Saturday, February 12, 2011

Tom Khai Gai @ Sup Ayam Lengkuas


Wahh.. penat! baru balik dr shopping ^^.. cari oregano smp kat bintang plaza, dekat2 nih xde laa pulak jual. balik dr shopping, tiba2 jadi sound trouble, berdengung2 je dlm telinga nih. nape? mane xnyer, kt bintang plaza td ade tarian singa dgn gendang2 berdetum2, gi emart pun ade gendang2 tarian singa gak.. tp jakun gak sbb 1st time tgk dekat2.. hihi...

b4 gi shopping td makan sup ala2 tomyam yg sedap ^^ dh lama peram resepi sifu besar mat gebu @ DTS. rugi x wat awal2, mmg sedap sup nih. me cnp je laa.. walaupun main agak2 sbb xde penimbang, tp sedap gak.

Bahan2:

1 ekor ayam sederhana besar, potong ikut suka
1.5 liter air
500 ml santan (boleh guna 3/4 tin susu sejat)
1 biji bawang besar, belah 4
5 helai daun limau purut
3 batang serai, dititik
60 g lengkuas, dihiris nipis
7 biji cili padi siam, diketuk
2 camca besar sos ikan "nampla" <- xde, xletak
10 biji cendawan butang, belah dua
100 g cendawan telinga kera @ black fungus
1/4 biji kobis <- me guna carrot ngan calery stick
1/2 camca besar gula
4 biji limau nipis, perah jusnya
1 genggam daun hirisan daun ketumbar
3 camca besar sambal (resipi dibawah)
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Belahan cili padi untuk hiasan

Bahan sambal:
1 cawan cili kisar
1 camca besar gula pasir
6 camca besar sos ikan <- me xde, ganti ngan light soy sauce
3/4 cawan minyak untuk menumis

Cara2:

Ayam dicuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan jus limau nipis dan perap 20 minit, cuci kembali dan toskan. Kobis dipotong kasar2, cuci dan toskan.

Sediakan sambal: tumis cili, masukkan gula dan terus menumis hingga cili garing. Matikan api dan masukkan sos ikan, kacau rata. ketepikan.

Dalam periuk, satukan serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi ketuk, belahan bawang besar dan jerang hingga mendidih. Masukkan ayam tadi bersama2 sambal khas, cendawan butang dan black fungus. Biar mendidih selama 25 minit atau hingga ayam masak.

Tambah daun ketumbar, sos ikan, gula dan kobis, biar mendidih sekejap dan masukkan santan, biar mendidih perlahan. kalau guna susu cair didihkan kejap je.

Akhir sekali tuang jus limau nipis tadi. Kacau rata dan biar masak sebentar, rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam atau sos ikan. Jika suka masam, perah jus limau nipis lagi.

Hidangkan panas dengan taburan daun bawang dan cili padi hiris....



0 comments: