Sunday, February 1, 2026

Menu Buka Puasa 30 hari Ramadan

 Assalamualaikum~~

Lagi 15 hari Ramadan insyaAllah.. Tun dah plan menu sikit sikit supaya tak nanti takde lah takde idea nak masak apa. 

Bersembang dgn chpGpt minta buat list menu dari resepi2 yang Tun pernah post kat blog sebelum ni. Sebab tun suka makan ayam, jadi untuk menu first, 80% menu ayam. haha... seminggu sekali menu selain nasi. 

pecah pula gambar. kat FB ok gambar. tgk sini

 

 Ni buat khas untuk kawan-kawan, seimbang ayam daging ikan seafood. 

 

Alaa... sedih laa gmbr tak clear pulak.  boleh tgk kat FB SINI

 

Tun dah siap ibu sambal 3 bekas khas untuk Ramadan. Selamat prepping bahan masakan dan lauk-lauk buat semua kawan-kawan.


Thursday, January 29, 2026

Bekal Last Week January

 Assalamualaikum

Kejap je dah nak habis January. Sekarang Tun sesi bertenang go with the flow untuk semua keadaan. Used to be full with over-thinking and anxiety. Now hidup penuh ketenangan dan stress free. haha...  I left all the thinking and problems to my laling. Semoga Allah permudahkan segala urusan en laling daku, kurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik. Aminnn... 

Enough rambling for today. Back to the menu. Simpan sini semua, nnti senang bagi link kat Chapgpt minta dia suggest menu bila takde idea. 

Menu rasmi hari pertama sekolah setiap minggu: Nasi Lemak. Mama Harith Hasha maleh nok mikir.
Nasi lemak ayam bakar madu untuk kali ini.

 

Baked Pasta

 

Cupbap @ rice bowl. Based dia sushi rice, topping gochujang chicken.

 

Mac n Cheese

Meroti di tengah malam untu bekal pagi. Topping bollognese dan sosej.


Bekal KAFA Hasha. Rutin Ahad, Isnin, Rabu: 1245 hantar beg KAFA, kain sembanyang dan lunch, pastu tunggu Harith balik 115. 

 

Daging masak kicap, sup potato dengan bokchoy. Bokchoy hasil kebun tun. Suhun tu mmg letak setambun, Hasha request gitu.

 

Kurka (kurma + kari) ayam

 That's all for this week. Till next week insyaAllah. 

Sunday, January 25, 2026

Bekal minggu kedua Jan

 Assamualaikumm..

 Alhamdulillah, angin rajin update masih ada.. haha..  

 

Ahad cuti Isra' Mikraj. Jadi Isnin first day sekolah for the week, menu rasmi : Nasi Lemak.
Nasi lemak bunga telang + popcorn chicken.

 

Spiral Olio, chicken nuggets, dragon fruit

 

Megi goreng ni tun tumis cili dengan serbuk kari Adabi. Noodles guna air dried noodles Mamee. Kadang2 beli jenama Cintan, tapi yang Cintan halus sket, sesuai untuk sup. Vits pon Ok.

Penuh kegigihan masak nasi ayam di pagi hari. Menu berat sebab pagi ni merentas desa.
Drumstick for Hasha, Harith prefer dada.

 Bekal KAFA

 

Asam pedas ikan toman, sayur bendi.
Ada a few sayur je yg the kiddos makan, bendi salah satu.

 
Ayam Paprik

Minggu lepas minggu merentas desa, petang bawa waffle celup coklat untuk snacking

 


 Tu je bekal minggu lepas. Masuk gear minggu ni pula. 

Saturday, January 17, 2026

Bekal Minggu Pertama Sekolah

 Assalamualaikummmm ~~~

Kerajinan untuk update blog melanda. Mostly sebab nak simpan memory kat sini. Tahun ni Harith dah darjah 6, Hasha masukd darjah 3. Sekelip mata dah besar semua.

 

Kick off menu, Nasi Lemak Ayam Goreng

Spaghetti Bolognese for Monday

Macaroni goreng

 

Pulut kuning rendang ayam.

  

Beef brisket sandwich penutup bekal pagi

 Tahun ni Hasha start KAFA, tukar baton dengan Harith. Harith dah merdeka dari UPKK, fokus UASA je. Jadi tengahari Tun hantar nasi untuk lunch Hasha, ambil beg sekolah dia, passing beg sekolah KAFA dengan kain semayang. 

 

KAFA 3 hari je. Menu KAFA minggu ni.

 

Ayam masak kicap dengan brokoli goreng

Nasi putih, ayam sambal, sayur air. Menu rasmi rumah ni

Kari Ayam

 Tun pemakan ayam tegar, paling senang nak masak pun ye juga. Next week try masukkan satu lauk ikan atau daging juga. Semoga minggu depan pun rajin update juga.  

Saturday, January 10, 2026

Bekal KAFA Harith


Assalamualaikum 😊 

 Beberapa tahun sekali update blog. Hahahaha... I read my previous post, and it's the entry for Harith starting school. Tahun ni dah darjah 6 anak teruna Tun. 

I'd rarely took pictures untuk bekal Kafa Harith, mostly sebab kejar masa. Tak sempat nak adjust angle amik gambar. Tapi untuk last year KAFA, ada few pictures yang berjaya Tun snap untuk sepanjang tahun penutup KAFA Harith. Tepek sini untuk idea bekal Kafa Hasha pula. Hasha is starting KAFA this year. Pass baton bekalan lunch.  

  

No photo description available.
Paprik Ayam dan Telur Dadar.

 

May be an image of congee

Menu feveret Harith, Patin masak tempoyak. Jarang2 Tun masak sbb susah dapat patin fresh dan Tun tak makan ikan sungai.

 

May be an image of omelette and congee
Sup Ayam Hadnyai dengan Telur Dadar.

 

No photo description available.
Buttermilk Chicken. Ada extra sandwich kali ni sbb lepas KAFA ada latihan sukan.

 

No photo description available.

Burger with homemade chicken patty.

 

No photo description available.

Gulai Daging dan Ayam goreng kepci.

 

No photo description available.

Ni tema malas masak lauk. So sushi roll dgn sandwich.

 


        


Sushi lagi. Tapi balik cakap tak cukup, kawan2 tumpang makan.

 

Penutup KAFA, last day mangkuk tingkat hilang. Tertinggal kat sekolah, bila pergi cari dah tak jumpa. Tupperware pulak tu. Sabar je la mamanya. 

Semoga tahun ini makin rajin, insyaAllah. 

Selamat kembali ke sekolah anak-anak, selamat kembali bersilat di dapur untuk kawan-kawan 

Tuesday, November 12, 2024

Plain White Buns (Eggless)

 


MasyaAllah... lama sungguh tak sign in blog ni. Mujur password auto save, kalau tak, memang takde harapan nak sign in. huhu... 

Update semata-mata sebab nk save resepi roti feveret yang terbaru. Published kat Ig dgn Fb susah sungguh nak cari semula resepi. Blog juga terbaik. huhu
 
Tun guna resepi Eggless Buns sebab asalnya meroti sebab nak hantar kat sepupu tengah berpantang. Tapi bila dah menguli tu kan, non stop la menguli 
 


 
Plain White Buns (Eggless)
Sumber asal: dapur ibu cergas
Olahan: tun telani
 
Bahan2:
375g tepung roti
30g gula
3/4tsp garam
20g butter (salted) – kalau guna unsalted, tambahkan sikit garam jadi 1tsp
1tsp instant dry yeast
240g susu kotak (sejuk)
1/2 tsp baking powder - tun tambah 
 
Campur semua kecuali butter, uli kejap dan biar dalam 10-15min. Campur butter dan uli lagi.
Proof hingga 2kali ganda.
Bentukkan. Kalau buns biasa, sedang elok loyang 10inch, 16 pcs besar2.
Proof 2kali ganda dan bakar suhu 180C, 16-20mins depends on the oven. 
 
   
 
Before proofing


After proofing
 

Sunday, March 21, 2021

Setelah sekian lamaaa

 Assalamualaikumm 😀


Ya Allahh... lamanyaa tak buka blog kesayangan daku. pw pon dh lupa, nasib baik autosave.. hihi.. setting semua dah lain, pening juga bila nk tulis n3 baru. 

Tergerak hati nk update sbb I think blog ni yg paling senang nak access dan kalau Tun nk go down the memory lane, compared to Fb and Ig, for me, blog is more user friendly. Hence, I want to keep my memories here. 

This year, both Harith and Hasha dah sekolah. sob sob.. besar dah dua2. 

Mama excited nak hntr sekolah, sekali covid daaa... haha... struggle PdPR kt rumah ntah apa2. Alhamdulillah dah blh sekolah seperti biasa. 

Hasha 4yo, awal-awal risau juga sbb compared to Harith, Hasha spent most of her time with me. Semua nak mama. Harith umur 2 bulan dah hntr pengasuh. But, unexpectedly, she's more independent and matured than what we thought. Rilek je masuk sekolah, mama pulak yg sedih. kih kih..

 

Badan besar, cikgu ingat 6 tahun. Haha...

Super excited balik school cerita kawan nangis nak mama dia, Hasha tak nangis.

Opkos botol susu blom boleh tinggal 😂😂

 

Harith hensem boy darjah 1. Mama bercita-cita nak gelepo sama2 dgn semua parents lain intai anak tepi pagar pastu tunggu kat kantin masa rehat. Tapiiii, terkubur 😅 Parents blh drop kat depan pagar je, takleh tunggu langsung. SOP baru, semua makan dalam kelas. 

 Walaupon cita2 nk gelepo tunggu anak kt kantin tak tercapai, tapi cita2 utk bekalkan bento setiap hari berjalan lancar alhamdulillah. Nnti Tun update menu Bento Harith.

First day of school


Blom sampai seminggu sekolah, botol air dah pecah 😂😂  Beg duit hilang, tapi nasib baik nx week pergi sekolah jumpa dlm kelas. hihi



Nx time tun update bento Harith. Hasha kat Pasti cikgu sediakan makanan.



Monday, May 11, 2020

Menu Berbuka Puasa: Roti John Senang gler nk buat


Assalamualaikummmm :)

Berjaya gak update hari ni. Menu yang last week lagi ni.

Roti John ni menu wajib tiap2 kali puasa, sebab senang pastu cepat je siap. Pastu senang juga nk bagi kat orang. Last year buat banyak sbb nk hantar ke surau, tahun ni surau semua tutup.. sob sob.. bagi kat jiran-jiran je sorang sikit,



Masih setia dengan resepi yang sama. Kalau buat murtabak pon, tun akan guna resepi ni juga.

Roti John Mudah
Resepi: umie @ myr
Sumber: tun telani

Bahan2:

  • 250gm daging cincang - tun buat dua-dua ayam dan daging
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • sedikit garam
  • 3 biji telor
  • sedikit butter
  • 6 keping roti 'finger rolls' - roti hotdog
  • sos dan mayonis (jika suka) 

Cara2:

  • Blend bawang dan bawang putih
  • Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari
  • Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak
  • Belah dua roti jangan sampai putus
  • Masukkan telor dalam daging cincang
  • Pukul sebentar telor+daging
  • Panaskan butter dlm kuali
  • Sapukan adunan daging+telor atas roti - tun letakkan adunan dlm kuali pastu telangkupkan roti atas tu, style org pasar malam masak
  • Terlangkupkan atas kuali
  • Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar
  • Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing
  • Hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka

Thursday, May 7, 2020

Menu Buka Puasa: Sup Daging

Assalamualaikum :)

Sup Daging dengan nasi himpit untuk Iftar 6 Ramadan.⁣

Plan asal nak buat mee sup daging, sekali ada orang request nasi himpit. Nasib baik mmg ada beli nasi himpit untuk stok PKP. ⁣

Sup Tun simple je, kali ni versi lebur dalam pressure cooker.⁣

Bawang besar, bawang putih, halia (lebihkan), rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkeh), daging, rempah sup sket, air secukupnya, garam, lada hitam. ⁣

Setting 20 minit kot.. lupa dah 😅⁣

Dah siap masak, celur Bokchoy dalam sup, tauge pon celur dalam sup. Tauge tu yang Tun baru tuai semalam 🥰 tuai awal sbb encik laling suka makan yang pendek dan ada kepala besar lagi 😁⁣

Sambal kicap cuma tumbuk lada besar, cili padi, bawang putih seulas, kicap masin, dan kicap manis sikit. ⁣



Tun tak makan red meat, jadi cuma buat egg noodle soup je. Versi ngelat, guna chicken powder, masuk halia lebih sket, black pepper. Tu je untuk soup. Pastu masuk laa segala bahan steamboat. haha..


#tuntelanikitchen

Monday, May 4, 2020

Menu Buka Puasa: Pulut Panggang Terengganu



Bakar dalam Air Fryer je

Merajinkan diri buat pulut panggang. Tak tau la dari mana aura rajin tu datang. bulan puasa ni extra gigih bab masak. haha...

Kali ni guna inti frozen yang tak tau zaman bila beli. Tun tak makan inti udang kering. Pulut panggang ganu inti ikan. Tp sebelum ni kalau buat inti ikan, follow resepi kak Madihaa.


Inti Ikan
Resepi: Kak Madihaa
Sumber: tun_telani

Bahan:


  • 1 kg ikan selayang / ikan uji rashid / ikan kembung
  • 1 sudu kecil garam & 4 keping asam keping (untuk merebus ikan)
  • ½ biji kelapa (ambil santan pekat anggaran 2 cawan)
  • 6 ulas bawang merah ~ dimayang halus- tun blend
  • 1 inci halia ~ dihiris memanjang halus- tun blend
  • 1 sudu kecil halba
  • garam & gula secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka

Cara2:

1. Rebus ikan dengan garam, asam keping & sedikit air.
2. Sejukkan ikan & asingkan isinya sahaja.
3. Tumbuk isi ikan hingga lumat
4. Dalam kuali.. masukkan santan, bahan2 hiris, halba, isi ikan, garam & gula secukup rasa.
5. Masak bahan2 tersebut hingga menjadi betul2 kering & berderai.
6. Angkat & ketepikan sedia utk digunakan.

Besar gedabak... hahahha.. mkn sebijik kenyang

PULUT LEPA aka PULUT PANGGANG VERSI TRENGGANU
Resepi: kak Madihaa
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 1 kg beras pulut ~ direndam semalaman atau sekurang2nya 3 jam
  • 1 biji kelapa ~ ambil santan pekat anggaran 3 cawan (kalau rasa kering sgt.. boleh tambah lagi)
  • 2 sudu kecil garam/ secukup rasa
  • Daun pisang utk membungkus ~ potong anggaran selebar 7 inci setiap sekeping dan lap permukaannya.
  • Lidi yang dipotong runcing sepanjang 1 ½ inci (untuk cucuk daun pisang) atau boleh juga gunakan stapler saja.. (org dulu2 guna lidi)
  • kapur makan (untuk di lengserkan pd jari jemari utk mengelakkan pulut melekat2 pd jari) - tun xguna, guna glove plastik

Cara Menyediakan
  • Toskan pulut yang direndam tadi & masukkan ke dalam pengukus (elok guna pengukus lubang halus agar pulut tak jatuh jika pengukus berlubang besar.. alaskan dengan daun pisang). Kukus selama 30 - 40 minit. 
  • Angkat pulut dan masukkan ke dalam besen dan arong dengan santan yg dicampurkan dengan garam. Kacau hingga rata dan kukus sekali lagi selama 30 minit atau hingga pulut masak. 
  • Sediakan daun pisang (letak atas meja atau papan pencanai atau atas kekuda kalau buat kat lantai). Sapukan jari dengan kapur makan agar pulut tak melekat pada jari. Sudukan anggaran 2 ~ 3 sudu besar pulut atas daun pisang dan ratakan. (rujuk pada gambar). 
  • Sudukan inti anggaran 3 sudu kecil lalu balutkan inti tadi dengan pulut dengan beralaskan daun pisang. Pastikan inti tertutup dengan pulut dan berada ditengah2 pulut supaya inti tak berterabur waktu nak makan 
  • Potong lebihan daun pisang kiri & kanan balutan pulut tadi anggaran 1 inci.
    ]Dengan menggunakan jari.. tekan/cucuk2 pulut ke dalam balutan daun pisang tadi agar ia kemas & mampat. 
  • Cucuk dengan lidi atau stapler untuk mengemaskan balutan.
  • Bila dah siap.. bolehlah dibakar menggunakan dapur gas ataupun arang. Bolehlah dihidangkan panas2 atau sejuk

Menu Buka Puasa: Sardin Roll Babakr

 Assalamualaikum..


Assalamualaikummm

Menayang menu buka puasa lagi. Minggu lepas punya dah ni. Tun suka makan sardin roll, yang roll dengan roti tum dengan yang kelantan pastry goreng tu.

Tapi dua2 tak pandai buat. Sardin roll yang gulung roti tu, confirm super berminyak bila tun goreng. tak tau laa knp. Geram sungguh.

Jadi, untuk mengubat hati yang lara, Tun buat laa baked sardin roll ni.

Masuk Air Fryer je


Resepi dari blog kak wan, tapi takleh nk copy paste. Malas sungguh nak menaip. Hahaha.... kita screenshot agak2 kak wan marah x? 😂




Step by step tengok kat blog kak wan je laa ye.. klik SINI.

Selamat berpuasa semua.