Tuesday, January 13, 2015

Rendang Pedas Kg. Bongor


Assalamualaikummmm....

Apa khabar semua? arini kelas petang je.. skrg duk marathon baut soalan test 2 dan soalan tutorial. peningg buat soalan kimia budak uni. kalau tersalah formula or chem reaction takut nanti soalan kita mendapat 'cabutan bertuah' audit, tak pasal2 kene menjawab.. huhu.. alhamdulillah sem ni xde student yg perangai 'pelik'.. kalau sem2 lepas dlm kelas tu sure ada yg jenis duk berkepit ngan boypren la, jenis wat 'sound effect' kat blkg, jenis yg xpenah dtg awal, mcm2 laa.. kali ni student agak baik, so xde la menambahkan serabut kepala yg dh cukup serabut ngan research PhD nih.


nway, byk kerja nihh.. sibuk nak ber-blog gak.. huhu... nnti BW cepat2, yg sempat nnti mlm sambil2 bf harith blh BW.. hihi..

mencuba resepi baru utk menambah koleksi lauk ayam kat blog.. encik laling suka mkn rendang ngan nasi himpit, so bila xtau nk masak apa, teringat kat rendang yg Mel buat masa kiteorg gi umah dia aritu. tgk kene ngan selera encik laling, so boleh la menerai kat umah :) 

Rendang Pedas Kg. Bongor
Resepi: FB Resepi Ringkas
Sumber: Mel, Tun telani

Bahan-bahan:
  • 1/3 ekor ayam - potong kecil
  • 150ml santan kotak - ayam brand
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit - hilis halus
  • 1 keping asam
  • 1sb kerisik
  • 1 bj limau kasturi - ambil jus
  • 1 batang serai
  • 1sk serbuk pati ayam
  • 1sb gula merah
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya

Bahan kisar:
  • 1 batang serai
  • 1in halia
  • 1in lengkuas
  • 1bj bawang besar
  • 4bj bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1in belacan
  • 1bj cili besar
  • 7bj cili api
  • 2sb cili kering - telah dikisar

Cara membuat:
1. Goreng ayam 1/2 masak. Angkat dan toskan.
2. Ambil sedikit minyak gorengan ayam. Tumis bahan kisar dan serai hingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan ayam. Gaul serata hingga ayam sebati dengan bahan tumisan. Masak seketika
4. Masukkan air, asam keping, daun limau purut. Reneh dalam api perlahan.
5. Setelah hampir pekat, masukkan kerisik, gula merah, jus limau dan serbuk pati ayam.
6. Kemudian perasakan dengan garam. Setelah semuanya seimbang dan mencapai kepekatan diingini, tabur daun kunyit
7. Hidang dengan nasi impit mahupun nasi panas.

3 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya Tun .. dah lama akak tak merendang ni.. rasa nak hulur jer pinggan .. minta sikit rendang :)

Mel said...

sedapnya..nak buat lagi esok..uhuu

*hanya kerana tengok gambar rendang kat blog tun telani nih. walhal baru je buat*

Amie said...

Wah! Rendang khas Kg. Bongor yea...