Monday, April 16, 2012

Pau Lembut

gambo xde seni langsung.. huhu

Assalamualaikumm~~

tadi nmpk Q unnie tayang pau dia.. so tun pun x nak kalah.. nk tayang jugak laa pau yg tun buat semalam. hihi.. xde laa.. x baik dengki2 ni tau.. kebetulan semalam tun pun mengepau jugak. my laling ni tiba2 cakap nk makan pau inti sardin. tun mmg lemah sikit bab2 sardin ni. tun kurang gemo. kecuali laa kalau sekali sekala makan sambal sardin tu. sambal sardin tun pulak mmg lada n halia tu mmg lebih utk kaver rasa sardin. kalau inti2 yg ketara rasa sardin ni, mmg xlalu la. demi enchik laling ku terchenta, tun pun kejutkan laa BM yg baru nk berehat lepas menguli roti bertubi2 last week tu. sian dia.. jgn mogok sudah la ye wahai bibik ku sayang :D

tun godek2 dapur kak anym, dgn harapan nk cari resepi pau yg kawan kak anym tu. ntah apa nama dia.. tp x jumpa pulak yg tu. jumpa resepi pau lembut nih. bila tgk kat myresepi mmh dh ramai yg cuba, nmpk masing2 pun mengakui kelembutan pau nih. tun pun ape lagi.. terus menimbang2 tepung segala bagai dlm BM. lepas 3 jam.. tadaaa!!!!!!! pau yg lembut dan gebu.. mostly inti sardin, few inti kacang merah. mmg ada je inti kacang merah duk frozen dlm peti. biasa tun buat byk2 n frozenkan dlm bekas kecik2.


Pau Lembut
Resepi: kak ton @myr
sumber: kak anymz, kak liza, kak hana

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...

13 comments:

rahel said...

Bestnya..kalau ada pau petang2 ni..boleh mkn sambil minum teh o..

cikmanggis said...

rajinnya Tun.Makcik manggis dah lama tak main masak masak ni..nak mengepau pun tak larat.Mintak seketul jika ada lagi hehe.

Nuwairani said...

baru je plan nk buat pau sardin..sekali kak tun dah buat dulu..

quinnie said...

oo tun pakai resepi kak ton ye..kita pun suka resepi ni..lembut je...tapi dah lama betul tak buat...kekeke

masing2 menge pau ye..hehehhe....

quinnie said...

oo tun pakai resepi kak ton ye..kita pun suka resepi ni..lembut je...tapi dah lama betul tak buat...kekeke

masing2 menge pau ye..hehehhe....

Nazrah said...

lemak sayuran tu yang mana yer?? sowy .. x tau..hehehe

Unknown said...

wahhh gebusnya pau tun..lama tak buat pau ni..sedapnya!:)

Yana Shaiful said...

~singgah nak mengepau kat sini pulak ^_^..rmainya yg bt pau..resepi ni k.yana xbt lg..msk list dulu :-)

HaSue said...

Ah!x aci la guna bibik!balik dulu ah..*ada unsur dengki di sini

buat u-turn, amik 2 ketul wat bekpes esok..mmg nmpk gebulah tun.. maksud akak,pau yg tun buat ni ha..heheee :D

Sheila Shafeareen said...

salam tun insyaAllah esok nak megepau jugak...budak suruh buat inti pedas....akk tetarik gan resepi ni npk mudah dan x byk bhn...:-)

Amie said...

Assalamualaikum Tun,
cantik gebu kejadiannya pau tu ye... bolehlah cuba buat, tapi sebenarnya tak pernah buat! Nak cuba cuba ni..

Sheery Dream Cakes said...

ermmm kalu akak tgk org buat pau... mmg teringin sgt nak buat.. tp masa skg nie mmg x mengizinkan tuk akak buat pau... tgk pau yg tun buat tu mmg nampak lembut n sedap

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

musim mengepau agaknya skrg ni ye tun... pau inti sardin akak suka jer... hehehe..