Thursday, May 15, 2014

Sup Ayam Hanyai


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah.. berjaya juga meng-update walaupon mood sgt lemauuu.. menu pon yg last week nih.. nape xde mood??? encik laling kita outstation sepanjang minggu.. huhu.... bila duk sorang2 kat umah ni, jgn harap laa dapur berasap. kih kih... kalau dh lapar sgt tu, godek2 je apa yg paling senang nk makan. periuk nasik tu mmg biasanya x bersentuh la.. huhu


Sup ayam ni antara sup feveret tun.. pekat dan sgt sedap dgn rasa rempah2 dia.. jarang2 masak ayam since pregnant. walaupon tun suka makan lauk ayam, tp cuba utk makan lebih byk ikan. kdg2 beli seafood dan daging juga. sbb ayam skrg kan byk yg diberi hormon, risau juga. cari2 juga kalau ada kedai ayam organik, tp x jumpa.

Paling suka ganding sup ayam dgn ikan kering.. hehe... xtau la kenapa.. bila wat sup ayam, mesti nk goreng ikan kering. encik laling makan bertambah2 sup ayam nih. mmg perlu buat lebih. tun akan makan kuah banjir, nasik sikit je, penuh mangkuk ngan sup. hihi...


Sup Ayam Hanyai
edit dari: pyhonda@myr
sumber: tun_telani

Bahan2:
  • Ayam (utk 2-3 org)
  • 3 ulas Bawang putih, 5 ulas bawang merah, 3 cili api, 2 cm halia, 1 cm lengkuas - blend.
  • 1 batang serai - titik
  • 1 sudu kecil jintan manis dan jintan putih
  • 2 biji bunga lawang, 4 biji buah pelaga,1btg kayu manis dan 3 kuntum bunga cengkih
  • daun sup, daun bawang, daun sadri dan batang sadri
  • kentang- potong 8  - tun tambahcarrot - tun tambah

Cara-cara
  • Tumiskan bawang putih, merah, cabai, halia, jintan manis dan putih, bunga lawang buah pelaga, kayu manis, bunga cengkih, lengkuas dan serai hingga naik bau
  • Masukkan ayam dan kentang, gaulkan sehingga rata ,tutup dan biarkan 5 minit. Masukkan batang sadri dan carrot
  • Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga menggelegak.
  • Tambahkan garam secukup rasa
  • Hiriskan daun bawang, sup dan sadri taburkan pada hidangan.
  • Perahkan sedikit limau nipis.
  • siap!

9 comments:

Anna Qawina said...

Sala tun..pagi2 ni nak hirup sup skt bg segar mata..
eh husb.akk x pernah outstation Tun..tp mood akk xde lak nk rajin2...haha...

Anonymous said...

ya allah tun serius terliur haha org puasa ni baru 10 lebih semua pun terliur

copy resepi dulu nanti nak buat lah

LiNa_Pg said...

Sedap sup ayam hatyai ni..lama tak buat

Ayu said...

Assalam Tun, sup ayam ni ada rasa masam2 sikit kan..ala2 tomyam pun ada kan..rasa akak pernah buat ni dulu..tapi bila search kat blog macam tak ada..tapi confirm dah pernah buat.. jangan2 akak dah buat tapi tak masuk dalam blog lagi...waduh kalau tak silap dah berapa tahun yang lalu cuba..

Mel said...

assalam tun.resepi kegemaran ramai ni..lagi2 musim hujan sekarang..tunggu hubby balik la boleh buat lagi..

Afasz said...

tq for shring the recipe. tgh kumpul resipi tuk masak bende baru

salam singgah dr

http://afasz.blogspot.com

ijayuji said...

Salam tunnnnnn! genkiii desukaaaa hihihi... akak belum lagi nak rajin mengarang tun 😁tunggu mood betul2 dtg baru updet😊macehh singgah

Amie said...

Perkara pertama kak Amie nak buat kalau ada sup ayam hadyai ni depan mata sudah tentulah ... sluuuurrrppp kuahnya puas-puas!

rostina76 said...

ooooo, bezanya ada lengkuas & serai ekk. sah2 thai taste mesti ada 2 bahan penting tu. terasa sedapnyaaaaaa. telan air liur (masa tgk @fb dok terasa ngat terliur….bila baca resepi dang2 terliur. adussss)