Showing posts with label biskut/cookies. Show all posts
Showing posts with label biskut/cookies. Show all posts

Friday, February 24, 2017

Chocolate Chip Cookies Dila Cake House

Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah berjaya mengambil gambar dgn agak OK. haha.. lama betul x mnyusun makanan utk amik gambar. kat bintulu byk pinggan mangkuk yg mmg beli utk amik gambar, duk kat kg ni, guna je laa mana yg ada. 



Cookies ni duk lalu lalang kat wall FB tun.. saje2 laa try buat, kot2 ada beza dgn cookies yg biasa tun buat. sama je rasa dia. semua pon sedap. hihi.. tp tun share jugak utk sapa2 yg nk try. tun dh kurangkan bahan2 ikut yg biasa tun buat, sbb kalau ikut resepi asal, jenuh nk masuk oven 7-8 tray, oven kat kg dh la kecik.. huhu


ps: susah nk mengadap blog skrg, harith sibuk nk tekan laptop. nmpk je buka laptop sepantas kilat dtg menempel nk menekan jugak.

Chocolate Chip Cookies
Resepi: FB Dila Cake House
Sumber: tun telani

Bahan2:

Bahan basah:
  • 250g butter
  • 30g gula castor
  • 125 g gula perang
  • ¼ sk garam
Bahan kering:
  • 300g Tepung gandum
  • 1 sk Soda bikarbonat
  • ¼ sk Baking powder
  • 30 g Almond stick
  •  1tsp Koko powder
1sk vanilla
1biji  telur
Chocolate chips

Cara2
  • Campurkan bahan-bahan kering.
  • Untuk dapatkan cookies yang rangup, sejukkan bahan2 basah di dalam peti sejuk selama setengah jam.
  • Pukul bahan basah sehingga kembang. Masukka vanilla dan telur, pukul lagi.
  • Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit.
  • Masukkan choc chip ikut selera memasing. Gaul rata.
  • Masukkan bancuhan ke dalam piping beg. Gunting ikut size yang berkenan. (adunan tun x selembut adunan yg ditunjuk dlm video, jd tun sudukan je atas loyang, x masukkan dlm piping beg)
  • 165-170 suhu atas bawah. Dalam 20 minit.

Monday, October 21, 2013

Yummy Chewey Gooey S'mores Cookie Bars ^^


gambo hp je tu yg x berapa comey

Assalamualaikummm :)

alhamdulillah.. masih dikampung.. duk kt kg seronok masak mcm2 sbb ramai yg makan :D  kalu duk bintulu, sendiri masak, sendiri makan, pastu sendiri gemuks ^:)^

b4 balik aritu, terjumpa marshmallow kat supermarket. mmg sgt jarang jumpa halal marshmallow, kalau kt kg pun, biasa jumpa halal marshmallow yg kedai bakery ingredients, tp amat laa mahal. jd bila jumpa kt supermarket yg murah, semangat beli smp 4-5 peket. hihi....  


biasanya kalau marshmallow, sure akan teringat kat S'mores... kalau mat saleh mmg akan bw marshmallow time camping. panaskan pastu kapit ngan cookies, sedap /blush ada yg resepi dessert yg guna marshmallow. tp dlm byk2 tu, tun paling berkenan kat resepi cookie bars nih. serius terliur tgk blogger ni buat.. sbb tun guna kamera hp je, xdpt nk tayang gambar yg cantik2 :-<



Cookie bars ni sgt senang nak buat.. tp bagi yg x tahan manis tu, mmg perlu kurangkan gula.. masa bakar tu, mmg xtahan bau dia, rasa mcm nk gigit terus bila kuarkan dr oben. haha.. tp utk potongan yg cantik, perlu tunggu betul2 sejuk dulu tau.. kalau pelahap mcm tun nih, xsempat 2jam dh sibuk nk potong, tu yg hancus sket rupa dia.. :p


S'mores Cookie Bars
Resepi: The Larson Lingo
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1 c serbuk biskut merie (hancurkan biskut merie lepas tu sukat)
    1/2 c butter, carikan
    1 1/2 c gula perang
    1 c butter
    1 telur
    1 tsp vanilla
    1 1/4 c tepung gandum
    1/2 tsp baking soda
    1/2  tsp garam - xletak sbb butter dh masin
  • 1 c chocolate chips
    3/4 c marshmallows - pastikan HALAL sbb byk marshmallow tak halal
  • 1 bar kecil Milk Chocolate- pecahkan

Cara:
  • Satukan biskut merie dan setengah cawan butter yg dicairkan. Tekan atas loyang 8inch yg telah dialas kertas minyak.
  • Pukul gula dan 1 cawan butter, masukkan telur dan esen vanilla.
  • Masukkan tepung, garam dan baking soda, gaul sebati.
  • Masukkan chocolate chip dan 1/2 cawan marshmallow. Gaul sebati. Tuang atas loyang berisi biskut merie tadi.
  • Bakar pada suhu 180 C, selama 10-12 minit.
  • Selepas12 minit, taburkan chocolate bar yg dipecahkan2 dan baki 1/4  cwn marshmallow ke atas adunan td, dan bakar lagi 10 minit (atau hingga masak, tak melekat bila dicucuk)
  • Pastika n tidak overbake (masa bakar dr mula hingga akhir adalah 20-22 minit).
  • Biarkan sejuk selama 2jam sebelum dipotong empat segi.. (biarkan pada suhu bilik, jgn masuk peti sejuk)


Beware: ini sangat sedapp... kalau takut gemuks, jgn buat sbb mmg xleh berenti makan.. /wahaha
 

Monday, August 5, 2013

Biskut Raya 1434H: Chocolate Chips Cookies with Almonds


Assalamualaikumm :)

tayangan biskut raya terakhir utk tahun nih..buat 4 jenis je sbb kt umah mama dan kakak dh bawa blk biskut jugak. tayang nyer 3 sbb satu lg mcm xberapa nk menjadi.. hihi.. kita tunjuk yg jd je ye, kalau yg x jadi tu xyah nk tunjuk2, kesian kt org yg menerai resepi kita nnti.. 

ni biskut chocolate chip favourite tun. dh few years tun guna resepi yg tun olah dr buku resepi pemberian my laling :x ni la cookies yg duk ulang2 buat, kdg2 tambah kacang2, kdg2 buat plain, kdg2 tambah cocoa powder jd lbh chocolaty. ada yg hairan tgk xde telur dlm resepi nih. tp mmg xde telur, dan masih sgt rangup dan sedap :D


utk raya kali nih, tun buat cookies ni tambah badam cincang. mmg biasanya ni laa biskut yg paling cepat habis :)

Chocolate Chips Cookies with Almonds
Resepi: 500 cookies and bakings Cookbook
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1/2 cwn chopped almonds - sangai dahulu
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan badam dan gaul sebati lagi.
  • Masukkan dalam peti sejuk sebentar jika ingin cookies terbentuk cantik.
  • Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
  • **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

Sunday, August 4, 2013

Biskut Raya 1434H: Biskut Nestum Rangupp


Assalamualaikummmm~~~

sape tgh dgr lagu raya.. angkat tangan!! hihi... kt sini dh makin sunyi sepi.. kiteorg antara yg paling akhir meninggalkan bumi bintulu. sbb xde feel raya, jd buat biskut raya smbil dgr lagu raya utk mengubat hati yg sedikit berduka.. huhu... tahun ni raya umah mertua, jd sayu je dgr lagu dendang perantau dan dari jauh ku pohon maaf tuu.. sob sob.... don't get me wrong, i love my in-laws.. especially my sisters in law. dgr2 org duk citer pasal xleh 'go' ngan kakak2 ipar, tun bersyukur sbb ipar2 tun semua baik2. tapi.. mana sama kampung sendiri ngan kampung mertua kan.. jd mlm raya tu mmg terasa mcm nk berdrama air mata la jugak dlm bilik.. huhu...

nway.. tun baru siapkan 2 jenis biskut.. mula2 semangat nk buat mcm2 biskut, tp kakak tun ckp dh byk biskut tunjuk kat rumah, jd cancel buat byk2.. nnti bazir je.. biskut nestum ni tun dh buat last year, sbb tun suka makan jd buat lg tahun nih.

fresh from oven

Biskut Nestum (yg sangat2 rangup! siyes! )
Resepi: Maria
Sumber: Kak Mas, tun telani
Bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis  - tun ganti dengan chocolate chips
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
  3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
  4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. Mas bakar 20 minit. 


Friday, August 2, 2013

Biskut Raya 1434H: Best Ever Chocolate Cookies


Assalamualaikummm :D

tayangan perdana biskut raya dr dapur tun! hihi.. org len dh siap packing biskut nk bw blk kg, tun baru nk stat wat biskut raya. huhu... arini officially stat cuti mid sem aka cuti raya, jd baru la dpt bernapas sikit. tu pun sbb wat2 x nmpk kerja2 phd yg tak pernah surut tu.. /sweat

nway.. this has become biskut wajib family tun.. wat snacking saje2 dan juga wat masa raya.. satu adunan ni mmg kejap je habis nih.. meriah dgn raya coklat even after tun reduce kan portion chocolate dia. TAPI.. sbb ni resepi mat saleh kan, gula dia agak banyak. so kalau rasa2 nk kurangkan manis di musim perayaan ini, blh kurangkan sikit gula tu ye :)



Nama best ever tu bkn sbb tun syok sendiri ye, tp sbb mmg tu nama yg diberi kat biskut nih.. tp sbb ni antara biskut feveret adik2 tun, jd mmg sesuai kot nama best ever choc cookies tu.. ^^

Best Ever Chocolate Cookies
Adapted from: krista3@allrecipe
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 1 1/2 cwn tepung
  • 3/4 cwn cocoa powder - tun guna 1/2 cwn cocoa powder dan tambahkan tepung 1/4 cwn
  • 1 1/4 tsp baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cwn (170g) butter/margerin
  • 1 1/4 cwn gula - tun letak 1 c je
  • 1 bj telur
  • 1 sk esen vanilla 

Cara2
  • Ayam tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. ketepikan.
  • Pukul butter dengan sampai berkrim. masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan2 yg diayak dan gaul hingga jadi doh yg lembut.
  • Kalau ingin terap, simpan dalam peti sejuk sebentar sbb doh sgt lembut dan susah utk dicanai. Doh yg sejuk akan sedikit keras, tabur tepung atas papan pencanai utk elakkan tepung dr melekat. kalau guna cookie presser mcm tun, xperlu sejukkan, blh terus press atas loyang yg dh di glis. 
  • Bakar pada suhu 180 C, 8-10 minit. biskut agaklembut masa panas, biarkan sejuk dlm loyang sblm alihkan dlm bekas  

Thursday, July 19, 2012

Best Ever Chocolate Cookies ^^


Assalamualaikummmm~~~~

hehe... blm puasa dh sibuk menunjuk biskut raya pulak ye :p ekceli, buat biskut sbb dh meroyan baca buku byk ngat.. ada 2 perkara yg kompom blh menceriakan hati yg stress => coklat + baking.. maka di tengah2 malam, tun tinggalkan buku yg sepah2 depan tibi dan godek2 cookies kt dapur.. bau coklat yg semerbak dlm oben mmg kompom blh buatkan orang gembira. hihi..

rasa2nya ni 1st time buat chocolate cookies, biasanya mmg akan godek2 chocolate chip cookies je. main difference is choc chip cookies usually used brown sugar, yg ni guna castor sugar. lg satu, this cookies is very chocolatey. siyes! tun kurangkan cocoa powder sket, tp still sgt2 terasa coklat dia. sedap! cuma agak manis ye, adik kakak semua.. nasib baik la dh dekat nk puasa, kalau x mmg sesuai utk menambah kawan2 lemak di badan :p

shedap ^^
star2 itu tun letak time amik gambar je. hihi.. tp kalau nk jadikan biskut raya, mmg sesuai laa letak manik2 tu ye. baru ada 'feel' biskut raya ^^


yg ada chocolate chips ni laling punya..

resepi godek2 kat allrecipe. just alter sikit2 je. gula tun kurankan sket, tp still agak manis, kalau sape2 yg x suka manis tu, pandai2 laa bajet kurangkan gula ye :) yg pasti, mmg xkan menyesal buat cookies ni, sure budak2 suka ^^

Best Ever Chocolate Cookies
Adapted from: krista3@allrecipe
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 1 1/2 cwn tepung
  • 3/4 cwn cocoa powder - tun guna 1/2 cwn cocoa powder dan tambahkan tepung 1/4 cwn
  • 1 1/4 tsp baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cwn (170g) butter/margerin
  • 1 1/4 cwn gula - tun letak 1 c je
  • 1 bj telur
  • 1 sk esen vanilla 

Cara2
  • Ayam tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. ketepikan.
  • Pukul butter dengan sampai berkrim. masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan2 yg diayak dan gaul hingga jadi doh yg lembut.
  • Kalau ingin terap, simpan dalam peti sejuk sebentar sbb doh sgt lembut dan susah utk dicanai. Doh yg sejuk akan sedikit keras, tabur tepung atas papan pencanai utk elakkan tepung dr melekat. kalau guna cookie presser mcm tun, xperlu sejukkan, blh terus press atas loyang yg dh di glis. 
  • Bakar pada suhu 180 C, 8-10 minit. biskut atas lembut masa panas, biarkan sejuk dlm loyang sblm alihkan dlm bekas :)




Tuesday, July 17, 2012

Danish Butter Cookies


Assalamualaikummmm~~~~~

maghrib2 hari mengadap blog. kui kui..... baru balik dr tutorial, merehatkan minda n badan dgn duk depan lappy :) cookies ni dh buat wiken lepas, dh habis pun.. hihi.. mmg dh gatal betul tangan nk mengukis. berbulan x buat kukis, resepi ni pun dh perap hampir setahun :p 

mmg tun sgt2 suka makan butter cookies. biasa beli yg dlm tin tu, sikit punyer mahal. dpt buat sendiri mmg puas hati mkn. len kali nk buat tebal sikit baru sama mcm yg beli tu. tp still sedap ^^ kalau ada butter oil mesti lg mantap nih.


Danish Butter Cookies
Resepi: Kak Fida@myr
Shared By: HaSue

Bahan-bahan ( 50 keping, lebih kurang )

125 g mentega (1/2 buku)
45 g gula icing (1/3 cwn)
140 g tepung Top/gandum* (1 1/4 cwn)
1/4 sk baking powder* - (*ayak bersama)
1/2 sk butter oil atau 1 sk esen vanilla
choc chips atau kismis - utk hiasan - tun xletak
gula halus - utk tabur (opt)

Cara-cara
  1. Putar mentega dan gula icing hinga berkrim.Masukkan butter oil atau esen vanilla dan akhir masukkan campuran tepung Top/gandum dan pukul sebati.
  2. Simpan doh dalam peti sejuk selama 1/2 jam.Masukkan doh dalam piping bag dan bentukkan atas dulang pembakar.Hias dengan choc chip atau kismis.
  3. Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga perang.Taburkan gula halus diatas kukis jika suka dan sejukkan
  4. *Bentuk kukis boleh dipelbagaikan ikut suka.

Monday, June 11, 2012

Chewy Chocolate Chip Cookies


Assalamualaikummm ^^

mari mengukissss~~ dh lama betul tun x mengukis, tiba2 rasa mcm nk makan chocolate chip cookies. dh lama usha resepi ni kat allrecipes. sbb tun mmg suka cookies yg dlm dia kt luar rangup, dlm chewy :D dia tulis 'best chocolate chip cookies' tp tun xnak laa tulis title n3 mcm tu nnti misleading pulak. walaupun tun suka cookies yg mcm ni, tp kalau yg chewy gini biasa adik2 tun x suka makan. dieorg suka yg crunchy mcm biasa tu.

gambar straight dr oben..hihi
malas nk translate, n3 cepat2 sbb byk kerja nk buat. nnti tun BW cepat2 jugak ye..

tun buat separuh adunan.. a bit manis, so len kali nk kurangkan gula.

Best Chocolate Chip Cookies
resepi: alllrecipe
sumber: tun telani

Ingredients
  • 1 cup butter, softened
  • 1 cup white sugar - next time nk kurangkan 1/2
  • 1 cup packed brown sugar
  • 2 eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 3 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 2 teaspoons hot water
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 cups semisweet chocolate chips - letak juga choc rice sbb nk habiskan
  • 1 cup chopped walnuts- x letak
Directions
  • Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  • Cream together the butter, white sugar, and brown sugar until smooth. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Dissolve baking soda in hot water. Add to batter along with salt. Stir in flour, chocolate chips, and nuts. Drop by large spoonfuls onto ungreased pans.- tun dropkan 1/2 sb
  • Bake for about 10 minutes in the preheated oven, or until edges are nicely browned. 

Sunday, September 4, 2011

Post Raya... Biskut Raya yg sempat dibuat




Assalamualaikum ^^

Kembali mengadap lappy selepas penat beraya. masa raya xsempat nk amik gambo juadah hari raya. segan pun ye gak. ye laa, tahun ni beraya kt umah mertua. balik kemaman 2 hari b4 raya, sempat la pulun wat biskut raya 2-3 jenis. x wat byk pun, sbb me dh wat balik 2 jenis biskut dr bintulu, pastu kakak me pun dh wat 2 jenis jugak b4 me balik. tambah ngan kerepek2 dan popia gulung segala jenis, mmg x muat 2 set balang biskut raya. hihi... walaupun dh habis period membaking biskut raya, me nk letak laa jugak n3 biskut raya ni. sbb mmg sgt2 sedap! tahun depan iA nk wat lagi nih.

comey kan ;)


Biskut Nestum (yg sangat2 rangup! siyes! )
Resepi: Maria
Sumber: Kak Mas

Bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis  - tun ganti dengan chocolate chips
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
  3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
  4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. Mas bakar 20 minit.

1st time wat tat nenas..... hihihi.. 


Tat Nenas
Resepi: Kak Anim

bahan2 pastri
  • 4 oz butter- 115 gram
  • 4oz minyak sapi- 115 gram
  • 1 biji telur gred B
  • 1 lb tepung gandum-450 gramsedikit garam
  • air sejuk
cara
  • Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
  • Masukkan butter dan minyak sapi
  • Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.   (tun letak sikit air ais sbb adunan tun jd sedikit crumbly, lepas uli tu, tun letak jugak dlm peti ais, kuarkan sedikit2 utk gulung)
  • Guna acuan seperti gambar di bawah.
  • Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
  • Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
  • Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
  •  
nota kak anim: Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa. samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.  
Inti 
resepi kak anim jugak  ( tun guna inti yg beli kt kedai. hihi)
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
cara
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan

yg ni kakak tun yg buat,.. tun letak coklat n manik je.. hihi


Tuesday, August 23, 2011

German Cookies


Assalamualaikum~~

hihi.. org lain dh berderet2 list biskut raya, me baru je nk stat. thesis tun tu bukan laa dh hantar satu buku tau. baru je hantar 2 chapter, ada lagi 2 chapter besar dan 1 chapter kecik.. hihi.. ada yg dh ckp congrtaz lak. apa2 pun, terima kasih me ucapkan. skrg ni ada chapter yg dh siap separuh, dan ada yg baru letak points. mudah2kan chapter2 seterusnya pun dpt ditulis dgn pantas. sbb supervisor suruh submit 2 chapter b4 raya, tu yg hepi sbb dh xyah pk buat masa skrg, nnti lepas raya baru kita pk pasal chapter lain. haha...

ok, meh tgk kukis yg pertama me buat. me wat pas blk terawikh mlm td (sini isyak awal, so dlm ko 930 tu dh blh masuk dapur, xde laa lama sgt wat biskut nih). sama lak dgn kak izah ye. ni 1st time me guna potato starch dalam masakan. jakun pulak rasa.. doh sgt lembik dan agak melekit, nk wt bulat2 tu pun kene tekun. me simpan dlm fridge jap supaya mudah nk bentuk. n sebab nama biskut raya kan, kene laa ada manik2.. hihi... wat 2 adunan, satu yg asal, satu lagi tun tambah choc paste (sy cintakan coklat! hihi). mmg bila makan tu tergezut. haha.. mcm gula2 kapas, mencair dlm mulut! bagi yg suka kan texture tart, maybe akak suka mkn nih. kan tat pun style cair2 penuh mulut bila makan. tun sebijik dua buleh la, pastu xleh gi dah.. me jenis yg makan biskut crunchy2 krup krap krup krap.. huhu..


apa2 pun, terima kasih pada penyumbang resepi. harap2 adik2 tun suka biskut nih.

GERMAN COOKIES
source : Rima
copied: kak Nor

Ingredients
125g butter - high quality
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch
80g superfine flour (I used Plain Flour)

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.
** for chocolate flavour, tun added half teaspoon of choc paste.

Wednesday, June 22, 2011

Chocolate Chips Famous Amos Cookies


Assalamualaikum..

tgh hari baru buka blog nii... pertama sekali tun nak ucap SELAMAT HARI LAHIR yg ke 31 buat blogger HaSue yg disayangi.. moga dgn pertambahan umur seiring dgn pertambahan amalan utk mencari keredhaanNya.. walaupun baru beberapa bulan kenal, dan hanya di alam maya, terasa sgt laa dekat di hati.. ^^ masa mula2 tun stat aktif blogging awal tahun aritu, kak sue adalah org yg pertama sekali yg komen kat n3 tun.. terasa sgt terharu.. semoga persahabatan ini kekal selamanya iA =)

back to my choc chips ^^ semalam telah digoda dgn jayanya oleh kak naz.. pagi2 tgh melapar tu, dia dh tayang cookies.. mana blh tahan.. walaupun dgn meroyan nk wat puding keju kak nor, tp sbb x cukup bahan, me membalas dendam dgn wat cookies ni ptg semalam.. huhu.. lg pun, nk kasi kt akak blok sebelah (wife pegawai kt sini).. cuti bersalin dia dh nk habis, so pg ni dia nk blk semenanjung.. sob sob... hilang sorg kawan.. me wat cookies ni utk dia wat bekal tgh jalan.. hihi..

mmg sedap nih.. rasa dia lbh kurang je ngan cookies yg me biasa buat (refer sini), tp lagi crumbly.. sbb famous amos nyer cookies kan crumbly2 sikit.. mmg x nyesal laa buat nih ^^ lain kali blh wat lagi..

CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS COOKIES
Resepi : mrnamie.com
Sumber: Kak Naz COSK


Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate <- tun letak 1 tsp
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam <- tun xletak sbb guna margerin, dh masin
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega <- tun guna margerin sbb mentega xde stok
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional
Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN. <- tun drop guna sudu
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
tun xde stok kekacang, jd x letak.. kalau ada sunflower seeds mesti lg sedap nih ^^