnye)
  • 80gm butter cair

  • campurkan butter & biskut yg telah dihancurkan,tekan dlm loyang
  • ratakan & simpan dlm peti ais selama 20 minit.

  • Bahan Kek
  • 250 cream cheese
  • 200gm non dairy whiping krim
  • 1 sudu kecil lemon jus (x letak pun xpe)
  • 1 1/2 sudu besar gelatin + 100ml air panas
  • 60gm gula halus
  • biskut oreo 1 paket..hancurkan 3 suku..buang krimnye dan selebihnya buat deko..

Cara-caranya:-

1.Putarkan whipping krim hingga jadi krim..ketepikan
2.Putarkan cheese, gula hingga kembang, masukkan gelatin, lemon jus putar sebati..
3.Campurkan whipping krim, kaup balik perlahan2..dan campurkan oreo hancur td, boh dlm loyang yg ade dasar kek td..dan sejukkan dlm peti ais selama 4 jam...leh deco ikut suka...

Saturday, November 8, 2014

Kek Minyak... berupdate jugak akhinya.. hihi


Assalamualaikummm :)

wahh... x sangka berjaya meng-update blog.. hihi.... kagum juga kat diri sendiri sbb bjaya buat kek.. tun ni ketinggalan zaman, org lain dah berderu buat kek minyak nih, tun baru nk buat. Rindu sgt nk membaking2, tp mmg susah nk cari masa. Skrg Alhamdulillah ada buai letrik, bila harith tido, xde la nk kene duduk dpn buai hayun buai tu. dak kecik ni mmg siang susah nk lena tido kalau tak hayun buai dia. Alhamdulillah juga skrg ni pagi2 harith tido agak lama. Sempat la nk masuk dapur kejap sblm dia sedar cari nenen.


Nak tiru kek yg kak lina buat, tp tun kurangkan colouring.. abaikan sedikit ke'hangusan' kek nih.. dekat2 nk masak tuh, dak kecik ni tersedar nak nenen.. adoii.. encik laling pulak xde nk suruh tengokkan oven. dah siap nenen baru nk kuarkan kek dari oven, mmg of cos laa geseng kek nih... kih kih... kek minyak ni rasa dia sama mcm kek span yg tun selalu buat, resepi pon lebih kurang je, cuma resepi ni ada susu pekat manis.

KEK MINYAK
Resepi: MyResipi ,  LiNa Pg
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 8x8inci / 9in)
  • 5 biji telur
  • 3/4 cawan gula halus (LiNa Pg gn 1/2 cawan gula kastor) - tun ikut kak lina
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan susu pekat (LiNa Pg gn 3/4cawan) - tun ikut kak lina
  • 1 sudu besar ovallate
  • 1 cawan minyak masak
  • perasa nenas / pisang / ape2 ikut suka/pewarna
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 170'C
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  • Lenser loyang kek dgn mentega.Alaskan dengan baking paper.
  • Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  • Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  • Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  • Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  • Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  • Bakar hingga masak.Suhu bergantung kepada oven masing2 (LiNa Pg bakar suhu 165'C selama 50min api atas dan bawah)
  • Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

Saturday, August 23, 2014

Chewy Gooey Brownies


Assalamualaikumm :)

Dah lebih sebulan rupa2nya x update blog.. huhu.. kesian kat blog kesayangan tun nih, bersawang2.. jarang2 memasak skrg, kesihatan kurang mengizinkan.. biasa harapkan mama, dan kdg2 abah tun yg masak. hahaha... teruk sungguh.. orang lain pon pegnen gak, xde la manja mcm nih kan.. dh masuk 39minggu.. 9 bulan dah, tp alahan still ada.. dugaan betul. false contraction pon sgt2 kerap, dh few weeks menghadapi false contraction, kdg2 smp xleh berdiri. solat pun duduk. jarang2 masak tu, nk siang ayam pon mmg angkut kerusi ke singki, xleh nk berdiri lama. harap2 xlama lagi kuar la si kecik nih.. doakan tun selamat deliver a healthy boy with ease.. aminn...



Brownies ni tun buat last week dah.. kdg2 mari angin gatal tangan nk membaking tuh, cramp ke, sakit perot ke, mmg ke dapur jugak.. huhuhu.... geram nengok cooking coklat duk dlm peti dh berminggu pon ye jugak.. pastu geram jugak nengok marshmallow kat dapur xde org makan.. adik tun la nih, balik cuti suka betul gi membeli brg2 baking, byk pulak duk membeli, cuti kejap je, bkn sempat nk baking byk2 pon. last2 penuh peti ngan brg yg dia beli.. huhu.. 

tun godek2 resepi berkenan kat resepi nih.. mostly sbb nama dia.. haha... xleh makan byk2, muak dan risau gula mencanak tinggi nnti :p  sekali makan seketul kecik je nooo..



Chewy Gooey Brownies
Resepi: Sister's Cakery, Ourkizuna
Sumber: tun telani

Bahan-bahan (loyang 8")

A:
  • 170g cooking chocolate
  • 90g butter
  • 35g coco powder

B:
  • 100g tepung
  • 1/4ts garam
  • 1/4ts baking powder

C:
  •  2 biji telur + 1 kuning telur
  • 180g gula castor
  • 1sk esen vanilla

Cara2:
  • Cairkan bahan A secara double boiler atau guna microwave
  • Ayakkan bahan B.
  • Pukul telur sampai kembang dan masukkan esen vanilla. Masukkan bahan A (coklat) yang telah dicairkan dan gaul rata.
  • Masukkan bahan B (tepung yang telah di ayak).
  • Bakar pada suhu 180 C selama 30-35 minit.

*** tun letak marshmallow lepas bakar.. dan masukkan dalam oven sekejap supaya sedikit cair :)


Monday, May 19, 2014

Chocolate Velvet Cupcakes with Cream Cheese Frosting


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah berjaya update blog arini.. perot agak x selesa sejak semalam.. lunch smlm my laling buat makan2 utk anak2 usrah dia. Buat mee kari je, pastu buat puding sikit. Terlupa yg sejak pregnant ni xleh mkn mee kuning. maybe sbb kapur dia kot.. smlm makan mee kari dgn bahagianya, pastu perot xselesa n rasa nk muntah sepanjang hari. last2 ptg smlm muntah teruk, habis kosong perot. pastu dh xlalu nk makan, bila perot dh masuk angin tu, mmg mkn la apa2 pon, semua rasa mcm xkuar semula.. huhu

nway... tun mmg jenis yg bersemangat bila ada makan2.. tiba2 terasa mcm nk main noozle. walaupon jenis yg tangan keras, tp siap beli 1 set noozle. hehe.. selalu bercita2 dpt deco kek cantik2. slow la belajar.. xde kesempatan nk gi kelas lagi, tp suka tgk youtube org ajar deco. 

Kek nih terliur tgk kat tibi.. rancangan Chuck's Day Off kat AFC. siap rekod lg sbb nk salin resepi, rupa2nya bila gugel byk je kuar resepi nih. tp tun mmg dr dulu ngeri tgk sukatan pewarna merah tu, jd mmg xkan buat red velvet, dh jadi chocolate velvet sbb kaler koko hihi... bg tun, resepi cupcakes ni ok je. xde la sedap2 giler2, sedap lg resepi moist choc cake yg penah buat sblm nih. hehe.. tp RVC pon rasa biasa2 je kan, yg jd sedap tu sbb topping cream cheese.




Chocolate Velvet Cupcakes
Resepi: RVC by Chuck Hughes
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 1/2 c gula
  • 2 telur
  • 1 1/2 c minyak masak
  • 1 c yogurt
  • 2 sb pewarna merah - tun xletak
  • 1 sk cuka
  • 1 sk vanilla
  • 2 1/2 c tepung
  • 1 sb serbuk koko - tun letak 2 sb
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk garam

Cara2:
  • Pukul telur, minyak, gula, yogurt, cuka dan vanilla hingga sebati.
  • Masukkan tepung, serbuk koko, baking soda, dan garam yg telah di ayak. Gaulkan hingga sebati.
  • Masukkan dalam acuan cupcakes dan bakar selama 25- 30 minit. Utk mini cupcakes, tun bakar max 15minit.

Cream cheese frosting ni tun amik dr buku panduan asas menghias kek.. dh lama beli buku nih, tiap2 hari pon duk baca dan berangan nk deco kek cantik.. tp buatnyer tak :p

Cream Cheese Frosting
Resepi: Buku Panduan Asas Menghias Kek
Sumber: tun telani

Bahan2:
  • 250g cream cheese - suhu bilik
  • 125g butter
  • 120g gula icing
  • 1/2 sk perisa lemon - tun perah jus limau nipis

Cara2:
  • Pukul cream cheese hingga lembut dan tidak berketul.
  • Masukkan butter dan pukul lagi.
  • Masukkan gula icing dan perisa lemon/jus limau, pukul sebati.




Wednesday, December 18, 2013

Super Delicious Chocolate-Bottom Banana Squares ^^

xde gambar cantik, letak je la yg ni...

Assalamualaikummmm :)

Alhamdulillah.. berjaya juga nk ngadap blog kesayangan arini.. my laling is still away, and i cant be bothered to cook anything fancy.. also, been busy marathon buat kerja bcoz i'm going back home for a week. bg yg dh tau, umah kat kampung tenggelam dlm banjir aritu, and my siblings kt semenanjung hd taken a leave utk bersihkan rumah. tun je yg xbalik aritu. nx week start mid-sem break, n alhamdulillah, hikmah pathogen utk research blom sampai, so ada excuse utk hold research n balik ke kampung meneruskan prjuangan mmbersihkan rumah. 
 
nway... n3 cepat2 je. kan dh ckp i'm tooooo lazyy to cook kan, tp sbb weekend ada usrah, so merajinkan diri godek2 kuih jugak. i'm in love with this squares. byk kali dh buat.. texture squares ni x mcm cake, a bit dense but still soft.. xpandai nk describe, kene buat sendiri baru tau nama tun jatuh cinta kt CBBS nih.. hihi....


Chocolate-Bottom Banana Squares
recipe: tammy
source: jessie@hearty bakes
sumber: tun telani

** i used loyang 9 ichh

Bahan2:                                                                             
  • 1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)
  • 1 cwan gula - like jessie, i used 3/4 c
  • 1 bj telur
  • 1 sk vanilla
  • 3 bj pisang- mashed - mine is quite large, lg gemuk dr pisang montel
  • 1 1/2 c tepung gandum
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk garam
  • 1/4 cwn sebuk koko  - tun guna 1 sk choc emulco
  • 1 cwn chocolate chips

Cara2:
  •  pukul butter dan gula sampai light n fluffy.
  • masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.
  • ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.
  • bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.
  • ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagis separuh atas adunan coklat td. 
  • springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.
  • tunggu sejuk, baru potong petak2. 
  • SEDAP SGT!! selamat mencuba ^^

Monday, November 25, 2013

Yummy Apple Cake ~ Super Easy!


Assalamualaikummmm /XD

apa khabar? terima kasih buat semua yg sudi mengunjungi dapur tun yg suam2 kuku nih.. siyes xsempat nk ngadap blog lama2. kdg2 ada masa otak tepu wat research kat uni, terasa mcm nk BW or update blog, tp tenet teramat sangat slow kat uni, kalau siput sedut.. huhu.. mujur still blh nk send email or guna google sikit2. kalau x mau tak jadi kerja. bila dh desperate sgt nk guna internet laju terpaksa korbankan mobile data, guna hotspot. nway, bersyukur la at least ada intenet kat uni.

ok laa.. n3 laju2 je nih.. menu yg musnahkan diet :p tun nih, buku resepi punya laaa banyak, ada yg khatam baca 2-3 kali, resepi satu pon xbuat lagi. huhu.. ni salah satu resepi dr buku yg beli awal tahun aritu, buku ni salah satu hadiah utk GA yg tun buat. ni buku yg kak Madihaa menang :)
 
GAMBAR TAK CANTIK... TP RASA SEDAPP

resepi kek ni palinggggg senang, campak2 dlm food processor je, tp hasil dia, sangat lembut dan sedap /blush tun mmg xingat diet dah, sekali hadap 3 slice, pastu sambil duk depan tibi capai tupperware letak kek.. uuu uuu.. diet ku ke laut.. mmg akan tun ulang2 kek nih.. masuk list teratas kek yg tun paling suka ^^

resepi olah sikit sbb dlm resepi guna light brown flour.. tepung whole meal ke? xpenah ku jumpa..huhu.. pastu dlm resepi guna self-rising flour, yg mmg tun xpenah beli. jd tun guna tepung biasa je. owh, yg tun perasan resepi mat saleh nih, mostly guna baking powder dgn banyaknyer, maybe baking powder depa xsama ngan kita kot, tun kurangkn sukatan baking powder jugak.

Apple Cake
Sumber: Buku Cupcakes, Cookies, & Coffee Cakes
Olahan: tun telani

Bahan2 (loyang 23cm)
  • 3 biji epal - tun guna epal hijau
  • 1/2 sk cinnamon powder
  • 1 c butter
  • 1/2 c gula
  • 1/2 c gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 4 bj telur
  • 1 3/4 c tepung gandum
  • 1 sk baking powder

Cara2
  • Kupas epal dan hiris nipis. Gaulkan dgn serbuk kayu manis dan susun di bahagian bawah loyang
  • Masukkan semua bahan lain dlm food processor dan mesin sampai sebati.
  • Tuangkan adunan kek atas epal yg disusun td dan bakar pada suhu 180 C selama satu jam atau hingga tdk melekat pd penyucuk.
  • Biarkan sejuk, dan terbalikkan kek utk dihidang. 

** tun paling suka makan masa still suam ^^
*** tun guna SM bentuk2 camnih, jd xnmpk susunan epal sbb bila tuang adunan kek tun, dia turun ke bawah epal.

Tuesday, October 22, 2013

Slice Cheesecake

gambo hp je..
Assalamualaikummmmm /XD

Rajin x tun? tiap2 hari baking.. hihi... gumbira duk kat kampung :D mcm2 masak dan ramai tukang makan.. tp mlm nnti dh nk balik umah in-law semula kat segamat. xtau bila lg nk blk kampung nih sbb lepas ni most probably busy ngan research :(

nway... ni salah satu kek feveret tun.. sgt sedappp /blush tak puas makan.. buat utk adik2 tun bawa bekal, pastu hntr umah mak sedara sket. semua puji sedap. alhamdulillah.. ^^

makan time sejuk2.. sedapp
masih lg guna resepi yg sama.. dh byk kali buat nih, cuma xde la amik gambar tiap2 kali buat kan..

Slice Cheese cake
Resepi: Onigiri@myr
adapted by: kak haSue

Bahan2:
  • 300ml susu segar
  • 6 keping keju kraft
  • 3 biji telur gred A
  • 90g gula halus - 1/2 cawan
  • 110g tepung gandum - 1 cawan + 1 1/2 sudu besar
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 110g mentega/marjerin
Cara2:
  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya. 

Monday, September 9, 2013

Basic Sponge Cake


Assalamualaikumm :D

sepanjang weekend penuh ngan aktiviti, nk tgk blog pon x sempat. teringat pulak kat zaman yg byk masa terluang dan blh mengapdate blog 2-3 kali sehari. huhu.. skrg kalau dpt tgk blog seminggu 2-3kali tu pon dh kira byk dh tu. lagi2 skrg dh dekat2 nk habis sem, mmg bizi dgn presentation, tutorial, dan marathon silibus. berpinar2 dh mata menanda lab reports dan assignments /blur

lg 2 minggu, then start study week. lepas tu baru blh kembali membaca utk my phd. harap2 supervisor x dtg cari b4 that /sweat


ok lah.. kali ni tayang sponge cake yg dh byk kali tun buat. cuma perisa je tukar2. Sbb guna ovalette, jd mmg senang, campak2 semua bahan dan pukul smp kembang dan pekat. Mmg senang, gebu, dan moist kek nih.

Kek Span Asas
Adaptasi dari: sweet4ever@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 150 g tepung gandum
  • 150 g gula kastor
  • 5 biji telur A
  • 1 sb ovalette
  • 80 ml air
  • 80 ml minyak / mentega cair
  • 1 sk serbuk penaik
  • 1 sk esen vanilla
  • sedikit pewarna pilihan

Cara-cara
  • Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi ( bergantung kepada pengadun)
  • Perlahankan kelajuan dan masukkan air, esen vanilla dan pewarna pilihan. pukul dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
  • Masukkan minyak/ mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  • Alas loyang 8" dengan kertas serap minyak. Tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  • Telangkupkan kek di atas redai kek hingga sejuk.

** tun masih menghadapi masalah utk komen di blog yg menggunakan setting embedded komen :(

Monday, July 29, 2013

18 Ramadhan 1434H: Basic Butter Cake - versi mini



Assalamualaikum :)

Awal dh update blog arini. hihi.. sblm start buat kerja yg menimbun tu, taip n3 cepat2. gmbr ni semlm dh upload sbb takut tiba2 intenet wat hal lg. Kek ni buat utk jamuan berbuka puasa bersama students juga. Selain Agar-agar Lapis Oreo yg tun post semalam, tun buat kek nih, dan juga cekodok pisang kembong.. pastu menu biasa la, nasi minyak, rendang, ada sayur sikit, pastu sambal tempe dan kentang. tu je yg termampu sbb pagi ada kelas.


resepi simple2 je, utk memeriahkan meja. suka tgk colourful atas meja. Resepi pun senang je, budak2 suka la makan kecik2 comel camnih :)

Basic Butter Cake
Resepi Asal: Bakerella
Olahan: tun telani

Bahan2:

  • 1 cawan mentega (room temperature)
  • 2 cwn gula
  • 4 bj telur
  • 3 cwn tepung - ayak
  • 2 sk baking powder - ayak
  • 1 cwn susu sejat/segar
  • 1 sk esen vanilla 
  • Pewarna pilihan

Cara2:
  • Pukul butter sampai kembang
  • Tambahkan gula dan pukul lg sampai fluffy. Masukkan vanilla, dan telur sebiji demi sebiji dan pukul lg.
  • Tambahkan tepung di-selang seli dgn susu dan kaup balik sampai rata.
  • Asingkan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yg disukai.
  • Masukkan dlm acuan atau cup yg sesuai dan bakar pada suhu 180 C.


Sunday, June 2, 2013

Menu Farewell Party kak Jannah

Assalamualaikumm~~~~

1st n3 di bulan jun.. dh half year berlalu rupa2nya. mcm baru je sambut thn baru aritu.. bila tiba2 terasa mcm lajuuuu betul masa berlalu, mmg terasa mcm 'dunia kata pergi kubur kata mari'.. semoga akhir hayat adalah dalam keadaan beriman, aminnn....

erk.. nape ada tazkirah ringkas arini ye? nway.... ni aktiviti semalam.. ada staff kt sini yg berjaya pindah ke semenanjung -much to everyone's envy..huhu. Sebab wife dia is one of ahli 'kelab playground wanita adtec', so tun agak bersedih hati la jugak.. ptg2 nnti dh kurang kawan2 utk duk sembang2 di playground tepi umah ni. 

tun wat majlis kecil2 je. just ajak few families. masak pun ikut apa yg ada kat dapur je. hihi.... kebetulan baru je beli ayam 2 ekor. just tulis resepi ringkas2 je lah.. resepi tun tulis utk saiz hidangan biasa la ye.


Nasi Minyak Lobak Merah
resepi: tun telani

Bahan2:

  • 2 cawan beras
  • 1/2 cwn susu sejat 
  • air secukupnya - mcm masak nasi biasa ye, cuma kurangkan sebab dh letak susu tu
  • 1 sb besar butter - blh guna minyak sapi, tp tun x suka bau dia
  • 1 sb minyak masak - tun guna olive oil
  • 1 labu bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 inch halia- tumbuk
  • 1 btg kayu manis
  • 4 bj cengkih
  • 2 bj buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan - jika ada.. jarang2 tun ada daun pandan nih..
  • 1/2 batang lobak merah - sagat
  • garam secukupnya
  • pewarna ikut suka- biasa tun just guna hijau dn merah

Cara:
  • atas api, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan rempah ratus sampai wangi. 
  • masukkan beras dan daun pandan dan gaul2 sebentar atas api sederhana.
  • masukkan dlm rice cooker, dan tambah susu, lobak merah, air dan garam.
  • masak seperti biasa.
  • siap! ^^


tiap2 kali buat makan2, ni laa menu feveret yg tun masak.. satu sebab senang campak2 je xyah goreng dulu ayam tu.. lg satu sbb pokok kunyit tun tu mmg lebat betul daun dia.. dh penuh peti duk simpan, jd bila ada peluang mmg akan berusaha guna daun kunyit nih.. resepi rendang yg dh byk kali letak.

Rendang Ayam Mama
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kilo ayam- potong kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 ml santan
  • 2 kpg asam keping
  • Garam
Cara2:
  • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk.
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap untuk dihidang.



Selalu juga beli dori fillet ni. biasanya sbb malas nk gi pasar basah cari ikan. hihi.. kalau ada dori tun mmg biasa akan buat sweet sour, xpun wat fish n chips :)

Dori Sweet Sour
Resepi: tun telani

Dori Sweet Sour
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 filet ikan dori- salut tepung jagung dan goreng garing
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1 icnh halia- tumbuk
  • 3 bj cili api- just belah tengah sket- kalau ada budak2 x perlu letak
  • 2 bj cili merah- hiris
  • 2 sb sos tiram
  • 1/4 c sos cili
  • 1/4 sos tomato 
  • 1/2 batang carrot - potong ikut suka
  • 1/2 batang timun - potong dadu besar
  • garam
  • sedikit air

Cara2:
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi.
  • masukkan cili merah dan cili padi, tumis sebentar
  • masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. masukkan sedikit air ikut kepekatan yg disukai.
  • masukkan carrot dan timun. masak sampai mendidih.
  • perasakan garam. masukkan ikan dan gaul sebentar.
  • Siap.

acar timun mentah resepi campak2.. hihi... timun carrot bawang halia cuka dan sedikit garam dan gula ^^


ni antara kek yg tun suka makan.. kali ni tun gantikan air dgn coffee..

Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Resepi: Kak Yatie
Sumber: kak Rosaliza, tun telani

BAHAN A

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 25 ml air
  • 1 sb tpng gandum

Cara-cara
  • Pkl cream cheese bersama dngn gula.
  • Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
  • Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • 2 sb serbuk koko
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih - tun letak freshly brewed coffee
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum
  • 1 sk baking soda
  • 1/2 sk baking powder

Cara-cara
  • Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  • Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
  • Masukkan air panas,susu dan minyak
  • Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda dan b. powder yg telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.ntar dan bahagi pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

  • Panaskan kukusan dan balut dngn kain penutupnya. - tun bakar bain marie/ steam bath
  • Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
  • Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
  • Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Sejukkan dan boleh di hidangkan....

lastly... bila dh buat sekali mmg akan buat lagi dan lagi cream puff nih.. kali ni saiz mini sbb guna noozle kecik.. len kali xnk wat dh mini size ni.. cram tangan woo nk buleh ke siap! huhu... pastu struggle picit kastad.. haha..


Cream Puff
Resepi: Zaliana@myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
  • 100 gm butter
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh gula
  • 3 biji telur 
Cara2:
  1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan. - lepas mendidih, tun guna api paling perlahan dan masukkan tepung. 
  2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
  3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
  4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 220 darjah celcius.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven.Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya.  - tun guna suhu 200 C je.
Custard Filling
Resepi: kak Ida@1001resepi
Sumber: tun telani

Bahan2:


  • 2 camca besar tepung kastard 
  • 2 camca besar gula kastor
  • 1 1/3 cawan susu segar 
  • 30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh)
    2 camca teh esen vanilla

Cara2:
  • Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
  • Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. 
  • Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 

Panjang gler n3 arini.. haha.... lastly.. interprem gambo tuan rumah yg senyum mcm joker.. with kak Jannah yg bakal berpindah and kak Zizah yg tun harap x kan pindah selagi tun x pindah.. hihi... gambar x cukup korum sbb ada yg xde. panjang umur jumpa lagi ye kak Jannah :x