Showing posts with label Sambal/Pencicah. Show all posts
Showing posts with label Sambal/Pencicah. Show all posts

Wednesday, April 15, 2020

Sambal Belacan


 Assalamualaikummm....

Siap dah stok sambal belacan untuk bulan puasa.

Belacan opkos yang import dari Bintulu, air tangan mak angkat Harith, banyak dia bagi stok sebelum kami pindah semenanjung. Guna sikit2, pastu simpan peti 🥰 Lama tahan.

Belacan lain Tun kalah sikit, gatal hidung bersin nanti. Belancan Bintulu guna udang geragau fresh, bukan udang kering biasa. 


Simple Sambal Belacan
by: tun telani
  • Lada merah
  • Belacan bakar
  • Gula melaka
  • Cili hijau
  • Cili merah
  • Perasan limau kasturi/ limau nipis

  • Takde ratio, ikut je nk buat banyak mana. Taknak pedas, kurangkan cili kecik, lebihkan cili besar. Kalau nk pedas, lebihkan cili kecik merah.
  • Masuk dalam bekas semua, pastu blend. Antara gajet kesayangan, hand blender 😁 muat2 blender dalam bekas ni.

Settle sambal belacan ni dh senang hati sket, sbb mmg keperluan. Double HM ni tak makan pedas, jadi ni laa penyelamat mama dan abi :) masak lauk kurang pedas, tapi makan dengan sambal belacan. hihi...


#tuntelanikitchen

Wednesday, June 6, 2012

Kari Kepala Ikan Merah


Assalamualaikummm ^^

alhamdulillah.. dh submit slides presentation utk Dr semak.. blh bernafas kejap n ngadap blog sebelum buka buku chemistry.. ada 5 hari utk ngadap few chapters dan siapkan slides dan lecture notes. harap2 masih ingat semua yg tun pernah belajar sblm nih, nntikan student tanya, cikgu xleh jawab, x ken naye tu? huhu.. chaiyok2!!!

nway, kari kepala ikan merah ni antara menu favourite tun.. mmg sangat2 teramat suka makan kari kepala ikan merah nih.. :D tp jarang2 dapat makan, bukan selalu dpt jumpa ikan merah yg segar dan besar, harga pun blh tahan jugak. 


Sangat gembira sbb xperlu berebut masa makan.. hahahaha.. my laling x makan kepala ikan (alhamdulillah.. hihi).. kalau kat umah me nih, mmg xde can la nak ngadap sorang. dgn bahagianya tun meratah. mula2 godek2 dapur kak nor dan kak madihaa, tp xde pulak resepi kari ikan yg bersantan. enchik H ni xnk makan kari ala mamak pulak. so tun masak sesuka hati je laa.. letak isi 2 ketul utk boypren ku nih. kepala ikan tu dua2 tun punya.. hoho..

Kari Kepala Ikan Merah
resepi: tun telani

Bahan2
  • 1 kepala ikan merah saiz besar- belah 2
  • 2 keping isi ikan merah
  • 1 bj bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 inch halia- tumbuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sk halba
  • 1 sk serbuk kas-kas - optional
  • 2 sb cili giling
  • 2 sb rempah kari ikan - tun guna adabi - campur sedikit air utk jadikan pes
  • 1/2 cwn santan
  • sedikit air asam jawa
  • air secukupnya
  • bendi- jika suka
  • garam

Cara2
  • tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih, halia, daun kari, dan halba. tumis hingga wangi.
  • masukkan cili giling, rempah kari ikan dan serbuk kas-kas . tumis hingga pecah minyak.
  • masukkan santan dan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan air asam jawa, biar mendidih. perasakan garam dan tambah bendi jika suka.

sila terliur.. haha... xnmpk nasik dh, kepala ikan besar sgt ^^

Bila makan nasi dgn kari ikan nih, sambal belacan wajib ada :D kalau x de pun sedap jugak, tp x kick laa makan. hihi.. kali ni tun try sambal belacan warisan turun temurun kak fida. simple je resepi dia, tp sbb campur kulit limau tu, mmg sedap!

Sambal Belacan Warisan
resepi: kak fida@myr


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 5 batang lada merah - hiris
  • 4 batang lada hijau - hiris
  • cili padi - jika suka pedas lagi
  • 2 sudu kecil belacan bakar atau secukupnya
  • gula secukup rasa
  • 3-4 biji limau kasturi
Cara-cara
  1. Limau kasturi dibelah dua,perah jusnya,buang biji dan hiris halus kulit limau kasturi dan ketepikan.
  2. Tumbuk kesemua bahan kecuali gula dan limau kasturi hingga halus.Bubuh gula secukup rasa dan tambahkan jus limau kasturi dan gaul sebati.Masukkan pula hirisan kulit limau kasturi dan gaul lagi.- tun tumbukkan sekali kulit limau tu..
  3. Keluarkan sambal belacan dan bubuh di dalam piring.Sajikan

Friday, April 6, 2012

yang paling senang time xde idea..


Assalamualaikum!!

adoi.. lemau betol nk mengapdate.. tu laa, lama sgt bercuti dr blogging, warm up pun slow-slow je.. xpe laa, asalkan bukan senyap terus kan.. tayang sup ayam je arini.. gmbar yg ntah bila2 pun. kui kui... dh lupa pun ni resepi yg mana.. ada few resepi sup ayam yg tun selalu buat.. (sup ayam berempah, sup ayam resepi mama, dan sup ayam hadnyai).


bila makan sup ayam, tun selalu gandingkan dgn ikan kering /XD ikan kering ni nama dia ikan kering keropok, masa pegi KK aritu ada kawan my laling pesan suruh tolong belikan. so tun pun mencari2 la ikan kering ni. jumpa kat pasar, alang2 belikan utk org, beli la jugak sekilo utk diri sendiri. skrg tun pulak yg gilakan ikan kering keropok ni. hehe.. ikan kering keropok ni xde la semasin ikan kering biasa, nipis mcm keropok ikan.


bila wat sup ayam, tun suka makan ngan kobis goreng je. sayur2 lain x suka sgt. yg paling penting, wajib ada sambal kicap ^^  sambal resepi malas2 je..

Sambal Kicap
tun telani

cili padi
bawang putih
kicap manis
sedikit air asam jawa

- blend/ tumbuk semua.

Tuesday, February 7, 2012

Tilapia Bakar & Air Asam kak Ika


Assalamualaikum~~~~

Bertemu kembali selepas bercuti beberapa hari.. nasib baik laa ada kak lieza yg baik hati sapu habuk2 kat blog tun nih. kalau x sure terpaksa menghadapi debu seinchi.. tq kak lieza cayang..hihi

utk lunch arini tun wat ikan bakar.. ada beli ikan tilapia merah. tilapia ke talapia? selama ni tun panggil talapia, tiba2 tgk dlm tenet ejaan dia tilapia pulak.. nway, tun sgt2 suka mkn tilapia nih. biasa goreng pastu wat sweet sour, sedap sgt. /XD tp kali ni cuba bakar pulak. sihat sket :D


Tilapia Bakar
resepi: tun_telani

Bahan2:

  • 1 ekor ikan tilapia merah - tun nyer dlm 900g
  • 1 sb cili giling
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 icnh halia
  • 1 btg serai
  • 1 sk kunyit (tun guna kunyit hidup yg dh diblend)
  • garam
  • 1 bj limau kasturi/ limau nipis


Cara2:

  • tumbuk bawang putih, halia dan serai. campurkan dgn cili giling, kunyit dan garam.
  • lumur ikan yg tlh dibersihkan dgn jus limau kasturi. lepas tu lumurkan dgn bahan2 perap.
  • perap selama setengah jam.
  • bakar 20-30 minit, 200 C.
  • siap! buleh mkn dgn air asam atau sambal belacan.


utk air asam, kali ni tun guna resepi dr kak ika..air asam ni kak ika gandingkan dgn nasi daging. tp tun wat cicah ikan bakar pun sedap sgt!! /please <- cepat terharu bila mkn makanan sedap. hihi.. tq kak ika cayang for the recipe.. moga cepat2 dtg mood utk mengapdate blog ye.. ^^

Air Asam
Sumber: kak ika @ arah

Bahan A
  • 4 biji Cili >terpulang nak pedas tambahkan kuantiti cili
  • 1 biji Lada Merah Besar
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Belacan yg di bakar
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos ikan
  • 60 ml air asam jawa>>kalau nak cair boleh tmbhkan air
  • 1 sk gula >> terpulang nak manis mcm mana
  • secubit garam
Bahan Hiris
  • Sedikit hirisan bwg merah
  • Sedikit tomato di hiris dadu
  • Daun ketumbar di hiris halus
  • 1 biji cili di hiris bulat
Cara2:
  • bahan2 A  di blend hingga hancur atau separuh hancur terpulang nak mcm mana, kalau nak cair sedikit just tambahkan air kemudian perasakan kembali. 
  • Kemudian masukkan bhn2 hirisan td, dan siap utk di hidang  :-)
ps: tun blend sekali bawang merah tu.

Tuesday, January 17, 2012

Ikan Kukus dan Sambal Kicap


Assalamualaikumm~~~

..........xde idea nk mengarang.. huhu.. petang2 ni, sangat ngantuk. cuaca panas terik sampai xde mood nk wat keje sekolah. pasang tv xde cerita yg best pun. biasanya kalau chanel masak2 xde yg menarik tun akan tgk national geographic. skrg kt astro byk siaran ulang2 je. byk sikit punya mahal kan, tp cerita siar yg sama je.. tp bagus jugak, kalau byk cerita best, nnti duk ngadap tv je, satu kerja pun x buat kan..

nway, tayang menu simple2 je. bila dpt ikan fresh yg sesuai, mmg sedap kukus je ikan tu. biasa tun akan kukus ikan kecik2, dan ikan pari. kali ni kukus ikan kelah batu. tun dh terbiasa makan ikan goreng, jd bila ikan kukus ni slow sket, sbb tu WAJIB buat sambal kicap sempoi nih. baru lajuu je makan nasik.



Ikan Kukus

Bahan2:
Ikan yg sesuai (tun suka kukus ikan kelah, ikan kembung, dan ikan pari)
asam jawa- utk basuh ikan
1/2 inch halia- hiris
2 ulas bawang putih- ketuk
1 btg serai- hiris halus
1 bj limau nipis
garam

Cara2:
Rendam ikan yg dh dicuci bersih dengan air asam jawa lbh kurang 15minit.
Basuh bersih, dan gaul dgn halia, bawan putih, serai dan garam.
perahkan asam limau dan kukus sampai masak.




Sambal Kicap

Bahan2:
1 bj bawang besar/ 2-3 bj bwg merah- mayang halus
1/2 c kicap manis
3-4 bj cili padi- hiris halus

Cara2:
Gaul sebati semua bahan. Biarkan sekurang2nya 15minit supaya air bawang meresap dalam kicap. hidang bersama ikan kukus atau ikan bakar.

Sunday, May 15, 2011

Sambal Mempelam Muda Goreng

Assalamualaikum ^^

Sejak blogspot demam nih, tuan dapur pun nk jangkit demam jugak.. tp ni dpt virus M sbb time blogspot demam byk kali sgt dtg jenguk2 dia. sejak nengok kt umah mek sue dan mek sha, mmg sgt terliur nih. aritu gi pasar tiba2 nmpk org jual mempelam nih. kalau kt kg mmg byk pokok mempelam kecik2 ni keliling umah. kdg2 byk sgt smp x termakan. mama me biasa bw gi sekolah, pastu wat sambal colek. pakat mkn dlm bilik guru. hehe.. ni me beli ni, 3 biji 4inggit!! tergezut me masa makcik tu ckp 4inggit. nasib baik me x amik penuh satu plastik. ingatkn murah. huhu..

nway, sbb virus M masih lg menular dlm diri, me cnp je laa resepi nih.. huhu..

Sambal Mempelam Muda Goreng
Resepi: HaSue, Noorsha

Bahan2:(tidak terhad)
  • 3 biji mempelam muda(yg bijinya masih lembut)-kupas,buang biji dan potong kecil
  • 2 tangkai Cili merah + cilipadi(letak ikut tahap kepedasan atau jenis cili)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • Segenggam ikan bilis kupas*
  • 1 sudu belacan*
  • Sedikit garam dan gula/perasa
  • Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis(lebih krg 2 sudu bsr)
Cara2:
  1. Tumbuk semua bahan2 bertanda * menggunakan lesung batu, diikuti dengan mempelam muda. Tumbuk sehingga agak lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sambal tadi,kacau sentiasa buat seketika dan perasakan dengan garam dan gula
  3. Goreng sehingga sambal masak atau berubah warna..sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!

mkn dgn ikan bakar ngan sayur labu air.. perghhh.. mmg naik 2 kilo mkn nyk ngat ;p

Wednesday, May 11, 2011

Sambal Belacan dan Bayam Sayur Air

Assalamualaikum ^^

n3 cepat2 sbb tgh marathon keje sekolah. nx week doctor nk gi umrah, so nk hntr abstract ngan slides utk dr check b4 gi umrah. tp skrg ni teramat sgt laa panas, nk wat keje sekolah pun x selesa, duk peluh2 je walaupun kipas full blast.

nway, arini nk tayang sambal belacan. ni kalau famili me nengok ni, sure pelik. selama ni me x mkn belacan, mmg bersin 3-4 hari kalau tersalah mkn apa2 yg ada belacan. awal2 pindah sini dulu, ada akak tu bw gi mkn nasi lalapan, belacan dia satu mangkuk! tp sbb org dh belanja kan, me pun makan je laa. tunggu jugak rasa sakit2 kepala ngan bersin, tp xde lgsg! mmg teruja je me rasa. hihi.. sejak tu laa me sesuka hati mkn belacan.. ni pun nk citer gak ke? tp kalau gi kedai, my laling akan rasa dulu sambal belacan dia, kdg2 ada kedai yg guna belacan yg dh lama atau low quality, maybe buat dr udang yg x fresh kot.. belacan yg cam gini kalau me makan tanpa antihistamin mmg cari nahas.. walaupun x jadi sesak napas mcm bila tersalah mkn ketam, tp blh demam 2 hari.. so kalau belacan2 ni, my laling akan try dulu laa, bila dia kata ok, baru me makan.. hihi...

alamak, apa yg me merepek2 nih.. sorry laa kalau yg dh terbaca sampai sini, ye.. duk jeling2 keje sekolah kt tepi meja ni sambil menaip laju2.. me cnp resepi ni dr myr.. resepi kak hana masa dia duk kt jepun lg nih.. kak hana kata, resepi ni dia letak atas permintaan kak nor.. owh, mek jah pun dh wat rupanya.. =)



SAMBAL BELACAN
sumber: hana@myr

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • satu mangkuk kecil chili padi
  • 3-4 biji bwg merah
  • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • limau kasturi - hana xde limau kasturi so lemon jek yg ada. tp dcadangkan lagi sedap ngan limau kasturi

Cara-cara

  1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..
  4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!
  5. SeLamaT MencuBe.


sbb kak hana kata best mkn ngan sayur air.. me pun wat laa bayam sayur air nih.. fuhh... mmg sedap betol makan ngan ikan bakar.. kompom abih nasi seperiuk.. hehe

Bayam Masak Sayur Air

  • 1 ikat bayam
  • Segenggam ikan bilis
  • 1 bj Bawang Besar- mayang
  • Lada hitam- jika suka
  • Garam

Cara-cara

  • Tumis bawang besar sampai agak layu.
  • Masukkan air, bayam, ikan bilis, dan lada hitam.
  • Perasakan garam.

ni cara mama me masak. mmg sgt simple.. me suka kalau letak lada hitam sket, tp my laling x suka.. so ikut atas kesukaan masing2 laa, ye..

ok.. wat keje sekolah sekarang ^^

Monday, April 18, 2011

Ikan Bakar cicah Air Asam


Assalamualaikum ^^

arini lambat letak n3 sbb merajinkan diri mengadap thesis.. (me is a gud girl.. weee~~~ ). berenti utk masak lunch je tadi.. bagusnyer sayaaa~~~ hihihi... semoga tiap2 hari pun saya rajin macam ni, n lebih rajin lagi baik.. insyaAllah, amiinn..

masak simple2 je arini. semalam pergi pasar beli ikan yg fresh.. pagi tu baru je tangkap.. my laling bila dpt ikan fresh nih, mmg suka bakar je. sbb xde pokok pisang kt kawasan nih.. semua pokok kayu balak je blkg nih, so xleh nk bakar atas daun pisang. masuk oven atas dulang je..

air asam double thumbs up! mmg sedap sampai menjilat mangkuk. siyes! hehe... resepi from myr.. thanks to yummiez for the recipe. it's really yummy.. buleh tgk resepi asal kt sini, ye.


Air Asam
  • Bahan tumbuk:
  • 2 - 3 biji cili merah
  • 3/4 biji bawang merah
  • 2 sudu teh belacan- me bakar

  • Bahan hiris:
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji tomato

  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa
  • jus limau
  • garam, gula sikit - me tambah

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk. (me layukan semua bhn dalam kuali dulu)
  2. Masukkan garam secukup nya. Tak perlu byk sgt kerana belacan dah masin.
  3. Hiriskan semua bahan hiris.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

Ikan Bakar

  • Ikan- apa2 jenis yg sesuai, bersihkan dgn air asam jawa
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Garam

Cara2
  • Gaul ikan dgn jus limau nipis dan garam
  • Bakar pada suhu 180 degree, selama 30 min. api atas bawah, so xyah balik2an.

mmg me mkn x berenti, tiba2 dh hbs sepinggan.. hahaha... tp me mmg xkn tambah nasi, sbb makin sihat dh nih.. hehe.. makan dgn sayur petola masak air.. perghhh.. ni duk gatal2 idung ngan ingus2 penangan belacan.. tp puas hati mkn dgn sedapnyer.. huhu

ni menu org kampung.. sedap laa pulak.. hihi

tgh2 tenet yg nazak, tiba2 me rasa mcm my lappy dh semakin nazak.. abah belikan lappy ni masa me final year (coz my old one keep switching off by itself, n i need to write a thesis for my honours year).. that was few years back.. now this one selalu 'hang'.. uwaaaa.... brp jangka hayat lappy year? xkn 4 thn dh nk rosak kot.. owh, mybe sbb lama x gi service.. mane nk cari kedai servis komputer kt bintulu nih..

moga2 lappy ku sihat walafiat smp siap tulis thesis master nih.. aminnn..



Saturday, March 19, 2011

Kerang Rebus cicah Air Asam


Assalamualaikum ^^

Baru nk bukak lappy. blom berjalan2 lg ke dapur semua org.. nnti nk tgk lauk-pauk yg ada di dapur semua org =)

Pagi2 dah kuar. gi pasar Krokop yg baru 1st time sampai. susah btol nk cari parking. last2 parking blkg kedai n menapak ke pasar. jumpa kerang ni, my laling tiba2 nk mkn kerang rebus lak. me x makan pon, dr kecik x leh nk telan kerang ni. me x suka bau dia.

nway, cara masak cincai2 je..

Kerang rebus:

  • Kerang
  • 1 btg serai
  • garam
  • Air secukupnya

  • rebus semua sekali sampai kerang tu terbuka (kalau x terbuka semua pon xpe, kalu dh byk terbuka tu maknanyer dh masak semua la kot).

Air Asam

  • Bawang merah- potong dadu
  • Cili padi- hiris halus
  • Air asam jawa
  • Sedikit kerisik
  • Garam, Gula
  • Campur semua bahan.. siap.. hihi