Monday, May 7, 2012

Fried Egg Tofu with Tuna


Assalamualaikummm~~~~

morning ^^ sejak 2 menjak ni masak macam2 tp punye laa malas nk amik gambar. pastu kalau ada yg amik gambar pun, amik cepat2 je. bila transfer baru la perasan buruk giler dan sgt tak selera nk makan kalau tgk. haha... semalam lunch buat sup ayam ala-ala utara skodeng kat umah kak Q, tp masa lunch tu mcm lapar sgt malas nk gi tunggeng2 amik gambar, pikir xpe laa, nnti dinner amik gambar. pastu dinner dh lupa nk amik gambar. huhu.. kene tunggu next time buat baru blh tayang2.

sejak2 konon2 diet ni, bekfes duk ulang2 pelbagai jenis omelette (ni pun malas amik gambr gak). mmg kene kreative, kalau x mmg akan terasa nk goreng nasik laa, goreng mee laa. hihi.. tp tun xde laa sampai ikut atkins diet sbb x mampu. kui kui.. kalau duk sorang2 blh la nk mencuba, tp bila dh masak mcm2 utk my laling nih, x tahan godaan lah :P . yg penting, perlu pikir kalori intake dan energy expenditure tu mana lg byk. yg ni mmg tali skipping membantu. busan2 duduk depan lappy, amik tali skipping dan lompat2 dgn tibi. haha.. moga2 next time balik kg, dah xde org yg cakap tun ni makin tembam. amiinn.. :)


ok laa.. simple breakfast. yg semalam kot.. eh, ke yg last 2 days? ntah, lupa dh.. huhu.. 1st time tun makan egg tofu nih. sedap rupanya.. nk letak nama bahasa melayu panjang dgt 'tauhu telur goreng bersama tuna', bunyi mcm xsedap je.. kita kasi dia nama mat salleh la ye. :P

Fried Egg Tofu with Tuna
for 3-4 servings
resepi: tun telani

bahan2
  • 2 tauhu telur - slice
  • 1 tin tuna chunks in oil/water
  • sedikit kobis- mayang halus
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 bj lada hijau- slice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • daun sup utk tabur
  • olive oil utk tumis

cara2
  • tumis bawang putih dan lada hijau sampai wangi, masukkan kobis dan goreng smp kobis lembut.
  • masukkan tauhu telur dan goreng smp perang2 sikit. hati2 masa balikkan2 takut hancur.
  • masukkan tuna dan gaul sebentar. campurkan serbuk lada hitam secukup rasa.
  • xperlu masukkan garam sbb dh ada masin2 skit kat tuna.
  • taburkan daun sup dan siap utk dihidang.



Award dari Kak Sha


assalamualaikum~~~

selamat tengahari semua ^^ masing2 tgh lunch ke? tun dh siap makan. baru balik dari mengangkut award dr semenanjung ni haa.. hihi.. tq to kak Sha. kata kak sha, baru terasa berseri dunia blogging ye :) mmg dunia sgt2 menarik. yg jauh terasa dekat je.. (yg dekat ni terasa jauh pulak.. hmm..) nway.. tun pun bersyukur sgt2 sbb dpt kenal semua rakan2 GMM ni. maybe ramai lg yg tun x kenal, jgn segan2 la utk menegur ye :)

sape2 yg x kenal lg kak sha atau shahriah abdullah, sila la jenguk ke SINI ye :) mesti ramai yg dh kenal sbb kak sha ni salah seorg peserta masterchef. tp kot2 laa ada yg mcm tun yg x tgk masterchef ni kan. huhu.. award angkut dr SINI.. thanks!


dh ada bip comel, lepas ni dh x perlu risau kotorkan tudung dan baju bila makan mee kari. hihi..


Friday, May 4, 2012

Ayam Bakar Halia


Assalamualaikumm ^^

bertemu kembali di hari jumaat, penghulu segala hari :) kejap je dh habis satu minggu kan. owh, rasa lagi cepat sbb selasa cuti. mcm baru je 3 hari kerja dah wiken (mcm laa tun ni gi kerja.. haha...).. nway, mlm td tun x sempat nk BW ke semua dapur, so pagi ni tun marathon ye. semalam penat sket sbb pagi cepat2 siapkan kerja n lepas tghari tu kuar ke bandar sebab nk buat spek baru. boleh pulak patah spek tun nih, ganah ngat dekpung.. tun pakai spek since masa kt matric, mula2 power 125 je, skrg dh 175. haish.. byk ngat ngadap lappy. haha..semalam pelik je sbb org kedai tu duk cakap degree..degree.. jenuh pikir ape mende laa yg dia duk cakap nih.. rupa2nya org sini panggil power tu degree.. so instead of power 175, sebut degree 175.. mcm degree celcius pulak kan ;p

nway, utk org2 semenanjung yg duk sarawak ni, nk wat spek, wat laa siap2 kat semenanjung, sini mahal. siyess! harga lense jauh betul beza.. tp yg pelik nyer contact lense lagi murah. biasa tun beli contact lense 20-25inggit sepasang, kat sini blh dpt 15inggit je! so pasni spek wat kat kampung, contact lense re-stock kt sini. hihi..


okay laa.. back to the menu. menu ulangan nih. kadang2 bila xde idea nk masak apa, masak menu ulangan je sbb dh pernah buat, so cepat sket nk menyiapkannya. resepi yg tun buat dgn pantasnya lepas kak ummi tayang aritu. rasa2nya lepas tu ramai jugak yg try.. tun gugel tgk kak sari dan kak ct zaliedana pun dh pernah buat jugak..

AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan Utama:-

  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...) - tun x tumis
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar). -tun bakar atas non-stick pan je, covered. lepas tu transfer ke atas grill.
  5. Hidangkan bersama salad dan timun.






Thursday, May 3, 2012

Tom Khai Gai


Assalamualaikummm~~~

morning semua :D arini tun bersenang lenang sbb xyah masak lunch. my laling ada meeting sampai tengahari, n biasanya kalau meeting separuh hari tu, mesti makanan disediakan. hihi.. kalau tun sorang2 ni, buat air chocolate secawan ngan biskut 2keping dah kira OK dh untuk lunch. tun jarang minum milo sbb manis and xleh control gula, so tun akan buat air guna cocoa powder, letak susu, pastu gula sikitt je. maklum la, tengah insaf kan skrg nih. hoho...

nway, tom khai gai or sup ayam lengkuas ni antara menu yg paling tun suka. sgt sedap.. x terkira berapa byk kali dh tun buat. 1st time buat tahun lepas (SINI) lepas tu terus jatuh cinta ngan resepi nih.

terkurang pulak susu.. habis stok.. hihi

resepi dari CMG.. letak sayur banyak2, dh xyah makan nasi. kalau makan ngan bihun pun sedap :D mee buat utk 2 org makan je, so pandai2 la adjust kurangkan sukatan tu ye..

Tom Khai Gai
resepi: CMG
sumber: tun telani

Bahan2:
  • 1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
  • 1.5 liter air
  • 500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat) - tun guna susu sejat
  • 1 biji bawang besar, belah 4
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 batang serai, dititik
  • 60 g lengkuas, dihiris nipis
  • 7 biji cili padi siam, diketuk
  • 2 camca besar sos ikan "nampla" 
  • 10 biji cendawan butang, belah dua - xletak
  •  100 g cendawan telinga kera @ black fungus
  • 1/4 biji kobis <- me tambah carrot ngan calery stick
  •  1/2 camca besar gula - xletak
  • 4 biji limau nipis, perah jusnya
  • 1 genggam daun hirisan daun ketumbar- xsuka, xletak
  •  3 camca besar sambal (resipi dibawah)
  • Hirisan daun bawang untuk hiasan
  • Belahan cili padi untuk hiasan

Bahan sambal:
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 camca besar gula pasir
  • 6 camca besar sos ikan
  • 3/4 cawan minyak untuk menumis <- kurangkan, dan guna olive oil

Cara2:
  • Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.
  • Sediakan sambal: tumis cili, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. ketepikan. 
  • Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak. 
  • Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan. kalau guna susu cair didihkan kejap je. 
  • Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi. 
  • Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....

Wednesday, May 2, 2012

Ayam Bakar Limau Nipis


Assalamualaikum ^^

morning!! arini dh stat kerja. tun pun baru je jemur kain (kerja la tu kan.. hihi), tp umah x menyapu lagi. haha.. bgn pagi kaki cramp dgn hebatnya.. ni semua sebab lama ngat x exercise, pastu tiba2 pulun main tali skipping dgn hebatnya, pastu main badminton pulak.. dh gemuk ni, jadi mcm ni laa. nape laa KKM turunkan cut-off BMI tu, terkujat je bila BMI lebih dr 23 dh kira overweight.. huhu.. sadis sadis.. mari turunkan BMI ke 22 dulu baru rasa senang hati sket. chaiyok2!!

nway, demi utk menurunkan berat badan, menu semua bakar2 dan sup2 ye sekarang.. ayam bakar ni buat 2 hari lepas.. tun bakar separuh ayam terus. lucu je rupa dia.. hihi.. tp nmpk je besar tu.. x sampai setengah kilo pun. resepi campak2 je, tp tun guna api besar tau, sbb tun pernah baca bila guna suhu tinggi, nnti kulit dia garing pastu akan seal rasa n moisture dia :) mmg kulit dia jadi sgt garing tau. pastu lemak2 dia semua dh cair. lemak tu buang la ye..



Ayam Bakar Limau Nipis
resepi: tun telani

Bahan2
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 ulas bawang putih- tumbuk
  • 2 bj limau nipis
  • 1 sb butter/margerine
  • 1 sk garam
  • lada hitam
  • paprika

Cara2
  • bersihkan ayam dan keringkan. 
  • campurkan butter/margerine dgn bawang putih dan cairkan. xyah tumis, tun microwave kan je sampai cair.
  • campurkan garam, serbuk lada hitam, dan perahkan sebiji limau nipis dlm butter tu. 
  • lumurkan bahan perapan pd keseluruhan ayam, tun lumurkan dekat bawah kulit ayam tu jugak. 
  • sebiji lg limau nipis dibelah dua dan letakkan atas loyang. letak ayam atas limau nipis tu (kalau guna seekor ayam, letak liamu dlm ayam ye). cucuk2 sket ayam tu, dan perap 2-3 jam.
  • bakar pada suhu 200 C selama sejam atau hingga masak.





Tuesday, May 1, 2012

Sup Ayam ala Utara


Assalamualaikumm ^^

dh nak maghrib rupa2nya.. saje ngadap blog, baru je pas main badminton ngan my laling.. tgh2 main badminton teringat pulak kat akak mukah yg selalu training badminton tu. bila kita nk lawan badminton kak? hihi.. mcm la pandai sgt main, xpenah dpt sambut smash.. haha..

arini mcm slow sket GMM. cuti2 ni mesti ramai yg kuar jalan2 kan? tun duk berangan2 ngan gi picnik pagi td. tapi, bangun time subuh, hujan punye laa lebat.. smp tgh hari hujan x berenti, petang pun matahari x kuar. last2 duk umah je. baju pun x terbasuh arini.

sup ni wat untuk lunch.. penangan aura diet si nani laa nih.. tun pun tiba2 terinsaf.. haha... so arini lunch sup ngan sayur only, without nasik.. haha... x pasal2 my laling kene diet jugak.. hoho.. resepi ni sebenarnya resepi mee sup utara, pastu guna daging. tp sbb tun x makan daging, so guna ayam la.. masak lama2 sampai isi dia hampir terlerai gitew. 3 kali tambah air.. haish.. bila laa nk dpt pressure cooker nih.. (dh sebut kt sini, agak2 bday dpt x pressure cooker ye? *wink *wink)

rebus lama2, baru kuah jd gelap gini.. sedap!

resepi ni tun dh olah ye. kalau nk wat mee sup versi ori sila rujuk link ye :)

Sup Ayam ala Utara
Resepi Asal : Kak Malida
Sumber: Kak Madihaakak ika, kak Q
Sumber: tun telani

Bahan2 utk sup
  •   1/2 kilo ayam- potong2
  • Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)- tun tumis
  • Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar)- tun tumis kasar
  • 2 ~ 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 s/b ketumbar
  • ½ s/b jintan manis
  • ½ s/b lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • ½ s/b lada putih
  • (sukatan tu aku main agak2 jer)

Bahan Kisar - tun tumbuk
  • 1 labu bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia - dititik atau kisar 
  • 1 batang serai - dititik 
  • 1/2 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes 
  • air utk merebus dan kuah secukupnya (kena tambah lagi sehingga ayam empuk)
  • garam
  • serbuk lada hitam secukupnya



Cara2

1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin/tumbuk kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan ayam. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit. Masak sehingga empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan )

dh siap. boleh tabur dgn daun sup dan bawang goreng ^^

Pau Jane



Assalamualaikum...

pau ni buat last week jugak.. hihi.. sempena menyambut kepulangan my laling jugak.. hihi.. marathon memasak dgn hebatnya. skrg ni stop dulu kuih-muih ni sbb tgh diet. ada lg 3 bijik tgh frozen dlm peti tu, nnti dh kurus sket baru blh defrost. haha.. xtau la zaman bila tu. blh wat experiment berapa lama tahan homemade pau dlm peti ;P

pau ni sedap jugak, cuma x selembut pau lembut dan pau kastad yg tun buat sebelum ni. maybe kene lebihkan yis dan kurangkan baking powder, sbb texture dia byk dipengaruhi baking powder. tun letak inti sardin, sebab my laling cintakan inti sardin, pastu tun buat yg xde inti, tp letak coklat rice utk diri sendiri sbb tun mmg xleh nak telan inti sardin tu. pau tun kedut2 sket.. hehe.. terlebih kukus kot.
inti sardin
letak choc rice

PAU

Resepi: Jane Chew
Terjemahan : kak ika 
Sumber: kak Q

Bahan A
  • 300g Tepung Hong Kong - guna tepung gandum
  • 150g Susu - Q dan tun letak 1 sb susu tepung + guna 150g air
  • 50g Gula caster - letak 1 sb je
  • 1 1/2 Tbs Shortening -2 sb olive oil
  • 1 tsp yis
  • Sedikit garam
 Bahan B
  • 1 tsp Double Acting Baking Powder + 1 tbs Air - xde double acting, letak baking powder biasa, xcampur air

Bahan2 Inti - letak inti sardin
  • 480g Inti Kacang merah readymade, bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.


Cara2:
  • Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam). 
  • Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat. - tun campur semua bahan dlm BM
    Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g. 
  • Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus
  • Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
  • Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.

Monday, April 30, 2012

Flour Tortilla and Chicken Wrap


Assalamualaikummm!!!!!!!!!!!!!!!!!!! :D

uhuk uhuk~~ byknyer abuk! seminggu x mengapdate blog. ada virus baru ke? hihi.... my laling sampai jumaat malam aritu, so kembali keletung-keletang kat dapur. nasib baik x berkarat periuk tu lama ngan terperam kan. haha.. ingatkan boleh jugak kurus bila gantung periuk, tp sebab makan merepek2, so berat maintain je.. ye laa, mana ada org lain yg goreng kopok ikan semata2 utk lunch kan? kui kui...

tortilla nih dh lama tun usha resepi dia. xtau laa bape lama terperam dlm folder 'queue' tu. so, sempena kepulangan my laling terchenta tu, tun pun dgn rajinnyer menguli tepung dan memerap ayam.. mula2 teringat kat kepci nyer twister, tp sbb fikir byk kali nk menggoreng ayam tu, x jadi pulak. tun grill kan aje chicken breast tu sesuka hati ^^


resepi flour tortilla usha kt myresepi. pastikan gelek nipis ye, kalau tebal nnti susah nk wrap. tun frozenkan yg uncook, lapik plastik every layer. ala, yg mcm kalau kita beli roti paratha instant tu kan, haa, lapik macam tu la. pastu bila nk masak, x perlu defrost, terus letak atas non-stick pan. 

Flour Tortilla
resepi: azareena@myr
sumber: tun telani

Bahan-bahan ( 12 keping ) - tun dpt 14 keping
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar vegetable shortening (boleh juga diganti dgn 3 3/4 sudu vegetable oil kalau tak ada shortening)- tun letak 4 sb olive oil
  • 1 1/4 cawan air suam
Cara-cara
  • Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk.
  • Masukkan minyak/shortening dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan air suam sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh.- tun uli guna mixer mata cangkuk
  • Bahagikan doh kepada 12 bahagian, bulatkan setiap bahagian dan rehatkan selama 10 minit.
  • Canaikan doh hingga menjadi nipis (seperti buat chapati/paratha)
  • Goreng tanpa minyak menggunakan non-stick pan, lebih kurang 1-2 minit utk each side.


tortilla ni sgt versatile.. filling ikut creativity masing2. kalau nk cepat tu, blh letak hotdog atau berger je.

Chiken Wrap
resepi: tun telani

Bahan2:
  • 5 keping torilla
  • 2 keping dada ayam- kiubkan
  • 2 ulas bawang putih* - tumbuk
  • 1 bj bawang merah* - tumbuk
  • 1 batang serai* - tumbuk
  • 1 sk madu*
  • 1 sk serbuk jintan putih*
  • 1 sk serbik jintan manis*
  • 1/2 sk garam*
  • Kobis- sagat
  • carrot- sagat
  • tomato- slice
  • lettuce
  • mayonis dan sos cili secukupnya

Cara2
  • perap ayam dengan bahan2 yg bertanda * selama beberapa jam. lg lama lg sedap.. tun perap 3 jam.
  • grill atas non-stick pan atau griller hingga masak. balikkan every few minutes. 
  • ambil sekeping tortilla, letakkan lettuce, susun kobis, carrot, tomato dan ayam td kt tengah, paipkan mayonis dan sos cili.
  • gulungkan dan sedia utk dimakan ^^