Showing posts with label biskut raya. Show all posts
Showing posts with label biskut raya. Show all posts

Monday, August 5, 2013

Biskut Raya 1434H: Chocolate Chips Cookies with Almonds


Assalamualaikumm :)

tayangan biskut raya terakhir utk tahun nih..buat 4 jenis je sbb kt umah mama dan kakak dh bawa blk biskut jugak. tayang nyer 3 sbb satu lg mcm xberapa nk menjadi.. hihi.. kita tunjuk yg jd je ye, kalau yg x jadi tu xyah nk tunjuk2, kesian kt org yg menerai resepi kita nnti.. 

ni biskut chocolate chip favourite tun. dh few years tun guna resepi yg tun olah dr buku resepi pemberian my laling :x ni la cookies yg duk ulang2 buat, kdg2 tambah kacang2, kdg2 buat plain, kdg2 tambah cocoa powder jd lbh chocolaty. ada yg hairan tgk xde telur dlm resepi nih. tp mmg xde telur, dan masih sgt rangup dan sedap :D


utk raya kali nih, tun buat cookies ni tambah badam cincang. mmg biasanya ni laa biskut yg paling cepat habis :)

Chocolate Chips Cookies with Almonds
Resepi: 500 cookies and bakings Cookbook
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1 cwn butter/margerine
  • 3/4 cwn gula perang
  • 2 cwn tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
  • 1 sk vanilla
  • 1 cwn chocolate chip
  • 1/2 cwn chopped almonds - sangai dahulu
  • 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)

Cara2:
  • Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
  • Masukkan pula chocolate chips dan badam dan gaul sebati lagi.
  • Masukkan dalam peti sejuk sebentar jika ingin cookies terbentuk cantik.
  • Sudukan atas loyang (me x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
  • Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
  • **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

Sunday, August 4, 2013

Biskut Raya 1434H: Biskut Nestum Rangupp


Assalamualaikummmm~~~

sape tgh dgr lagu raya.. angkat tangan!! hihi... kt sini dh makin sunyi sepi.. kiteorg antara yg paling akhir meninggalkan bumi bintulu. sbb xde feel raya, jd buat biskut raya smbil dgr lagu raya utk mengubat hati yg sedikit berduka.. huhu... tahun ni raya umah mertua, jd sayu je dgr lagu dendang perantau dan dari jauh ku pohon maaf tuu.. sob sob.... don't get me wrong, i love my in-laws.. especially my sisters in law. dgr2 org duk citer pasal xleh 'go' ngan kakak2 ipar, tun bersyukur sbb ipar2 tun semua baik2. tapi.. mana sama kampung sendiri ngan kampung mertua kan.. jd mlm raya tu mmg terasa mcm nk berdrama air mata la jugak dlm bilik.. huhu...

nway.. tun baru siapkan 2 jenis biskut.. mula2 semangat nk buat mcm2 biskut, tp kakak tun ckp dh byk biskut tunjuk kat rumah, jd cancel buat byk2.. nnti bazir je.. biskut nestum ni tun dh buat last year, sbb tun suka makan jd buat lg tahun nih.

fresh from oven

Biskut Nestum (yg sangat2 rangup! siyes! )
Resepi: Maria
Sumber: Kak Mas, tun telani
Bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis  - tun ganti dengan chocolate chips
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
  3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
  4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. Mas bakar 20 minit. 


Friday, August 2, 2013

Biskut Raya 1434H: Best Ever Chocolate Cookies


Assalamualaikummm :D

tayangan perdana biskut raya dr dapur tun! hihi.. org len dh siap packing biskut nk bw blk kg, tun baru nk stat wat biskut raya. huhu... arini officially stat cuti mid sem aka cuti raya, jd baru la dpt bernapas sikit. tu pun sbb wat2 x nmpk kerja2 phd yg tak pernah surut tu.. /sweat

nway.. this has become biskut wajib family tun.. wat snacking saje2 dan juga wat masa raya.. satu adunan ni mmg kejap je habis nih.. meriah dgn raya coklat even after tun reduce kan portion chocolate dia. TAPI.. sbb ni resepi mat saleh kan, gula dia agak banyak. so kalau rasa2 nk kurangkan manis di musim perayaan ini, blh kurangkan sikit gula tu ye :)



Nama best ever tu bkn sbb tun syok sendiri ye, tp sbb mmg tu nama yg diberi kat biskut nih.. tp sbb ni antara biskut feveret adik2 tun, jd mmg sesuai kot nama best ever choc cookies tu.. ^^

Best Ever Chocolate Cookies
Adapted from: krista3@allrecipe
Sumber: tun telani

Bahan2
  • 1 1/2 cwn tepung
  • 3/4 cwn cocoa powder - tun guna 1/2 cwn cocoa powder dan tambahkan tepung 1/4 cwn
  • 1 1/4 tsp baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cwn (170g) butter/margerin
  • 1 1/4 cwn gula - tun letak 1 c je
  • 1 bj telur
  • 1 sk esen vanilla 

Cara2
  • Ayam tepung, serbuk koko, baking powder dan garam. ketepikan.
  • Pukul butter dengan sampai berkrim. masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan bahan2 yg diayak dan gaul hingga jadi doh yg lembut.
  • Kalau ingin terap, simpan dalam peti sejuk sebentar sbb doh sgt lembut dan susah utk dicanai. Doh yg sejuk akan sedikit keras, tabur tepung atas papan pencanai utk elakkan tepung dr melekat. kalau guna cookie presser mcm tun, xperlu sejukkan, blh terus press atas loyang yg dh di glis. 
  • Bakar pada suhu 180 C, 8-10 minit. biskut agaklembut masa panas, biarkan sejuk dlm loyang sblm alihkan dlm bekas  

Sunday, September 4, 2011

Post Raya... Biskut Raya yg sempat dibuat




Assalamualaikum ^^

Kembali mengadap lappy selepas penat beraya. masa raya xsempat nk amik gambo juadah hari raya. segan pun ye gak. ye laa, tahun ni beraya kt umah mertua. balik kemaman 2 hari b4 raya, sempat la pulun wat biskut raya 2-3 jenis. x wat byk pun, sbb me dh wat balik 2 jenis biskut dr bintulu, pastu kakak me pun dh wat 2 jenis jugak b4 me balik. tambah ngan kerepek2 dan popia gulung segala jenis, mmg x muat 2 set balang biskut raya. hihi... walaupun dh habis period membaking biskut raya, me nk letak laa jugak n3 biskut raya ni. sbb mmg sgt2 sedap! tahun depan iA nk wat lagi nih.

comey kan ;)


Biskut Nestum (yg sangat2 rangup! siyes! )
Resepi: Maria
Sumber: Kak Mas

Bahan :
  • 250 gm butter
  • 100 gm kismis  - tun ganti dengan chocolate chips
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 3 cawan nestum
  • 1 cawan gula caster
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dengan gula hingga putih.
  2. Masukkan telur dan esen vanila... kacau sebati
  3. Masukkan semua tepung dan nestum... masukkan kismis... uli hingga sebati
  4. Bentukkan bisut ikut suke korang... bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 175'c. Mas bakar 20 minit.

1st time wat tat nenas..... hihihi.. 


Tat Nenas
Resepi: Kak Anim

bahan2 pastri
  • 4 oz butter- 115 gram
  • 4oz minyak sapi- 115 gram
  • 1 biji telur gred B
  • 1 lb tepung gandum-450 gramsedikit garam
  • air sejuk
cara
  • Pecahkan telur di dalam bekas adunan,
  • Masukkan butter dan minyak sapi
  • Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar di dalam peti ais.   (tun letak sikit air ais sbb adunan tun jd sedikit crumbly, lepas uli tu, tun letak jugak dlm peti ais, kuarkan sedikit2 utk gulung)
  • Guna acuan seperti gambar di bawah.
  • Tekan adunan dan bentukkan tart mengikut kesesuaian anda.
  • Jika letak inti yang banyak maka dapatlah tat yang tebal.
  • Bakar pada suhu 170C-180C selama 20-25 min
  •  
nota kak anim: Untuk Inti Puan2 boleh gunakan seperti biasa. samada yang buat sendiri atau yang segera yang sedia ada di kedai2 jualan bakery.  
Inti 
resepi kak anim jugak  ( tun guna inti yg beli kt kedai. hihi)
10 biji nenas-di sagat dan toskan airnya
3 kampit gula
sedikit pewarna kuning
cara
kacau nenas dan gula
Bila hampir kering masukkan pewarna kuning.
Kacau hingga kering dgn api yang perlahan

yg ni kakak tun yg buat,.. tun letak coklat n manik je.. hihi