Monday, October 21, 2013

Yummy Chewey Gooey S'mores Cookie Bars ^^


gambo hp je tu yg x berapa comey

Assalamualaikummm :)

alhamdulillah.. masih dikampung.. duk kt kg seronok masak mcm2 sbb ramai yg makan :D  kalu duk bintulu, sendiri masak, sendiri makan, pastu sendiri gemuks ^:)^

b4 balik aritu, terjumpa marshmallow kat supermarket. mmg sgt jarang jumpa halal marshmallow, kalau kt kg pun, biasa jumpa halal marshmallow yg kedai bakery ingredients, tp amat laa mahal. jd bila jumpa kt supermarket yg murah, semangat beli smp 4-5 peket. hihi....  


biasanya kalau marshmallow, sure akan teringat kat S'mores... kalau mat saleh mmg akan bw marshmallow time camping. panaskan pastu kapit ngan cookies, sedap /blush ada yg resepi dessert yg guna marshmallow. tp dlm byk2 tu, tun paling berkenan kat resepi cookie bars nih. serius terliur tgk blogger ni buat.. sbb tun guna kamera hp je, xdpt nk tayang gambar yg cantik2 :-<



Cookie bars ni sgt senang nak buat.. tp bagi yg x tahan manis tu, mmg perlu kurangkan gula.. masa bakar tu, mmg xtahan bau dia, rasa mcm nk gigit terus bila kuarkan dr oben. haha.. tp utk potongan yg cantik, perlu tunggu betul2 sejuk dulu tau.. kalau pelahap mcm tun nih, xsempat 2jam dh sibuk nk potong, tu yg hancus sket rupa dia.. :p


S'mores Cookie Bars
Resepi: The Larson Lingo
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1 c serbuk biskut merie (hancurkan biskut merie lepas tu sukat)
    1/2 c butter, carikan
    1 1/2 c gula perang
    1 c butter
    1 telur
    1 tsp vanilla
    1 1/4 c tepung gandum
    1/2 tsp baking soda
    1/2  tsp garam - xletak sbb butter dh masin
  • 1 c chocolate chips
    3/4 c marshmallows - pastikan HALAL sbb byk marshmallow tak halal
  • 1 bar kecil Milk Chocolate- pecahkan

Cara:
  • Satukan biskut merie dan setengah cawan butter yg dicairkan. Tekan atas loyang 8inch yg telah dialas kertas minyak.
  • Pukul gula dan 1 cawan butter, masukkan telur dan esen vanilla.
  • Masukkan tepung, garam dan baking soda, gaul sebati.
  • Masukkan chocolate chip dan 1/2 cawan marshmallow. Gaul sebati. Tuang atas loyang berisi biskut merie tadi.
  • Bakar pada suhu 180 C, selama 10-12 minit.
  • Selepas12 minit, taburkan chocolate bar yg dipecahkan2 dan baki 1/4  cwn marshmallow ke atas adunan td, dan bakar lagi 10 minit (atau hingga masak, tak melekat bila dicucuk)
  • Pastika n tidak overbake (masa bakar dr mula hingga akhir adalah 20-22 minit).
  • Biarkan sejuk selama 2jam sebelum dipotong empat segi.. (biarkan pada suhu bilik, jgn masuk peti sejuk)


Beware: ini sangat sedapp... kalau takut gemuks, jgn buat sbb mmg xleh berenti makan.. /wahaha
 

7 comments:

Anonymous said...

Adoi sedapnya tun

Kat umah mmg ada marshmallow tu tp tulah tukang mkn pulak takde

JaSSNaNi said...

buat mashmallow sendiri? nani penah nampak resepi mashmaloow tu tapi belum penah buat..
Sedap menu minum petang ni.

Mel said...

Apakah rasanya biskut ni tun.Nampak sedap je.Teringin juga merasa walaupun mel tak suka marshmallow dan benda2 manis ni.uhuu

ZalinZalina said...

1st time dengar nama biskut ni...sedap ye Tun :)

Qhaifa Nur said...

sedapnya Tun...

asyifamustaffa said...

X pnah lgi dgr nma biskut ni...nak cuba la nnti...

Cendana Kasih said...

adoiii...tgk gambar pun dah telan air liur.. huhuhuu...nk buat tp takut nk makan (kot kang tak bleh berenti, satu adunan habis dibedal sorang2...kang dh makan menyesal, lemak pun bersalut2 kat badan...huhuhu)