Tuesday, August 18, 2009

Duduk dan beriman sejenak..


"Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan, niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan. Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya."

"Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan. Memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid'ah atau kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah dan petunjuk."
.
Al-Munthalaq, Muhammad Ahmad al-Rasyid
.
Al-Munthalaq is one of the readings that i like to read and re-read (especially bila terasa aura2 futur dalam diri). Today, i realized that dah lama x solat sunat dhuha =( [terasa sgt teruk.. sob sob]. bukannya bz sgt2 pun (x busy kah?.. kalu tgk facebook n friendster sempat, xkan solat dhuha x sempat awe oii). Alhamdulillah, Allah ketuk jugak hati ni.. rasa lain je solat dhuha kat lab (ade ruang utk sembahyang kt lab nih.. but then, biasa org guna utk solat zohor n asar je.. masa2 lain ruang tu org lalu-lalang wat keje..).
.
Moga Allah berikan lebih kekuatan utk istiqamah dlm amalan.. amiinn..
.
*tgh cuba dapatkan feels Ramadhan. 1st Ramadhan insyaAllah kat kemaman.

No comments: