Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Saturday, May 7, 2011

Ikan Tongkol Goreng Kicap


Assalamualaikum ^^

weekend kembali.. me expect nnti mesti sunyi je dapur2 nih, kn. hihi.. me pun nnti nk kuar jalan2 =) owh, smlm me hantar 1 abstract baru ke supervisor.. alhamdulillah, semangat sikit utk teruskan kerja bila ada progress.. then conference yg akan me attend hntr email offer utk publish full paper presenters. hopefully me sempat siapkn paper tu b4 ke Bangkok. bestnyer bila ada semangat wat keje sekolah. hihi.. masalah nyer semangat dan idea dtg sekali-sekala je.. huhu

Ok laa.. ni nak tayang lauk yg simple, tp sekali sekala mkn ni rasa mcm sedap laa pulak. ikan yg direbus, bila goreng ni mmg xtra sedap sket. teringat masa kecik2 dulu nenek kt kampung selalu rebus dulu ikan, pastu goreng. perghh.. sedap btolll.. tp mmg malas betul nk wat nih, sbb kompom dh meletup2 dlm kuali tuh.

nway, me share resepi dr makyong ni yg tlh diubai sesuka hati oleh mek sue, n me duk terliur2 kt dapur si mas nuh..

Ikan Tongkol Goreng Kicap
resepi: makyong@myr
sumber: haSue, Mas


Bahan-bahan ( - )

* >>Bahan untuk rebus
* 5 keping ikan tongkol
* 3 sudu makan asam jawa(yang masih berbiji) - tun guna 2 asam keping
* 2 cm halia atau lengkuas(hiris) - tun guna lengkuas
* 1 sudu teh garam
* sedikit manisan/gula melaka

* >> Bahan untuk goreng kicap
* 1 labu bawang besar-hiris
* 2 ulas bawang putih- hiris
* 5-10 cili padi- hiris(ikut tahap kepedasan)
* 1 tangkai cili merah dihiris memanjang sedikit
* 2 sudu besar(atau secukupnya) kicap
* 2 sudu besar(atau secukupnya) sos tiram

Cara-cara

1. Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak sikit air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
2. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit.Goreng dalam 2-3 minit.
3. Masukkan ikan tongkol dan kacau perlahan,balik2kan supaya sekata bergaul dengan kuah kicap.
4. Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
5. Sedap dimakan ketika masih panas-panas


ok.. selamat berhujung minggu.. bg yg ada anak2 tu, sekali-sekala bw laa gi mandi pantai ke, picnik kt air terjun ke.. hihi... windu nyer nk blk kg.. nk konvoi beramai2 dgn pak sedara n mak sedara gi air terjun..

hv a great wiken! me nk wat keje sekolah jap, then kuar dating ngn my laling~

Friday, May 6, 2011

Crsipy Potato Wedges


Assalamualaikum ^^

n3 pantas ni. sbb nk siapkan abstract baru utk supervisor. bila dh siap abstract blh laa dgn senang hatinyer ke library pinjam novel. my laling izinkan pinjam novel dan baca time weekend je. hehe..

kali ni nk tayang Crispy Potato Wedges nih. biasa beli je, ni terajin pulak nk buat. hehe.. resepi dr mek sha.. hehe... me usha resepi ni kat myresepi, pastu google la jugak cr link kt blog.. sedap nih.. pastikan rebus kentang betul2 empuk baru sedap.

apa2 pun, tq wat kak noorsha.. me lap you!

cnp sini ye..

Crispy Potato Wedges
by Noorsha@myr, Noorsha.blogspot

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam

Cara-cara

  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.- tun buang kulit
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

Thursday, May 5, 2011

Upside-Down Pizza


Assalamualaikummm ^^

ni nk tayang resepi dinner yg sgt sedap, cepat, dan senang.. ni hasil me duk tengok foodnetwork kat astro la ni. nmpk sedap je makcik tu masak. owh, lupa lak, me tgk Quick Fix Meals with Robin Milller. masa tgk tu, me x salin betul2 sbb dia ckp blh tgk resepi kt website, tp bila buka website x jumpa pulak. so me wat versi sendiri je laa.. kui kui.. yg pasti, my laling rasa semulut je, terus ckp "uish.. sedapnyer! nama dia ape nih?".. n me yg konon2nya nk diet pun mkn dgn hebatnyer xleh nk berenti. haha.. tp siyes sedap (puji diri sendiri..)

nama dia upside-down pizza sbb filling dia duk bawah, pastu 'dough' dia cuah kt atas filling. sgt senang sbb xyah nk uli2 dough. kalau ada semua bahan, blh prepare dlm masa x sampai setengah jam. filling dia me wat sama ngn me wat filling pizza.

Upside-Down Pizza
loyang 9x9 inch

Dough

2 bj telur
1 cawan susu
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil garam

- gaul sebati (me guna mixer) semua bahan.
- sedia utk diguna

Filling

1 keping dada ayam- kerat2
3 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
2 sudu besar tomato puree
1 sudu besar oregano
garam

- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan perasakan garam

Keju secukupnya

Cara2:

  • Panaskan oven 180 degree
  • Letakkan filling dlm loyang (tgk gmbr)tabur cheese atas filling.
  • cuahkan adunan 'dough' kat atas.
  • Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
  • Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.


nyum nyum...

Monday, May 2, 2011

Pasta with Garlic and Chili


Assalamualaikummmmmm~~~~~~~~~

haha.. maghrib2 ngadap tenet.. sugguh kurang sopan.. 2 hari duk sunyi sepi.. org len sunyi blk kg, ni x blk kg pun berpura2 blk jugak. kui kui.. sbb dengki org blk kg kn, so 3hari ni duk kuar berjalan2, walaupun xde sgt tmpt nk berjalan2 kt bintulu nih.. pastu hujan pulak, duk berjalan2 kt kedai je laa..

ptg sabtu gi public library. lama x masuk library, rindu la pulak.. ni kata2 budak nerd zaman sekolah nih..haha.. besar gak library bintulu nih. me wat kad, pinjam novel 2 bijik.. rindu nk baca novel, pindah sini bw 2 biji novel je. pastu, me ni bila dpt novel, selagi x khatam selagi tu x letak. hari ni dh hbs dua2 buah. haha.. my laling ckp blh gi library wiken je, kalau tak, me xwat keje sekolah. huhu..


nway, me nk tayang menu bekfes yg sgt simple. tgk ingredient pun pelik sbb simple sgt.. tp dlm buku resepi me nih, dia ckp 'one of the simplest of pasta dishes and one of the best'.. betul jugak. rasa dia mild, but blh mkn 2 pinggan. haha..

me translate kot melayu, ye..

Bahan2:

  • 400g spagetti- rebus dlm air + 1 sk garam
  • 7 sb olive oil
  • 2 bj cili padi kering - me guna yg fresh, kerat halus
  • 6 ulas bwg putih- me guna 3 ulas besar
  • 1 sb origano
  • 1 sb parsley
  • garam
  • lada hitam

Cara:
  • tumis bawang putih dan cili padi dgn api perlahan selama 2 minit.
  • masukkan origano, parsley, dan spagetti.
  • gaulkan sebati.
  • tambah garam dan lada hitam

haaa.. senang,kn? hihi..


ps: tgh duk bakar kek pisang sbb kecewa blended orange kek rasa pahit.. huhu

Friday, April 29, 2011

Ayam Kicap Berempah Harum

Assalamualaikum ^^

ni lauk lunch.. mmg x sangka rasa dia sgt sedap! haha.. ingatkn rasa ala2 masak kicap je.. tp kombinasi all the spicess campur ngan lada hitam dan sos2 tu.. perghh... sampai x cukup lauk nk simpan utk dinner..

mmg resepi kak dayang ni sgt marbeles! me dh usha2 kt dapur iza akma, tp masak ikut cara kak ummi.. time kasih buat semua =)

AYAM KICAP BEREMPAH HARUM

Bahan:-
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak) - me goreng garing
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 sk lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar (*akak tambah ni) - me ikot
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan-bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai (*akak guna 2 btg)- ni pun ikot gak
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
Cara-Cara Memasak:
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air dsbya mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.


fuhh.. sedap bangat.. ngan kuah2 licin!

Nasi Dagang: 1st Trial


Assalamualaikummmmmm ^^

terasa x aura2 ceria??? hihihiihihi..... me dh dpt streamyx!!!! yayyy!!!!!!!! hahahhaha.. tu yg xtra byk gmbr nih.. kui kui.. nk letak mlm td, tp x berjaya.. ni merasmikan line streamyx. eh, dh rasmi dh ngn FB tu. nmpk x badge chomey kt sblm tuu..jemput2 laa jd kwn FB sy ye.. hihi...

ni buat smlm utk my laling buka puasa.. windu nk mkn nasi dagang tengganu. mmg bangga habis bila dpt wat nih.. haha.. nasi dia menjadi dgn hebatnyer.. puji diri sendiri, kui kui.. tp me nyer gulai blh diperbaiki lagi. maybe sbb xde rempah cap bunga ros yg org kg guna utk wat gulai nasi dagang ni. nnti blk kg nk borong byk2 rempah tu.. ni walaupun ada sedikit kekurangan kt gulai dia, my laling mkn x berenti2..tambah 2 kali. hihi... siap ckp, dh nk berenti nih.. tp tambah lagi.. sedap sgt laa tu kot..

nway, ni kn 1st trial, me letak resepi nasi je laa. nnti bila gulai me jd sedap mcm makcik kt kedai tu wat me tepek resepi dia. lgpun, kalau org kelantan nasi dagang ni, lauk dia gulai ikan atau gulai ayam biasa. kt tengganu je guna gulai dgn rempah cap bunga ros tu.

me godek2 resepi kt myresepi utk idea. tp wat ikut apa yg penah me bljr time kt kg dulu.

Nasi dagang
sumber asal: yani@myr dan mamadzie69@myr

Bahan2:

  • 3 cawan beras wangi
  • 1 cawan beras pulut
  • 400 ml santan (2 kotak)
  • 3 bj bawang merah- mayang
  • 1 cm halia- mayang halus
  • 1 sk halba
  • Garam
  • Gula - sedikit

Cara2
  • Rendam beras sekurang2nya 4 jam
  • Basuh, tos, dan kukus beras selama 5 minit.
  • 100 ml santan di campur dgn 100 ml air masak utk dijadikan santan cair. Gaul nasi dgn santan cair dan kukus hingga masak (bergantung pd kukusan, me dlm 40 minit)
  • Baki santan (300ml) digaul bersama bawang, halia, halba, garam dan gula.
  • Bila nasi masak, gaulkan dgn baki santan, dan kukus semula selama 5 minit.
  • Siap =)

anak jati ganu kompom suke mkn nasi dagang nih.. hehe..

semalam awan sgt cantik.. me snap2 gambo tepek kt sini (sbb tenet laju kan.. blh laa letak byk2 gambar.. kui kui)


panas2, kejap je kering kain kt ampaian..

hanger jemur baju pun nk interframe

bila hari panas, apa lagi.. meroti laaa.. kan xde gardenia kt sini.. kene laa wat roti sendiri...


ok laa... xleh lupa diri... hari ni nk wat keje sekolah.. rajin! rajin!!


Tuesday, April 26, 2011

Telur dadar dgn Kentang



Assalamualaikum ^^

hahaha.. letak n3 lg b4 tutup lappy nih.. ni lauk mkn dgn gulai ikan kering td. olahan dr French Omelet, saje kasi nama melayu.. haha..

tun mmg suka mkn french omelet nih. sbb pencinta kentang, kn. kalau blh semua lauk pun nk taruk kentang goreng. time duk NZ dulu selalu mkn (kentang sgt teramat murah n lg byk dr nasi), biasa wat bekfes, tp ni mkn ngn nasi jugak laa jd side-dish. blh wat mcm2 version omelete nih, ni ikut apa yg ada kt dapur =)

French Omelete

  • 2 bj telur
  • 1 bj kentang
  • 1 bj bwg merah- dadu
  • 1 btg daun sup- kerat2
  • 1 sb susu sejat/ susu segar
  • garam

Cara2

  • kentang di potong dadu dan di rebus selama 5 minit.
  • panaskan sedikit minyak atau butter dlm non-stick pan. goreng kentang dan bawang merah sampai wangi (tun suka biar brown sikit kentang tu)
  • dlm mangkuk, pukul telur bersama susu sejat dan campurkan daun sup.
  • Curahkan telur ke atas kentang dan goreng mcm telur dadar biasa.

mkn dgn sos cili pun sedap =)

Gulai Ikan Kering



Assalamualaikum ^^

arini lambat bukak lappy.. seharian mood merudum, xtau hujung pangkal. dr pagi duk tenung2 text speech utk conference nnti, xdtg2 idea. pastu tgk slide pun xtau nk tulis ape.. haish.. skrg dh nk abih bln 4 pun.. bln 6 nk hntr notis thesis, tp progress sgt and teramat sgt slow.. uuu uuuu.. time2 mcm ni rasa sgt stress.. nway, sbb xde mood, ptg td ajak my laling kuar jln2.. dpt gi kedai bakeri beli tepung roti ngan acuan roti baru rasa happy sket.. pastu jln2 kt pandai. dh x stress.. hihihi.. ni sindrom mengada nk manja2 namanyer, btol x?

dinner mkn kt luar.. dkt ngn pantai td.. ni lauk lunch. my laling blk lunch td br duk kerat2 bawang..huhu.. lauk kg campak. lama x makan ikan kering nih..

Gulai Ikan Kering

  • 3 keping ikan kering yg sesuai
  • 3 bj bwg merah*
  • 1 ulas bwg putih*
  • 1 cm lengkuas*
  • 1 sk kunyit
  • 1 sb cili giling
  • 1 asam keping
  • Santan
  • Timun btg- potong panjang2
  • Cili merah- jika suka, nk kasi cantik je actually

Cara2:

  • Blend bahan bertanda *
  • Masukkan bahan blend dlm periuk bersama santan dan asam keping. Masak hingga santan mendidih.
  • Masukkan ikan kering dan masak sampai ikan kering agak lembut.
  • Masukkan timun dan cili. Masak sebentar (ikut suka timun lembut mana, me suka timun tu lembik sikit).
  • Perasakan garam.


Monday, April 25, 2011

Apam Gula Melaka



Assalamualaikum ^^

n3 apam lagiiii... gara2 terliur nengok apam kak izah pagi td.. duk berkira2 nk wat talam sagu jugak, last2 berjaya mengawal nafsu, wat sejenis kuih je utk berbuka td.. hihi.. mmg x rugi cuba.. sedap sgt!! walaupun masa perap tu adunan xnaik smp 3 kaliganda (2kali ganda pun x, naik sikit je..sbb arini mendung kot..) tp tetap lembut.

ok lah, xnk ckp byk2 sbb nk gi BW. jarang dpt online 2 kali sehari nih. sementara line tenet sihat, baik gi jalan2 luaskan pandangan.. jln2 msk blog org laa maknanyer.. hihi..

resepi terliur kt dapur kak izah, tp me cnp terus dr cheiza@myr, tq ye =)

Bahan-bahan ( satu family )
  • * 1 cwn air
  • * 1/2 cwn gula melaka yg telah diracik halus
  • * sehelai daun pandan
  • 2 cwn tepung
  • 1 sk dry yeast
  • 3/4 cwn air
  • 3 sb gula pasir ( boleh kurang atau tambah ikut suka nak manis mcmmana )
  • secubit garam

Cara-cara
  1. Masak bahan bertanda* hingga gula melaka larut dan dibiarkan sejuk.
  2. Campurkan semua bahan dan air gula yg telah sejuk dan gaul rata.
  3. Seeloknya campuran tadi di masukkan didalam bekas besar. Tutup dan bibiarkan selama 40min atau sehingga adunan naik hingga 3x ganda.
  4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg telah dilengserkan minyak. Biar sekejap dlm 5 min.
  5. Kukus adunan selama 30-35 min atau bila dicucukkan lidi, lidi keluar bersih.
  6. Sedap dimakan dgn kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam.

Apam Gandum


Assalamualaikum!!!!!!

pagi2 dh ngadap lappy... erk, dh nk tengahari ek? nmpk ngat bgn lambat.. eh, xde laa lmbt sgt, dh siap nyapu ngan basuh kain dh ni... suke nyer jd housewife nihh.. sila abaikan journal2 yg bersepah disekaliling dan thesis yg xsiap lagi. nway, arini bkn sengaja nk bgn lambat, mlm td dh tdo awal dh sbb nk bgn sahur, ni kes xabih ganti pose lagi nih, haha.. pastu tgh2 duk best tido, tiba2 black-out.. ko 1 lbh dh time tu, terbangun sbb tepon bunyi, kwn me yg duk blok sblh tepon sbb takut dia duk sorg2. gelap gelita sbb satu adtec ni black-out. nmpk pakguard duk pusing2 naik moto 2-3 org.. ye laa, dh gelap2 nih takut gak ada apa2 kan.. dh laa ni kawasan hutan belantara. bila dh terjaga tu, susah laa nk tdo, dgn panas sbb kipas xjalan.. lama jugak xde letrik smlm, bila dh ada letrik baru laa blh tido. bgn sahur pun dh ko 440, kt sini subuh ko 5.06 arini. nasib baik me dh siap msk awal2 mlm td, so sempat laa sahur. pas subuh samb tido.. hehehe. jgn amalkan selalu ye, nnti rezeki mahal.. org tua2 yg ckp.. maknanya nnti rezeki susah nk dpt..

nway, smlm sempat BW 2-3 tmpt je, smp umah kak mas n kak ros tenet dh wat hal xleh nk hntr komen. sabo...sabo... nnti my laling ckp nk pasang streamyx.. yayyy!! sementara nunggu psg tu, kene laa byk2 bersabar dgn tenet yg putus2 nih.. kak haSue, ape lagi..jom streamyx! nnti sure xdok dh problem xnmpk gmbr yg tun letak.. hihi..

pg ni nk tayang apam gandum ^^ wat few days ago dh nih.. so dh abih ye kawan2. len kali wat lg. resepi yg sgt senang dan xperlu kos yg byk. kompom bhn ada kt dapur t
u =).. mmg nostalgia btol rasa dia.. masa kecik2 dulu selalu mkn kt kg nih.. org yg jual wat dlm loyang besar, pastu potong2. me wat dlm acuan kecik2 pastu letak kaler biar chomey ^^


resepi dr kak fida@myr.. tq akak. ada cara2 bergmbr kt sana.

Bahan-bahan ( loyang 10x10x3 inc. )

  • 4 1/4 cawan tepung gandum - diayak(akak guna 1/2 kilo)
  • 3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir,dicampur)
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 peket yis serbuk - (cnth - Mauripan)
  • secubit garam (opt)
  • kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam dan daun pandan yg digunting kecil - utk mkn bersama apam
Cara2
  1. Loyang disapu minyak sekeliling.
  2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda,selama lebih kurang 45 min hingga 1 jam.
  4. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min.Biar apam benar2 sejuk.
  5. Apabila kuih benar2 sejuk,bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.
ps: me guna kelapa parut kering, campur sikit santan, garam dan air panas. masak jap atas non-stick pan.

ni tgh duk jemur tgh panas..

ok laa.. nk gi BW.. muge2 tenet ni bertahan lama sket arini.

Sunday, April 24, 2011

Quick And Easy Pizza Crust



Assalamualaikum ^^

Ptg baru berjaya mmbuka tenet.. hari ni ceria sket, sbb finally dpt astro kt umah.. yayyy!!!!!! aft nearly a month tv tu dpt tv1 je yg kdg2 blur2, finally smlm org astro dtg pasang.. n tgh2 mlm td baru dpt signal.. so pagi ni laa baru officially me duk ngadap tv.. hoho.. windu nk tengok tv yg clear.. owh my AFC and TLC.. <- 2 chanel ni je yg me duk ngadap.. owh, skrg tambah lg satu, foodnetwork channel ^^ td x berkelip2 me nengok org lawan2 craft kn chocolate jd Colosseum and Hanging Garden Babylon.. sgt mantap! ni yg terasa nk gi belajar culinary arts nih.. padahal mmg dr dulu dh ngidam nk gi kelas culinary, bila laa nk dpt enroll nih..

Ok.. ok.. cukup ngan ke-terujaan me dpt psg astro (ade ek perkataan tuh??).. nway, arini mkn pizza utk lunch ^^ sbb pg td wat nasi lemak, so konon2nyer diet laa xmkn nasi utk lunch.. padahal duk baham pizza tu smp 2-3 slice.. muahaha.. kali ni saje2 nk try dough pizza dr kak izah. biasa me guna yg dlm buku resepi je. len kali tepek yg tuh.. resepi ni kak izah amik dr allrecipe. kak hasue pun dh wat nih..

QUICK AND EASY PIZZA CRUST
source: allrecipe, kak izah

7 gm yis segera
1 sudu kecil gula
1 cawan air suam
2 1/2 cawan tepung roti <- tun guna tepung gandum biasa, tp lebihkan sket sbb jd agak lembik
2 sudu makan minyak zaitun *saya guna minyak masak je
1 sudu kecil garam

Caranya:
1. Dalam mangkuk sederhana, satukan yis dan gula dengan air suam dan biar yis berbuih lebih kurang 10 minit.
2. Kemudian masukkan tepung, minyak dan garam. Pukul hingga licin dan lembut. Biarkan 5 minit.
3. Bentukkan doh ke dalam pizza tray dan taburkan dengan topping kesukaan.
4. Bakor hingga pizza kekuningan. * Saya bakor pada suhu 180 selama 30 minit.


supersize pizza- besar dulang tuuuu.. haha...


mmg sgt lembut, gebuuuu, dan sedap! wat sendiri mmg puas hati makan, blh letak topping byk2 ngn ikut selera masing2. me mmg suka letak hotdog byk2, pastu tabur origano byk2 gak. nyumm!!! ^^

sila2 laa mencuba, ye =)

Saturday, April 23, 2011

Roti Putih Madu Harum Vanila

Assalamualaikum!!! ^^

semalam sgt stress!!! xdpt internet langung! bukak dlm 10minit, dia dh nyala2 lampu hijau. aft 5-6kali try reconnect x dpt2, me pon give up.. baru nk menayang2 roti me yg gebu walapun sedikit hangus atas dia.. tp xpe, pagi ni berkobar2 pasang internet, setakat sepuluh minit ni dia biru lg, hope bertahan utk publish n BW jap.. eh2, nmpk cam ada org baru yg menjenguk dapur ni.. terima kasih, ye =) nnti me jenguk blog ye.. iA ikut tenet me yg semput ni..

me dh 2 kali wat nih.. guna mixer cangkuk tu. pastu uli tangan sikit2.. me wat dlm acuan roti sandwich jugak 1, tp atas dia terhangus.. muahahaha.. me mmg expert bab2 hanguskan mende dlm oven nih. tp walaupun tergaring sket atas dia, dlm dia tetap lembut dan gebuuu... sedap sgt!

aritu gi usha BM, tpxde stok.. huhu.. sedih rasa.. org kedai ckp dia baru place order from semenanjung, xtau bl sampai.. tp me dh booking siap2. weee~~ x sabar rasa nk dpt BM ^^ nnti blh lawan meroti ngan kak mas =)

ok laa, b4 tenet ni wat hal.. kene tepek resepi dulu.. ramai yg dh wat nih.. sapa2 yg belom wat tu, sila2 laa mencuba. kompom x nyesal punya.. resepi dr ratu roti kak ros JM. me ikut buku roti yg kak ros hadiahkan. tp link tu dr blog JM.


Roti Putih Madu Harum Vanila
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

- kuantiti bahan di bawah untuk 1 acuan roti sandwish dan 1 acuan petak 18cm.


Bahan-bahanya ( untuk doh roti)

  • 500gram tepung roti
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 sudu besar gula
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 3 sudu besar shortening@lemak sayuran
  • 220ml air suam
  • 6gram yis ( ros guna jenama mauripan)
  • 4 sudu besar water roux
  • 1 sudu kecil garam
  • beberapa titik esen vanila

* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu <- me x wat sbb penyakit M tiba2 dtg


resepi water roux

  • 25 gram tepung gandum
  • 125 ml air


cara-cara untuk membuat water roux

-masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.



Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 2 bahagian, 1 bahagian di bahagi dua dan bulat-bulatkan setiap satu, masukakan dalam acuan sandwish loaf dan 1 bahagian lagi di bahagi pada 9 bahagian kecil dan bulat-bulatkan, susun dalam acuan petak 18cm, Biarkan doh naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit ke 1 jam, gliss permukaan doh dan bakar pada suhu 180 darjah selama 16-18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.


yg ni letak inti kaya.. separuh lg kosong =)



Thursday, April 21, 2011

Ayam Sambal Hijau


Assalamualaikum ^^

pelik x? pelik x? hihi.... nama ayam sambal hijau.. tp kaler merah. ni kes terliur time masuk dapur kak mas (kak mas dh wat ari isnin lg, me br nengok semalam..) tgh2 duk defrost ayam tp x tau nk masak ape. nengok je menu ni, terus gi goreng2 ayam. pastu tgk2 xde langsung cili hijau dlm peti ais. muahaha.... so me pun blend kan aje cili2 merah yg ada.. patutnyer nama dia kene tukar jd ayam sambal merah la kan? hihi..

nway, resepi ni sangat senang dan sedap.. me pun x sangka jd sedap camtu.. hihi.. (sbb me pandai masak kah??? perasan sendiri, sila layankan ye... ) my laling pun ckp sedap, tp bdk ni majoriti apa yg me masak, semua dia cakap sedap...

malas nk ckp byk2 (sbb tu mcm nk ribut je kat luar tu.. kekgi kan tiba2 putus pulak line tenet nih b4 sempat publish).

resepi skodeng dr dapur kak mas yg tgh mood meroti dgn hebatnyer, resepi asal dr kak yati, dn kak yati ckp dia tgk dr buku kak hanilieza.

Bahan :
  • 1 ekor ayam - dibasuh & tuskan
  • 3 biji kentang - di kupas kulit, belah dua dan potong serong * Kak Yati tambah, Mas pun.. me pung!!
  • 4 batang serai - diketuk
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 5 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit gula
Bahan Kisar :
  • 5 biji cili hijau
  • 20 biji cili api hijau
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • sedikit belacan
Cara memasak :

  1. Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
  6. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.



fuhh.. hujan dh stat turun... nk lampu broadband pun mcm dh nk stat kelip2 tuh..

Wednesday, April 20, 2011

Kari Ikan Jebong

Assalamualaikum ^^

Semalam x online sbb seharian x dpt tenet. tensen betul, dh laa dr msg suruh email scanned passport, dr tghari try buka email x berjaya.. last2 give-up... huhu.. alhamdulillah hari ni ok pulak tenet nih.

Hari ni nk tayang ikan jebong or nama lain dia ikan ayam laut. mybe sbb isi dia pejal x mcm ikan biasa... ala-ala isi ayam gitu.. me duk sarawak ni baru jumpa ikan nih. 1st masa kt miri aritu, jakun laa jugak.. muahaha.. padahal abah me kata ade je kt ganu tuhh.. last time sbb x pandai lagi, beli sekor2, bila balik baru terketar2 tangan nk menyiang ikan nih.. kulit dia keras jidan! duna gerudi baru lut agaknyer.. huhu.. ikan ni kalau beli yg ada kulit baik bakar. kalau nk masak gulai ni, suruh pakcik yg jual tu buang kulit siap2. eh eh.. ada yg x kenal ek rupa ikan nih..ni laa rupanyer. gmbo hp zaman duk miri aritu..


mak long me yg duk johor nuh duk ckp ikan nih sedap masak kari.. so, bila jumpa ikan time gi pasar aritu me suruh dia siang siap2, balik terus masak wat kari..

Bahan2:

3 ekor ikan jebong saiz sederhana - buang kulit dan kerat2
1 biji bawang besar- mayang
2 ulas bawang putih- ketuk
i inch halia- ketuk
1/2 sk halba
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
2 sb rempah kari ikan- bancuh dgn sedikit air
2 tangkai daun kari- xde stok
Santan
Kentang- belah 8
Bendi- xde stok
Tomato- belah 4
Air asam jawa
Garam


Cara2:

Basuh ikan dgn air asam jawa dab bersihakn
Tumis bawang besar, bawang putih, halia, halba, jintan manis, dan jintan putih sampai wangi.
Masukkan serbuk kari yg dh dibancuh dgn air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan air dan kentang dan masak seketika.
Masukkan santan, ikan, dan air asam jawa. api jgn terlalu besar, ye.
Agak2 ikan dh masak, perasakan garam dan masukkan bendi dan tomato.
Siap.

masak kuah byk2, blh simpan wat bekfes cicah ngn lempeng..nyum!!
Justify Full
ok laa.. me tgh duk rajin menaip thesis nih.. online n BW kejap2 je =)


Monday, April 18, 2011

Ikan Bakar cicah Air Asam


Assalamualaikum ^^

arini lambat letak n3 sbb merajinkan diri mengadap thesis.. (me is a gud girl.. weee~~~ ). berenti utk masak lunch je tadi.. bagusnyer sayaaa~~~ hihihi... semoga tiap2 hari pun saya rajin macam ni, n lebih rajin lagi baik.. insyaAllah, amiinn..

masak simple2 je arini. semalam pergi pasar beli ikan yg fresh.. pagi tu baru je tangkap.. my laling bila dpt ikan fresh nih, mmg suka bakar je. sbb xde pokok pisang kt kawasan nih.. semua pokok kayu balak je blkg nih, so xleh nk bakar atas daun pisang. masuk oven atas dulang je..

air asam double thumbs up! mmg sedap sampai menjilat mangkuk. siyes! hehe... resepi from myr.. thanks to yummiez for the recipe. it's really yummy.. buleh tgk resepi asal kt sini, ye.


Air Asam
  • Bahan tumbuk:
  • 2 - 3 biji cili merah
  • 3/4 biji bawang merah
  • 2 sudu teh belacan- me bakar

  • Bahan hiris:
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji tomato

  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa
  • jus limau
  • garam, gula sikit - me tambah

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk. (me layukan semua bhn dalam kuali dulu)
  2. Masukkan garam secukup nya. Tak perlu byk sgt kerana belacan dah masin.
  3. Hiriskan semua bahan hiris.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

Ikan Bakar

  • Ikan- apa2 jenis yg sesuai, bersihkan dgn air asam jawa
  • Sedikit perahan limau nipis
  • Garam

Cara2
  • Gaul ikan dgn jus limau nipis dan garam
  • Bakar pada suhu 180 degree, selama 30 min. api atas bawah, so xyah balik2an.

mmg me mkn x berenti, tiba2 dh hbs sepinggan.. hahaha... tp me mmg xkn tambah nasi, sbb makin sihat dh nih.. hehe.. makan dgn sayur petola masak air.. perghhh.. ni duk gatal2 idung ngan ingus2 penangan belacan.. tp puas hati mkn dgn sedapnyer.. huhu

ni menu org kampung.. sedap laa pulak.. hihi

tgh2 tenet yg nazak, tiba2 me rasa mcm my lappy dh semakin nazak.. abah belikan lappy ni masa me final year (coz my old one keep switching off by itself, n i need to write a thesis for my honours year).. that was few years back.. now this one selalu 'hang'.. uwaaaa.... brp jangka hayat lappy year? xkn 4 thn dh nk rosak kot.. owh, mybe sbb lama x gi service.. mane nk cari kedai servis komputer kt bintulu nih..

moga2 lappy ku sihat walafiat smp siap tulis thesis master nih.. aminnn..



Friday, April 15, 2011

Goreng Pisang Rangup

Assalamualaikum ^^

Dgn bangganyer online dr dlm umah =D hohoho~~~ tp selang sepuloh minit dia terdisconnect, kdg2 kelip2 lampu hijau kt broadband menandakn dia nazak.. huhu.. nk dpt line nih ada 1 spot je, atas katil tepi tinggap. kalau gerak sikit je, dah KO dah line nih.. apa apa je laa broadband oiii, asal dpt bukak sudah. penat gak tp nk menaip smp duk atas katil nih, dh la panas sbb kene ngadap matahari, kalu gi jauh2 sket terus dc.

nway, b4 dia dc, meh kita minum petang ngan pisang goreng rangup nih.. siyes sedap goreng pisang guna resepi nih. me angkut resepi crispy fried bread kak haSue, sbb kak sue kata aduanan dia blh wat goreng pisang/cempedak jugak ^^

walaupun ramai yg dh pernah try wat guna resepi nih, me nk letak jugak kt sini, manalah tau ada yg x penah wat lagi kan ^^.. yg x penah wat tu, sila2 laa buat, kompom x nyesal. hihi

Goreng Pisang Rangup

resepi asal: crispy fried bread fr haSue@myr

  • 5-6 bj pisang yg sesuai - belah 2
  • 2 cawan Tepung gandum
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sm Marjerin
  • 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
  3. Celupkan pisang td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)


wat sendiri blh goreng byk2, puas makan =) makan panas2 sambil minum teh O.. sedapnyer.. walaupun sini x hujan mcm byk tempat lain.. kene panas, esok nk kuar mengundi nih..eh, me bkn warganegeri sarawak, xleh gi ngundi.. nk gi nyebuk2 pun malas sbb kompom penuh org kt bandar esok.. agak2 kak dayang blk kg sbb nk mengundi kot..

ps: sepanjang me menaip nih dh 4 kali terdisconnect.. sabar..sabar.... jd kurang sabar sket bila nk pos komen kt dapur kwn2 dia problem loading page.. rasa mcm nk gigit je broadband nih.. huhu..

nway, gi BW sementara mende nih kuar lampu biru.. nnti dh hijau mmg surrender.. hihi..

Thursday, April 14, 2011

Kek Masam Manis


Assalamualaikum ^^

huh~~ jeles btol nengok org pamer doyan nih.. tertekan pun ada gak... aritu gi laa usha2 doyan kt pasar tepi sungai nuh.. mak aaii, mahal yg teramat! kalau nk beli sikit2 sure x cukup, my laling nih kuat makan (my laling ye.. me x.. <- cover, padahal sama naik je.. muahaha..).. nway, kita tunggu je laa sampai pokok doyan tu buah byk2 sket..

nway, sbb terasa mcm nk mkn kek jugak, walaupun xde perasa doyan mcm kek mek jah tu (ketinggalan ketapi, x tau C4 tu mende.. kui kui..), tp kek kak sue nih sedap oooo... maybe kene kurangkan sikit manis tu, tp mmg mkn susah nk berenti lah.. hihi..

me dh lama peram resepi nih. cedok kt myr, b4 kenal blog kak sue lagi (nk menunjukkan betapa lamanyer peram resepi nih.. hihi..). dh rasa ni nyesal x wat awal2.. dia ada rasa kek paun sikit2. kalau semua org tau laa kek paun tu yg mana kan.. hihi.. mama me selalu buat kek paun masa ke kecik2 dulu, alaa, mcm marble kek tu. tp, lg sedap sbb ada haw flakes yg masam2 n manis bila gigit =)

me wat separuh adunan, pastu marblekan kasi cantik ^^ pasa dlm kukusan dia naik cantik mcm apam dh nmpk, walaupun xde baking powder.

ni baru kuar dr kukusan... lubang2 tu sbb me cucuk ngan garpu.. haha..

cnp kat sini ye.. resepi asal dr sini

Bahan-bahan ( 1 Loyang 9"x9"/sila bahagi 2 sukatan bhn utk kek lbh kecil )

  • 330g Marjerin
  • 2 Gelas /400g Gula Pasir <- next time me akan kurangkan sikit
  • 6 Biji Telur-Gred A (Telur gred C kena gunakn 7 Biji)
  • 2 3/4 Gelas /320g Tepung Gandum
  • 1 Bungkus/90g Asam Manis(hawflakes)
  • 1 sudu esen vanilla/perisa pisang
  • Pewarna Kuning Secukupnya<- me bahagi 2, 1 kaler merah

Cara-cara

  1. Panaskan air dlm pengukus.Di dalam mixing bowl atau bekas agak besar,masukkan marjerin dan gula. Mula memukul adunan dgn mixer sehingga gula dan marjerin bergaul rata..(x pyh tggu kmbg sgt sbb marjerin x sehalus mentega)
  2. Masukkan telur satu-persatu(sambil terus memukul adunan pd kelajuan tinggi) sehingga habis.Kemudian masukkan esen vanilla/perisa pisang
  3. Setelah itu,ayakkan tepung terus ke dlm adunan dan pukul sebati.Warnakan adunan dengan pewarna kuning.Gaul adunan menggunakan senduk sehingga betul2 sebati.Kena guna senduk sbb telur dan marjerin kdg2 masih ada yg 'duduk' bwh bekas.Jika ni tjadi kek anda akan nmpk bminyak sket sbb adunan x brp sebati
  4. Buka bungkusan asam manis dan simpan dlm mangkuk.Ramaskan dgn sedikit tepung gandum supaya ia tdk melekat satu sama lain dan supaya tidak mendap ketika dkukus.Jika mahu,patah2kn kecil2(sy lbh suka buat begini sbb kek lbh cantik dan x terasa ketulan asam manis ketika mkn)
  5. Masukkan asam manis tadi ke dalam adunan dan gaul sebati.Sediakan loyang yg sudah dsapu marjerin dan dtabur rata dgn tepung.
  6. Masukkan adunan terus ke dalam loyang dan tutup dgn aluminium foil(x perlu tutup ketat,sekadar menutupi bahagian atas loyang).Boleh juga guna tuala utk mengalas penutup pengukus.
  7. Pastikan kukusan sdh mendidih.Kukus adunan selama 1 jam 15 minit atau lebih(sehingga msk), bgantung kpd saiz pengukus. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

x sampai seminit mkn 1 slice nih.. hihi

Wednesday, April 13, 2011

Rendang Percik Ayam

Assalamualaikum ^^

ni menu tengahari semalam =) biasa laa, bila dh blur2 xde idea nk msk apa tuh, me menyelongkar semua resepi2 yg dh save.. rasanyer folder yg plg byk sekali dlm lappy ni, folder resepi kot.. hihi.. tp bagus save awal2 nih, sbb bila time2 intenet kritikal mcm skrg nih, mmg berguna. xyah nk stress2 sbb xleh nk google resepi. hihi..

duk selongkar2 tu, me pun jumpa laa resepi yg me x penah wat lg.. tgh2 x berapa nk rajin masak nih sbb my laling duk remind yg lg sebulan me kene ngadap dr n tunjuk progress thesis.. uh uh... kene rajin2 wat keje sekolah.., resepi yg campak2 camni mmg best.. hihi..

resepi asal dr dapur kak MaDiHaA aka Ratna (me still xtau ratna tu nama akak ke, panggilan ke.. tp kalau panggilan nk panggil kak madihaa ke, kak ratna??.. hihi....)

me cnp kat sini, ye... resepi asal refer sini

Bahan2

  • 1/2 ekor ayam ~ potong kecil spt nak buat rendang
  • 5 batang serai ~ hiris nipis2 - tun blend kan sekali ngan bwg
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil halba
  • 2 sudu kecil gula merah/gula perang
  • 1 keping asam gelugur yg kecil
  • 3 cawan santan atau secukupnya
  • garam & serbuk perasa secukupnya
  • minyak untuk menumis


Bahan2 Dikisar Halus

  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara2 Memasak
1. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bahan2 kisar serta serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam, garam, gula merah, serbuk perasa & halba. Kacau sebentar agak2 ayam bertukar warna, masukkan santan & asam gelugur. Kacau sentiasa hingga kuah pekat & ayam masak. (tun wat berkuah sikit.. hihi)
3. Hidangkan panas2 dengan nasi putih atau pulut kuning.



me makan ngan hati dan pedal goreng... sedapp!! (organ dalaman xleh makan byk tau, x elok utk kesihatan, especially sbb tinggi kolestrol)



td baca kak ira tulis pasal org duk serbu Bank Rakyat.. semalam pun me gi serbu jugak. hihi... my laling ajak gi beli saham Bank Rakyat. me yg blur2 ni ikut je (mmg x penah nk ikut perkembangan semasa.. ). my laling ckp jarang2 Bank Rakyat nk jual share, n dividen bank rakyat lg tinggi dari ASB. tp blh beli 5oo inggit je laa.. pastu isi borang queue utk beli saham ikut amount yg kita nak bila next time bank jual lagi.. sapa2 yg dh ada akaun bank rakyat blh laa beli saham (utk simpanan jugak nih), kalau xde kene bukak akaun baru. me bukak akaun baru, just bawa salinan IC je. kak ira kata kt sana org berpusu2 pegi sampai kene tunggu 3-4 jam.. kt bintulu nih lengang je.. x ramai yg tau kot. me pegi x sampai 20 minit dh siap dapat kad ATM baru.. hihi..

pastu kan, alang2 dah ke bandar (bukan dekat ye, nk kene melalui hutan2 dan kilang2 balak lagi nih..), kiteorg pun singgah laa Tabung Haji.. wat pendaftaran haji. dah lama dah nak wat, cuma x berkesempatan. ye laa, nk gi sama2, so kene daftar sama2. ye ke? sesuka hati wat assumption, ntah2 blh daftar asing2.. kan b4 this my laling keje kat KL, n me duk USM nun jauh di KB.. jumpa pun kdg2 time wiken, nk gi Tabung Haji tutup lak time wiken.. (ehh, pesal terbuka sejarah last year nih?? ).. kembali pada daftar haji.. ce teka queue kiteorg utk gi haji bila.. ce teka.. ce teka... tadaaaa..... tahun 2038!! muahahaha~~~ kalu panjang umur blh laa gi ngan TH.. my laling ckp time tu nk jalan jauh2 pun x larat dah.. kui kui.. eh, abah me umur 51 cergas je lagi... nway, saper2 yg blm daftar haji, sila laa daftar cepat2, kalau x salah cuma perlukan simpanan dlm TH around seribu lebih je.. me x sure pulak kalau pergi ngan agent perlu daftar ngan TH or not.. kene laa kot... nway, IA, moga kita semua di murahkan rezeki dan diberi kesempatan utk menziarah rumahNya =)


Tuesday, April 12, 2011

Roasted Chicken with Potato


Assalamualaikum ^^

arini nak share resepi yg sgt senang tapi sedap. ni resepi from buku resepi yg my laling hadiahkan =) The Complete Recipe of Main Course. punye laa lama me duk tenung2 dan dh khatam baca 7-8 kali baru nk wat.. hihi.. paham2 laa buku mat saleh ni, mmg best tgk gambar, tp kdg2 nk cari semua bahan2 yg diperlukan tu sedikit sukar (kdg2 ada je kt supermarket tu, tp mak aii.. mahalnyer.. huhu...)..

ekceli ni dh wat 2-3 hari lepas.. n3 tertunggak lagi. owh, daku mengharapkan streamyx dipasang di rumah. tp, line tepon pun xde agi agaknyer.. yg paling best is tempat ni kan asalnyer hutan belantara (skrg pn hutan keliling ni).. pastu staf pentadbiran kt ofis blm gi register betul2 alamat kt pos office, so skrg surat menyurat biasa semua x sampai sini... dasat x? hehe.. wiken aritu org kementerian dtg, ckp surat2 yg dihantar semua kene return ke putrajaya. sadis sungguh.. hopefully x lama lg ok.

ok laa, back to the resepi. ekceli xde pun potato dlm resepi nih, tp resepi ikan kt sebelah resepi ayam bakar ni ada letak potato. mcm best je, so me pun amik cara wat potato tu masukkan sekali ngan ayam. hihi.. nmpk sgt hantu potato..

Bahan2:

  • 1/2 ekor ayam (blh dibiarkan separuh or potong..lg cantik x potong, tp xde stok)
  • 1/2 bj limau nipis- amik jus
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 sb paprika - me guna serbuk cili
  • 1/2 sb origano
  • 1/2 sb lada hitam- me guna serbuk lada hitam AJIOSHO
  • 1 sb minyak masak
  • 1 sk garam

Cara2:
  • Lumurkan ayam dgn semua bahan dan perah sekurang-kurangnya 1/2 jam
  • Bakar pada suhu 200 dgree C selama lbh kurang 45 minit. Balikkan ayam sekali-sekala ketika membakar. Bakar bersama kentang (lihat bawah)
  • Utk check samaada dh masak atau tak, cucuk di bahagian plg tebal, kalau jus yg keluar tu clear maknanya dh masak (me suka masak lama sket, biar garing2 sket kt luar ^^ )

kentang ni garing di luar, lembut di dalam.. sedap!

Potato

  • 4 bj kentang potong wedges
  • 1 sb minyak masak
  • 1 sk garam

  • rebus kentang separa masak, lbh kurang 5 minit.
  • lumurkan dgn garam dan minyak.
  • bakar bersama ayam.


sbb nk kasi byk sket khasiat, 10 minits b4 angkat, me tambah carrot.