Showing posts with label donat. Show all posts
Showing posts with label donat. Show all posts

Thursday, April 16, 2020

More and more donatt





Assalamualaikummmm....

Musim mendonat.. selagi tak dapat sedap macam Dofi, selagi tu tak puasa hati.. haha..
 
 

Topping white chocolate, white chocolate + nestum, and strawberry chocolate. Cairkan coklat dlm microwave pastu celup je.

Packing untuk hntr rumah mama. Musim PKP ni takleh keluar rumah kan. Nasib baik adik ada kat rumah mama, dia datang amik kat rumah. Adik2 ramai kt umah mama, uni semua cuti. Kalu ikut hati, nk pack baju balik umah mama juga, tapi kita mujahadah #stayathome 💪

Yang kosong tu sbb abah Tun dah pesan awal2 taknak gula. Tapi sbb mendeco dengan anak dara, tiba2 habis dah semua dia celup coklat 🤣🤣 tinggal satu tu yg berjaya takde coklat.

My Sous Chef 💗

Last time baca geng post kt ig dia bakar kejap donat ni untuk frozen. Jadi Tun pon menerai lah.. bakar 170C, 7 minit atau bila sentuh atas dia rasa kering.

Ok juga. senang kerja takyah goreng separuh masak sblm frozen. Pastu donat jd cantik bulat pula bila bakar dulu baru goreng. hihi..



Takleh nk share resepi kali ni, sbb ni resepi PJJ. Tapi kan, sebenarnya lebih kurang je dengan resepi geng2 blogger yg dh penah try sblm ni. hahahaha...

Jemput pilih resepi donat yang Tun dh penah try sebelum ni:

Donat Kentang Fatmah
Donat Pisang
Donat Rima
Donat Labu
Donat Lembut IML
Donat Keledek

Fuhh... banyak rupanya resepi donat yg dh buat. Donat kentang fatmah tu paling kerap buat, smp 2-3 entry, tun letak satu je la link nyer ye.

Selamat mendonat semua.. buat frozen senang nnti bulan puasa tak yah sibuk menguli 😀





#RMO

#tuntelanikitchen

Tuesday, April 14, 2020

Donat Rima


Assalamualaikummm :)

Musim PKP ni, tak tau berapa kali dah Tun mendonat. haha... seronok main doh, sebab boleh buat aktiviti dengan anak-anak, memang suka sangat budak2 ni kalau nampak mama menguli. Siap menguli, memang berebut la doh dengan mama. Buat satu adunan, boleh bagi kat jiran-jiran sekeliling.

Rindu nak lepas sama-sama petang2 lepas Asar sambil makan2 dan tunggu anak2 main basikal. Sekarang semua pakat letak makanan atas pagar, pastu wasap bgtau suruh amik. hehe..

Kali ni kita cuba resepi Rima yg penah viral dikalangan food blogger suatu ketika dulu 😊

Alhamdulillah.. walaupon buat versi berjimat cermat, tapi tetap lembut gebu.

yang bentuk pelik tu yang Harith Hasha buat 🤣

Donat Rima
Resepi Asal : Bisous a Toi - Rima
Sumber: tun telani

Bahan :
  • 500gm tepung roti - tun guna tepung gandum biasa (perlu lebihkan sikit, sesudu dua masa uli)
  • 100gm gula halus - letak 80g je sbb nk letak topping, takut manis sgt
  • 11gm instant yeast - tun guna sepeket Mauripan, mmg 11g
  • 4 biji kuning telur - tun guna 2bj telur, xnk bazir putih telur
  • 200 ml air - Tun tuna air sejuk (ada ais) sbb guna BM
  • 100gm magerine / butter
  • 1 sudu kecil garam

Cara membuatnya :

  • Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
  • Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
  • Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
  • Rehatkan doh 20-30 minit hingga kembang.
  • Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
  • Rehat doh semula 20 minit.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
  • Salutkan donat dengan gula atau choc cair ikut selera.

Cara Tun..

  • Masukkan semua bahan ke dalam BM. Setting uli 14minit, buat 2kali uli. Proof smp naik 2kali ganda.
  • Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Bakar 7 minit, suhu 170C, pastu goreng. Nak goreng terus pun boleh, tapi tun suka tengok dia cantik kalau bakar dulu.

Selamat mencuba 😊

Bahagia bila ada ring

Jimat banyak kalau buat sendiri, bahan-bahan tak mahal, kalau beli 2 ringgit sebijik.