Tuesday, February 17, 2015

Pulut Kuning Kukus dan Rendang Daging



Assalamualaikumm....

Alhamdulillah.. 1st n3 bulan febuari.. sgt2 rindu utk berblog, tp masa amat x mengizinkan..huhu... lama x mengapdate. awal bln 2 aritu tun balik kampung seminggu. alhamdulillah, terubat rindu pada keluarga.. tak tau la bila lagi blh balik kg.. sob sob.. blk 9hari rasa sekejap sgt. bahagi pulak antara kg sendiri dan kg mertua. doakan agar tun cepat habis PhD dan suami dpt berpindah balik ke semenanjung ye..


nway.. menu raya sempena bday encik laling 14 febuari :) dh masuk 3 series dah. huhu.. semoga peningkatan umur seiring kematangan emosi dan semakin dekat padaNya insyaAllah. ni 1st time tun kukus pulut. jenuh juga gugel intenet nk tgk tempoh masa yg perlu. lupa, padahal boleh je tepon mama tanya.. hehehe.. biasanya time raya mama akan kukus pulut kuning. kiteorg adik beradik paling suka mkn pulut yg baru arung ngan santan, sblm kukus kali ke dua :)


Utk pulut ni tun rujuk blog kak madihaa.. kak madihaa biasa amik tempahan pulut kuning, sure expert kukus pulut nih.. sbb tun wat half kilo je, so masa mngukus tu tun adjust lah. alhamdulillah elok masak pulut ni :)

Pulut Kuning
Resepi asal: Kak Madihaa
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kilo beras pulut
  • 1 keping asam gelugor - kali ni tun skip (asam gelugor cuma utk cantikkan pulut, spy nmpk berkilat)
  •  1/2 sb serbuk kunyit
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula

Cara2:
  • Rendam pulut, asam gelugor dan kunyit semalaman. Toskan.
  • Panaskan kukusan hingga mendidih.
  • Masukkan beras pulut ke dalam kukusan (tun lapis dengan daun pisang)
  • Kukus selama 20 minit.
  • Campurkan santan + garam + gula.
  • Keluarkan pulut dan gaul (arong) bersama santan tadi.
  • Kukuskan kembali selama 15 minit.
  • Siap utk dihidang bersama rendang atau gulai pilihan.


Tun buat rendang daging utk makan ngan pulut nih.. resepi sama ngan rendang ayam je.. cuma nk tunggu empuk tu dua kali jugak tambah air.. kat bintulu ni, kalau gi pasar mmg xde daging fresh. daging kami beli kat supermarket, daging halal 'fresh' dari australia dan new zealand. daging yang elok, harga RM32+ sekilo.. huhuhuhu TT  sbb tu jarang2 masak daging. lari bajet ooo kalu asyik beli daging je..



Sedap pulak rendang daging ni walaupon tun xsuka makan daging.. hehehe... masuk lif tekan butang sendiri pulak :p


Rendang Daging
Resepi: tun telani

Bahan2:

  • 1/2 kilo daging- potong kiub kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 ml santan
  • 2 kpg asam keping
  • Garam


Cara2:
  • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan daging, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai daging agak empuk, tambahkan air jika perlu.
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap untuk dihidang. 

6 comments:

Mel said...

Assalan tun.tengok rendang dia, ahad ni juga nk p beli.Stok dah habisss.Nak buat juga, walhal baru kelmarin merendang ayam..uhuu

Kamsiah yusoff said...

Tun mcm akak jugak..suka makan pulut arung..:)

IeRA said...

SAlam singgah Tun..

Macam saya jugalah, liat betul nak updated blog. hihihi

IeRA said...

SAlam singgah Tun..

Macam saya jugalah, liat betul nak updated blog. hihihi

maz said...

sedapp klu dpt plut kning dgn rendang tu pepagi ni...kmaz pun dh lama xmengukus plut kuning...Inysaa Allah msuk rmah bru mnngu depan klu rjin bleh la buat...

Wani SK said...

salam singgah tun... tak pernah lagi buat pulut kukus sendiri.. selalu mak jer yang kukus hiii.. nak kena belajar buat sendiri ..asyik makan jer boleh.. rendang daging tu nampak sedapk jugak