Wednesday, November 16, 2011

Chocolate Marble Bun


Assalamaulaikum~~~

wah.. ada 2 n3 arini ye.. huhu.. semalam nmpk kak yana wat coklat marble bun ni.. terliur la pulak. pastu dh ckp nk kak yana tun nk wat ni arini.. so ptg td tun mengerahkan tenaga bibik tu utk menguli nih.. pth td hujan pulak, tp skrg dh pandai proffkan roti dalam oven. tun panaskan oven sebentar, pastu off kan, tutup loyang dgn kain basah dan biar roti naik 2 kali ganda dlm oven =) alhamdulillah, elok je naiknyer.

tun tambah coklat chip dlm doh yg putih tu.. roti ni sangat la lembut, pastu bila makan gigit pulak chocolate chip tu.. sedap sgt! hasben tun cakap mcm Rotiboy (tun xpernah beli roti kt rotiboy so x tau.. huhu). tun pulun 2 biji ptg td, kenyang, xyah dinner dah mlm ni. tq kak yana.. resepi asal dr CMG. tun amik gambar steps dia jugak takut org x dpt imagine nk wat cam mana. kalau nk tgk steps yg cantik gi ke dapur CMG ye.








Chocolate Marble Bun
Resepi: CMG (pandan marble bun)
Sumber: kak Yana

Bahan2:
200 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram tepung gandum
20 gram susu tepung
125 ml air
3o gram telur (pecahan 1 biji telur, pukul sedikit dan timbang)
60 gram gula halus
8 gram instant yeast
1 camca teh pandan paste - kak yana letak cocoa powder, tun letak choc emulco
1/2 camca teh bread improver - tun xde nih
1/2 camca teh bread softener - tun letak 1 tsp sbb xde bread improver
1/4 camca teh garam
40 gram mentega
Bijan untuk ditabur atas roti
2 camca besar tepung roti (jika perlu)
1/2 c chocolate chips - tun tambah


 Cara2:

Untuk Doh

Satukan semua bahan2 di atas kecuali mentega, paste pandan dan 2 camca besar tepung roti. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli sehingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Jika melekat, tabur sedikit tepung roti. Bulat2kan doh, letak dalam bekas besar dan tutup dengan plastik bersih, perap 1 jam. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker, kecuali 2 camca besar tepung roti dan pandan paste, pilih setting untuk "doh" dan tekan "on". Tunggu hingga siap.

Untuk Roti

  1. Keluarkan doh tadi, tabur sedikit tepung atas meja kerja. Letak doh dan tumbuk untuk membuang udara. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian yang sama saiz. Amabil 1 bahagian dan letak pandan paste (tun letak choc emulco), uli hingga rata, jika melekat, tambah tepung sedikit dari 2 camca besar tepung roti tadi. Kemudian bagi dua lagi adunan hijau tadi. Adunan tanpa warna pun dibagi kepada 2 bahagian juga. (adunan tanpa warna tun letak choc chip)
  2. Ambil 1 bahagian hijau dan 1 bahagian yang kosong, gelek menjadi panjang kurang lebih 30 cm setiap satu. Lilitkan menjadi seakan2 tali, seperti dalam gambar. Kerat kepada 8 bahagian sama besar. Ambil setiap bahagian dan bulat2 kan, Susun dalam bekas yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan..
  3. Perap roti tadi selama 45 minit atau hingga naik sekali ganda dan memenuhi bekas. Sapu telur (baki dari 30 gram tadi) dan tabur bijan atas roti tadi. Bakar selama 20 - 25 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

muahahaa~~~ bekas x cukup besar utk adunan,.. cantum semua ;p

11 comments:

cik cek said... [Reply]

Tun...
Tapaukan tuk kak cek roti sedap ni...:D

anymz said... [Reply]

opocot..tersadung kaki akak masuk sini..hambik kau..bertali arus tun balas dendam masuk entri..
barulah besttttttt...hehe

Diana @ Melley Mey said... [Reply]

Assalamualaikum tun...
wah rajin tun meroti... cantik n gebu plak tu rotinya.. meh akak nak ckit.. :) sedapnyaaaa...

Zaliedana said... [Reply]

Tun,nmpk gebu gebas jer roti tuh,sedapnyer kalo cicah air milo ke kopi..Kak Ct lama toi xmeroti,smlm cuma kerahkan si bibik uli doh karipap,stok lam esbok dah abis,huhu..

K.Nor said... [Reply]

tun, k.nor pun buat cam tu gak 3 hari lepas masa buat roti .. tau aje la kat ganu skrg kan hujan jer tp mood meroti dah dtg jd buat gak la .. pastu try buat kaedah penaikkan dlm oven gitu gak.. alhamdulillah.. lebih cpt dr biasa kan.. :)

Anna Qawina said... [Reply]

hamboii kencang meroti...

Nazrah said... [Reply]

wowww.... meroti yer...

Yana Shaiful said... [Reply]

waaa..jadi jgk Tun meroti yer hihii..lg best kan ltk coklat chips tu..bertambah rs coklatnya..lain kali nk bt camtu plak..

psstt Tun..roti boy sedap..mkn pns2 mmg xckp 2 bijik..k.yana mmg suka roti tu:=)

Cheq Sue said... [Reply]

kite pon meroti gak sat tadi...tapi xde cun cam tun nye ni

Nieza said... [Reply]

amboi gebusnya roti mu dik tun...sedap ni..akak dok sini lagi ler sejuk tu yg malas nk meroti tapi kalau buat selalu juga guna kaedah gitu...tak ada pilihan lain dah kalau tak roti tak naik la..semua beku..hehe

Gee® said... [Reply]

waaaa....lama tak meroti... gebu nyer nmpk....