Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Tuesday, November 12, 2024

Plain White Buns (Eggless)

 No photo description available.


MasyaAllah... lama sungguh tak sign in blog ni. Mujur password auto save, kalau tak, memang takde harapan nak sign in. huhu... 

Update semata-mata sebab nk save resepi roti feveret yang terbaru. Published kat Ig dgn Fb susah sungguh nak cari semula resepi. Blog juga terbaik. huhu
 
Tun guna resepi Egggless Buns sebab asalnya meroti sebab nak hantar kat sepupu tengah berpantang. Tapi bila dah menguli tu kan, non stop la menguli 
 
No photo description available.

Plain White Buns (Eggless)
Sumber asal: dapur ibu cergas
Olahan: tun telani
 
Bahan2:
375g tepung roti
30g gula
3/4tsp garam
20g butter (salted) – kalau guna unsalted, tambahkan sikit garam jadi 1tsp
1tsp instant dry yeast
240g susu kotak (sejuk)
1/2 tsp baking powder - tun tambah 
 
Campur semua kecuali butter, uli kejap dan biar dalam 10-15min. Campur butter dan uli lagi.
Proof hingga 2kali ganda.
Bentukkan. Kalau buns biasa, sedang elok loyang 10inch, 16 pcs besar2.
Proof 2kali ganda dan bakar suhu 180C, 16-20mins depends on the oven. 
 
No photo description available.   May be an image of cinnamon roll
 
 

Saturday, April 18, 2020

Roti Sosej


Assalamualaikummmm :)

Sejak musim Restriction Movement Order COVID ni, dah lebih 10 kilo tepung gandum habis 😂 Terapi diri supaya tak terlalu stress takleh kuar rumah, maka ku kuar masuk dapur.. kih kih..

Jadi aktiviti budak2 ni juga, main doh. macam-macam bentuk la kan jadinya. Tapi Alhamdulillah, ada la satu tray yang cantik sikit. Sebab memang niat dan bagi roti sosej ni ke jiran2. 

Duduk taman ni, Alhamdulillah dapat jiran yang lebih kurang sebaya belake, anak2 pon lebih kurang sebaya 💗 Petang2 biasanya lepak sama2 sambil tunggu anak2 main basikal kat depan rumah. Bila rajin angkut la kuih makan sama2.

Musim PKP ni, semua pakat letak atas pagar je. huhu... semoga cepat kembali normal.



Resepi ni resepi yang Tun olah dr pelbagai resepi.  Ni yang paling simple dan paling kerap Tun buat sebab takde bahan-bahan special. Siapa yang selalu masak, memang ada semua la bahan2 ni kat dapur. 

Basic Bun / Doh Asas
Oleh: Tun Telani

Bahan-bahan:

  • 500g tepung (guna tepung gandum pon ok, kalau nk tahan lembut 2-3 hari guna tepung roti @ high protein)
  • 1 peket yis (tun guna Mauripan)
  • 1 bj telur
  • 100 g gula (utk bun manis, boleh kurangkan kalau xtak terlalu manis)
  • 125g butter/marjerin
  • 125ml air sejuk
  • 1 sk baking powder
  • secubit garam

Cara-cara:
  • Tun guna BM, jadi masukkan je semua dalam BM, uli 2 kali supaya lembut gebus gebas. Setting tun 14 minit, buat 2 kali. 
  • Kalau uli tanga, boleh campur semua, uli sampai tak melekat kt tangan dan doh licin.
  • Biarkan naik 2 kali ganda.
  • Tumbuk2 doh dan uli utk kuarkan semua angin.
  • Boleh bentukkan sesuka hati.
  • Bakar 15-20 min, 180C bergantung kepada oven masing2 
Kali ni, tun uli doh panjang2, tekan sket utk letak sosej. Sosej tu belah dua, pastu tekan je atas doh. Kedekut lak rasa belah dua sosej,, haha... sbb tak cukup, ada sebungkus je. Nak bagi ke 3 buah rumah.. hihi... belah dua, dapat 20 bijik roti sosej. Balance doh buat bun kosong je.

Selamat mencuba.

Stay safe, stay home


Thursday, April 21, 2016

Plain White Loaf


i knoww... i know.. shud type 'Loaf' instead of 'Bread'

Assalamualaikummmm~~

wahhh... dua hari berturut2 mengapdate blog! kagum dgn diri sendiri.. haha... harith baru je lena setelah seharian duk melekat kat mama.. baru la blh mengadap laptop jap. merajinkn diri mengupdate sbb ramai yg minta resepi roti ni :)

gebussss
i loveess baking bread.. love the smell of yeast ^^ utk buns n small bread yg letak mcm2 flavour tu, i already hv my favourite basic bread recipe. kalau tgk resepi roti2 tun, mmg biasanya tun duk ulang resepi yg sama. tp resepi tu xsesuai utk buat loaf. dia jd berderai bila tun slice.

after sooo many recipes that i tried, found this very simple recipe.. and it's perfect! lembut gebus dan x berderai.. nyum nyum... resepi ni cukup2 utk 1 loyang roti tu.. dh try beberapa kali (gambar adalah hari2 yg berlainan ye).




ada budak tak sabar nk makan.. haha.. xsempat mama nk amik gambar byk2 sket.

Sahur pagi tadi... bread n jem je.. perfect with a mug of hot chocolate

So, here's the recipe :) from some taiwanese chef that had won some bread competition.. happy baking!

Plain White Loaf
Sumber: dapur ibu cergas
Sumber: tun telani


Bahan2:
  • 375g tepung roti
  • 30g gula
  • 3/4tsp garam
  • 20g butter (salted) – kalau guna unsalted, tambahkan sikit garam jadi 1tsp
  • 1tsp instant dry yeast
  • 240g susu kotak (sejuk)

Cara-cara
  • Masukkan semua bahan dalam bread maker dan set dough (sejam setengah). Boleh juga guna mixer mata cangkuk atau uli tangan :)
  • Proofkan doh (rehatkan untuk kembang) sampai saiz jadi 2 kali ganda. Beratnya lebih kurang 660gram.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian sama berat dan rehatkan 10 minit.
  • Penyekkan doh dan buat bentuk segi empat. Kemudian lipat dan rollkan jadi macam bergulung sikit dan masukkan dalam loaf pan.
  • Proofkan lagi 60 minit. Biasanya akan sampai atas penutup loaf pan tu.
  • Tutup loaf pan dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit.
ps: all pictures taken in this n3 (except for the first one) are taken using my hp.. so the quality is not that good.

Saturday, July 12, 2014

Menu Buka Puasa: Roti John


Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah hampir separuh bulan kita berpuasa.. mmg rugi kalau sia2 kan bulan yg mulia ni. jadi sblm berakhir ramadhan, mari kita marathon ibadah ^^  selain solat dan qur'an, blh banyakkan amalan bersedekah juga.. kat FB skrg masing2 duk share pasal GAZA kan.. jgn share saje2, selain doa, infak kan sedikit harta kita pada mereka.. blh klik gambar Aman Palestin kat side bar belah kanan ni blog tun ni.. mcm2 cara utk menderma ada :) insyaAllah, walaupon sedikit, besar nilainya pada mereka di sana. lagi pun minggu depan Aman Palestin akan hantar rombongan pakar perubatan utk mmberi bantuan, mungkin bantuan kita pd hari ini boleh menampung kos ubat-ubatan dan perjalanan mereka, insyaAllah :)

Ok lah..nk share menu pula.. sbb tun xberapa kuat nk masuk dapur time puasa kali ni.. jd most of the time, mama yg masak.. tun tolong sikit2 je.. huhu.. tp smlm berkobar2 pula semangat nk wat Roti John ni. ekceli dr last week lg nk buat. tp duk tangguh2.. 

gambo dlm dulang terus haa.. kui kui
Tun buat 2 jenis.. satu inti ayam, satu inti daging.. 2 dulang terus buat smlm. hahaha.. mclm nk jual kt pasar mlm dh rasanya :p  alang2 buat, hantar gi surau dan umah sedara2 sikit :)

Roti John Mudah
Resepi: umie @ myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 250gm daging cincang 
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • sedikit garam
  • 3 biji telor
  • sedikit butter
  • 6 keping roti 'finger rolls'
  • sos dan mayonis (jika suka)
Cara2:

  1. Blend bawang dan bawang putih
  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  3. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  4. Belah dua roti jangan sampai putus
  5. Masukkan telor dalam daging cincang
  6. Pukul sebentar telor+daging
  7. Panaskan butter dlm kuali
  8. Sapukan adunan daging+telor atas roti  - tun letakkan adunan dlm kuali pastu telangkupkan roti atas tu, style org pasar malam masak
  9. Terlangkupkan atas kuali
  10. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  11. Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  12. Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka- tun letak coleslow, timun dan tomato

Sunday, November 17, 2013

Sweet Bun yg dh bertukar jadi Slice Bread..hihi



Assalamualaikumm :D

Minggu ni officially start cuti sekolah, so terasa sedikit sunyi :( kawan2 usrah majority cikgu, jd semua pon dh balik semenanjung.. kawan2 kat kuarters ni pon ramai yg blk kampung sempena cuti sekolah nih.. untung sape2 yg husben and wife dua2 cikgu, blh balik kampung dua bulan.

dah lama x guna acuan nih
nway.. back to the recipe.. bagi sape2 yg xtau lg, kat sarawak nih xde roti gardenia, hi-5, or even mighty white yg sgt senang dpt kat semenanjung.. sbb tu biasanya kalau blk semenanjung, mmg akan beli stok roti gardenia dgn banyaknya kat epot. pastu kalau nk bg buah tangan kat staf2 opis pon, bg roti gardenia je. hihi.. kalau nk makan slice bread, kene beli kat bakery, tp mmg kualiti teruk sket, sgt berderai dan cepat berkulat X(


ada byk juga resepi roti putih kat intenet. tp susah nk jumpa yg guna 11g yis (sepeket yis).. malas nk timbang2 yis, pastu takut nnti bila dh buka dan guna sebahagian yis tu, yg lebih tu membazir. sbb aritu berpuas hati dgn hasil sweet bun resepi kak harleena nih, tun olah sedikit resepi sweet bun nih utk buat slice bread. mmg sgt lembut dan tahan hingga 3-4 hari kelembutan dia.

utk buat slice bread, tun halves kan gula, sbb xnak la roti putih jd manis kan.. sbb tun ada 1 je acuan roti putih, jd separuh buat slice bread, separuh lg bulat2 jd bun je.

Sweet Bun
Resepi: Kak Harleena Kassim FB
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 500 gm tepung gandum 
  • 1 paket yis
  • 80 gm gula - letak 40g
  • 1 st garam
  • 1 biji telur
  • 1 sb susu pekat manis
  • Air  ( air + telur + susu pekat = 290g)
  • 60g butter - cairkan
 Cara2:
  • Campurkan tepung gandum, yis, gula, dan garam dalam mangkuk.
    Tuangkan campuran air, telur, dan susu pekat ke dlm adunan kering td. 
  • Masukkan butter, dan uli smpai jd doh. Uli hingga bila di-stretchkan doh, doh tak senang koyak
  • Rehatkan dlm 40 minit hingga sejam, atau hingga naik 2 kali ganda.
  • Timbang setiap satu dlm 25 grm. Bulat2kan, susun dalam loyang, dan rehatkan hingga naik. - utk buat slice bread, tun bahagi adunan kepada dua je
  • Bakar 12-15 minit, 180 C.

Thursday, November 7, 2013

Sweet Bun (Plain flour)


Assalamualaikummmmm /XD

Roti fresh from oven! Sape nak meh mai umah.. hihi.. duk terliur nengok kak harleena tayang roti kat FB.. dari minggu lepas salin resepi, tp sbb sangat2 bizi dan kepengsanan tiap2 hari, tertangguh2 buat roti ni.. terliur nk try sbb resepi ni cuma guna tepung biasa je, tp nmpk hasil sgt gebuss.. makan panas2 sangat lembut dan sedapp /blush

malas nk glis ngan telur ke, ngan butter ke.. plain je, xde kilat2.. huhu



balik dr uni td terus sinsing lengan masuk dapur. uli guna mixer mata cangkuk  sbb kalau uli tangan kompom xjadi. hihi.. tun mmg fail bab uli tangan nih. semangat buat roti sbb skrg sgt bizi kdg2 pagi2 xsempat nk prepare both breakfast n lunch. dh buat roti nih, senang pg just masak utk lunch, bekfes mkn roti je :D

Half campur ngan coklat chip.. ni yg habis dulu.. hihi

Sweet Bun
Resepi: Kak Harleena Kassim FB
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 500 gm tepung gandum 
  • 1 paket yis
  • 80 gm gula
  • 1 st garam
  • 1 biji telur
  • 1 sb susu pekat manis
  • Air  ( air + telur + susu pekat = 290g)
  • 60g butter - cairkan
 Cara2:
  • Campurkan tepung gandum, yis, gula, dan garam dalam mangkuk.
    Tuangkan campuran air, telur, dan susu pekat ke dlm adunan kering td. 
  • Masukkan butter, dan uli smpai jd doh. Uli hingga bila di-stretchkan doh, doh tak senang koyak
  • Rehatkan dlm 40 minit hingga sejam, atau hingga naik 2 kali ganda.
  • Timbang setiap satu dlm 25 grm. Bulat2kan, susun dalam loyang, dan rehatkan hingga naik.
  • Bakar 12-15 minit, 180 C.

Wednesday, October 30, 2013

Garlic Roll (Eggless) with Creamy Chicken Chicken Soup


Assalamualaikummmm /XD

I'm backkkk /hi  after nearly 2 weeks kat kampung, balik uni berhadapan dgn kerja yg bertimbun /sweat mujur dah marathon siapkan filing b4 cuti aritu. tp esok ada meeting ngan supervisors. my co-supervisor sgt bersemangat berkobar2, so anak buah ni jd sgt cuaks dan kelam kabut tiap2 kali meeting sbb at least nk tunjuk ada progress buat research.

nway, skrg tgh misi diet. 1st thing yg di cut adalah santan. hihi.. so berusaha utk tdk beli santan sampai akhir tahun. nk kurangkan makan process food jugak. maksudnyer xnk beli dh sosej nugget burger semua. harap2 berjaya la makan yg sihat2 sikit :D

ok la.. jumpa gambar ni dh hp. buat b4 blk kg aritu. hihi.. so 2minggu lepas nyer gambar ni ye.. hihi..

Garlic Rolls (without egg)
Recipe : Suhaina
Source : Umm Mymoonah, Kak Madihaa, tun telani

Ingredients: (makes 8 rolls)

3 cups Plain Flour  MaDiHaA guna tepong roti (next time boleh tambah dalam 2 ~ 3 sudu besar tepong lagi sebab doh agak lembik) - tun guna tepung roti, doh tun ok je utk secawan air.
1 cup Warm Water
1 tbsp Yeast
1 tsp Salt
2 tbsp Sugar
2-3 tbsp Extra Virgin Olive Oil - tun guna minyak masak biasa je
Garlic Spread (refer below)

Method:

* Mix everything together except oil with warm water and knead until you get a smooth dough.
* Add oil and knead until the dough springs back when you press with your finger.
* Apply oil and allow to rise for 40-45 minutes. By this time it will be double its initial size.
* Make the garlic spread.
* Knock down the air in the dough and divide the dough into two equal portions.
* Grease a baking pan or loaf tin with butter.
* Roll the dough using a rolling pin. Apply flour to prevent sticking.
* The rolled out dough must be at least half inch thick.
* Try to make it more like a rectangle. Apply one tablespoon of the garlic spread on it.
* Roll it and cut it into two equal parts and further cut the two parts into two, so that you get 4 equal rolls.
* Now place the rolls with the cut side up in the greased pan.
* Repeat the same procedure for the remaining dough.
* Apply the balance garlic spread on top and apply milk or egg wash which ever you prefer.
* Sprinkle sesame seeds (optional)
* Allow to proof for another 20 minutes.
* In the mean time preheat the oven to 180 degree C. (MaDiHaA guna suhu 170C)
* Bake for 20-25 minutes until the house is filled with the aroma of roasted garlic and bread..
* Take a bite into this lovely soft and flavourful rolls. You will surely fall in love with it.




* The quantity of water depends on the brand of flour used. I sometimes use less than a cup, sometimes more than a cup for the same 3 cups of flour.
# I add 1 tablespoon yeast for a quick rise. You can reduce the quantity of yeast(say 1tsp) and let it rise slowly too. MaDiHaA uli menggunakan BM & gunakan sukatan seperti arahan & dapati doh sedikit lembik agak sukar untuk mencanai & menggulung. So next time.. akan tambah sedikit lagi tepong. - tun letak air separuh dulu, pastu tambah sikit2, tp air tun cukup2 je secawan tu.
GARLIC SPREAD
Used for making garlic buns, rolls and even can be spreaded on breads before toasting it.

Ingredients:
50 g Salted Butter
3 Garlic- grated
2 tbsp Coriander leaves  (chopped)  - tun letak oregano

Method:
Bring butter to room temperature.
Mix everything together.
Can be stored in the chill tray for up to one week.  


Creamy Chicken Soup
adapted from: mohd roslan
sumber: tun telani


Bahan2:


  • 50 g butter/margerine
  • 1 bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 keping dada ayam- hiris nipis
  • 2 kiub ayam
  • 1 liter air
  • 1/2 tin susu sejat
  • 1 sk dried oregano
  • garam

Cara2:
  • Cairkan butter/margerin dan tumis bawang besar sampai layu.
  • masukkan bawang putih dan tumis lagi.
  • masukkan ayam dan masak sampai ayam betul2 masak. masukkan sedikit air dan kuib ayam. masak sampai kuib ayam larut.
  • kecilkan api dan masukkan tepung gandum. kacau sampai rata.
  • masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga tiada ketul2. gunakan whisker jika perlu.
  • masukkan susu dan masak dgn api sederhana sampai sup mendidih. 
  • perasakan garam dan masukkan oregano.
  • siap! sgt sedap dimakan bersama garlic bread..

Thursday, August 22, 2013

Roti Canai


Assalamualaikumm :)

tengah pening fikir menu open house weekend ni.. plan asal nk wat nasi arab ngan meehun sup. tp tghari tu ada staff yg buat open house juga, open house kami malam. tanya siap2 menu dia apa supaya x sama, jd bila dia ckp salah satu menu bihun sup, terpaksa la tukar plan. ingat nk wat mee kari, tp my laling xnak pulak.. hmm.. menu apa yg senang2 sket ye. ada yg suggest laksa, tp x konpiden la nk masak laksa, hihi.. /sweat



roti canai yg tun buat bulan puasa aritu, bahagi kan utk buat roti canai frozen sket sbb xlarat nk menguli dan menebar byk2 kali. hihi...  tun mmg sgt2 fail bab menebar roti canai nih. mmg struggle habis. huhu... roti canai kedua yg tun try. kali ni hasil dia lebih elok.. ramai yg dh cuba resepi nih. tq pada penyumbang resepi.

Roti Canai
Resepi: Joayee@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
  • 550 gm tepung gandum
  • *250 gm air
  • *1 egg-50gm
  • *3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • *1 tsp garam-6gm
  • *1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli- tun xletak
Cara-cara
  • masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
  • masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
  • uli hingga jadi doh
  • rehatkan doh selama 10min
  • uli lagi selama 5min
  • **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali. ** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung(1 tbsp)
  • advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine. - tun uli guna mixer mata cangkuk
  • bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
  • *nb:jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
  • *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
  • ** Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
  • **masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin, then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.


Tuesday, November 13, 2012

Rotiii... roti....


Assalamualaikummm~~~~ :)

n3 saje2 sbb xde mende nk post. hihi.... bape kali tayang resepi roti yg sama kan :p tun mmg selalu wat roti, cuma xde la tiap2 kali wat nk tepek gmbr kan, sbb guna resepi basic bread biasa je. musim2 hujan ni mmg sedap mkn roti panas2, wat garlic bread ni, cicah ngan mushroom soup panas2.. ^^


Basic Bread Recipe
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber: tun telani


Bahan2:

Bahan A
  • 500g tepung roti
  • 100g gula - tun letak 80g je
  • 1 sk garam
  • 30g susu tepung
  • 1 sk bread softener- optional - tun x letak
  • 1 sk bread improver- optional
  • 4 sk yis
Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit
Bahan C
  • 80g margerine
Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.


Untuk garlic spread tu, just campur butter, bawang putih yg ditumbuk dan oregano :D

Friday, June 29, 2012

Mexican Bun - projek dgn adik2 di kg ^^


Assalamualaikumm~~ :D

tq kepada semua yg sudi menjenguk blog tun yg suam2 kuku.. still warm-up lepas lama berholiday di kampung. nnti tun buat kunjungan balas ye :) balik sini pun tergezut sket sbb tiba2 kelas bertambah. sepanjang minggu ni struggle siapkan lecture notes and prepare utk labs. x cukup napas + x cukup tido. study mcm kita pulak yg nk exam nyer.. huhu.. alhamdulillah, hari ni jumaat dh.. insyaAllah sama2 manfaatkan weekend utk kerja2 yg tertunda, supaya minggu depan x terkejar2 mcm minggu ni :) 

nway.. nk tunjuk projek meroti tun bersama adik2 kt kampung.. my youngest sister mmg sama minat ngan tun.. suka betul membaking  (tp sama2 jugak pemalas kalau bab mengemas.. kui kui.. cik dib rajin2 tolong mama kemas umah ye ;) )  dh form 4 budak sorang ni (the youngest one in the family is my form-1-brother). blk kg mmg seronok duk dapur dgn adik tun sorang nih :) 

roti ni salah satu yg kiteorg buat, ada mcm2 jenis sebenarnya, tp semua yg tun pernah letak kt blog, ni je yg 1st time tun buat.. tapi tengok laa tu, cacat betul rupa nya.. kui kui.. gara2 tergunting besar pulak lubang plastik tu.


resepi guna resepi yg Mexican Bun yg paling glemer, dr Lilydvalley@myresepi.. ramai dh buat nih. mmg sedap! topping tun buat separuh je, tu pun ada lebih.

Mexican Bun
Resepi:  Lilydvalley@myresepi
Sumber: tun telani

Bahan-bahan 

 ** Doh roti tun guna resepi  BASIC BREAD

Filling
-200 gm mentega
-1/2 teaspoon vanilla essence
-70 gm brown sugar
 
Topping
-200 gm mentega
-160 gm gula icing
-3 biji telur grade A- pukul sedikit
-1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
-200 gm tepung gandum


Cara-cara

  • Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  • Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  • Timbang doh 45-50 g setiap satu, bulat2kan dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  • Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  • Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  • Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  • Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  • Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan. 
 hehehehe... tgk laa rupa mcm2 jadinyer.. kui kui.. yg cacat tu sbb masa tengah2 bakar, tiba2 cik dib ckp, mcm x cukup je topping tu.. so dia tambah lagi kat atas bun.. tu yg jd yg ada timbul2 x rata tu.. tp rasa mmg maintain sedap ^^




Friday, May 25, 2012

Sugar Butter Roll


Assalamualaikummm~~~~~~

Roti lagii!!! haha... tun mmg suka buat roti. tp skrg ni tiap2 hari meroti sebab ada permintaan dr opis my laling. so kalau tgk byk sgt n3 roti tun tu, bkn semua tun makan tau. saya tengah diet.. after bekfes tun uli doh, dlm ko 12 dh blh hntr roti ke opis my laling :D semalam pagi ke UPM smp tengahari, so x sempat meroti. hihi.. kesian pulak orang duk tanya kat my laling, xde roti ke.. alhamdulillah, xsia2 hobi yg tun ada. selama ni bila masak xtau sape nk habiskan, skrg bila wat roti dan kuih, mmg buat extra sbb hntr ke opis jugak :) thank you kpd akak jiran bawah yg suggest tun hntr ke opis.

roti ni buat last week. kdg2 blank jugak nk buat roti apa. mcm2 jenis roti dh buat. xleh wat yg sama je, nnti org bosan kan. so mmg tun variasikan. wat sikit2 :) asyik wat roti ada filling je, kali ni wat roti plain, tp letak gula sket. mkn 2-3 biji pun xde hal. x muak. hihi...


resepi still olahan dr Basic Bread. tun doakan pahala yg berpanjangan buat Puan Roshayati Johar, walaupun tun x kenal siapa nih, moga murah rezeki selalu. terima kasih atas resepi yg lembut dan sedap.


Sugar Butter Roll
Olajan dr: Basic Bread Puan Roshayati Johari, dr Mamafami
Sumber: tun telani

Bahan2:

Bahan A
  • 400g tepung roti
  • 100g tepung gandum
  • 80g gula
  • 1 sk garam
  • 30g susu tepung
  • 1 sk bread softener- optional - tun x letak
  • 1 sk bread improver- optional
  • 4 sk yis
Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit
Bahan C
  • 80g margerine
Bahan D
  • Butter- cairkan
  • Gula

Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, ambil doh sebesar 50g setiap satu, uli panjang lebih kurang 10 cm, belah tengah dan jalinkan.
6. Biarkan naik 2 kali ganda, sapu dgn butter cair dan taburkan gula kasar, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 20 minit.

atau

1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. ambil doh sebesar 50g setiap satu, uli panjang lebih kurang 10 cm, belah tengah dan jalinkan.
4. Biarkan naik 2 kali ganda, sapu dgn butter cair dan taburkan gula kasar, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 20 minit.

Friday, May 18, 2012

Roti lagiii!!~~ versi mini pizza pulak ^^


Assalamualaikummmm!!!!!

tun kat miri skrg. baru je sampai ko 12 td. ni my laling gi semayang jumaat, so lepak kt bilik je la. nasib baik ada wireless dlm bilik. biasa hotel lain wireless kongsi dan sgt slow, sini wireless laju :D td ondway lalu kampung mek mukah kak haSue omey, tp kak sue xbalik kg pulak. alang2 kt miri nih, kalau ryo tu pompuan, blh gak gi kacau2, tapi, sungguh x appropriate kalau nk gi gader2 n bergurau senda dgn anak teruna orang. so, buangkan idea tu jauh2 ye :)

nway, hopefully x muak laa ye tgk roti berturut2.. tgh mood giler meroti nih. tu yg BM sampai blh rosak tu. kerja terlampau keras. tp tgk laa betapa gebu hasil roti uli mixer mata cangkuk ni ^^ so sape2 yg xde BM tu, no excuse utk x wat roti ye. tu confirm majority umah ada mixer kan.

gambar sama, angle berbeza..so nmpk kaler lain..

mmg tun kerap buat roti, tp buat sikit2 tau. biasa kalau buat separuh adunan tu dpt 10 biji. so, bahagi dua pulak, 5biji buat perasa lain, 5 biji lagi buat jenis yg berbeza. kali ni, half buat sosej roll mcm kt bawah nin, half buat mini pizza ni =) kalau nk buat 10 biji yg berbeza2 pun blh. hihi.. so xde la muak mkn mende yg sama kan.

adunan basic doh ye (refer SINI  atau SINI). topping dia basic je. tun letak resepi ye.. kalau nk tambah mix vege pun ok, tp tun x suka mkn mix vege. 

Mini Pizza Topping
resepi: tun telani

for 7-8 bun

Bahan2:
  • 1/2  bj bawang besar- dadu
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 5 batang sosej- slice
  • 3 bj button mushroom- slice
  • 2 sb tomato puree
  • 1 sk oregano <- ni paling penting!
  • sos cili dan mayonis secukupnya

cara2
  • tumis bawang besar smp layu, masukkan bawang putih dan tumis sebentar.
  • masukkan sosej, mushroom dan tomato puree. gaul2, tunggu sosej masak.
  • masukkan oregano dan gaul sebentar.
  • siap utk digunakan =)
cara buat mini pizza
gunakan 50g doh roti. roll bulat ikut kelebaran yg disukai. pastikan tepi dia lg tebal dr tengah ye, mcm ada lekuk gitu utk letak topping.
spreadkan topping pizza atas doh. picitkan mayonis dan sos. kalau ada cheese lagi sedap, tp kalori kira sendiri la ye :P
bakar dlm 8-10 minit. pusingkan dulang lepas 4minit utk pembakaran yg sekata =)

ps: paling best time bau roti dlm oven memenuhi rumah :D

Thursday, May 17, 2012

Coklat Filling utk Coklat Bun



Assalamualaikumm!!!

morningg!! :D pagi ni lambat sket beronline. frust sbb masak x jadi.. td wat sambal sardin, nk wat stok utk inti pau, karipap dan roti. dh siap masak, bila rasa, ada rasa masam pulak. mcm terlebih perah asam limau, padahal x letak lagi limau nipis. haish.. rasa cili giling yg tun guna, ok je. pastu rasa baki sos kat tin sardin tu. hmmpph.. sos tomato dia terlebih masam :( padahal expired 2014 tuh. saboo je la. nk wat camner kan, mende dh jadi. sabo sabo pun, terus xde mood nk wat keje lain. huhu..

nway, roti ni pun wat semalam jugak ^^ wat separuh adunan basic doh tu (refer SINI), dapat 5 biji roti sosej, dan 5 biji roti coklat nih :D 

before
after

arini nak share resepi coklat filling yang tun selalu guna. sedap coklat filling nih, wat spread atas roti gardenia pun sedap ni. satu adunan dapat banyak! blh guna 2-3 kali.

CHOCOLATE FILLING
Resepi: Puan Azlina Alias (FB)
sumber : Kak Anna, Kak Nor

Bahan-bahan :
  • 250ml susu sejat
  • 180ml air suam
  • 180gm gula castor
  • 60gram serbuk koko
  • 60gram tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum (yg ni k.nor tambah) - utk utk lebih kentalkan supaya senang utk letak filling dlm roti, kalau nk spread xyah letak ni ye =)
  • 60gram mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
  • Campurkan kesemua bahan kecuali vanila dan mentega.
  • Kacau dgn menggunakan handwisk hingga sebati atau boleh juga kalau diblend.
  • Panaskan atas dapur dan hendaklah sentiasa dikacau hingga pekat.
  • Masukkan mentega dan vanila.
  • Kacau lagi hingga sebati dan pekat.
  • Padamkan api dan sejukkan sebelum digunakan.

Wednesday, May 16, 2012

Roti Sosej

before

Assalamualaikumm~~~

n3 saje dimalam hari.. hihi.. ni laa roti yg me buat pagi tadi :D

mmg skrg tiap2 kali meroti akan guna resepi basic bread ni. mmg x pernah mengecewakan ^^ resepi ni kdg2 tun buat bun kosong (refer SINI), kdg2 olah wat roti perasa2 (tgk SINI, SINI dan SINI). tun skodeng dr dapur mamafami, mmg dh ramai yg cuba resepi ni kan :) tuan asal resepi tahu nama je, xkenal pun.. terima kasih atas resepi yg sedap nih.

after
sebab bibik rosak, tun uli guna mixer mata cangkuk. mixer tu pun dh bunyi semacam je sebab dikerjakan dgn hebatnya. hihi.. semoga panjang umur mixer tun. susah la kalau mixer pun rosak, tun mmg x pandai uli tangan..  kalau x letak softerner atau improver tu pun lembut tau.

Basic Bread Recipe
Resepi: Puan Roshayati Johari (no link)
Sumber: Mamafami
Sumber: tun telani


Bahan2:

Bahan A
  • 500g tepung roti
  • 100g gula - tun letak 80g je
  • 1 sk garam
  • 30g susu tepung
  • 1 sk bread softener- optional - tun x letak
  • 1 sk bread improver- optional
  • 4 sk yis
Bahan B
  • 250ml air
  • 1 bj telur- pukul sedikit
Bahan C
  • 80g margerine
Cara2:

1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5. tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

atau

1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.

Friday, April 13, 2012

Roti Pita


Assalamualaikumm~~~

dinner arini kebab! sah2 laa dinner kebab, dh lunch td pun kebab kan. malas nk masak dua jenis makanan berat sehari. masak tu xde la susah sgt, nk pikir menu apa yg lg susah.. masa awal2 ada masuk umah sendiri tahun lepas (ala-ala honeymoon gitew), ceyy, punye rajin, lunch masak lain, dinner menu lain pulak.. lepas 2 bulan, kekeringan idea dah nk masak apa :P

siang td amik gambo buruk beno rupa dia.. so td b makan posingkan lg sekali kebab nih.. buka semua lampu, baru laa lawo sket. resepi kebab tu refer n3 tengahari td kat SINI ye.

1 for me, 2 for you ^^
baru kuar oben
sejak tgk kak chah buat kebab nih, mmg duk terbayang2 je. tp kiv sbb x jumpa roti pita. xpernah2 tun buat sendiri roti pita nih.. tp bila dh meround semua main supermarket kt sini xde jugak, last2 terpaksa gak terima hakikat yg kalau nk makan kene wat roti pita sendiri. xde susah sgt pun, bibik ada kan. campak je semua dlm tu. hihi..

tun guna tepung gandum je. satu adunan ni dpt 8 biji roti pita. biasanya kalau tun ganti tepung gandum dlm resepi yg guna tepung roti, doh dia jd agak sedikit sticky, so tun kurangkan sukatan air.

Doh Asas Roti Pita/Pita Bread
Sumber: Citarasawan

Bahan-bahan
500gm tepung high protein
 - tun guna tepung gandum
15gm gula kaster

20gm shortening

1/2 tsp garam halus
8gm yis segera

280ml air sejuk - tun letak 260ml


Cara-cara
1.  Satukan semua bahan kecuali air dalam mixer, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit.  Menggunakan hook uli doh hingga menjadi elastik.  Masukkan whole meal (atau bahan2 tambahan lain) dan adun hingga sebati.

2.  Keluarkan doh, biarkan selama 5 minit.  Bahagikan kepada 100gm, bulat2kan dan lumur dengan minyak masak, rehatkan selama 5 minit lagi.  tun masukkan semua dlm BM, kuarkan dan bulat2kan.

3.  Canai doh berbentuk bulat seperti pizza, dan biarkan mengembang selama 20 minit.

4.  Jika mahu bentuk yang elok, masukkan dalam loyang bulat, atau boleh di susun terus ke dalam dulang pembakar yang di leser dengan sedikit shortening.

5.  Bakar pada suhu 200C selama 5 minit di rak paling bawah.  Jika roti mengelembung, angkat dan terbalik kan bakar lagi selama 2 minit.

- ps: tun xtau whether roti ni sepatutnya ada lubang kt tgh secara automatik ke x. tp tun xde lubang pun. hihi... so tun kerat ngan  pisau je wat lubang kt tgh.

Kebab Jalan TAR


Assalamualaikumm~~~

dh siap masak ke? kalau kt kg, time2 gini duk keletung keletang lg kat dapur.. masak special2 sambil tunggu kepulangan abah n adik2 lelaki tun pulang dr solat jumaat. masa kat uni dulu, tun pernah berjiran dgn bdk2 bujang yg x gi solat jumaat. rasa berdosa betul sbb tak tau nk tegur mcm mana. ye la, xpernah2 tegur, xkn tiba2 nk bagi ceramah kewajipan solat jumaat kat dia kan. hmm.. mcm2 org zaman skrg nih. ada org kt kg tun tu, dh beranak pinak pun x gi semayang jumaat jugak. so, xleh salahkan anak la kalau besar perangai x elok juga kan. nauzubillah..

nway, bebalik kpd kebab ni.. ni lunch tadi, my laling ckp nk makan b4 gi solat, so ko 12 tu dh siap bakar roti dan grill ayam. kalau nk tau kisah disebalik nama kebab ni sila masuk dapur datin Chah ye. hihi... sambil2 tu blh cuci mata tgk kebab dia yg menggiurkan. tun arini gambar kelabu asap. mendung je, buka lampu pun pencahayaan x bape nk elok. nway, asal ada gambar n x amik gmbr orang kan? betul x?


Kebab Jalan Tar
sumber: kak Chah

Bahan-bahan:
Saiz hidangan: 4 keping

  • 2 keping roti pita bijan (potong dua)
  • 2 ketul dada ayam
  • 1 sudu teh paprika
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh lada sulah- tun letak lada hitam
  • Garam
  • 1 biji tomato
  • 2 pokok daun ketumbar - x suka, xletak
  • 1/3 batang carrot (sagat halus)
  • Kobis (jika suka - saya tak letak)- tun letak
  • Mayonis
  • Sos cili

Cara-cara:

  • Lumur ayam dengan serbuk paprika, serbuk ketumbar, jintan manis dan lada sulah. Masukkan garam secukupnya. Panggang atau bakar hingga masak.
  • Potong ayam kecil-kecil. Ketepikan. Potong tomato dan daun ketumbar. Gaulkan sayur-sayuran bersama ayam. Masukkan juga carrot yang telah disagat tadi. - tun asingkan ayam n sayur. gaul2 sayur dgn mayonis ala2 coselaw.
  • Masukkan mayonis dan sos cili.
  • Bakar roti pita (tanpa minyak) sebentar di atas pan. Masukkan inti sebanyak mungkin.
ps: roti pita tun buat sendiri. resepi refer SINI

    Thursday, April 12, 2012

    Bun Coklat dan Kismis


    Assalamualaikumm~~~~
    roti lagiii!! /hihi ni gara2 my laling x puas makan Strawberry and Dried Fruit Bun aritu. mmg sia2 berdiet kurangkan nasi kalau makan roti dgn rakusnyer kan.. huhu... :P buat dua hari lepas, pagi td dh habis licin. mula2 ingat nk kasi jiran yg baru masuk kt umah atas, tp xnmpk pulak kelibat dia petang tu.. last2 bg kt jiran bawah sbb masa tun lalu tu, pintu dia terbuka..

    ekceli, kismis tu tun asingkan dari fruit mix.. hihi.. sbb ada seseorang tu duk bising2 bila tergigit dried lemon peel dlm tu, tun pun x suka dried cherry yg rasa mcm ubat batuk tu.. so, duduk laa depan tibi dgn sebekas fruit mix, mengasingkan kismis2 utk letak dlm roti.

    straight from oven!
    close-up kegebuan roti

    resepi olahan dr Basic Bread lagi.. kali ni tun gantikan part of the tepung with tepung gandum. of kos la sbb tepung gandum wayyy cheaper dr tepung roti. and stok tepung gandum lg byk, nk gi beli tepung roti kene gi bakery, n jarang2 melencong ke bakery tu. kalau yg tun pernah baca b4 this, kalau letak tepung gandum roti ni jd lebih mengeyangkan. tp xtau laa tu fakta yg sahih ke tak.. hihi.. gula pun tun kurangkan sbb kismis dh manis.

    tengah sun-bathing :)
    Bun Coklat dan Kismis
    Olahan dr: Basic Bread Puan Roshayati Johari n Mamafami
    Sumber: tun telani

    bahan2:

    • 320g tepung roti
    • 180g tepung gandum
    • 2 sb serbuk koko
    • 70g gula
    • 1 sk garam
    • 30g susu tepung
    • 1 sk bread softener- optional
    • 1 sk bread improver- optional - tun x letak
    • 4 sk yis
    • 250ml air
    • 1 bj telur- pukul sedikit
    • 80g margerine
    • 1 cwn kismis
    • susu sejat- utk glis

     Cara2:
    1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
    2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
    3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. bentukkan jika suka. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
    4. sapu susu sejat atas bun dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.

    Monday, April 9, 2012

    Strawberry and Dried Fruit Bun


    Assalamualaikumm~~~

    hihihi.. pagi td buka2 SDcard tgk2 gambo semua xde. pastu me pun terfitnah my laling erasekan gambo2 me. siap dh canang2 kt fb lagi.. rupa2nya, my laling tukar sdcard dlm kamera tu sbb dia bw sdcard yg ada gambo kuih2 ke opis.. haha.. sowii.. 

    roti ni tun buat jumaat aritu. tun x suka mkn mix fruit ni sebenarnya, my laling pun x suka, jd x pernah dibeli pun. ni pun sbb ada kawan bagi, dh lama duk bertapa dlm peti tu, last2 tun buat roti supaya x membazir. tu pun ada org tu kutip2 buang dried ceri dlm roti.. hehe..

    gebus!
    resepi olahan dr Basic Bread.. dh nama basic bread tu kan, sesuai la diolah utk berbagai2 resepi.. mmg x pernah mengecewakan setakat ni, alhamdulillah.. sbb leatk starawbery pes kan, kaler pink2 gituw.. so rasa sesuai pulak buat bentuk lovey2. tp yg bentuk2 lovey2 tu tergeseng sket. huhu.. satu loyang lg wat bulat2 je, so tunjuk kegebuan yg bun biasa tu la. tp geseng2 pun habis licin dgn pantasnya.. smlm dh siap tanya bila nk wat roti lagi :)

    Strawberry and Dried Fruit Bun
    Olahan dr: Basic Bread Puan Roshayati Johari n Mamafami
    Sumber: tun telani

    bahan2:
    • 500g tepung roti
    • 100g gula
    • 1 sk garam
    • 30g susu tepung
    • 1 sk bread softener- optional
    • 1 sk bread improver- optional - tun x letak
    • 4 sk yis
    • 250ml air
    • 1 bj telur- pukul sedikit
    • 80g margerine
    •  1 sk strawberry paste
    • sedikit pewarna merah
    • 1 cwn dried fruit mix
    • susu sejat- utk glis

     Cara2:
    1. Masukkan semua bahan dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
    2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
    3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. bentukkan jika suka. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
    4. sapu susu sejat atas bun dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.

    idea wat bentuk love ni tun tgk kat blog kak wan ^^