Monday, June 11, 2012

Chewy Chocolate Chip Cookies


Assalamualaikummm ^^

mari mengukissss~~ dh lama betul tun x mengukis, tiba2 rasa mcm nk makan chocolate chip cookies. dh lama usha resepi ni kat allrecipes. sbb tun mmg suka cookies yg dlm dia kt luar rangup, dlm chewy :D dia tulis 'best chocolate chip cookies' tp tun xnak laa tulis title n3 mcm tu nnti misleading pulak. walaupun tun suka cookies yg mcm ni, tp kalau yg chewy gini biasa adik2 tun x suka makan. dieorg suka yg crunchy mcm biasa tu.

gambar straight dr oben..hihi
malas nk translate, n3 cepat2 sbb byk kerja nk buat. nnti tun BW cepat2 jugak ye..

tun buat separuh adunan.. a bit manis, so len kali nk kurangkan gula.

Best Chocolate Chip Cookies
resepi: alllrecipe
sumber: tun telani

Ingredients
  • 1 cup butter, softened
  • 1 cup white sugar - next time nk kurangkan 1/2
  • 1 cup packed brown sugar
  • 2 eggs
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 3 cups all-purpose flour
  • 1 teaspoon baking soda
  • 2 teaspoons hot water
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 cups semisweet chocolate chips - letak juga choc rice sbb nk habiskan
  • 1 cup chopped walnuts- x letak
Directions
  • Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  • Cream together the butter, white sugar, and brown sugar until smooth. Beat in the eggs one at a time, then stir in the vanilla. Dissolve baking soda in hot water. Add to batter along with salt. Stir in flour, chocolate chips, and nuts. Drop by large spoonfuls onto ungreased pans.- tun dropkan 1/2 sb
  • Bake for about 10 minutes in the preheated oven, or until edges are nicely browned. 

Sunday, June 10, 2012

Fuhh.. fuhh. tiup habuk ;p


assalamualaikummmm~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

uhuk! uhuk!  baru 3hari x jenguk blog, dh berabuk2.. ish ish.. sama je mcm umah tun nih, tiap2 hari kene nyapu. kalau x menyapu sehari, habuk dia punya laa banyak.. hihi.. 

maghrib2 hari duk ngadap blog. terukkan.. baru je blk dr opis my laling. arini berkampung kat opis sbb enchik H ku kerja, n malas nk duk umah sorang2. duk kt opis senang sket nk fokus wat kerja sendiri. Alhamdulillah, siap study dan prepare lecture notes.

minggu ni maybe tun slow sket BW sbb byk nk study. nx week dh viva.. (C.U.A.K!). byk nk baca2 journal baru kot2 la ada info2 n research outcome baru yg terlepas pandang. slides pun ada yg nk kene buat correction. tp, insyaAllah, kunjungan balas tetap akan dibuat :)

Gambar besoorr punya, sbb ada sekeping je.. hihi

nasi lemak menu lunch hari apa ntah. tiba2 rasa mcm nk wat nasi lemak sbb dh lama x makan (xde idea nk masak apa pun ye gak).. nasik kaler hijau sbb xde daun pandan dan esen pandan. bantai letak pandan paste. hihi..

okie dukie.. cukup laa utk sapu2 habuk kt blog. mlm nnti tun BW ye :) 

Thursday, June 7, 2012

Bila kuih xkene ngan selera.. hmm..


Assalamualaikumm~~

arini sangat lemauuu........... dr pagi mendungg je.. nunggu roti naik.. x naik2.. last2 masukkan dlm oben dhn suhu rendah untuk proff kan dia.. tuan umah pun mood sama mendung ngan cuaca. adoii.. sgt2 xde mood nk wat kerja. tambah pulak dgn sakit kepala, lebih ke strain mata sbb ngadap laptop byk sgt. nk salahkan spek baru, dh kat nk 3minggu tukar spek nih...

hmm.. nway.. arini xnak share resepi. walaupun kaswi labu tu nmpk sgt menggiurkan (puji gambo sendiri.. kui kui..).. tp rasa dia. hmmm... terlampau berlemak dan lekat kat tekak bila makan.. tp xnak la ckp guna resepi mana kan.. kesian pulak kt tuan resepi nnti. maybe org lain rasa sedap je, cuma x kena ngan selera kiteorg. ni ada lg separuh loyang dlm peti xtau nk buat apa. xde yg nk makan. huhu.. kesian pulak.. 

ok laa.. kelabu mata nak menaip nih. arini BW slow2 je, xpe kan.. iA esok kalau sihat sikit lajuu laa marathon BW nyer.. :)

Wednesday, June 6, 2012

Kari Kepala Ikan Merah


Assalamualaikummm ^^

alhamdulillah.. dh submit slides presentation utk Dr semak.. blh bernafas kejap n ngadap blog sebelum buka buku chemistry.. ada 5 hari utk ngadap few chapters dan siapkan slides dan lecture notes. harap2 masih ingat semua yg tun pernah belajar sblm nih, nntikan student tanya, cikgu xleh jawab, x ken naye tu? huhu.. chaiyok2!!!

nway, kari kepala ikan merah ni antara menu favourite tun.. mmg sangat2 teramat suka makan kari kepala ikan merah nih.. :D tp jarang2 dapat makan, bukan selalu dpt jumpa ikan merah yg segar dan besar, harga pun blh tahan jugak. 


Sangat gembira sbb xperlu berebut masa makan.. hahahaha.. my laling x makan kepala ikan (alhamdulillah.. hihi).. kalau kat umah me nih, mmg xde can la nak ngadap sorang. dgn bahagianya tun meratah. mula2 godek2 dapur kak nor dan kak madihaa, tp xde pulak resepi kari ikan yg bersantan. enchik H ni xnk makan kari ala mamak pulak. so tun masak sesuka hati je laa.. letak isi 2 ketul utk boypren ku nih. kepala ikan tu dua2 tun punya.. hoho..

Kari Kepala Ikan Merah
resepi: tun telani

Bahan2
  • 1 kepala ikan merah saiz besar- belah 2
  • 2 keping isi ikan merah
  • 1 bj bawang besar- mayang
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 1/2 inch halia- tumbuk
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sk halba
  • 1 sk serbuk kas-kas - optional
  • 2 sb cili giling
  • 2 sb rempah kari ikan - tun guna adabi - campur sedikit air utk jadikan pes
  • 1/2 cwn santan
  • sedikit air asam jawa
  • air secukupnya
  • bendi- jika suka
  • garam

Cara2
  • tumis bawang besar sampai layu, masukkan bawang putih, halia, daun kari, dan halba. tumis hingga wangi.
  • masukkan cili giling, rempah kari ikan dan serbuk kas-kas . tumis hingga pecah minyak.
  • masukkan santan dan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan air asam jawa, biar mendidih. perasakan garam dan tambah bendi jika suka.

sila terliur.. haha... xnmpk nasik dh, kepala ikan besar sgt ^^

Bila makan nasi dgn kari ikan nih, sambal belacan wajib ada :D kalau x de pun sedap jugak, tp x kick laa makan. hihi.. kali ni tun try sambal belacan warisan turun temurun kak fida. simple je resepi dia, tp sbb campur kulit limau tu, mmg sedap!

Sambal Belacan Warisan
resepi: kak fida@myr


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
  • 5 batang lada merah - hiris
  • 4 batang lada hijau - hiris
  • cili padi - jika suka pedas lagi
  • 2 sudu kecil belacan bakar atau secukupnya
  • gula secukup rasa
  • 3-4 biji limau kasturi
Cara-cara
  1. Limau kasturi dibelah dua,perah jusnya,buang biji dan hiris halus kulit limau kasturi dan ketepikan.
  2. Tumbuk kesemua bahan kecuali gula dan limau kasturi hingga halus.Bubuh gula secukup rasa dan tambahkan jus limau kasturi dan gaul sebati.Masukkan pula hirisan kulit limau kasturi dan gaul lagi.- tun tumbukkan sekali kulit limau tu..
  3. Keluarkan sambal belacan dan bubuh di dalam piring.Sajikan

Tuesday, June 5, 2012

Cok Bantal & Sambal Bilis


Assalamualaikummmm~~~~

Morning ^^ arini n3 cepat2 sbb pasni nk marathon siapkan slides utk viva. arini nk kene email ke supervisor utk di check. pastu kene start baca buku rujukan Chemistry, nk kene wat slides n lecture notes utk next week. kuliah 2 jam, xtau laa bape byk slides perlu buat. 

nway, ckp nk wat n3 cepat2, tp sibuk nk bercerita pulak. hihi... dh lama tun x buat cok bantal nii. last buat time duk miri tahun lepas. dh lebih setahun dh buat, tp masih teringat2 sedap dia.. so, wiken aritu, alang2 ada lebih sambal ikan bilis nasi lemak, tun pun rajinkan diri utk menguli. buat utk breakfast, kejap je siap sbb xperlu proff lama :)

ni saje2 wat mcm2 bentuk.. mcm dgn gula mcm donat ^^

resepi ni dulu2 tun godek2 umah kak hana.. suka tgk cok bantal kak hana.. tembam2 gitew :D

Cok Bantal & Sambal Bilis
Resepi: MommaMia@myr
Sumber: Kak hana, tun telani

Cok bantal:
  • 3 cawan tepung gandum - diayak
  • 2 sudu teh yis
  • 3 sudu teh garam
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu besar butter / margerin (suhu bilik)
  • 1 biji telur
  • ¼ cawan air ( tambah@kurangkan bergantung doh)
Sambal Ikan Bilis
  • 150 - 200 gm ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)<- tungoreng garing dulu
  • 1 labu bawang besar dimayang
  • 6 ulas bwg merah (Ditumbuk /blend)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk /blend)
  • 4-5 sudu cili boh
  • 1/2 inci belacan (Ditumbuk /blend)
  • ¼ cawan air asam jawa (lebihkan kalau suke masam) <- tun x letak
  •  Garam dan Gula secukupnya



Cara2:

Cok Bantal
  • Campurkan semua bahan-bahan kecuali air dan kacau.
  • Masukkan air sikit-sikit sambil uli doh. Uli sampai sebati dan licin.
  • Tutup mangkuk doh dan perap selama 30 minit.
  • Canai setebal 1 cm dan potong ikut pattern yang anda suka (kite potong bentuk bantal peluk =P) <- tun pung!
  • Goreng dalam minyak deepfry yang telah dipanaskan sampai warna keemasan dan nampak garing.
Sambal Ikan Bilis
  • Tumiskan bahan blend hingga garing sikit.
  • Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak.
  • Tambahkan air asam, gula dan garam. (me tambah sikit kicap dan sos)
  • Masukkan ikan bilis dan bawang besar dan goreng hingga masak. Happy trying! =)

Monday, June 4, 2012

Rainbow Chiffon Cake


Assalamualikummmm /XD

Morning!!!! Selamat bekerja bagi yg bekerja.. kat sarawak cuti arini, ganti cuti Gawai. so bermalas2an dipagi Isnin.. ni minggu last blh bergolek2 dgn lama sbb stat next week, hari isnin, tun pun kene terkejar2 gi kerja jugak.. huhu.. berdebar pulak rasanya, dh lama x kerja. hihi...

nway, kerja2, lepas update dan BW baru fikir, arini nk kongsi kegembiraan kerana berjaya mencipon (finally!!!). sikit punya lama beli acuan cipon nih, kalau ikan dh jadi perkasam dah nih. lama betul nk kumpul keberanian utk mencipon. nk ayu2 kaub balik ni bukan ke-expert-an tun. tp bila nengok Sonia nyer rainbow chiffon cake nih, terus jatuh cinta. tu pun, amik masa kat nk 3 bulan gak, tiap2 hari tengok, baru laa berjaya memukul putih telur tu. hihi..


gambar dgn byknya kerana gembira kan.. masa baru2 kuar oben tu..fuhh.. berbunga2 nengok dia kembung.. tp biasa la, dh tahu kalau chiffon tu, bila sejuk kek tu akan turun sikit.. bila keluarkan, sgt gembira sbb bila tekan2 dia sgt lembut :D 

nak campur coklat emulco tu, agak susah laa jugak. sbb nk perlu lembut2, tp nk kene sebati. tun gaul2 dgn ayunya sikit2 je, sbb tu jd mcm tuu.. nmpk tak tuuu... tuuu.. ada gelap coklat emulco yg x sebati tu.. hahaha..

Selembut Kapas! ^^
nway, tun buat separuh adunan je, sbb beli acuan cipon yg paling kecik sekali. muat2 je satu acuan, dlm 3/4 penuh gitu, pastu pas bakar dia penuh satu acuan.. potong dgn lemah lembut xnk kasi kemik.. sekali hadap 2 org, habis sebijik cipon. haha... there goes my diet :p

Rainbow chiffon cake
Resepi: Sonia@NasiLemakLover, inspired by Helena’s kitchen and My Kitchen Snippets
Sumber: tun telani
*makes a 8” or 20cm chiffon

Bahan2:
  • 60g telur kuning (2 bj telur)
  • 30g gula
  • 35g minyak jagung
  • 60g susu - tun guna susu sejat

  • 80g tepung kek- tun guna tepung gandum, ayak
  • 10g tepung jagung- ayak

  • 135g putih telur (4 bj telur)
  • 60g gula
  • 1/4tsp cream of Tartar - tun x letak

For the rainbow effect

  • Yellow
  • ½ orange zest - xletak
  • 1/2tbsp orange juices - xletak , guna esen vanilla je
  • Beberapa titik pewarna kuningg
  • Brown
  • 1 sb serbuk koko - tun letak 1 sk coklat emulco
  • Pink
  • Beberapa titik pewarna merah
  • 1 sk strawberry paste - tun tambah
    Green
    1sk pandan paste
  • Beberapa titik pewarna hijau


Cara2
  • Blend gula smpai halus mcm gula ising.
  • Pukul telur putih dgn high speed hingga kembang, masukkan gula sedikit demi sedikit, masukkan cream tartar jika guna. Pukul hingga kembang mcm meringue.
  • Dalam mangkuk yg berlainan, pukul telur kuning dan gula, masukkan minyak dan susu, gaul sebati.
  • Ambil 1/3 dr campuran putih telur dan campurkan dgn telur kuing td. Gaul slow2.
  • Masukkan semua bahagian telur putih kedalam campuran telur kuning dan kaub balik hingga sebati. Jgn over mix.
  • Bahagikan kepada 4 bahagian dan campurkan dgn perasa dan pewarna (coklat dahulu kerana campuran cocoa powder/emulco lebih berat).
  • Tuang kedalam pan.
  • Bakar pada suhu 170 C (pasang fan) selama 30 minit.
  • dah masak, telangkupkan dan biar sejuk..

Sunday, June 3, 2012

Megi Kari express Special punyerr ^^


Assalamualaikummm ^^

semua org buat apa wiken nih? tun duk umah je.. esok cuti lagi, ganti cuti Gawai. 4hari cuti x pegi mana pun, tp kerja sekolah x siap jugak. slides utk viva baru buat 10pages. urghh.. xtau mcm mana nak cramp kan semua research dlm 20minit presentation, mcm byk je yg nk cakap.

nway, abaikan rungutan2 yg x membawa faedah tu. makan megi lg baik kan.. haha.. sesungguhnya ni la salah satu comfort food. sapa setuju? :D penyelamat dikala lapar tiba2 dan xtau nk masak apa. tp xleh makan selalu ye, x elok..


my laling nyer style, kalau mkn megi mmg dia nk menumis2 jugak. tun x kisah pun, kalau duk sorang2 tu, kalau dh malas sgt, rebus air n campak megi. hoho.. tp bila my laling ckp nk makan megi, mmg me akan keletang keletung mayang bawang kt dapur. 5minit siap megi berasap2 utk dimakan ^^ dh nk cpeat tu, xde laa nk defrost2 ayam udang segala bagai kan. tp, mmg sedap megi msk mcm ni. siyes! hihi

Megi Kari Special
sumber: tun telani

Bahan2
  • 1 peket Maggi Kari
  • 1/2 labu bawang besar- mayang
  • 2 helai daun sawi- potong kecik2
  • 2 tauhu goreng - yg mkn ngan mee kari tu
  • 1 bj telur
  • cili padi kalau nk xtra pedas
  • 2 c air (400ml)

Cara2
  • tumis bawang dgn sedikit minyak
  • masukkan air dan sawi, biar mendidih
  • masukkan mee megi, perencah kari, dan tauhu goreng. masukkan cili padi jika mahu extra pedas.
  • bila megi dh lembut, blh pecahkan telur dan tutup api
  • siap utk dihidang.

Friday, June 1, 2012

Sup Ayam Berempah.. lagi


Assalamualaikumm :D

morning! walaupun dh nk dekat tengahari.. hari ni sarawak cuti hari gawai, cuti gawai 2hari, tp sbb esok cuti umum Bday Agong, so cuti sabtu dianjak ke hari isnin. Jadi, wiken ni seluruh sawarak cuti 4 hari ^^ kalau duk semenanjung, kompom ptg semalam dh bertolak balik kg, dah duk kat sini nih, duk diam2 je la kat rumah. xde tempat menarik nk pergi, nk ronda2 miri pun, baru je pegi miri 4 hari 2minggu lepas. hmmm.. cuti2 ni apa yg menarik utk dibuat ye? 

bila cuti tun pun tergolek dgn lamanya lepas subuh. sbb xperlu nk rush memasak b4 my laling pergi kerja. td bekfes ko 9lebih.. hihi.. tu pun wat roti telur tampal je utk enchik H, tun makan roti kosong sebiji. pemalas betul kan.. bila xde mood nk masak jd mcm tu la.. 


nway, sup ayam berempah ni buat last week. asyik2 masak sup ayam je kan. hihi.. ni salah satu menu yg tun masak utk meyakinkan diri sendiri bahawa saya tgh berdiet. haha.. sup ayam ni rasa lebih kurang sup ayam hadnyai tu, bahan2 pun hampir sama.. kali ni tun campur terus sayur kat dalam. sbb skrg musim tembikai, tun simpan bahagian dlm kulit tembikai utk dibuat sayur. siapa2 yg x pernah makan tu, kulit tembikai sedap buat sayur air, makan pulak dgn ikan goreng/ masin dan sambal belacan.  fuhh.. mmg terangkat! kali ni saje letak dlm sup, x kene pulak rasa dia.. hahaha.. len kali wat sayur air je lg sedap. sape2 yg xpenah tgk tu, refer SINI ye.


SUP AYAM BEREMPAH
resepi: CMG@DTS
sumber: tun telani

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, anggaran 1.2 kg
3 - 4 biji kentang
1 kiub ayam "maggi (optional) - tun x letak
1/2 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat 3
1 camca besar bawang goreng
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
tun tambah sayur kulit timun

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 camca besar ketumbar
3/4 camca teh jintan halus
3/4 camca teh jintan kasar
1 1/2 camca teh lada hitam biji
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dipotong pada saiz sederhana, selalu untuk sup ayam dipotong kecil sedikit, cuci bersih, toskan. Kentang dikupas, belah 4 setiap biji (bergantung pada saiz kentang), cuci dan rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan goreng hingga harum, tambah lengkuas dan bahan kisar halus. Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang (toskan dahulu), gaul rata dan biar ayam kecut.
  3. Tuang air secukupnya (anggaran 2+ liter), masukkan daun sup yang dikerat 3 dan 1 camca besar bawang goreng. Tambah sedikit garam dan biar mendidih. Kemudian kecilkan api dan biar masak perlahan. Tambah kiub ayam, jika guna. Kacau rata.
  4. Bila kentang empuk dan ayam masak, tambah garam secukup rasa. Boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng. Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi, ketupat, mee hoon, mee kuning dan roti..ikut suka hati koo orang yeaa....