Wednesday, April 20, 2016

Apam Mentega lagii dan lagii ^^


Assalamualaikummm :)

Fuhh... 1st n3 in april.. saboo je laa.. dulu tiap2 hari mngadap blog.. siap kdg2 sehari 2-3 entry.. skrg xtau laa ke mana mood ber-blog pergi.. sekali sekala angin R tiup sepoi2 bahasa utk mengapdate.. huhu...

Sayang blog ni.. sbb blog ni jumpa ramai kawan2 baru.. jumpa akak2 GMM semua. dari alam maya  ke fb, ke laga2 pipi, siap kirim2 brg bagai.. seronok sgt zaman semua aktif berblogging.. sayu pulak rasa.. ceewahh... feeling pulak petang nih.. kih kih...


nway.. ulang lagi n3 apam mentega nih.. salah satu apam feveret tun, apam penyelamat bila xtau lgsg nk masak kuih apa utk hidang ke tetamu atau bw ke usrah. sbb insyaAllah bahan2 dia selalu ada je kat dapur.. 


first tun makan kat umah kak liza, blogger first yg tun jumpa masa tun ke kuching.. back in 2011.. wahh... lamaaa tu. cepat betul masa berlalu. sejak makan apam ni kat umah kak liza (dan dgn xmalu nyer tapau wat balik.. kih kih).. tun dh puluh2 kali kot buat apam ni.. haha.. tp xde la tiap2 kali upload kat blog kan. naik menyampah readers nnti.. hihi..
 

resepi ulang tayang utk menghidupkan blog. ahaks ^^

Apam Mentega
Resepi: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr
Sumber: tun telani

Bahan-bahan ( +-50 biji )
(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
(B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  • Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  • Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  • Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  • Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  • Perap selama 1/2 jam.
  • Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  • Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  • Selamat Mencuba.......

2 comments:

Kamsiah yusoff said...

terserlah kegebuannya Tun...sedap..!!

Amie said...

oh! tak tolak tepi kalo apam mentega ni...