Showing posts with label Chinese Food. Show all posts
Showing posts with label Chinese Food. Show all posts

Tuesday, November 10, 2015

Egg and Vegi Dumpling



Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah... alhamdulillah... ada masa menjenguk blog kesayangan slps hampir 2 bulan tinggal.. tak sempat lgsg nk menjenguk.. rindu kat kawan2 GMM, especially yg xde @ x aktif kat fb.InsyaAllah start bln ni akan ada lebih masa untuk ber-blogging :)

Lama sgt x pegang kamera, skill amik gmbr pon dh lari (walaupon sblm ni pon xde la pandai sgt).. tp rasa2nya kamera tu merajuk kot, kelabu je gambar eventho dh cuba meng-edit.. huk huk.. nway, lamaaaa sgt tak mendumpling, sampai lupa cara nk kelim.. haha...1st dumpling jadi bentuk karipap :p


Tun suka guna gyoza pastry ni utk skin dia.. tp ni pun rasa2nya kualiti dia dh jd agak 'kureng' berbanding sblm ni.. sblm ni skin dia putih je, skrg dh jd kuning ala2 wonton skin dah. but still better dari mnguli sendiri. haha... xcukup kerajinan nk mencanai nipis2.

Amik gambar yg kelim cantik je.. yg lain hancusss
Dumpling try n error namanya nih.. sbb mode INSAP lps lunch pizza mkn tahap tak ingat dunia.. huhu.. dinner egg n vegi je.. kalau nk mkn salad xlalu, tp bila sayur2 tu isi dlm dumpling or popia, lajuuuu makan.

Egg & Vegi Dumpling
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • Dumpling skin (tun prefer guna gyoza pastry, 1peket ada lbh kurang 30 keping)
  • 2 biji bawang merah- dadu kecil
  • 1 inci halia - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji telur
  • 1/2 genggam daun kucai - potong kecil
  • 1 cawan kubis - cincang dadu halus
  • 1 batang carrot - sagat
  • 1sk minyak bijan 
  • 1sk gula 
  • 1 sk garam
  • 1 sk tepung jagung
  • lada hitam

Cara-cara
  • Pukul telur dan masak telur hancur (scrambled egg)
  • Campurkan semua bahan2 inti. 
  • Masukkan inti dakam skin pastry dan kelim kemas.
  • Panaskan non-stick pan dgn sedikit minyak, susun dumpling dan biar hingga sedikit garing di bahagian bawah.
  • Tuang sedikit air, dan tutup kuali untuk steamkan dumpling. Biarkan hingga kering.
  • Boleh hidang dengan dipping sos atau sos cili.

Cara kelim boleh refer SINI


Sblm ni skin dia cantik je lps steam, tp skrg dah x cantik

Dumpling Dipping Sauce
sumber: tun telani

bahan2:
  • 1/4 c kicap manis
  • 1/2 icnh halia- tumbuk
  • 1 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 bj cili padi- tumbuk
  • 1 sb vinegar- tun guna apple cider vinegar
  • 1 sb minyak bijan

Cara2
  • campurkan semua bahan dan biarkan seketika supaya rasa dia sebati.

Wednesday, November 27, 2013

Dumpling Daging dengan Sup Sayur


Assalamualaikumm :D

morning!!! /XD awal betul mengapdate blog arini.. hahaha.. smlm blk umah kepala ting tong sbb berpanas di ladang getah, so tido dgn awalnya. subjek sem ni mmg involve amali di ladang (which i know nothing about). subjek yg mmg xde kene mengena dgn apa yg tun belajar.. haha.. eh, tipu2, dlm silibus dia ada la 20% kot yg ada kaitan dgn qualification tun, tp everything can be learnt theoritically. so study dgn tekunnya utk buat lecture notes dan bg budak2 faham. still, bila tang amali tu mmg lemah sikit lah. alhamdulillah bila masuk ladang, blh request staff yg jaga ladang utk buat explanation dan demo. jd lecturer depa ni pon belajar sekali lah. yg penting, confident kene lebih dan jgn tunjuk yg kita tak penah buat mende tuh.. ;p


ok..arini tayang gambar yg dh terperam dlm folder dgn lamanya.. /sweat huhu.. sorry la, ai siap lupa lg bila la buat nih. xsempat nk mengedit gambo baru, update gmbr yg dh ada je. dh pernah tayang sekali. kali nih before serve tu tun pecahkan sebiji telur.

Dumpling Daging dengan Sup Sayur
Resepi: Chef Sarji, Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Olahan: tun telani

Bahan A

  • 1 cwn daging kisar - tun guna 300 g
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 cwn tepung jagung - tun letak 2 sb
  • 1 sudu makan garam - tun letak 1 sk
  • 1/2 sk serbuh lada putih

Bahan B
  • 3 cwn air rebusan daging - tun guna 3 cwn air + 1/2 kiub daging
  • 2 keping cendawan tiram - tun guna 3 keping shiitake
  • 1/2 inch lobak merah- potong kecik
  • 1 btg sawi - potong
  • 2 inch cendawan butang
  • 2 inch saderi
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sk minyak bijan
  • sedikit tepung jagung jika ingin pekatkan sup.

Cara2
  • Kisar Bahan A dan bulat2kan ikut saiz kesukaan. Simpan dalam peti sejuk.
  • Didihkan air dan kiub daging dan masukkan dumpling daging tadi. Masak sampai dumpling timbul. 
  • ** Adunan ini akan menghasilkan dumpling daging yg agak banyak, jadi sebahgian blh ditoskan dan disimpan dalam fridge.
  • Masukkan semua bahan B dan masak hingga mendidih. Jika suka sup yg pekat, blh masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air.
  • Perasakan garam dan blh dihidang dgn nasi atau mee - tun hidangkan dgn dried egg noodle yg dh direbus, before serve pecahkan sebiji telur ke dalam periuk

Tuesday, January 29, 2013

Sup Chee Cheong Fun


Assalamualaikummmm~~

arini baru blh mengadap blog.. huhu... minggu ni sgt bizi! marathon study sbb kene wat solan final exam. 4 set yg perlu disiapkan by friday. huk huk.. tapi sbb tgh mendepresskan diri dgn hebatnya, jd xleh focus kat kerja sekolah.. ;( 

..... i wish i have a good heart, to be happy when others received blessing when i had so many misfortunes fell upon me ..


Skrg tgh musim chinese food kat rumah ni :) my laling pun baru hadiahkan few buku resepi dan salah satu tu, buku chinese food jugak. blom try lagi sbb byk bahan xde.

Chee Cheong Fun
resepi: kak ros @ sinaranMenu
sumber: tun telani

Bahan-bahan

  • 230ml air
  • 70grm tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu garam
  • 3 sudu besar minyak masak- tun letak olive oil

Cara2
  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
  • Alaskan loyang dgn plastik (tun guna plastik bungkus nasi lemak tu) bagi memudahkan proses mengeluarkan dan menggulung nnti.
  • Sendukkan adunan ke dlm loyang, nipis je tau.
  • Kukus selama 5 minit.
  • Dah masak, blh la keluarkan plastik dr loyang dan gulungkan.
  • Potong2 dan blh dihidangkan bersama yong tau fu atau sup.
Resepi tun olah sbb resepi asal perlu reneh rangka ayam for few hours. I don't have the patient to spend few hours cooking lunch, so use chicken stock instead.

Sup Chee Cheong Fun
Resepi: Chef Sarji, Buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • Chee cheong fun secukupnya
  • 1/2 labu bawang besar- mayang
  • 1 tbsp serbuk pati ayam / 1 kiub ayam
  • 1/2 batang carrot
  • 1/2 batang saderi
  • Sawi jepun secukupnya
  • 4 cawan air
  • 6 biji bebola sotong
  • 1/2 kek ikan
  • 4 bj tauhu kering- potong 2
  • 1/2 tsp minyak bijan
  • 1/2 tbsp kicap cair
  • garam secukup rasa 
  • bawang goreng -utk tabur

Cara2:
  • Didikan air bersama bawang, carrot, saderi dan serbuk pati ayam.
  • Masukkan semua bahan lain kecuali chee cheong fun dan bawang goreng dan masak sebentar.
  • Perasakan garam.
  • Masukkan chee cheong fun ke dalam mangkuk dan curahkan sup.
  • Tabur bawang goreng dan siap utk dihidang.

Friday, January 25, 2013

Dumpling Daging dengan Sup Sayur


Assalamualaikum~~~

Salam jumaat semua.. mesti ramai yg terlibat dgn sambutan MaulidurRasul smlm kan? ramai kawan2 tun yg terlibat dgn perarakan. tp tun xpegi pun sbb tau mesti traffic jam. huhu.. tapi kan, apa yg penting adalah untuk kita semua mengingati Rasulullah dan mengikuti sunnahnya :) boleh mula dgn membaca buku2 sirah Nabi untuk tanamkan rasa cinta pada Baginda SAW :) ingatan utk diri sendiri juga nih ^^

Ok laa.. arini nk share menu ringkas dari buku resepi masakan cina ni lagi :) agak2 penerbit buku ni marah x duk tayang resepi kt sini, jd org xyah beli dh? huhu.. harap2 xlah ye. ilmu utk dikongsi kan ;)


tgk dumpling dia kaler keputihan, mesti sbb guna daging kisar yg beli. tun kisar guna 100% daging, so xde extra tepung dlm daging tu. blh kenal bila tgk warna bebola daging. kalau guna pure daging kaler dia gelap. dr segi rasa, tun mmg x makan daging, tp laling tun ckp sedap :)





Dumpling Daging dengan Sup Sayur
Resepi: Chef Sarji, Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Olahan: tun telani

Bahan A
  • 1 cwn daging kisar - tun guna 300 g
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 cwn tepung jagung - tun letak 2 sb
  • 1 sudu makan garam - tun letak 1 sk
  • 1/2 sk serbuh lada putih

Bahan B
  • 3 cwn air rebusan daging - tun guna 3 cwn air + 1/2 kiub daging
  • 2 keping cendawan tiram - tun guna 3 keping shiitake
  • 1/2 inch lobak merah- potong kecik
  • 1 btg sawi - potong
  • 2 inch cendawan butang
  • 2 inch saderi
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sk minyak bijan
  • sedikit tepung jagung jika ingin pekatkan sup.

Cara2
  • Kisar Bahan A dan bulat2kan ikut saiz kesukaan. Simpan dalam peti sejuk.
  • Didihkan air dan kiub daging dan masukkan dumpling daging tadi. Masak sampai dumpling timbul. 
  • ** Adunan ini akan menghasilkan dumpling daging yg agak banyak, jadi sebahgian blh ditoskan dan disimpan dalam fridge.
  • Masukkan semua bahan B dan masak hingga mendidih. Jika suka sup yg pekat, blh masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air.
  • Perasakan garam dan blh dihidang dgn nasi atau mee.

Tuesday, January 22, 2013

Wantan Ayam Goreng

Assalamualaikumm~~~ :x

1st entry for the week, arini xde kelas, tp mlm ni kene gi uni jaga student ada test. that means, bakal merempit dgn lajunya sbb cuak time balik ko 1030 mlm lalu kat jalan yg jarang2 ada kereta. uu uuu.... n to make the matter worse, simpang masuk umah ni lampu jalan tu xpenah nak menyala for the whole kilometre! :( stress sungguh. 

ok laa.. arini nk share lg satu resepi dlm buku chef sarji nih.. mmg addictictive la this thing. makan xleh nk berenti. sedap je duk mengunyah sbb kecik2. really not a healthy choice of snacking though. kui kui.. sekali sekala blh la buat nih :)


***** tun masih TAK berjaya komen di EMBEDDED komen ye. harap2 xde yg salah anggap tun sombong or x pergi membalas kunjungan :(  

ok.. here's the recipe


Wantan Ayam Goreng
resepi: chef sarji, buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 peket kulit wantan
  • 200 g isi ayam- kisar - tun guna bahagian dada, dadukan
  • 100 g isi udang - dadu
  • 1/2 bj bawang besar- cincang halus
  • 2 tsp tepung jagung
  • 1 tsp minyak bijan
  • 3 sudu makan kicap cair - tun lupa nk letak
  • 1/2 tsp lada sulah - tun letak serbuk lada hitam
  • 1 btg carrot - sagat - tun tambah
  • 1 cwn kobis sagat - tun tambah
  • garam secukup rasa

Cara2
  • Gaul sebati semua bahan inti dan perap dlm peti sejuk selama sejam.
  • letakkan 1 sudu kecil inti dlm kulit wantan dan bungkuskan. Basahkan bahagian tepi kulit wantan supaya dia melekat.
  • Goreng hingga kuning keemasan dan blh dihidang dgn sos cili.

Thursday, January 17, 2013

Chee Cheong Fun dan Yong Tau Fu



Assalamualaikummmm :D

tiba2 semangat utk mengadap blog dtg berkobar2.. :p tgh2 bersemangat ni, baik update cepat2 sblm kembali lemau dan menyimpan gambar jd perkasam. hihi... ekceli arini kelas cancel, tu yg berbahagia je tu. tp yg x best, esok kene gi lab sampai petang.. urghh... jumaat hari yg plg x best kalau ada kelas petang.

nway, lucnh arini dgn xtra rajin membuat chee cheong fun makan ngan yong tau fu nih.. dulu2 masa kat kolej selalu tgk org jual yong tau fu ni, salah satu bahan yg dia letak mende alah mcm kue tiaw nih.. sblm ni xtau nama dia ape. huhu.. smp la nmpk kak ros sinaran menu tayang chee cheong fun ni. tun pun tanya la encik gugel adakah ini yg org letak dlm yong tau fu. mmg tepat sekali! haha.. *skema la pulok.. 

nway, selepas memeram resepi ni selama lebih setahun, arini tun pun dgn rajinnyer menggodek2 di dapur.. lorr.. senang bebenor rupenye.. sambil2 pejam mata blh siap nih.. cewahh.. ada unsur2 riak disitu ye :p



nway, resepi asal ada inti, tp sbb nk mkn ngan yong tau fu, tun wat kosong je.. satu adunan ni dpt dlm 6 gulung chee cheong fun. wat nipis2 ye..

Chee Cheong Fun
resepi: kak ros @ sinaranMenu
sumber: tun telani

Bahan-bahan
  • 230ml air
  • 70grm tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/4 sudu garam
  • 3 sudu besar minyak masak- tun letak olive oil

Cara2
  • Campurkan semua bahan dan kacau sebati.
  • Alaskan loyang dgn plastik (tun guna plastik bungkus nasi lemak tu) bagi memudahkan proses mengeluarkan dan menggulung nnti.
  • Sendukkan adunan ke dlm loyang, nipis je tau.
  • Kukus selama 5 minit.
  • Dah masak, blh la keluarkan plastik dr loyang dan gulungkan.
  • Potong2 dan blh dihidangkan bersama yong tau fu atau sup.

kuah yong tau fu ni masih gunkan resepi minami@myr.. mmg senang dan sedap resepi nih.. cuma kali ni kehabisan bijan, tun yg kurang berseri sket rupa dia.

Kuah Yong Tau Fu
Resepi: Minami@myr
Sumber: Kak Ika, tun telani


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 10 tangkai cili kering - tun guna 3 sb cili giling
  • gula melaka atau kurozato>>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
  • bijan goreng
  • gula(kalau kurang manis)>>Lebih kurang 1/2 sudu besar - tun xletak
  • 1 s.k garam
  • 3 cm belacan>>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air>>yg ni terpulang
  • sedikit ajinomoto - tun telak
  • 1 sk sos tiram - tun tambah1 sb kicap manis- tun tambah

Cara-cara
  • Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air. - tun skip ni, tun tumis cili giling dan terus tambahkan air dan bahan2 lain.
  • panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  • setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  • masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain

**Isi dia tun celur dlm sup.. just rebus air dgn kiub ayam, pastu tambah halia dan garam sket.. =)

Wednesday, January 16, 2013

Kari Laksa ala Cina


Assalamualaikummm ^^

Tiba2 terajin nk mengapdate. baru je siap key-in markah presentation student. arini kelas pagi je, so ptg blh marathon study utk nx class pulak. tp b4 study utk keje tu, tun study buku resepi dulu. hoho... 

ni 1st time tun beli buku resepi melayu.. selama ni duk beli buku resepi mat salleh manjang. mmg koleksi buku resepi lg byk dr buku2 lain. hihi.. tiap2 kali ke kedai buku mmg duk belek buku resepi je. buku ni yg latest tun beli, Resepi Ala Gerai Masakan Cina, dr Chef Sarji. tun pun xkenal sape chef sarji ni, tp sbb laling tun suka makan chinese food, dan buku ni murah, jd tun beli je la. kalau buku resepi yg mahal2 tu kene tunggu kuar ngan encik abang sayang sbb dia lg byk duit. kui kui... 

Content sgt clear dan senang follow, gambar pun cantik
Kari Laksa ala Cina ni rasa dia mcm mee kari je actually. bahan2 pun xbyk beza, cuma penggunaan laksa instead of mee kuning yg bezakan dia kot.  tp tun xde semua bahan2 yg patut ada, jd maybe rasa dia patut lain sket kot. hihi.. nx time nk prepare semua dulu baru buat.


tun share resepi dia bagi yg ingin mencuba.. nnti nk try resepi2 lain pulak :D

Kari Laksa ala Cina
Resepi: Chef Sarji, buku Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Sumber: tun telani

 Bahan2:

Bahan A
  • 2 ketul leher ayam - tun guna 1 dada ayam
  • 6 cwn air
  • 1/2 cwn minyak masak - tun kurangkn dan guna olive oil
  • 2 cwn santan

Bahan B
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1  inch halia
  • 1 btg serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering - tun guna 2 sb cili boh
  • 1/4 cwn udang kering

Bahan C
  • 3 ekor udang - xde stok
  • 2 sudu makan isi kerang
  • 3 bj bebola ikan

Bahan D
  • 1 inch kulit kayu manis
  • 1/2 cwn serbuk kari daging - tun letak 2 sb
  • 15 helai daun kari

Bahan F
  • 2 cwn laksa- rendam dlm air panas - tun guna laksa kering, rebus
  • 1 bj telur rebus
  • 2 sb hirisan timun
  • 1 bj tauhu pok - tun letak banyak
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sk bawang goreng

Cara2:
  •  Panaskan minyak dan tumis bahan B yg telah dikisar hingga harum dan kering
  • Masukkan Bahan D, ayam, dan kacau.
  • Masukkan santan, tutup periuk dan kecilkan api. Masak 10 minit hingga santan pecah.
  • Masukkan air, bahan C dan E. Masak selama setengah jam - tun masukkn tauhu pok sekali.
  • Masukkan bahan F dlm mangkuk dan tuangkan kuah.
  • Tabur bawang goreng dan daun sup.