Sunday, November 27, 2011

Pot Chicken Rice.. lagi!


Assalamualaikum n Salam Maal Hijrah =)

lunch arini masak pot chicken rice lagi!! senang dan sedap.. my laling mmg xkan complain walaupun xde lauk or sayur sampingan yg lain sbb dia suka sgt makan ni.. hihi..  kalau x sempat nk msk, menu ni adalah penyelamat! haha.. masak nasi dulu, sementara tunggu nasi masak blh perap ayam. bila rice cooker dh tunjuk sign 'warm', blh tumis2 ayam2 jap pastu campak dlm periuk nasi. aft another 10min dh blh makan. senang kan.. ^^ 

arini mmg terkejar2 sket. pastu nk kuar usrah lagi.. biasa me usrah pagi, ni alang2 my laling nk kuar usrah petang, me pun kuar petang jugak laa.. sempat la mkn nasi b4 gi usrah. arini x bawa bekal kuih sbb x sempat nk wat kuih.. tp kawan tun wat puding caramel yg sedap ^^ tq =)




Pot Chicken Rice
Resepi: trymasak
Sumber: mamahawa

Bahan2
      
200 g Beras - tun guna 1 1/2 cawan
250 ml Air- x sukat, masak mcm masak nasi biasa
200 g Isi Ayam - dipotong kasar- tun guna bahagian campur2
4 bj Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis - guna shiitake utk lbh sedap ^^
1 tangkai Daun Bawang - dicincang kasar - xde stok
½ Cili Merah - dihiris nipis
10 hiris Halia
2 ulas Bawang Putih - dicincang
2 sb Gula  - tun xletak
2 sb Sos Tiram
1 sb Kicap Pekat - tun guna kicap pekat manis
1 sb Kicap Cair
1 sb Minyak Bijan
1 sb Jus Halia - tun sagat halia
1 sb Serbuk Lada Hitam
sedikir Garam
1/  1/2 batang carrot- tun tambah - grate, masuk dlm nasi

Cara Memasak

Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya. tun tambah carrot
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang

8 comments:

Mama Hawa/Mama Nani said... [Reply]

Salam Tun...hehehe bila tgk pot chicken rice Tun mcm mama nk buat jgk..busy2 msk cam gini mmg senang kerja... Best lah tgk Pot cgicken rice TUN :P

kak ijan said... [Reply]

Kak ijan pun suka gak, especially bila kurang sikit periuk belanga nk kena basuh. hehehe

quinnie said... [Reply]

suka nar dia makan nasi ni...kita hari tu ingat nak buat jugak..last2 gi masak benda lain ayam tu...hehehe

Wattie said... [Reply]

Salam Tun,
Teringin sangat la nak makan nasi ni, nampak cam sedap

inahar ali said... [Reply]

salam tun..akak x prnah lg try pot ciken rice cenggini..nk tumpang mamam semangkuuk lh x??

EmbunRosaliza said... [Reply]

Assalam Tun, mesti sedap sangat ni, kalo ada menu ulang tayang ni,, rasa mcm nak cuba juga lah, buat pun senag je

tun_telani said... [Reply]

mamahawa: ma, ni mmg menu feveret hasben tun nih.. bila xtau nk masak apa, kalau tanya dia mesti dia ckp 'nasi shiitake' hehe.. ni je nasi yg letak shiitake kt dalam. suka betul dia mkn..

kak ijan: haa. tu mmg faktor besar tu kak ijan.. kalau blh guna 1 periuk masa semua lg best. hehe

kak Q: minyak bijan ni kak Q.. akak kene try nih.. ;)

tun_telani said... [Reply]

kak wattie: try la kak.. insyaAllah sedap

kak ina: nk tumpang mkn kene berebut ngan hasben tun. hihi

kak rosa: mmg dh byk kali buat kak.. mmg sedap bg kiteorg.